KUASA ALLAH SWT DI UNIVERSE, PEREDARAN MATAHARI DAN BULAN & SILIH BERGANTI MALAM DAN SIANG.
Full video : https://youtu.be/_ZFd7vZHuls?si=4RVepROvxkne7yZu
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 05 dan ayat 06 dalam juz kesebelas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa kuasa Allah SWT di Universe, alam semesta yang terbentang luas ini seluruhnya.
Allah yang mentadbir & menyusun atur semuanya tanpa pernah penat atau lelah.
- Lihatlah kepada matahari dan bulan yang cerah bersinar, serta peredarannya yang tidak pernah clash atau bertembung, berjalan dan berputar di atas paksi & orbit masing-masing.
- Juga silih bergantinya perjalanan malam dan siang, tidak pernah rehat atau cuti, teratur dan tersusun sepanjang tahun.
Ayat ini untuk mengisbatkan kekuasaan Allah SWT di alam ini, jangan kamu sombong & tak reti bahasa; menikmati ciptaan Allah tetapi tetap syirik & menyembah selain dari-Nya.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang ketetapan Ketuanan Allah (Rububiyyah) bahawa Pencipta, Pemilik & Pentadbir alam ini adalah Allah.
Serta tauhid Ketuhanan bahawa hanya Allah sahaja yang layak & berhak disembah, dipuji & tempat meminta pertolongan!
ii- Maka datang ayat ini Allah bawa dalil-dalil kekuasaan-Nya dalam ciptaan Allah dalam makhluk di ufuk (langit).
Betapa bulan bintang matahari, pertukaran siang malam; semua itu menunjukkan satu kekuasaan & penciptaan yang amat agung!
Orang yang tengok & tak nampaknya adalah mereka yang buta mata hati!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 5- {DIA LAH YANG MENJADIKAN MATAHARI BERSINAR-SINAR (TERANG-BENDERANG) DAN BULAN BERCAHAYA, DAN DIA LAH YANG MENENTUKAN PERJALANAN TIAP-TIAP SATU ITU (BERPINDAH-RANDAH) PADA TEMPAT-TEMPAT PEREDARANNYA MASING-MASING) SUPAYA KAMU DAPAT MENGETAHUI BILANGAN TAHUN DAN KIRAAN MASA. ALLAH TIDAK MENJADIKAN SEMUANYA ITU MELAINKAN DENGAN ADANYA FAEDAH DAN GUNANYA YANG SEBENAR. ALLAH MENJELASKAN AYAT-AYATNYA (TANDA-TANDA KEBESARANNYA) SATU PERSATU BAGI KAUM YANG MAHU MENGETAHUI (HIKMAT SESUATU YANG DIJADIKANNYA).} (YUNUS 10:5)
- Kata ulama’: Ayat ini & ayat 12 Surah Isra’ menuntut manusia untuk belajar ilmu astronomi.
Supaya kita dapat memahami betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT dalam ciptaan-Nya dengan apa yang ada di langit lalu ambil iktibar dan pengajaran agar kita jangan sombong dan ingkar.
- Allah-lah yang mencipta dua makhluk yang besar iaitu matahari & bulan dengan pelbagai faedah & hikmah yang banyak:
i- Matahari yang bersinar-sinar dengan terang-benderang, yang memberi cahaya & haba untuk kegunaan manusia.
Betapa dengan panas matahari tumbuh pokok-pokok & masak buah-buahan, kering benda-benda yang basah, menjana tenaga solar dan pelbagai kegunaan yang banyak lagi.
Kita kena manfaatkan semua nikmat & kurnia yang Allah beri ini.
Sama seperti air hujan yang Allah hantar turun dari langit, kita tidak guna & manfaatkan nikmat Allah ini sebaiknya.
ii- Dan bulan bercahaya, iaitu cahaya yang sejuk dan lembut sebagai pedoman kepada manusia pada waktu malam dan menjadi sumber hitungan hari ikut taqwim hijrah (lunar calendar).
- Kita orang yang beriman kena cari hikmah disebalik segala kejadian ciptaan Allah ini untuk ambil iktibar & menambahkan keimanan!
Jangan sama seperti orang tidak beriman yang hanya melihat semua nikmat Allah tanpa memberi faedah iman dan apa-apa kesan.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:
{Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.} (Al-Furqan 25:61)
- Allah juga telah tentukan perjalanan bulan & matahari pada tempat atau landasannya masing-masing.
i- Bulan itu perjalanannya mempunyai 28 stesen, manazil {مَنَازِلَ}, setiap stesen itu di atas buruj dan ada 12 buruj di langit.
Pada setiap malam ia akan berjalan dan berhenti pada setiap stesennya itu, serta pada 2 malam terakhir tak nampak jika bulan itu genap 30 hari.
Jika tidak selepas 28 atau 29 hari akan lahir anak bulan baru.
Berakhirnya 1 bulan itu apabila lengkap satu pusingannya.
ii- Matahari itu pula berjalan atas paksi & orbitnya tersendiri pula, pusingan perjalanannya adalah selama 12 bulan atau setahun.
Ia berjalan ikut orbitnya tanpa terpesong, dari timur ke barat sehingga tibalah hari Kiamat, iaitu ia tukar arah perjalanannya – muncul dari barat pula dengan arahan Allah SWT!
- Ke mana matahari pergi?
Hadis riwayat Abu Zar RA: Bahawa pada suatu hari Nabi SAW bersabda: Tahukah kamu ke mana matahari pergi? Para sahabat menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Rasulullah SAW bersabda lagi: Matahari berjalan hingga berakhir sampai ke tempat menetapnya di bawah Arasy, lalu menjatuhkan diri bersujud. Dia (matahari) terus dalam keadaan begitu hingga difirmankan kepadanya: Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. Matahari pun kembali, sehingga di waktu pagi terbit lagi dari tempat terbitnya. Kemudian berjalan, hingga berakhir pada tempat menetapnya di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan begitu, sampai difirmankan kepadanya: Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. Matahari kembali, sehingga di waktu pagi muncul dari tempat terbitnya. Kemudian ia kembali berjalan tanpa sedikit pun manusia menyedarinya, hingga berakhir pada tempat menetapnya itu di bawah Arasy, lalu difirmankan kepadanya: Naiklah, terbitlah dari Barat. Maka pagi berikutnya, matahari terbit dari sebelah Barat. Rasulullah SAW melanjutkan: Tahukah kamu bila itu terjadi? Itu terjadi saat: “Tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya”. (Sahih Muslim No.228)
Iaitu saatnya berlaku Kiamat lalu matahari terbit dari barat~ hari Kiamat itu diketahui tetapi hari tanpa tarikh, Dr Abu Anas Madani ~.
- Sebagaimana firman Allah SWT:
{Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;} (Yaa Siin 36:38)
{Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya, (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.} (Yaa Siin 36:39)
Allah buat perbandingan yang dikenali oleh orang Arab pada waktu itu.
{(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.} (Yaa Siin 36:40)
- Untuk apakah Allah cipta peredaran matahari dan bulan yang sentiasa tepat dan benar di atas paksi & orbit perjalanannya ini? Iaitu supaya kita manusia dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa malam & siang, bulan & tahun.
Itulah objektifnya kita seperti manfaat dari bilangan hari itu kerja dunia & Akhirat.
- Nota: Jika segala sesuatu yang Allah jadikan itu tetap ada guna dan faedahnya; maka kejadian manusia oleh Allah yang tersusun dari jasmani, akal nurani & roh Rabbaninya, maka apalah gunanya jika hidup & matinya adalah sama kejadiannya seperti makhluk lain yang tidak berakal!
Faedah apa jika manusia & lembu sama!
Kita ada akal & tanggungjawab maka pilihlah yang ada pahala & bawa kebaikan!
- Yakni Allah ﷻ mengajak manusia merenung kepada penciptaan langit yang luas, dengan galaksi, bintang, matahari, bulan, awan, hujan, petir.
Ini adalah satu hikmah yang beza untuk menunjukkan keagungan & kekuasaan Allah yang amat besar untuk yang tadabbur dan tafakkur!
Ciptaan Allah semua berhikmah, tidak mungkin Allah cipta semua ini dengan sia-sia & tanpa faedah.
- Firman Allah SWT:
{Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.}(Al-Anbiya’ 21:16)
- Allah nyatakan semua hujjah & dalil-dalilnya yang jelas supaya kita dapat tadabbur & berfikir akan kekuasaan Allah mentadbir & menyusun semua ini!
Kesan kebaikan yang Allah cipta dan buat ini semuanya untuk kegunaan & kebaikan makhluk-Nya.
- Allah tidak berhajat untuk semua itu, Allah cipta makhluk ini untuk faedah makhluk juga!
Jika kita manusia kita buat untuk kita guna sendiri, tetapi Allah tidak begitu kerana Dia tidak berhajat kepada makhluk.
Semua perkara di bawah kuasa Allah SWT & pentadbiran-Nya.
AYAT 6- {SESUNGGUHNYA PADA PERTUKARAN MALAM DAN SIANG SILIH BERGANTI, DAN PADA SEGALA YANG DIJADIKAN OLEH ALLAH DI LANGIT DAN DI BUMI, ADA TANDA-TANDA (YANG MENUNJUKKAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ALLAH) KEPADA KAUM YANG MAHU BERTAQWA.} (YUNUS 10:6)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelumnya Allah nyatakan tanda-tanda kekuasaan-Nya melalui ufuq di atas langit, kemudian Allah nyatakan perjalanan matahari & bulan di orbitnya.
ii- Dalam ayat ini adalah ayat atau dalil yang ketiga iaitu dalam silih bergantinya siang dan malam, dengan panjang-pendeknya mengikut musim.
Semua itu adalah tanda-tanda keterangan, dalil kepada orang yang bertaqwa & ada akal.
- Kemudian dalil berikutnya Allah nyatakan pula kekuasaan-Nya dalam menjadikan pertukaran siang & malam yang silih,berganti tanpa henti.
- Semua tanda-tanda ini Allah buat untuk menguatkan keimanan kita kepada-Nya.
Menjadi dalil bagi orang yang berakal & yang bertaqwa kepada Allah.
- Semua dalil-dalil ini untuk kaum yang berfikir & ambil iktibar pengajaran!
Orang yang tidak ada akal tidak akan nampak & tidak akan hiraukan dalil-dalil ini, tak ada beza dengan haiwan yang ada otak saja tetapi akalnya tidak berfungsi!
- Lihatlah betapa orang Badwi hanya belajar fardhu ain, yakni buat perbandingan dengan tahi unta saja;
مقولة الأعرابي الذي سئل: بِمَ عرفتَ ربك؟ فقال: “البَعرةُ تدل على البعير، والأثَر يدل على المسير، ليل داجٍ، ونهار ساجٍ، وسماء ذات أبراج، أفلا تدل على الصانع الخبير؟!
Jika ada tahi unta, pastilah ada ibunya unta!!!
Satu perbandingan yang amat mudah, simple & jelas bagi orgyg berakal, jika ada makhluk (ciptaan) pastilah ada Khaliq iaitu Penciptanya!
- Ayat ini ditafsirkan juga dengan firman Allah ini:
{Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;} (Ali-‘Imran 3:190)
- Iaitu dalam pertukaran siang & malam adalah tanda-tanda yang hanya difahami oleh ulul-albab {لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ}, iaitu orang-orang yang memiliki akal bersih dan hati yang hidup.
- Mereka bukan sahaja menggunakan akal untuk berfikir, tetapi menggunakannya untuk sampai kepada iman dan ketaatan bukan sekadar pergi bercuti, healing menikmati keindahan alam saja.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 5- {Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya,…}-
Allah nyatakan kepada kita bahawa Dia-lah yang mencipta matahari & bulan serta mengatur setiap perjalanannya.
Betapa susunan tiga ayat ini yang amat indah & tertib:
i- Ayat 3- Allah cipta langit & bumi;
ii- Ayat 5- Allah cipta matahari & bulan;
iii- Ayat 6- Allah cipta malam & siang silih berganti!
Kata ulama’ tadabbur: Semua ayat-ayat yang kita beljar ini adalah satu galakan yang besar untuk kita berfikir tentang makhluk ciptaan Allah SWT!
Jangan tengok dengan mata saja, tetapi kena fikir & tadabbur serta tengok dengan hati (عين البصيرة), baru nampak kekuasaan & keagungan Allah SWT.
Kita orang beriman jangan tengok saja; kena tengok dengan mata iktibar maka akan bertambah ketajaman akal, terbuka hati & bertambahlah iman!
Jika tengok saja & cuai dalam hal ini maka rugilah dia tidak akan mendapat faedah-nya; hanya akan dapat ambil gambar, healing, posting & share dan seumpamanya sahaja.
- Ayat 5- {Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya,…}-
Kata ulama’: Ayat ini juga menunjukkan galakan untuk kita mencari ilmu!
Islam ini agama ilmiyah & professional, agama akademik, bukan agama ikutan saja tanpa berfikir & kaji (taqlidiyyah).
Kerana itu Allah sebut secara susunan yang tertib, selepas cerita tentang kejadian langit & bumi, Allah cerita pula tentang perjalanan matahari & bulan.
Semua itu yang dapat kita lihat & ikuti di atas kita.
Jadi kenap kita tidak buka minda & akal untuk belajar semua ilmu itu!
Bertambah kita belajar dan mengetahui semua keistimewaan makhluk ciptaan Allah ini akan semakin mantap keimanan orang yang buka hati & mindanya.
Seperti ahli falaq & astronomi yang dapat mengetahui & buat bacaan tentang akan berlaku gerhana matahari atau bulan, tetapi mereka tidak dapat melawan kekuasaan Allah untuk menukar atau membatalkan kejadian itu!
Tetapi dengan ilmu ini membolehkan kita membuat persiapan dan pengumuman awal untuk melakukan solat gerhana sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW.
Rugilah kalau kita tak ambil peluang ini dengan sedikit ilmu yang diberi Allah ini!
Ia juga untuk menunjukkan kepada kita akan keagungan Allah bukan sekadar fenomena & kejadian alam!
- Ayat 5- {… dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa..}-
Kata ulama’ tadabbur: Ayat ini & kembarnya (Isra’ ayat 12) adalah asas kepada ilmu tentang waktu dan tarikh, ilmu tentang hisab kira-kira perjalanan hidup, manazil (stesen perjalanan) bulan dan sejarah bagi umat ini!
Firman Allah SWT:
{Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.} (Al-Isra’ 17:12)
Sebagaimana dalam sejarah penentuan tarikh atau taqwim Islam, Sayyidina Umar RA yang menjadi khalifah pada masa itu memberi pendapat yang amat tepat dan bermanfaat, iaitu memulakan taqwim untuk umat Islam ini dengan tarikh hijrah.
Terlebih dahulu Sayyidina Umar memangil para sahabat sebagai penasihat untuk bermusywarah dalam menentukan taqwim ini maka ada beberapa pendapat:
i- Ada yang mencadangkan untuk dimulakan dengan tarikh kelahiran Nabi SAW, Umar tidak setuju kerana sama seperti tarikh miladi (masihi) yang menghitungnya bermula dari tarikh kelahiran Nabi Isa AS.
Umar kata tidak, kerana agama kita adalah agama amali, agama yang praktikal bukan agama nostalgia yang mengenang sesuatu yang telah berlalu!
ii- Ada cadangan untuk dikira bermula dari hari Kebangkitan iaitu hari diutus Muhammad SAW sebagai rasul.
Umar tidak setuju juga kerana hari itu Islam belum kuat, beru bermula dengan lemah!
Kita mahu sesuatu yang kuat & mantap!
iii- Lalu akhirnya taqwim umat Islam dikira bermula dari Tuhan Hijrahnya Nabi SAW dari Makkah ke Madinah kerana hijrah memidahkan antara yang haq & batil.
Ia adalah Taqwim Hijri yang berpandukan kepada pergerakan bulan (lunar calendar) bukan matahari seperti taqwim masihi.
Kerana itu jumlah harinya dalam setahun sentiasa bergerak & tidak tetap jumlahnya setiap bulan, kerana ikut pergerakan bulan di manazilnya!
Tetapi apa boleh buat kerana sekarang kita umat Islam yang lemah, dok ikut belakang kafir & penjajah barat; maka sehingga ke hari ini kita menggunakan taqwim masihi susunan orang bukan Islam.
- Ayat 5- {Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya,…}-
Dalam ayat ini Allah bezakan sifat cahaya antara dua makhluk-Nya ini:
i- Matahari ada cahaya & haba yang panas {ٱلشَّمْسَ ضِيَآءًۭ} seperti api pelita atau lilin kita itu manakala;
ii- Bulan ada cahaya tetapi tidak panas {وَٱلْقَمَرَ نُورًۭا}!
Dalam setiap ayat yang Allah nyatakan pasti ada hikmah dan sesuatu ilmu yang ingin disampaikan!
Kita tak boleh melewatinya begitu saja, NO! Kena tengok tafakkur & tadabbur!!
Ayat 5- {… dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing)…}-
Dalam ayat ini Allah sebut bahawa Allah telah sediakan tempat perjalanan & tempat singgah bulan itu {وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ}.
Betapa perjalanan bulan itu begitu tepat dan ditentukan setiap stesen (manazilnya).
Sebagaimana dalam ayat Surah Yaa sin tadi yang Allah ceritakan perjalanan bulan & bandingkan bulan sabit ketika kecil seperti tandan tamar yang keirng!
Kenapa Allah tidak sebut perjalanan matahari walaupun matahari juga ada stesen dan orbitnya?
Jawapan:
Allah sebut perjalanan bulan tetapi tidak matahari dalam ayat ini kerana perjalanan bulan itu kita dapat melihatnya sendiri dengan mata kita, pada setiap malam perubahan kedudukan & saiz bulan ini!
Manakala matahari kita tidak nampaknya kerana terlalu jauh & terang.
Allah mahu kita tengok & berfikir! Kerana itu pengggunaan bulan Qamari ini lebih dikenali di kalangan Arab. Cuma pada hari ini puak kafir berjaya menaikkan taqwim masihi mereka & tidak ada orang yang kenal bulan qamari ini!
Allah kata dengan bulan juga kita dapat mengetahu bilangan hari & mengira waktu.
Kita orang Islam kebanyakan ibadat kita juga terikat dengan bulan seperti puasa & haji.
Tetapi solat kita terikat dengan matahari, kerana ia bersifat harian, maka kena ikut perjalanan matahari yang kitaran perjalanannya adalah 24 jam.
Esok adalah hari & pusingan lain pula.
Bulan tidak begitu, kitarannya bersambung dari sehari ke sehari, belum habis dengan berakhirnya waktu malam itu, sehinggalah cukup tempohnya sebulan, sama ada 29 atau 30 hari.
Inilah hikmah yang Allah ajar kepada kita!
Ayat ini menjadi isyarat bahawa mengenali tarikh & waktu itu adalah satu nikmat & ilmu yang bermafaat kepada kita!
Untuk mengetahui tarikh seperti kiraan masa & temu janji.
Hatta untuk orang yang berhutang bagi mengetahui tarikh yang dijanjikan untuk bayar hutang, agar tidak lari & alasan untuk mungkir.
Malangnya manusia hari ini mudah lupa waktu & tarikh apabila berjanji atau berhutang!
Bahaya sekali jenayah tidak menepati janji ini apatah lagi orang yang memang kerjanya scammer!
- Ayat 6- {Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.}-
Dalam ayat ini Allah menegaskan dengan ta’kid, sesungguhnya {إِنَّ} bahawa dalam semua kejadian ciptaan Allah ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan & keagungan Allah bagi orang yang bertaqwa!
Ayat ini menjadi peringatan yang besar kepada kita, apakah kamu nak menjadi orang bertaqwa atau tidak?
Jika nak jadi orang yang bertaqwa; maka kena gunakan akal kamu, lapangkan dada kamu, buka minda kamu, fokuskan tujuan kamu kepada tiga perkara ini:
i- Belajar nama-nama Allah yang indah
ii- Menghayati sifat-sifat Allah yang tinggi.
iii- Lihat kepada kejadian & ciptaan Allah yang hebat seperti pergantian malam & siang ini.
Semua ini akan menjadi tanda kepada orang yang bertaqwa & orang cerdik yang ada akal.
Allah fokuskan peringatan ini kepada orang yang bertaqwa kerana hanya orang yang bertaqwa dapat melihat & mendapat manfaat dari segala nikmat & kurniaan Allah ini.
Ya Allah jadikan kami dari golongan orang yang bertaqwa.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
