Kehebatan Kuasa Allah S.W.T, Kafir Usaha Sekat Orang & Azab Di Dunia Dan Di Akhirat.

Live Pagi Khamis 12/02/2026 / 24 Sya’ban 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ar-Ra’d (11) Ayat [33-34]
Full video: https://youtu.be/_Ewj_AMXDAA?si=n1QWn5KGVertoffl
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ar-Ra’d dengan ayat 33 dan 34 dalam juzuk ketigabelas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kehebatan kuasa Allah s.w.t, Tuhan yang menjaga, mengurus dan mengatur segala urusan atas dunia ini!
Puak kafir ditanya apa Tuhan sembahan kamu boleh buat; sedangkan ia sendiri dibuat dan direka oleh manusia! - Puak kafir ini hati mereka telah dihias dengan perbuatan syirik & kufur, mereka juga semangat berusaha untuk sekat orang dari jalan kebenaran.
- Maka bagi mereka azab di dunia dengan bala bencana atau peperangan dan kena pula azab di akhirat yang lagi dahsyat!
Azab di dunia hanya sementara tetapi azab Akhirat kekal abadi- wal-‘iyazu billah! - Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang orang kafir diberi tempoh masa yang singkat untuk mereka- tempoh untuk mereka bersenang-lenang atas dunia ini, healing sini, lenggang sana; kemudian Allah timpakan ke ats mereka azab yang dahsyat!
ii- maka datang ayat ini Allah menyatakan bahawa Allah yang berkuasa mengawas setiap diri manusia dan mengetahui semua yang dilakukan oleh diri itu!
Maka apakah sama Allah dengan sembahan kamu yang tidak mempunyai apa-apa kuasa dan lemah itu, yang keras kekung tidak bergerak!
Inilah jerebu pemikiran yang besar bagi orang yang syirik!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
أَفَمَنْ هُوَ قَآئِمٌ عَلَىٰ كُلِّ نَفْسِۭ بِمَا كَسَبَتْ ۗ وَجَعَلُوا۟ لِلَّهِ شُرَكَآءَ قُلْ سَمُّوهُمْ ۚ أَمْ تُنَبِّـُٔونَهُۥ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِى ٱلْأَرْضِ أَم بِظَٰهِرٍ مِّنَ ٱلْقَوْلِ ۗ بَلْ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مَكْرُهُمْ وَصُدُّوا۟ عَنِ ٱلسَّبِيلِ ۗ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ ﴿٣٣﴾
Ayat 33- {Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): “Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?”… }
- Munasabah ayat:
i- Ayat ini sambungan dari ayat 30 yang lepas- di mana puak kafir anti benar kepada nama Tuhan ar-Rahman- dan Allah suruh Nabi s.a.w jawab bahawa itulah Tuhan aku, tidak ada Tuhan yang wajib disembah selain dari-Nya.
Mereka kufur dengan ar-Rahman dan kita yakin dengan Allah Tuhan ar-Rahman Pencipat & Pentadbir.
ii- maka datang ayat ini dengan pertanyaan untuk mengingkari perbuatan puak kafir yang menyamakan Allah sebagai Tuhan yang Esa Pencipta alam ini dengan sembahan mereka yang tidak dapat memberi apa-apa manfaat untuk mereka bahkan untuk dirinya sendiri!
- Allah menegaskan adalah tidak patut sama-sekali perbuatan orang kafir itu menyamakan Allah s.w.t Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui setiap perbuatan mereka dengan berhala sembahan mereka- makhluk yang tidak bersifat demikian tetapi lemah dan tiada kuasa!
- Allah yang memberi rezeki kepada setiap makhluk di mana saja mereka berada; hatta yang di dalam batu, dalam kayu, dalam air atau tanah akan sampai ke semua tempat!
Rezeki itu tidak pernah salah alamat dan selagi makhluk itu hidup bermakna rezekinya akan ada- apabila mati baru rezekinya pun terhenti!
- Allah mengawasi dan perhati, serta tahu dan merekodkan semua perbuatan manusia atas dunia ini!
Bukan perhati saja tetapi akan ada pembalasan di Akhirat kelak- semua perbuatan kita Allah akan beri balasan samada yang baik dapat balasan baik yang jahat balasan jahat!
- Pastilah Allah tidak sesekali sama atau setaraf dengan makhluk sembahan kamu itu!
Ini kerana setiap makhluk adalah ciptaan Allah sebagai Pencipta yang Agung lagi Maha Berkuasa!
- Tetapi dalam masa yang sama mereka berani buat syirik kepada Allah- dengan menyembah kepada yang selain daripada Allah!
Kemudian Allah suruh Nabi s.a.w bertanya kepada puak kafir itu; Apakah nama yang akan kamu berikan kepada berhala kamu itu- apakah sebagai Pencipta? Pentadbir? Pemberi rezeki???? Yang Maha Hidup atau Menghidupkan????
- Yakni Allah cabar puak kafir untuk beri nama kepada berhala mereka yang lemah itu dengan nama-nama atau sifat Tuhan!
Sudah pasti mereka tidak berani dan tidak tergamak menamakannya sedemikian kerana mereka tahu kelemahan dan ketidak-upayaan berhala mereka!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah.
Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.
Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.} (Yusuf 12:40)
ii- {Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya.
Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya.
Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya.
Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.} (An-Najm 53:23)
- Allah s.w.t ajar Nabi s.a.w untuk mengasak dan menekan mereka kaum kafir itu lagi dengan soalan-soalan untuk membuka mata mereka:
i- Atau apakah kamu lebih tahu daripada Allah dan mahu mengajar-Nya dengan memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi?
Nota [459]- Yakni tentang makhluk-makhluk yang kamu jadikan mereka sekutu-sekutu bagi Allah itu bukanlah sekutu bagi-Nya dan Allah tidak mengetahui pun tentangnya!
*Ayat ini adalah sindiran kepada kaum kafir apakah kamu nak mengajar Allah & menyangka kamu lebih mnegetahui daripada-Nya tentang apa yang ada atas dunia ini!
ii- Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir sedang pada hakikatnya tidak demikian?- iaitu puak kafir sendiri pun tidak tahu tentang berhala itu mereka hanya menerima dengan kata-kata dari orang lain seperti tok nenek mereka dulu!
Mereka kata Tuhan itu pelbagai hanya ikut orang kata!
*Kita pun begitulah- banyak perkara yang kita tahu tidak tepat, bukan dari Sunnah Nabi s.a.w; tetapi kita kena dengar ikut dan taatnya kerana peraturan atau terpaksa untuk jaga keselamatan!
*Tetapi jika mampu kita kena bertegas- jika tidak kita nak jawab apa di hadapan Allah s.w.t kelak- dengan ilmu yang kita ada!
Ayat 33- {….Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.} (Ar-Ra’d 13:33)
- Yang sebenarnya syirik dan sembahan selain kepada Allah itu telah diperhiaskan oleh syaitan agar mereka nampak apa yang mereka buat itu betul dan apa yang benar itu tidak betul!
- Mereka juga telah disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar.
Dengan sebab mereka kafir Allah palingkan wajah mereka dari kebenaran.
Maka mereka bertambah sesat dan tenggelam dalam kekufuran dan tipu daya mereka terhadap Islam!! - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.} (Al-Kahfi 18:57)
ii- {Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).}(Yaa Siin 36:9)
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.} (Yaa Siin 36:10)
- Pada akhir ayat Allah menegaskan bahawa:
i- sesiapa yang disesatkan oleh Allah dengan pilihannya yang salah;
ii- maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.} (An-Nisaa’ 4:88) - Kita minta berlindung dengan Allah dari Allah biarkan kita hidup terumbang-ambing tak tahu nak ke mana!
Ini kerana kita termasuk dalam golongan manusia yang tak dengar kata dan tak reti bahasa!!!!
لَّهُمْ عَذَابٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَعَذَابُ ٱلْـَٔاخِرَةِ أَشَقُّ ۖ وَمَا لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقٍ ﴿٤٣﴾
Ayat 34- {Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia, dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi; dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.} (Ar-Ra’d 13:34)
- Munasabah ayat:
i- apabila Allah nyatakan sifat puak kafir yang tak percaya & syirik- mereka disesatkan oleh syaitan dan mereka menyekat pula orang lain daripada jalan Allah.
ii- maka datang ayat ini Allah memberi amaran jika mereka masih lagi berterusan menolak, berkeras dengan kekufuran itu maka bagi mereka azab di dunia & di Akhirat dan tiada siapa yang boleh bantu mereka!
- Maka bagi puak kafir yang lawan Islam ini bagi mereka azab di dunia seperti samada:
i- mereka dibunuh atau ditawan dan dihina dengan musibah yang menimpa, dengan penyakit atau segala bala yang datang! - Iaitu azab di Akhirat pastilah lebih dahsyat dan keras daripada azab dunia yang hanya sementara!
Manakala azab di Akhirat itu tidak akan berakhir atau berkurangan apatah lagi berhenti!
Bayangkan api yang ada atas dunia ini yang dapat membuat orang melecur terbakar kesakitan; kepanasannya hanya 1/70 daripada api neraka yang mengazab di Akhirat kelak!
- Maka jangan sesekali ada manusia yang bergurau mengatakan tidak mengapa buat salah atau dosa- kerana mereka akan masuk neraka sekejap saja!!!
Orang yang bergurau dengan neraka ini adalah orang yang tidak beriman, orang yang kepalanya tak butul iaitu orang yang tak ppok (tidak matang) maka mereka adalah golongan tak makan saman- royatla rimau gajah pun tak menjadi apa!
- Pada akhir ayat Allah menegaskan bahawa tiadalah bagi orang kafir lagi syirik itu sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu.
Ini kerana jika azab datang binasalah mereka!
Penutup & Faedah #
- Ayat 33- {Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian).}-
Allah bertanya apakah Allah yang menjaga kamu, yang menegakkan segala perkara dengan usaha yang kamu ini sama dengan berhala sembahan kamu!
Daripada ayat ini terdapat beberapa istinbat:
i- Allah s.w.t sifatnya {رقيب} iaitu yang mengawas setiap sesuatu perkara yang berlaku ke atas manusia.
ii- Allah yang mengawal {مسيطر} control jaga & susun segala yang berlaku!
Allah tahu semua yang kamu buat samada secara sembunyi atau terang-terangan!
Allah buat satu analogi supaya kita nampak seolah di depan mata kita ilmu, ia adalah ilmu secara teori!
Kita orang beriman kawalan yang paling besar sekali iaitu Allah yang jaga mengawasi kita dan Allah mengetahui setiap pergerakan dan perbuatan kita!
Maka manusia yang sedar dan yakin akan perkara ini tidak kufur dan tidak akan sesekali berani melakukan maksiat dosa & melanggar perintah Allah!
Tetapi orang yang lagha, lupa dan tidak sedar akan lalai di goda oleh syaitan; maka dia akan menjadi kufur kepada Allah Azza wa Jalla!
- Ayat 33- {Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian).}-
Allah nak nyatakan kepada kita bahawa Dia-lah Allah yang berkuasa dan menjaga segala atas dunia ini!
Semua perkara buruk seperti bala bencana atas dunia ini terjadi dengan sebab perbuatan dosa manusia yang melakukannya!
Mereka telah menyalahi arahan Allah Azza wa Jalla. Tiada benda buruk atas dunia ini kecuali dengan sebab balasan dosa.
Banyak kita boleh jumpa jika kita baca buku-buku sejarah orang terdahulu- banyak kebinasaan yang terjadi akibat perbuatan manusia itu sendiri!
Maka jangan sesekali kita berani buat sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t!
Manakala orang yang berbuat baik pastilah akan membawa kebaikan juga!
- Ayat 33- {… tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu,}- setiap diri akan mendapat balasan dengan apa yang dia usahakan!
Yakni ingatlah; jika kamu buat baik dan molek pasti akan dapat balasan baik tetapi jika kamu buatnya huduh, dengan tergesa-gesa dan sempit- balasannya pun pastilah tidak lari dari yang asal!
Apabila kita buat baik pasti akan dapat kebaikan; jika buat buruk pastilah akan di balas dengan keburukan juga!
Yakni dalam ayat ini menyatakan setiap perbuatan pasti kena mendapat penerimaan (approval) dari Allah s.w.t bukan dengan rekaan kita sendiri!
Kita usaha saja yang menjadikannya hanya Allah semata-mata!
- Ayat 33- {Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?”- mana nama-nama berhala itu! dengan apakah kamu menamakannya????
Maka puak kafir ini ambil nama berhala seolah nama itu betul bertepatan dengan watak yang ada!
Nama-nama berhala seperti: Yaghuth (يغوث), Waddan, Suwa’, Ya’uq, and Nasra
(وَدًّۭا وَ سُوَاعًۭا وَيَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًۭا) [Nuh: 23]- adalah asalnya nama orang soleh di kalangan mereka yang telah meninggal dunia- pengikut buat patung kemudian namakan sempena nama mereka!
Maka dalam ayat ini Allah cabar puak kafir:
Jika Allah ada Asmaul-Husna- berhala itu ada nama apa??? Pastilah hanya nama rekaan!
Dalam buku Musafir Menuju Allah ini terdapat satu bab yang membincangkan: Bagaimana untuk mendapatkan kasih sayang Allah.
Kita nak kasih-sayang Allah kita kena kenal Allah dan bagaimana nak kenal Allah adalah dengan kenal nama-nama Allah yang indah (أسماء الله الحسنى)
Siapa yg kenal Allah dengan nama & sifat-Nya; dia akan sayang kepada Allah & akan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah!
Ini penting sekali kita kena kenal Allah; jika tak kenal Allah itu adalah orang yang tak betul perjalanannnya!
- Ayat 34- {Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia, dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi;}-
Maka bagi orang kafir dan ahli maksiat adalah azab di dunia & azab di Akhirat!
Tetapi ingat:
i- azab di dunia ini lebih ringan kerana ia sementara dan akan berakhir; iaitu ada pengakhiran dan kematian!
ii- manakala azab di Akhirat lebih berat dan dahsyat kerana ia berkekalan.
Jika orang itu beriman dan banyak amal ibadat- jika dia mati telah berehat dari kesusahan hidup di dunia ini!
Tetapi jika orang jahat yang mati- ingatlah azab di Akhirat amat dahsyat!
Sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub bahawa Nabi s.a.w melarang sumpah laknat secara melulu, di mana Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Janganlah kalian saling melaknat dengan laknat Allah, kemurkaan-Nya, dan neraka Jahannam”.
Baginda melarangnya kerana laknat tersebut akan kembali kepada pelakunya jika orang yang dilaknat tidak layak menerimanya, manakala azab di akhirat lebih dahsyat. [HR Muslim].
Ini kerana azab dunia hanya sekejap dan sementara tetapi azab di Akhirat adalah berkekalan dan selamanya bagi orang kafir. Serta tiada siapa boleh menolak dan melindungi dari azab Allah!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
*Insya’ Allah Kuliah Tafsir ini akan bercuti dulu sehingga 28hb Februari 2026 kerana DDAAM akan bermusafir untuk menunaikan umrah.
Jangan lupa projek sumbangan untuk pembinaan bangunan Mabna dan Tabung Ihya’ Ramadhan YPSD 1447H di bawah kelolaan YPSD masih diperlukan:
i- Sumbangan & Infaq untuk Mabna boleh disalurkan melalui akaun ini;
Nama Akaun: Madrasah Muhammadiah Sg Durian.
- Maybank: 5530-2961-0334.
- Bank Islam: 03-072-01-0119839.
ii- Sumbangan & Infaq untuk Tabung Ihya’ Ramadhan:
Nama Akaun; Yayasan Pondok Sungai Durian.
- Bank Islam: 03072010136461.
- Maybank Islamic: 553029619714.
Ref: Ihya’ Ramadhan YPSD.
Jazakumullahu Khaira.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 12/02/2026 / 24 Sya’ban 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=878587931658395&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
