Zikir Menenang Hati, Pokok Thuba Dalam Syurga & Kafir Anti Kepada Ar-Rahman.

♥Live Pagi Selasa 10/02/2026 / 22 Sya’ban 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ar-Ra’d (09) Ayat [28-30]
Full video: https://youtu.be/KrGpSAkMtVA?si=1rQdfqw9vJrsE36_
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ar-Ra’d dengan ayat 28 sehingga ayat 30 dalam juzuk ketigabelas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan zikir mengingati Allah dapat menenangkan hati orang yang beriman!
Kerana itu ulama’ kata hati yang tenang dengan zikir seumpama ikan yang tenang di dalam air.
*Untuk mendapatkan doa & zikir yang ma’thur atau warid dari Rasulullah s.a.w boleh kita baca kitab Perisai Muslim- yang mana penulisnya telah menyusun dengan lengkap seperti yang diajar oleh nabi s.a.w bermula dari kita celik mata bangun tidur dari pagi sehingga kita nak tutup mata pula pada waktu malamnya!
*Kita juga telah khatam kitab al-Azkar an-Nawawi!
- Maka untuki orang beriman bagi mereka Thuba {طُوبَىٰ} iaitu satu pokok besar dalam syurga yang teduh dan tempat duduk yang begitu indah.
- Para rasul telah menjalankan tugas mereka menyampaikan dakwah kepada umat maksudnya tetapi apa boleh buat puak kafir sangat benci dan anti kepada nama Ar-Rahman.
Apa yang mereka benci itulah yang kita sayang! - Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang golongan kafir yang meminta dengan Nabi s.a.w pelbagai mukjizat yang pelik konon untuk menenangkan hati mereka untuk buat mereka percaya!
ii- maka dalam ayat ini Allah seolah menjawab permintaan pauk kafir itu/ Allah nyatakan bukan begitu- untuk tenangkan hati bukan dengan projek material kebendaan duniawi tetapi adalah dengan berzikir mengingati Allah.
Ini adalah galakan & kelebihan berzikir serta kelebihan orang yang berzikir itu sendiri.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ﴿٨٢﴾
Ayat 28- {“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.} (Ar-Ra’d 13:28)
- Allah menyatakan dengan jelas di sini bahawa sumber ketenangan hati, lapang dada orang yang beriman itu adalah dengan zikrullah iaitu ingat kepada Allah Azza wa Jalla!
- Kata ulama’: Hati dengan zikir umpama ikan dengan air yang menjadi sumber hidup dan ketenangannya.
- Zikir yang paling besar sekai ialah membaca al-Quran- sentiasa membaca al-Quran dan yang memberi kesan pada jiwa ialah bertadabbur dengannya!
[455] “Zikrullah” di sini maksudnya Al-Qur’anul-Karim yang menjadi sebesar-besar mukjizat yang tidak ada tolok bandingnya.
- Sekali lagi Allah ulang dengan menekankan bahawa dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia!
- Kata ulama’ Islam tentang martabat zikir:
i- berzikir dengan baca, tadabbur memahami Kalamullah.
ii- zikir dengan apa yang diajar oleh Baginda Nabi s.a.w iaitu al-ma’thur.
iii- termasuk dalam berzikir juga berdoa, istighfar, bermunajat, merayu kepada Allah s.w.t!
- Manakala zikir-zikir lain boleh kita baca tetapi rugilah jika kita tidak amalkan yang rasmi, yang ori, yang authentic dari Nabi s.a.w sendiri!
Ini kerana beramal dengan Sunnah; Hati tenang, pahala confirm dapat insya’ Allah!
Yang lain tidak samalah pahalanya dan tiada pahala sunat- janji pulangannya hanya rekaan kerana bukan datang dari Nabi s.a.w.
*Tetapi masalahnya yang direka itulah yang laris yang dikejar oleh manusia. Yang ori dari Nabi s.a.w kurang mendapat perhatian & amalan!
لَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ ﴿٩٢﴾
Ayat 29- {Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.} (Ar-Ra’d 13:29)
- Munasabah ayat ini jelas:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan dengan berzikir hati & jiwa tenang!
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bagi orang yang sentiasa berzikir itu bagi mereka {طُوبَىٰ}- iaitu akan beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya- yakni kebahagiaan dunia dan Akhirat.
- Jelas di sini iman & amal soleh adalah kembar- wajib ada keduanya!
Jangan kita terpengaruh dengan fahaman puak murji’ah atau sekular sekarang ini yang memisahkan iman & amal.
Yakni mereka percaya cukup dengan beriman dan mengucap dua kalimah syahadah tak perlu lagi melakukan amal ibadat!
Ramai lagilah yang menyeleweng dari fahaman ahli Sunnah ini!
- Allah nyatakan bahawa orang yang beriman & beramal soleh akan mendapat:
i- ketenangan dan kebahagiaan yang amat mengembirakan atas dunia ini dengan nikmat & rezeki yang diberi Allah!
ii- di Akhirat kelak dia akan dapat syurga, iaitu sebaik-baik tempat kembali.
- Kata al-Wahidi rhm: Ramai ulama’ tafsir kata (Thuba- طُوبَىٰ) ini ialah nama sebatang pokok yang besar di dalam syurga!
Ada juga ulama’ yang kata bukan pokok itu saja tetapi syurga seluruhnya adalah طُوبَىٰ!
- Hadis (طُوبَى):
i- Dari Abu Sa’id al-Khudri R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:
طُوبَى لِمَنْ رَآنِي وَآمَنَ بِي، ثُمَّ طُوبَى، ثُمَّ طُوبَى، ثُمَّ طُوبَى لِمَنْ آمَنَ بِي وَلَمْ يَرَنِي
Maksudnya: “Beruntunglah bagi orang yang melihatku dan beriman denganku.
Beruntung lagi beruntung dan lagi beruntung bagi orang yang beriman denganku tetapi dia tidak melihatku.” [Lihat: Musnad Ahmad, (11673) 18/211]
ii- hadis dari Abu Said Al-Khudri r.a yang berkata bahawa seorang laki-laki berkata:
“Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan thuba?
Sabda Rasulullah s.a.w: Thuba adalah pohon di syurga. Ukurannya sepanjang perjalanan selama seratus tahun.
Pakaian penghuni syurga dibuat dari kelopak bunganya.” [HR Ibnu Hibban].
*Para ulama juga berbeza dalam menentukan makna “طُوبَى” di dalam hadith tersebut.
Ada yang menyatakan bahawa ia adalah sebatang pohon di dalam Syurga sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith atau yang dimaksudkan dengan “طُوبَى” adalah Syurga dan sebagainya.
Wallahu a’lam.
- Firman Allah s.w.t:
{Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.} (Al-Nahl 16:97)
كَذَٰلِكَ أَرْسَلْنَاكَ فِي أُمَّةٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهَا أُمَمٌ لِّتَتْلُوَ عَلَيْهِمُ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَهُمْ يَكْفُرُونَ بِالرَّحْمَٰنِ ۚ قُلْ هُوَ رَبِّي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ مَتَابِ ﴿٠٣﴾
Ayat 30- {Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah: “Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)”.} (Ar-Ra’d 13:30)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan puak kafir minta Allah turunkan mukjizat kepada Nabi s.a.w lalu Allah jawab dia akan beri hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dan disesatkan sesiapa yang Dia kehendaki.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa demikianlah telah diutuskan nabi-nabi kepada umat terdahulu juga! - Allah s.w.t menyatakan sebagaimana telah diutuskan rasul-rasul sebelum ini, Allah juga utuskan Rasulullah s.a.w.
Semua telah diutuskan kepada umat terdahulu para rasul juga untuk berdakwah dan membimbing mereka!
- Yakni bukanlah Nabi s.a.w orang pertama yang menjadi rasul mengajak manusia kepada tauhid.
Nabi s.a.w hanyalah menyambung tugas pada rasul yang lain dan dia adalah penutup, rasul yang terakhir sehingga ke hari Kiamat! Umat yang terdekat dengan umat ini adalah ahli kitab pengikut Nabi Isa a.s.
[456] Yakni sebagaimana Kami mengutuskan Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu wahai Muhammad, demikianlah pula Kami utuskan engkau kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim, dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.} (At-Taubah 9:70) - Tugas Nabi s.a.w adalah menyampaikan semua wahyu dan ajaran dari Allah tidak boleh tertinggal walaupun satu huruf!
Tugas nabi hanya memberi peringatan sesiapa ikut dia selamat sesiapa ingkar dia akan binasa!
- Firman Allah s.w.t:
{“Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran”. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran”.} (An-Naml 27:92) - Allah juga menyatakan keadaan kaum Nabi Muhammad s.a.w itu mereka juga ingkar dan mendustakan Allah s.w.t.
Mereka juga tidak setuju dengan nama Allah sebagai ar-Rahman!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Dan apabila orang-orang kafir itu melihatmu, mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja, sambil berkata sesama sendiri: “Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu?” (Mereka berkata demikian) sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Quran yang mengandungi peringatan Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.} (Al-Anbiyaa’ 21:36) |
ii- {Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): “Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!” Mereka bertanya: “Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?” Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.} (Al-Furqaan 25:60)
[457] Ar-Rahman: Yang Maha Pemurah, yakni yang Maha Melimpah rahmatNya dan nikmatNya.
Dan sebesar-besar rahmat dan nikmatNya ialah mengutuskan engkau wahai Muhammad untuk menyampaikan ugama Islam kepada umat manusia seluruhnya!
- Rasulullah s.a.w memperkenalkan siapakah Tuhan ar-Rahman- iaitu:
i- Dia-lah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.
ii- Kepada-Nyalah aku berserah diri, bertawakkal meminta segalanya!
iii- dan kepada-Nyalah tempat kembaliku (-dan kamu semuanya!
Penutup & Faedah #
- Ayat 28- {“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.} – dengan berzikir kepada Allah hati manusia akan tenang.
Hati adalah sesuatu yang kita jaga. Ini kerana hati manusia adalah sesuatu yang bergolak, sentiasa bergerak seperti air yang mendidih berbolak-balik keadaannya!
Kita jaga zikir kepada Allah ia dapat menjadi tenang dan diam!
Kita berzikir dengan Kalam Allah kemudian dengan zikir-zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w. Itulah zikir yang benar, yang ori, yang authentic dan yang ada sandaran dari Allah s.w.t!
jika ada orang yang mendakwa zikir yang dibawa oleh tok guru atau Syeikhnya yang lebih elok dan paling baik- kita kata tidak ada autihority!
Itu hanya pengalaman atau amalan peribadinya!
Banyak dalam kitab menyebutnya sedemikian- tidak salah!
Tetapi jika kita nak kempen orang untuk beramal dan nyatakan kelebihannya seperti baca ini- ini pahalanya baca itu- ini kelebihan & kebaikannya- ini semua hanya Nabi s.a.w yang berhak dan ada authority untuk menyatakan semua ini!’
Bukan orang lain atau sesiapa saja yang tiada kelayakan ini!
Kerana itu kita kempen semua jemaah dan orang yang kita sayangi untuk beramal dengan Sunnah Nabi s.a.w!
Kata AAM: Beramal dengan Sunnah hati tenang dan pahala confirm dapat insya’ Allah!
- Ayat 28- {“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.}
Perbincangan kenapa dalam ayat ini seolah bercanggah dengan ayat ini- iaitu firman Allah ini:
{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka;} (Al-Anfaal 8:2)
Jawapan:
i- ini kerana hati itu apabila dia keras dan berbolak-balik kena diketuk dengan zikir lalu hati jadi takut pada Allah, kembali ingat kepada Allah dan insaf lalu tenang!
ii- tetapi apabila hati sudah tenang- zikir akan memberi lagi ketenangan dan mengingatkan mereka kepada Allah.
Ini sebagaimana yang berlaku kepada beberapa orang sahabat yang datang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang ayat tadi: {mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka;}
Jawapan Nabi s.a.w: Mereka itu bukan takut gerun kepada Allah- takut yang tak suka atau kerana buat dosa maksiat; tetapi mereka adalah orang soleh yang takut jika amalan mereka tidak diterima Allah.
Sebagaimana firman Allah ini:
{Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;} (Al-Mu’minuun 23:60)
Maka dua ayat ini tidak bercanggah kerana keadaan hati ada bermacam-macam!
Sebagaimana ikan tenang di dalam air- hati manusia itu tenang dengan zikir!
Maka marilah kita berzikir dengan al-Quran dan dengan zikir yang ma’thur dari Nabi s.a.w.
- Ayat 28- {“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.}-
Allah nyatakan dalam ayat ini bahawa hati orang manusia akan tenang dengan al-Quran!
Apabila dia baca al-Quran:
i- hati yang gelisah dan waswas akan tenang dengan al-Quran.
ii- apabila ragu dan syubhah akan percaya, kurang percaya akan yakin.
ii- jika kurang mantap imannya dengan tadabbur al-Quran akan menjadi teguh dan mantap!
**Inilah Fungsi al-Quran.
Maka jelas kesinambungannya dalam ayat sebelum ini apabila kafir minta nak tengok mukjizat sebagai bukti;
Maka Allah bawa ayat ini bahawa dengan berzikir, dengan baca & tadabbur al-Quran kamu akan jumpa ayat-ayat Allah s.w.t & dapat melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
Tak perlu kamu minta yang pelik-pelik cukuplah dengan al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang paling utama yang kamu kena fokus dan kaji!
- Ayat 29- {Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.}-
Allah nyatakan bagi orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka Thuba {طُوبَىٰ}- kehidupan yang baik dan syurga yang penuh nikmat.
Terdapat beberapa makna Thuba {طُوبَىٰ} ini di sisi ulama’ tafsir:
i- Ibnu Abbas r.a kata ia dengan makna Jannah iaitu syurga.
ii- ada ulama’ kata adalah pokok di dalam syurga!
Sebagaimana hadis yang di riwayat di atas tadi- pokok yang besar.
*Para pencinta alam berpada-padalah mencintai dan memuja pokok- walaupun pokok berusia beratus tahun harus ditebang jika menimbulkan masalah dan bahaya!
Jangan taksub pada yang tak sepatutnya atas dunia ini kerana Akhirat jua yang kekal abadi dan nikmat syurga tiada bandingannya!
- Ayat 30- {Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu,}- kerja Nabi s.a.w adalah membawa al-Quran kepada manusia!
Al-Quran adalah Kitab yang paling baik, rujukan utama, sumber zikir yang utama.
Dengan al-Quranlah:
i- betapa ramai orang yang mati hatinya hidup balik.
ii- orang yang sesat mendapat petunjuk.
iii- orang buta celik mata & orang yang tak tenang menjadi tenang!
Hadis- Nabi s.a.w bersabda:
“Tiada seorang nabi pun kecuali diberi mukjizat yang dapat membuat manusia beriman kepadanya.
Namun apa yang diberikan kepadaku adalah wahyu yang datangnya dari Allah. Kerana itu, aku berharap semoga kiranya aku menjadi nabi yang paling banyak pengikutnya di hari Kiamat kelak.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Dalam ayat ini juga dinyatakan puak kafir tak setuju dengan nama Tuhan ar-Rahman!
Mereka anti sangat akan nama ar-Rahman ini sebagaimana dalam ayat di atas.
Kufur kepada Allah itu ada jenis:
i- kufur kepada keEsaan Allah, kufur kepada wahdaniyah Allah!
ii- kufur kepada nama-nama Allah,
Kerana itu apabila kita nak kenal Allah kita pra pelajar sekelian; kena kenal melalui sifat-sifat Allah dan nama-nama Allah yang indah dan tanda-tanda keagungan Allah melalui makhluk-Nya yang ada ini!
Itulah jalan kita nak kenal Allah Azza wa Jalla- jika tak jumpa ini kita akan jumpa jalannya!
Marilah kita belajar Asma’ul Husan- nama-nama Allah yang indah kerana selagi kita tidak memahaminya maka sukar untuk kita kenal Allah Azza wa Jalla.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Selasa 10/02/2026 / 22 Sya’ban 1447H
Playlist Surah Ar-Ra’d: https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LBba3yoistp_nDBPsgOpwdR
Jemput Lihat Himpunan Bacaan Doa & Zikir.
Video Pendek Abu Anas Madani
Link: https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=876956188488236&set=pb.100085215893583.-2207520000
