View Categories

(6) Surah Ar-Ra’d: Ayat 15-18

15 min read

Semua Sujud Kepada Allah S.W.T, Bandingan Hati Dengan Air & Syurga Bagi Mukmin.

♥Live Pagi Sabtu 07/02/2026 / 19 Sya’ban 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ar-Ra’d (06) Ayat [15-18]

Full video: https://youtu.be/3qo0pYZG3m4?si=dUosSmQW2pDDE_cz

Muqaddimah #

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ar-Ra’d dengan ayat 15 sehingga ayat 18 dalam juzuk ketigabelas.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan semua makhluk sujud kepada Allah s.w.t, ikut apa yang ditetapkan kepada Allah!

Ada yang sujud kerana ibadat ada yang sujud akur kepada kekuasaan Allah s.w.t.

  1. Kemudian Allah buat analogi perbandingan antara hati manusia dengan air.
  2. Serta syurgalah bagi mukmin di Akhirat kelak.
    Ya Allah jadikan kami dari kalangan mereka ini.
  3. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang kuasa menerima ibadat hanyalah bagi Allah Azza wa Jalla Allah perintahkan untuk kita taat kepada-Nya.

ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan semua makhluk kena akur taat kepada ketetapan Allah s.w.t- ini ketetapan kauniyah.

Tetapi dalam bab ibadat bukan semua yang akur taat beribadat kepada Allah ini taqdir Syari’yyah.

  1. Nota [445] Yakni semuanya tunduk menurut di bawah kuatkuasa Allah dan peraturanNya yang telah ditetapkan, samada mereka suka atau tidak; samada disedari atau tidak disedari.

Tafsir Ayat #

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَٰلُهُم بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْـَٔاصَالِ ۩ ‎﴿٥١

Ayat 15- {Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.} (Ar-Ra’d 13:15)

  1. Allah menyatakan semua makhluk kepada Allah samada yang di langit atau yang di bumi akan tunduk akur kepada Allah!
    Samada dengan ikhlas sukarela atau terpaksa, setuju atau tak setuju.

*Sujud di sini dengan makna akur dengan ketentuan Allah!

  1. Ini kerana ketetapan Allah terbahagi kepada dua:
    i- Kauniyyah (أَمْرٌ كَوْنِيَّةٌ): Amrun Kauniyyah merujuk kepada kehendak Allah S.W.T dalam takdir dan kejadian alam semesta yang pasti berlaku, meliputi perkara baik dan buruk.

ii- Syar’iyyah (أَمْرٌ شَرْعِيَّةٌ): manakala Amrun Syar’iyyah merujuk kepada perintah, larangan, dan syariat Allah yang disukai-Nya, namun tidak semestinya dipatuhi oleh manusia,

  1. Semoga kita termasuk dalam golongan yang tunduk kepada Allah dengan sukarela secara qadari & Syar’i.

Kita terima ketetapan Allah & taat kepada arahan Allah – barulah kita menjadi orang muslim & mukmin yang baik, yang taat kena dengar kata Tuhan.

  1. Kemudian Allah nyatakan demikian juga bayang-bayang segala makhluk bersujud kepada Allah!
    Bagaimana ia sujud wallahu a’lam.

Allah nak nyatakan bahawa semua makhluk ini sujud kepada Allah tak boleh lari dan semuanya berada di bawah ketetapan Allah.

*Cuma ada khilaf samada sujud qadari atau hakiki tak perlu kita berbahas panjang!

 قُلْ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ قُلِ ٱللَّهُ ۚ قُلْ أَفَٱتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّا ۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلْأَعْمَىٰ وَٱلْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِى ٱلظُّلُمَٰتُ وَٱلنُّورُ ۗ أَمْ جَعَلُوا۟ لِلَّهِ شُرَكَآءَ خَلَقُوا۟ كَخَلْقِهِۦ فَتَشَٰبَهَ ٱلْخَلْقُ عَلَيْهِمْ ۚ قُلِ ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍ وَهُوَ ٱلْوَٰحِدُ ٱلْقَهَّٰرُ ‎﴿٦١﴾

Ayat 16- {Bertanyalah (wahai Muhammad): “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?” Jawablah: “Allah”. Bertanyalah lagi: “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?” Katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa”.} (Ar-Ra’d 13:16)

  1. Munasabah ayat:
    i- apabila Allah sebut bahawa semua makhluk sujud kepada Allah samada secara sukarela atau tidak;

ii- Allah nyatakan dalam ayat ini bahawa hanya Allah yang benar serta batilnya Tuhan-Tuhan lain yang disembah oleh puak kafir!

  1. Allah suruh Nabi s.a.w bertanya kepada puak kafir musyrikin kaumnya itu: “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?”
    Pastilah mereka akan menjawab: “Allah”.
    Iaitu Allah yang Esa yang Tunggal Yang milik-Nya segala-gala di dunia ini.

*Mereka tak akan kata berhala mereka yang diam tidak bergerak itu!

  1. Kemudian Allah suruh Rasulullah s.a.w bertanya lagi kepada mereka:
    i- “Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong,

ii- yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri,

iii- dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya bagi orang lain pula!

  1. Ini adalah uslub untuk berdebat, berdialog dengan orang kafir yang sudah ada tanda-tanda supaya mereka lapang dada, untuk celilkkan mata mereka; jika kamu terima & percaya Allah sebagai Pencipta & Pentadbir- maka kenapa kamu tak mahu sembah Allah?
    Kenapa sembah benda lain- jika dah syukur kepada Allah- sembahlah Allah!
  2. Allah suruh Nabi s.a.w bertanyalah lagi:
    i- “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Pastilah tak sama- orang yang buta tak nampak orang celik nampak!

Begitu juga orang yang buta mata hati tak akan nampak kekuasaan Allah.

ii- Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Terus bertanya untuk membuka fikiran mereka dengan uslub hiwar atau debat.

iii- Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?”
*Jawapan bagi semua ini pastilah TIDAK sesekali!

  1. Akhirnya katakanlah: “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.”

*Ini adalah ayat untuk membuka mata buka minda orang kafir untuk berfikir akan kekuasaan Allah s.w.t!

أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةُۢ بِقَدَرِهَا فَٱحْتَمَلَ ٱلسَّيْلُ زَبَدًا رَّابِيًا ۚ وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِى ٱلنَّارِ ٱبْتِغَآءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَٰعٍ زَبَدٌ مِّثْلُهُۥ ۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْحَقَّ وَٱلْبَٰطِلَ ۚ فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَآءً ۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى ٱلْأَرْضِ ۚ كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ ‎﴿٧١﴾

Ayat 17- {Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.} (Ar-Ra’d 13:17)

  1. Allah menyatakan lagi beberapa kekuasaan dan nikmat-Nya kepada manusia:

i- menurunkan air (hujan) dari langit,
ii- lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya.

Jika hujan banyak banyaklah takungan airnya jika sedikit hujan sedikitlah bekalan air yang dapat.

  1. Allah buat bandingan ilmu dan iman yang masuk ke dalam hati kita dengan air yang turun dari langit ke bumi.

i- iaitu bandingan hati itu seperti wadi (lembah) yang dapat menakung air- wadi yang besar dapat tampung banyak air manakala wadi kecil sedikitlah air yang dapat ditakungnya,

ii- begitulah hati manusia- hati yang kuat dan hebat dapat menerima ilmu dan maklumat yang banyak manakala hati yang lemah & buta tak dapat menerima apa-apa ilmu & manfaat.

  1. Kemudian Allah nyatakan air hujan itu ada buih yang banyak di atasnya- tetapi buih itu hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, yakni tak kekal dan lemah!

Bandingan perkara yang haq & batil- perkara yang batil nampak saja hebat sebab banyak tetapi tiada apa faedah dan mudah hilang begitu saja!

  1. Bandingan pertama air hujan yang bawa air yang berguna dan buih yang cepat hilang.

Nota [446] Inilah misal yang pertama yang diberikan oleh Allah Ta’ala dalam ayat ini tentang perkara yang benar dengan yang salah, dan iman dengan kufur.

  1. Bandingan kedua pembersihan logam melalui pembakaran.

Nota [447] Seperti emas dan perak; besi, tembaga dan timah.
Inilah pula misal yang kedua.

Nota [448] Iaitu air yang bersih dari sampah sarap, dan logam yang bersih dari kekotoran, maka ia tetap tinggal digunakan di bumi.

  1. Yakni Allah buat bandingan yang haq & batil:
    i- logam itu jika dibersihkan & dibuang karat dan sisa yang ada padanya dengan dibakar ia akan menjadi asli dan bersih.

ii- begitulah hati manusia itu apabila ia beriman kepada Allah s.w.t hilanglah kufur, hilnglah syirik & munafiq dan segala perkara yang tidak baik!

*Biarlah kita duduk di atas landasan yang benar yang haq yang diredhai Allah s.w.t.

  1. Demikian jika Allah buat bandingan antara yang haq & batil- kita belajarlah dengan orang mukmin bukan dengan orang munafiq!

Antara ciri-ciri orang munafiq itu benci kepada orang mukmin sayang kepada orang kafir!

Kita pilihlah yang mana kita mahu- sisa yang terbuang seperti buih atau sesuatu yang memberi faedah seperti logam yang murni!

  1. Hadis Nabi s.a.w juga ada membuat perumpamaan yang sama:

عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ
وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

Daripada Abu Musa dari Nabi S.A.W, Baginda bersabda:
“Perumpamaan petunjuk (hidayah) dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi.

*Di antara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air sehingga dapat menumbuhkan rerumput dan tumbuhan yang pelbagai.

*Ada pula tanah yang keras tidak menyerap air hingga bertakungnya air sehingga dapat diminum oleh manusia, haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman.

*Ada juga permukaan tanah yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman.

**Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku diutus dengannya, dia mempelajarinya dan mengajarkannya.

**Begitu juga perumpamaan orang yang tidak dapat mengangkat darjat (untuk berfikir) dan tidak mahu menerima hidayah Allah dengan apa yang aku diutus dengannya (dia umpama tanah yang tidak menakung air dan tidak subur)”. (HR Bukhari No: 79)

  1. Di akhir ayat Allah berfirmah: Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan!!

Allah buat perbandingan ini untuk kita bertadabbur & bertafakkur- biar ada kesan dalam jiwa kita!

Jangan kita kerugian masa dan tak dapat ilmu. Apakah kita betul-betul beriman kepada Allah dan sayang kepada sesama mukmin atau wala’ kepada orang kafir!

  1. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang sentiasa bertadabbur al-Quran & memikirkan tentang semua perbandingan dan perumpamaan yang Allah bawa- kita terima dan mengamalkan ilmu yang dibawa serta kita sebarkan!
  2. Jangan kita jadi seperti bumi yang tak dapat takung air hilang begitu saja!

Semoga Allah beri kepada kita yang terbaik dan dapat menyebarkan pula kepada orang lain!

لِلَّذِينَ ٱسْتَجَابُوا۟ لِرَبِّهِمُ ٱلْحُسْنَىٰ ۚ وَٱلَّذِينَ لَمْ يَسْتَجِيبُوا۟ لَهُۥ لَوْ أَنَّ لَهُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُۥ مَعَهُۥ لَٱفْتَدَوْا۟ بِهِۦٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمْ سُوٓءُ ٱلْحِسَابِ وَمَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ ‎﴿٨١﴾‏

Ayat 18- {Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.} (Ar-Ra’d 13:18)

  1. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat lepas membawa analogi bandingan antara yang haq & yang batil, antara yang benar & yang salah.

ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan dua jenis kategori manusia- yang menerima seruan Allah lalu beriman & beramal serta yang sebaliknya- tak terima tak beriman.

  1. Allah nyatakan bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; yakni Allah janjikan bagi orang yang beriman janji yang terbaik!
  2. Kita yakin dan percaya dengan janji Allah ini- Semoga di Akhirat kelak kita termasuk dalam golongan ini yang ditunggu Nabi s.a.w dekat kolamnya, melintas Sirat dengan laju dan masuk syurga akhirnya!
  • Itulah harapan dan cita-cita besar kita!
    Jika tidak ada harapan ini manusia akan menjadi lemah tak mahu beribadat tak mahu berusaha.
  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman ini:
    {Mereka menjawab: “Kebaikan” orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.} (Al-Nahl 16:30)
  2. Manakala kumpulan kedua ialah orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruan Allah. Dia kafir tetapi dia tahu apabila ditanya siapa yang mencipta langit dan bumi mereka mengaku Allah!

Tetapi dalam masa yang sama mereka syirik menyembah selain dari Allah!

  1. Bagi mereka yang ingkar yang tidak menyahut seruan Allah ini; disediakan hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam;
  2. Hadis- Daripada UM Sayyidah Aisyah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:
    ”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa”.
    UM Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)”
    Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.”
    Sesiapa yang dihisab dengan teliti, nescaya dia akan diazab.” (HR Muslim)

*Yakni siapa kena tanya sudah dikira azab- siapa yang hanya lalu saja baru dikira hisab yang mudah!

*Sama seperti atas dunia hari ini apabila kena pemeriksaan kastam dan seumpamanya, yang lepas itu pastilah istimewa.

  1. Iaitu bagi orang kafir:
    i- disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya,
    ii- serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.
    Wal ‘iyazu billah!

Penutup & Faedah #

  1. Ayat 15- {Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa;}-
    Allah nyatakan semua makhluk sujud yakni akur akan ketetapan Allah s.w.t.

Seperti jika Allah telah tetapkan hujan hari ini sedangkan kita nak buat kenduri!

Maka apa yang kita boleh buat- semua makhluk kena akur kena terima ketetapan Allah ini!

Semua makhluk kena akur kena terima tak boleh lari tak boleh selamat dari apa yang Allah Allah tetapkan.

Ini adalah ketetapan atau Amrun Kauniyyah (أَمْرٌ كَوْنِيَّةٌ): Merujuk kepada kehendak Allah S.W.T dalam takdir dan kejadian alam semesta yang pasti berlaku, meliputi perkara baik dan buruk.

Manakala amrun Syar’iyyah (أَمْرٌ شَرْعِيَّةٌ)- merujuk kepada perintah, larangan, dan syariat Allah yang disukai-Nya, namun tidak semestinya dipatuhi oleh manusia, ramai orang yang tak setuju ramai yang kufur- maka rugilah mereka!

Allah bagi peluang untuk sujud tak mahu dan ingkar maka kufur dan syiriklah dia kepada Allah dan nerakalah tempatnya- wal ‘iyazu billah!

  1. Ayat 16- {Bertanyalah (wahai Muhammad): “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?”
    Jawablah: “Allah”.}-
    Allah suruh Nabi s.a.w tanya puak kafir, tanya siapa yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi ini??
    Pasti mereka akan menjawab; Allah!

Yakni puak kafir ini pada asasnya ada yang tahu bahawa Allah itu ada!
Tetapi mereka mencampur antara yang haq & yang batil.

Mereka tahu Allah ada & pencipta tetapi mereka menyembah yang lain selain daripada-Nya!

Mereka gunakan sembahan mereka sebagai atas dasar perantaraan antara mereka & Tuhan! Itulah syiriknya.

Sama seperti puak kafir jahiliyyah yang tawaf Ka’bah sambil menambah ucapan syirik dalam talbiyah mereka!
Begitulah bahayanya tahu ada Allah tetapi tetap tak mahu beriman kepada Allah.

Begitu juga suatu ketika dulu puak kafir di negara kita yang bersungguh nak guna kalimah Allah untuk panggil tuhan mereka juga- sedangkan tuhan bagi mereka ialah bukan Allah yang Esa!

Maka kita kata tak perlulah- kamu ambillah kalimat lain kerana Allah adalah Tuhan yang Esa yang tidak beranak 7
& tidak diperanakkan!
Bukan seperti tuhan yang mereka sembah itu!

Berimanlah kita kepada Allah bukan dok buat main-main begitu!

Para pendakwah juga jangan dok terlalu liberal dan terbuka sangat nanti kita akan menyesal tak sudah!

  1. Ayat 16- { ?” Bertanyalah lagi: “Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?}-

Allah buat beberapa analogi perbandingan agar manusia celik mata dan berfikir buka minda buka hati.

Allah tanya suruh buat perbandingan antara:
i- Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?
ii- Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Semua ini kerana Allah nak suruh manusia berfikir, buka & celik mata nampak bahawa tak sama iman & kufur, tak sama taat & maksiat, tak sama tauhid & syirik.

Maka celiklah mata, bukalah telinga terimalah keimanan kepada Allah s.w.t supaya kamu duduk di bawah pentadbiran Allah s.w.t!

Analogi begini supaya kita berfikir apakah kita ini buta atau celik? Dengar atau tuli?

Jika kita tahu semua ini maka kita tidak akan buat apa yang boleh buat kemurkaan Allah.

Supaya kita menjadi manusia yang sentiasa bertadabbur kepada ayat Allah dan agar kita berfikir sentiasa akan ketapan Allah.

Jangan dok ikut nafsu sangat- atau jika kita dengar hasutan orang kita juga akan berbalah dan berkelahi sesama kita!

Semalam kita telah dengar Kuliah AAM- dalam peperangan Siffin 70 ribu tentera Islam dari kedua pihak telah terbunuh.

Status mereka tak dapat kita pastikan kerana dua pihak adalah sama Islam dan terdiri daripada ramai para sahabat!

Peperangan terjadi kerana salah faham dan saling tak puas hati sehingga berperang angkat senjata sesama Islam. Allahu al-Musta’an.

Kita berlajarlah dari sejarah umat Islam terdahuku jika kita berpecah sesama kita; musuh Islam yang akan untung dan senang.

  1. Ayat 17- {Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung.}-

Allah buat bandingan dengan air yang turun lekat di lembah-lembah wadi bertakung dan menumbuhkah hasil tanaman yang baik. Begitulah juga hati manusia yang baik!

Nabi s.a.w juga buat bandingan tentang 3 jenis bumi dalam hadisnya tadi- sama juga begitulah hati manusia!

i- bumi yang terima kebaikan dan bawa kesuburan! Itulah hati orang mukmin.

ii- bumi takung air saja tetapi tak subur- yakni seperti hati yang terima kebaikan tetapi tak leh nak sebar.

iii- bumi jenis ketiga- tak serap air, air masuk hanya hilang begitu saja!
Yakni tak masuk iman, tiada amal & kebaikan.

Kita sepatutnya belajar, bertalaqi belajar al-Quran- jangan buat tak tahu dan pandai sendiri saja!

Atas dunia jika dah rasa pandai sendiri- kita akan kerugian dan menyesal di Akhirat kelak!

Begitulah dunia ini jika kita lihat- masjid atau pondok atau mana-mana pusat pengajian biasanya hanya orang yang jauh datang tetapi orang yang dekat kurang memberi sambutan!

  1. Ayat 18- {Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya,}- dalam ayat ini Allah nyatakan manusia ini ada dua jenis kategori:

i- yang menerima dakwah (ٱلْحُسْنَىٰ) bagi mereka kebaikan dunia Akhirat.

ii- manusia yang tak menerima dakwah kebenaran lalu tidak beriman; itulah manusia yang celaka rugi dunia Akhirat.

Kita yang terima iman ini tingkatkanlah taqwa dan iman kita kepada Allah Azza wa Jalla.

Kita terima, kita taat & kita akur agar terus berada di atas jalan yang benar.

Mudah-mudahan Allah selamatkan kita di dunia dan aman di Akhirat.

Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.

alhamdulillah telah diisytiharkan kita lancarkan Tabung Ihya’ Ramadhan YPSD 1447H untuk: Iftar, Sahur Dan Agihan Makanan Kepada Muallaf Dan Golongan Yang Memerlukannya & Aktiviti Dakwah.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun; Yayasan Pondok Sungai Durian.

  1. Bank Islam: 03072010136461.
  2. Maybank Islamic: 553029619714.
    Ref: Ihya’ Ramadhan YPSD.
    Poster: https://www.facebook.com/share/p/1ArjziR1tm/

Jazakumullahu Khaira.

Wallahu a’lam.


#UAM✎Catatan Kuliah Sabtu 07/02/2026 / 19 Sya’ban 1447H

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:

Link:
https://www.youtube.com/playlist…

Semoga Bermanfaat!

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top