Keajaiban Kilat, Guruh Dan Awan & Seruan Murnikan Tauhid Kepada Allah S.W.T.

Live Pagi Khamis 05/02/2026 / 17 Sya’ban 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ar-Ra’d (05) Ayat [12-14]
Full video: https://youtu.be/NTA15nNmMfk?si=7b86HqnjQFPX6j98
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ar-Ra’d dengan ayat 12 sehingga ayat 14 dalam juzuk ketigabelas.
- Dalam ayat yang mulia ini Allah s.w.t nyatakan tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t iaitu keajaiban guruh yang boleh didengar oleh orang yang tidak tuli, kemudian kilat dan petir yang boleh dilihat oleh yang yang tidak buta.
Maka orang sempurna yang tidak buta & tuli lagilah boleh menyaksikan semua itu!
*Tiga kejadian ini menunjukkan dunia ada Tuan, ada Penjaga dan ada Pengawal; maka jangan kamu berani-berani syirik kepada Allah & langgar undang-undang-Nya.
- Kemudian Allah nyatakan seruan supaya murnikan tauhid kepada Allah S.W.T. iaitu kita hanya sembah Allah, berdoa kepada Allah dan pergantungan hati kita hanya kepada Allah.
- Siapa yang menyeru selain daripada Allah maka seruan itu akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t kerana ia adalah seruan kesyirikan yang dilarang Allah Azza wa Jalla.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t beri amaran dan peringatan apabila Allah mahu menimpa keburukan bala-bencana ke atas mana-mana kaum yang telah mengubah gaya hidup mereka dari kebaikan kepada maksiat & syirik.
Maka apabila Allah turunkan balanya ke atas mereka tiada siapa yang dapat sekat & halangnya.
ii- maka dalam ayat ini Allah bawa pula tiga dalil akan tanda kekuasaan-Nya.
Tiga elemen ini adalah tanda ketakutan & isyarat kepada nikmat;
-iaitu tanda kebinasaan sebagaimana yang terjadi kepada kaum terdahulu.
Juga ketakutan bagi pengembara di celah bukit dan padang pasir.
-serta dalam masa yang sama ia menandakan akan datangnya hujan sebagai nikmat bagi manusia, haiwan & tanaman.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
هُوَ ٱلَّذِى يُرِيكُمُ ٱلْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ ٱلسَّحَابَ ٱلثِّقَالَ ﴿٢١﴾
Ayat 12- {Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).} (Ar-Ra’d 13:12)
- Allah menyatakan dia menampakkan kilat (ٱلْبَرْقَ) sebagai satu pancaran cahaya yang terbit di langit, yang keluar dari celah-celah awan yang bergeser.
- Keadaan ini samada sebagai alamat untuk:
i- menakutkan manusia (خَوْفًۭا) akan panahan petir.
Ia menakutkan bagi pengembara di tengah padang pasir yang boleh membawa banjir dan bahaya panahan petir!
ii- ia juga memberi harapan (وَطَمَعًۭا) akan membawa hujan iaitu air kegunaan bagi petani dan pekebun terutamanya sebagai siraman tanaman mereka.
Juga sebagai minuman manusia & haiwan yang melata!
- Info tambahan:
Di negara padang pasir seperti Arab Saudi- apabila takungan air mereka telah kering- mereka akan sampaikan permintaan kepada raja pemerintah untuk melakukan solat istisqa’ seluruh negara untuk meminta hujan.
Apabila hujan turun dengan kurnia Allah- takungan air mereka di padang-padang pasir akan penuh dan dapat menampung kegunaan mereka buat beberapa musim tanaman.
- Allah juga yang menjadikan awan tebal yang berat dengan air apabila ia menyerap air dari bumi.
Awan yang bertakung air ini akan menjadi berat dan rendah turun dekat dengan bumi.
Air ini kemudiannya akan turun menjadi hujan bagi kegunaan makhluk di bumi!
*Teori sains tentang awan dan kandungan hujan bertepatan dengan fakta dalam al-Quran. Ini menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t!
وَيُسَبِّحُ ٱلرَّعْدُ بِحَمْدِهِۦ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِۦ وَيُرْسِلُ ٱلصَّوَٰعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَآءُ وَهُمْ يُجَٰدِلُونَ فِى ٱللَّهِ وَهُوَ شَدِيدُ ٱلْمِحَالِ ﴿٣١﴾
Ayat 13- {Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.} (Ar-Ra’d 13:13)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat sebelum ini dinyatakan bahawa kilat datang dulu membawa amaran;
ii- kemudian datang ayat ini menyatakan guruh {ٱلرَّعْدُ} yang datang mengikutinya!
- Allah menyatakan guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Yakni suara guruh itu adalah suaranya bertasbih memuji dan mensucikan Allah s.w.t!
- Apakah ra’dun atau guruh {ٱلرَّعْدُ} itu sendiri? Kata Ibnul Jauzi terdapat beberapa tafsiran tentangnya:
i- nama malaikat yang menghalau awan- serta yang berbunyi kuat itu adalah suaranya bertasbih.
ii- bukan malaikat tetapi dentuman suara itu sendirilah namanya guruh.
- Hadis daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ أَقْبَلَتْ يَهُودُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالُوا يَا أَبَا الْقَاسِمِ أَخْبِرْنَا عَنِ الرَّعْدِ مَا هُوَ قَالَ ” مَلَكٌ مِنَ الْمَلاَئِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مَخَارِيقُ مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ ” . فَقَالُوا فَمَا هَذَا الصَّوْتُ الَّذِي نَسْمَعُ قَالَ ” زَجْرُهُ بِالسَّحَابِ إِذَا زَجَرَهُ حَتَّى يَنْتَهِيَ إِلَى حَيْثُ أُمِرَ ” . قَالُوا صَدَقْتَ فَأَخْبِرْنَا عَمَّا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ قَالَ ” اشْتَكَى عِرْقَ النَّسَا فَلَمْ يَجِدْ شَيْئًا يُلاَئِمُهُ إِلاَّ لُحُومَ الإِبِلِ وَأَلْبَانَهَا فَلِذَلِكَ حَرَّمَهَا ” . قَالُوا صَدَقْتَ . قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ .
Sekumpulan kaum Yahudi datang kepada Nabi S.A.W lalu mereka berkata: “Wahai Abul Qasim! Beritahu kami tentang guruh, apakah ia?”
Baginda menjawab: “Guruh adalah Malaikat di kalangan para Malaikat yang diwakilkan kepada awan.
Dia bersama-sama dengannya cemeti dari api yang dengannya dia menggiring awan ke mana sahaja yang dikehendaki oleh Allah.”
Mereka bertanya lagi: “Maka, apakah bunyi yang kami dengar ini?”
Baginda menjawab: “Itu adalah suaranya mengherdik awan apabila dia mengherdiknya, sehingga awan itu berhenti di mana sahaja ia diperintahkan.”
Mereka berkata: “Engkau benar.”
Kemudian mereka berkata lagi: “Beritahu kami tentang perkara yang diharamkan oleh Israil (Nabi Ya’qub) ke atas dirinya.”
Baginda menjawab: “Beliau mengadu sakit ‘Irq An-Nasa (sakit saraf skiatik), dan beliau tidak mendapati sesuatu pun yang sesuai untuknya melainkan daging unta dan susunya.
Oleh sebab itu beliau mengharamkannya.”
Mereka berkata: “Engkau benar.”
(HR At-Tirmizi)
- Hadis- bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
إنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ يُنْشِئُ السَّحابَ فينطِقُ أحسنَ النُّطْقِ، ويضْحَكُ أحسنَ الضَّحِكِ
الراوي: شيخ من بني غفار • الألباني، السلسلة الصحيحة (١٦٦٥) • إسناده صحيح على شرط الشيخين • أخرجه أحمد (٢٣٦٨٦)، والعقيلي في ((الضعفاء)) (١/ ٣٥)، والطحاوي في ((شرح مشكل الآثار)) (٥٢٢٠) جميعهم بلفظه تاما
ويشير إلى أن “المنطق” هنا هو الرعد، و”الضحك” هو البرق، كتشبيه لبلاغة وصفات السحاب.
Maksudnya: Allah Azza wa Jalla mencipta awan dan ia berucap dengan sebaik-baik ucapan dan ketawa dengan sebaik-baik tawa. [HR Imam Ahmad].
*Kata Ibnu Kathir menafsirkan hadis ini: Yakni apabila awan berucap itu adalah guruh yang berbunyi dan ketawanya itu ialah pancaran kilat!
- Kemudian Allah nyatakan Dia juga menghantar pula petir (ٱلصَّوَٰعِقَ) yang membinasakan ramai manusia dengan kekuasaan dan kehendak-Nya.
Khususnya kaum yang mengingkari rasul mereka! - Puak kafir pula terus membantah melawan Nabi s.a.w.
Mereka tidak sedar bahawa Allah s.w.t itu amat berat siksaan-Nya- siapa yang lawan akan binasa!
لَهُۥ دَعْوَةُ ٱلْحَقِّ ۖ وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ لَا يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَىْءٍ إِلَّا كَبَٰسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى ٱلْمَآءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَٰلِغِهِۦ ۚ وَمَا دُعَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ إِلَّا فِى ضَلَٰلٍ ﴿٤١﴾
Ayat 14- {Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.} (Ar-Ra’d 13:14)
- Munasabah ayat:
i- setelah menceritakan dalil- dalil kekuasaan Allah;
ii- datang ayat ini seruan tauhid- sembah & ibadat hanya kepada Allah- jika kamu nak minta nak bergantung hanya kepada Allah s.w.t semata-mata.
- Kemudian Allah buat bandingan:
i- orang yang hendak minum air tetapi hanya meletakkan tangannya dalam air bukan mencedok dan membawa air itu ke mulutnya!
Yakni tiada usaha atau cara yang betul untuk membuahkan hasil!
ii- begitulah analoginya puak kafir yang menyembah dan berdoa kepada selain dari Allah tidak akan membuahkan apa-apa hasil tak sampai kepada Allah!
- Apa saja doa & permintaan puak kafir terhadap berhala & segala sembahan mereka itu adalah sesat!
Maka jangan sesekali kita yang beriman cari pasal seperti puak kafir jika tidak sekali dengan kita sesat!
Penutup & Faedah: #
- Ayat 12- {Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan);}-
Allah gambarkan bahawa antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t ialah awan, kilat & guruh!
Apabila nampak kilat & guruh- ia membawa dua persepsi & keadaan:
i- dalam keadaan takut bagi yang sedang mengembara terutama di tengah padang pasir yang kosong!
ii- dalam keadaan memberi harapan kepada petani.
Mereka suka dengan rezeki hujan dapat menyiram tanaman & memberi minuman haiwan & manusia.
Uslub ayat ini membawa dua-dua keadaan yang negatif & posirif; ada yang menyukai dan yang tidak suka.
Sebelum adanya rahmat hujan, bunyi guruh & kilat keluar dulu sebagai peringatan.
Kisah motivasi:
Seorang khalifah sedang berada di Arafah pada hari Haji.
Kebetulan pada hari itu hujan dengan kilat & guruh berdentum menyambar!
Apabila melihat Khalifah senyap & takut, ulama’ nya memberi tazkirah:
(Wahai Khalifah guruh & petir yang kita takut ini baru tanda Allah nak datangkan rahmat, nak turunkan hujan!
Bagaimana berlakunya gempa bumi dan goncangan bumi, terbelahnya langit pada hari Kiamat kelak dibandingkan dengan yang sedang berlaku ini!
Khalifah terus menangis sehingga basah janggutnya apabila mendengar tazkirah yang amat menusuk kalbu ini!
Sedarlah apa yang kita takut ini baru hanya tanda Allah nak datangkan hujan atau rahmat; bagaimana jika berlaku dentuman petir yang membawa bencana apabila Allah murka kepada hamba-Nya yang kufur & ingkar!
Apabila kita takut ingatlah apa yang patut kita buat atau tak buat apabila kita takut!
- Ayat 13- {Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya.}- guruh itu sebenarnya tasbih malaikat yang memuji & mensucikan Tuhan dari segala tuduhan yang dibuat oleh puak kafir.
Di akhir zaman sebelum tanda besar Kiamat, akan terjadi petir yang membunuh ramai manusia sebagai satu bala.
Dalil dari hadis menunjukkan ramainya orang mati akibat petir ini ialah:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
((تَكْثُرُ الصَّوَاعِقُ عِنْدَ اقْتِرَابِ السَّاعَةِ، حَتَّى يَأْتِيَ الرَّجُلُ الْقَوْمَ، فَيَقُولَ: مَنْ صُعِقَ قَبْلَكُمُ الْغَدَاةَ؟ فَيَقُولُونَ: صُعِقَ فُلَانٌ وَفُلَانٌ))
[مسند أحمد] (18/ 163)
Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Akan terjadi banyak petir menjelang kiamat, sehingga seorang lelaki datang kepada penduduk dan bertanya, siapa yang mati dipanah petir hari ini? Maka mereka menjawab fulan bin fulan. [HR Ahmad]
- Ayat 13- {Dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya.}- kita orang beriman juga apabila melihat kilat & guruh ini ialah membaca doa dan ucapan kalimat ini:
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Ertinya: “Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung”.
- Ini disebut oleh ulamak sebagai benteng diri dengan memohon pertolongan Allah.
Antara bacaan lain apabila mendengar guruh & melihat kilat ini:
i- riwayat dari Ibnu Umar r.a -untuk membaca doa ini;
اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ
“Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azabMu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.”
ii- Imam Malik telah meriwayatkan dalam Kitabnya al-Muwatta’ bahawa Abdullah bin az-Zubair R.A, apabila mendengar petir, beliau terus berhenti bercakap dan membaca:
سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه)
ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ
“Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.”
Kemudian beliau berkata lagi: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.”
Boleh rujuk buku Perisai Muslim: https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
- Ayat 13- { Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.} – puak kafir keras kepala degil tak dengar kata; padahal mereka telah lihat akan tanda-tanda bukti kekuasaan & keagungan Allah s.w.t tetapi masih tetap mereka ingkar.
Ayat ini juga sentap kepada orang beriman jangan jadi seperti orang kafir ini- tengok bukti tetapi tidak memberi kesan apa.
Apabila kita membaca & tadabbur tersebut ayat-ayat al-Quran- biarlah terus menguatkan iman & takut untuk buat keingkaran.
- Ayat 14- {Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah;..}- seruan kepada Allah itu adalah seruan yang benar.
Maka jika kita nak berdoa, minta keampunan, minta keamanan dan keselamatan kita minta kepada Allah jangan minta dengan malaikat, dengan tunggul kayu, batu nisan, berhala atau apa saja yang selain dari-Nya.
Kita ajar orang ramai bertauhid kepada Allah s.w.t.
Setengah orang ni minat begitu dengan mengatakan ulama’ mengatakan boleh meminta dengan orang mati!
Kenapa nak ajar masyarakat benda yang berisiko yang dibantah oleh ulama’!
Kita ajar kepada masyarakat yang ori, yang solid yang diajar oleh Nabi s.a.w iaitu apabila nak minta tolong- minta dengan Allah, apabila nak berdoa- berdoa kepada Allah.
Kita ajar kepada masyarakat sesuatu yang benar yang sahih, bukan yang khilaf yang berisiko yang boleh membawa kesan yang tidak baik!
Kuasa Allah s.w.t mengatasi segala sesuatu, kita hanya bergantung kepada Allah, banyakkan berdoa & beribadat kepada Allah Azza wa Jalla.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Makluman:
Alhamdulillah Tabung Untuk Membeli Van bagi MMPSD kita stopkan dulu kerana hanya berbaki sedikit saja dulu insya Allah akan datang & penuh nanti.
Ini kerana kita akan lancarkan pula Tabung Iftar & Ihya’ Ramadhan melalui YPSD sempena Ramadhan ini insya’ Allah!
No akaun Bank Islam: 003072010136461 (Ihya’ Ramadhan)
No akaun Maybank: 553029619714. Yayasan Pondok Sungai Durian
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 05/02/2026 / 17 Sya’ban 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Semoga Bermanfaat!
