Ancaman Puak Kafir, Kafir Akan Dihumban Ke Jahannam & Bandingan Amalan Kafir Seperti Abu Berterbangan.

Live Pagi Isnin 09/03/2026 / 19 Ramadhan 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ibrahim (06) Ayat [13-18]
Full video: https://youtu.be/riKcv7bRHbw?si=nYadbKMlPl6PYrAk
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ibrahim dengan ayat 13 sehingga ayat 18 dalam juzuk ketigabelas.
*Hari ini sudah berlalu hampir 2/3 Ramadhan- tinggal lagi baki 10 akhir Ramadhan yang bernilai seperti emas.
Maka rugilah jika kita tidak ambil peluang keemasan ini dengan memperbanyakan amal kebajikan!
- Dalam siri ini Allah s.w.t cerita tentang ancaman puak kafir terhadap nabi mereka.
Mereka hanya diberi dua pilihan saja; berhenti dari berdakwah serta kembali ke agama asal puak kafir atau mereka akan dihalau keluar dari negeri.
- Allah kata tidak mengapa teruskan dakwah, jangan takut kepada ancaman mereka kerana orang kafir akan dibinasakan; jika selamat di dunia tetapi tidak akan selamat di Akhirat- kelak kafir akan dihumban ke neraka Jahannam.
- Di akhir ayat Allah buat bandingan amalan kafir yang baik tak dapat pahala apa tetapi hanya hilang seperti abu berterbangan.
Kita minta perlindungan dari Allah dibiarkan kita terumbang-ambing!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t ajar kepada para rasul agar bertawakkal kepada Allah & sabar dalam menghadapi tentangan & cabaran.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan perangai puak kafir yang degil keras kepala; mengancam memberi pilihan kepada rasul mereka agar berhenti berdakwah kembali kepada ajaran tok nenek mereka ATAU mereka akan dihalau keluar dari negeri mereka itu!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُم مِّنْ أَرْضِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا ۖ فَأَوْحَىٰ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ ﴿٣١﴾
Ayat 13- {Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami”. Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.} (Ibrahim 14:13)
- Setelah para nabi berhujjah & berdakwah kepada kaumnya untuk beriman & mereka menolaknya maka bermulalah pertembungan!
Puak kafir itu lalu tunjuk angkuh berkata kepada para rasul mereka dengan memberi ancaman:
i- jika kamu tak berhenti berdakwah kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami;
ii- atau kamu kembali menjadi seagama dengan kami ikut agama tok nenek kami.
- Banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan perkara yang sama tentang kaum kafir ancaman terhadap para rasul mereka ini:
i- kaum Syu’aib: {Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada agama kami”. Nabi Syuaib menjawab: “Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?} (Al-A’raaf 7:88)
ii- kaum Nabi Lut: { Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci “.} (An-Naml 27:56) |
iii- kaum Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w:
{Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Makkah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.} (Al-Israa’ 17:76)
{Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.} (Al-Anfaal 8:30)
*Begitulah sama saja penentangan mana-mana kaum kafir terhadap rasul yang diutuskan kepada mereka.
Dalam ayat di atas Allah gambarkan tentang 3 orang nabi- nabi lain pun begitu juga keadaannya.
- Lalu Allah wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: Jangan takut dan jatuh dalam ancaman mereka itu, teruskan dakwah kamu- pertolongan Allah akan datang.
- Yakni Allah beri jaminan sesungguhnya Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim dan memberi kemenangan kepada Islam.
وَلَنُسْكِنَنَّكُمُ الْأَرْضَ مِن بَعْدِهِمْ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ ﴿٤١﴾
Ayat 14- {“Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu”.} (Ibrahim 14:14)
- Munasabah ayat:
i- selepas memberi galakan untuk terus berdakwah dan melawan tentangan orang kafir itu;
ii- datang ayat ini Allah berjanji akan memberi kemenangan kepada umat Islam.
Seperti Pembukaan negeri Makkah oleh Rasulullah s.a.w & kaum muslim setelah mengalahkam kaum musyrikin Quraisy.
*Hari ini dalam Sejarah- pada 20 hb Ramadhan tahun ke-8H adalah Pembukaan Kota Makkah oleh kaum Muslimin.
Makkah telah dibersihkan dengan sebersihnya dari kesesatan & kekotoran syirik!
- Banyak ayat-ayat al-Quran lain yang Allah janjikan kemenangan:
{(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Al-A’raaf 7:128)
Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”} (Al-A’raaf 7:129)
- Allah berjanji akan mengalah & membinasakan kaum yang zalim itu; serta memberi balasan baik bagi:
i- orang-orang yang takut akan sikap keadilan Allah dalam menghitung amalnya,
ii- dan takut akan janji-janji Allah yang benar!
وَاسْتَفْتَحُوا وَخَابَ كُلُّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ ﴿٥١﴾
Ayat 15- {Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah, untuk mendapat kemenangan); dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya).} (Ibrahim 14:15)
- Para rasul & umatnya yang beriman sentiasa memohon pertolongan kepada Allah, untuk mendapat kemenangan; dan Allah akan menerima doa mereka & memberi bantuan kepada mereka.
- Manakala orang kafir yang sombong takbur, lagi bersikap degil dalam keingkarannya akan kecewa dan mendapat balasan azab!
Jika selamat atas dunia tetapi di Akhirat tidak sesekali akan terlepas!
مِّن وَرَائِهِ جَهَنَّمُ وَيُسْقَىٰ مِن مَّاءٍ صَدِيدٍ ﴿٦١﴾
Ayat 16- {Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka).} (Ibrahim 14:16)
- Dimanakan mereka ini yang kufur lagi sombong angkuh dan sombong itu???
- Iaitu di Akhirat kelak Allah akan sediakan bagi mereka:
i- neraka Jahannam- itulah seburuk tempat kembali.
ii- yang antara azabnya akan diberi minum dari air danur (iaitu nanah & darah) yang keluar dari tubuh sesama ahli neraka!
Wal ‘iyazu billah!
- Dalam zaman serba canggih ini sukar bagi kita membezakan apakah berita yang benar asli & apakan berita yang cuma rekaan AI- lalu sukarlah bagi para pendakwah untuk menegur kesalahan masyarakat kerana kadang-kadang ia hanya rekaan!!!
يَتَجَرَّعُهُ وَلَا يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ ۖ وَمِن وَرَائِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ ﴿٧١﴾
Ayat 17- {Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.} (Ibrahim 14:17)
- Munasabah ayat yang jelas:
i- apabila Allah nyatakan si kafir yang angkuh dan sombong tadi yang akan diberi minum air danur dalam neraka;
ii- maka datang ayat ini Allah ceritakan keadaan mereka yang menolak untuk minum air danur itu- maka mereka dipaksa untuk meminumnya dengan kasar & keras- tidak dapat mengelaknya lagi.
iii- dan apabila mereka meminum air itu hampir muntah, tekak mereka menolaknya kerana terlalu busuk lagi panas!!!!
- Azab yang menimpa mereka terlalu dahsyat- mereka didatangi penderitaan maut dari segala arah dek amat seksa! Tetapi mereka tidak pula mati; ini supaya tidak terlepas dari azab seksa itu! Jika mati habis cerita dahla!!!
- Bahkan mereka meminta agar Tuhan mematikan mereka kerana terlalu seksa lalu diherdik malaikat.
Selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat- Allahu Akbar amat menakutkan!!!
Ayat 18- {Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.} (Ibrahim 14:18)
مَّثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ ۖ أَعْمَالُهُمْ كَرَمَادٍ اشْتَدَّتْ بِهِ الرِّيحُ فِي يَوْمٍ عَاصِفٍ ۖ لَّا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا عَلَىٰ شَيْءٍ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الضَّلَالُ الْبَعِيدُ ﴿٨١﴾
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah ceritakan tentang macam-macam azab yang diterima oleh puak kafir;
ii- datang ayat ini Allah nyatakan mereka itu ada yang buat kebaikan yang banyak tetapi kebaikan itu tidak berfaedah, semuanya tiada nilai di sisi Allah s.w.t!
*Ya Allah jauhkan kami dari melakukan amalan yang sia-sia!
- Dalam ayat ini Allah buat perbandingan bahawa segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti:
i- abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; tidak akan tinggal apa-pun.
ii- mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu.
- Ini kerana terdapat ramai orang kafir yang buat kebajikan & kebaikan, mereka menyangka mereka betul seperti nak mendekatkan diri kepada Allah tetapi semua itu sia-sia tidak diterima samada kerana mereka tidak beriman atau kerana amalan itu bercampur dengan syirik!
- Nota [469]- Kerana segala yang telah mereka usahakan itu tidak berdasarkan kepercayaan yang betul benar, dan tidak pula menurut jalan yang berfaedah, atau mendatangkan sebarang kebaikan kepada mereka pada hari akhirat.
Penutup & Faedah #
- Ayat 13- {Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami”.}- orang kafir mengancam dan memberi hanya dua pilihan kepada para rasul mereka itu- berhenti berdakwah atau keluar dari negeri ini!
Kata ulama’: Di sini terzahir & terserlahnya hakikat pertembungan antara Islam & jahiliyyah!
Islam tak boleh terima jahiliyyah begitu juga jahiliyyah tak boleh terima Islam.
Pertembungan ini tidak boleh diundur sama-sekali maka lawan tetap lawan!
Ancaman yang dibuat oleh puak kafir ini adalah sesuatu yang wajib dilawan dan ditentang untuk perkembangan dakwah Islamiah – jangan sesekali tunduk kepadanya!
Jika tidak dakwah Islam tidak akan berkembang, jika sikit-sikit terus tunduk & takut kepada ancaman & tentangan orang kafir yang memang tidak mahu Islam berkembang!
Tidak ada nabi & rasul yang tidak ditentang dalam dakwahnya.
Ini kerana jalan dakwah ini bukan terhampar atas permaidani merah tetapi mungkin akan tertumpahnya darah yang merah!
Jika nak senang cari jalan lain.
Kerana itu kita lihat hari inipun pertembungan antara orang yang nak menegakkan Sunnah Nabi s.a.w dengan orang yang hanya ikut arus masyarakat; yang satu lagi itu lebih senang!
Tidak ditentang dan tidak dihalang, bebas berceramah mendapat pendedahan media, radio, tv dan sebagainya.
Orang yang membawa kebenaran, bawa apa yang di ajar al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w- pasti akan menghadapi tentangan, onak & duri!
Kita lihat jika halangan yang kecil-kecil seperti kemuncup di tepi jalan; kita jangan berhenti & jangan hiraukan.
Tetapi jika yang besar & kita tidak mampu untuk hadapinya- perlahankan atau berhenti dulu untuk menyusun strategi dakwah!
Yakni jangan dok rempuh masuk atau berkeras lengan, dakwah ini ada seni jika kita tak mampu & kita tak kuat tapi asyik nak lawan saja- maka dakwah kita akan berkubur sebelum sempat bangun berjalan!
Seumpama apabila tiba di lampu merah di lampu isyarat- kita kena berhenti jangan rempuh masuk juga- jika tidak kemalanganlah akibatnya.
Lihat saja Imam Bukhari seorang imam yang begitu besar pun mati terbuang luar dari negerinya walaupun akhirnya dia menjadi terbilang dan masyhur selepas itu di seluruh dunia!
Biarlah para pejuang Sunnah jika atas dunia ini kita terbuang, dibenci disekat oleh sebahagian orang- tetapi insya’ Allah di Akhirat kelak kita terbilang di sisi Allah diangkat darjatnya!
- Ayat 13- {Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.}-
Allah perintahkan kepada rasul-Nya agar jangan berhenti & tunduk kepada ancaman mereka- sabar & teruskan berdakwah.
Tetapi jika ancaman mereka besar & kuat- Allah akan menolong orang Islam- Allah akan memberikan bantuan-Nya.
Sebagaimana dalam ayat sebelum ini juga Allah perintahkan para rasul & pendakwah agar sabar dan tawakkal dalam berdakwah.
Ayat ini menunjukkan bahawa sesiapa yang bertawakkal kepada Allah untuk menentang musuh-musuh Allah- Allah akan jaga dan beri pertolongan untuk dia menghadapi musuhnya!
Pertolongan Allah akan datang tepat pada masanya.
Syaratnya mestilah orang yang bertaqwa iaitu orang yang benar-benar takut kepada Allah:
i- takut nak bertemu dengan Allah jika membawa bawaan yang soleh;
ii- takut akan azab Allah jika mereka melakukan maksiat & kemungkaran!
Maka hendaklah kita takut kepada Allah & jangan kita berani-berani melawan hukum Allah!
- Ayat 13- {Dan berkatalah pula orang-orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami”.}-puak kafir memberi dua pilihan- berhenti dakwah dan kembali kepada agama asal mereka atau akan dihalau keluar.
Dari ayat ini { لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَا -kembali kepada agama kami} seolah menunjukkan gambaran bahawa para rasul itu sebelum mereka berdakwah; pernah menjadi syirik dan ikut agama tok nenek mereka dulu!
Jawapan:
Tidak sesekali- para rasul & nabi itu Allah telah pelihara dari awal lagi- Mereka tidak pernah melakukan kesyirikan atau berada dalam kesesatan.
Sebagaimana kata ahli qasidah- Nabi s.a.w telah dijaga Allah nasab semua keturunannya bermula dari nabi Adam sehingga kepada ibu bapanya terpelihara dari perbuatan keji.
Cuma sebelum itu Nabi s.a.w tidak pernah bercakap tentang tauhid kerana belum ada wahyu dari Allah.
Lalu puak kafir menyangka Nabi s.a.w & para nabi lain pernah ikut agama mereka juga kerana tidak menentang perbuatan mereka itu!
*Kecuali para nabi yang dari keturunan nabi juga seperti anak & cucu nabi seperti anak-cucu Nabi Ya’qub s.a.w yang menjadi nabi juga- maka mereka memang tahu tentang tauhid dari awal lagi.
Mereka adalah keluarga tauhid- Ibrahim- Ishaq- Ya’qub & Yusuf.
Sesungguhnya para rasul dijaga Allah dari perbuatan syirik sejak dari asal lagi- Nabi tidak pernah syirik atau kafir.
Andaian puak kafir yang menyangka bahawa Nabi s.a.w sama seperti mereka adalah tidak benar sama sekali!!!
- Ayat 13- {Lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang yang zalim.}-
Allah nyatakan bahawa dia akan membinasakan orang-orang yang zalim {ٱلظَّـٰلِمِينَ} bukan akan binasakan semua orang kafir. Kenapa?
Ini kerana orang kafir itu ramai dan bukan semua mereka dibinasakan di dunia ini.
Kafir yang akan dibinasakan hanya yang zalim, yang menentang dakwah Nabi s.a.w.
Ayat ini menunjukkan bahayanya sifat zalim samada di kalangan orang kafir atau orang beriman yang zalim- mereka akan dibinasakan oleh Allah s.w.t.
Contohnya- Tentang Abrahah & tenteranya yang berniat mahu membinasakan Ka’bah Allah lalu Allah binasakan mereka terlebih dahulu sebelum tiba di Makkah lagi!
Boleh baca kisahnya dalam buku Makkah ini:
https://dartaibah.com/…/NEW-Makkah-Kelebihan-&-Sejarah…
- Ayat 18- {Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang…}- bagi orang kafir yang tidak beriman kepada Allah & Rasul- segala amalan baik mereka di dunia ini sia-sia, tidak dikira semasa di akhirat- tak masuk akaun!
Amalan orang kafir ini ada dua samada:
i- amalan baik yang dia buat kepada sesama manusia seperti NGO kebajikan atau sukarelawan dalam misi kemanusian dan seumpamanya;
Selagi mereka kafir, amalan tiada kesan, satu kerugian.
Contoh Sumud Fotilla yang dicetuskan oleh seorang kafir bagi membantu Palestin!
Bahkan orang Islam turut sama menyokong dan menyertainya!
Tetapi peringatan mesra untuk kita fikirkan- apakah tiada lelaki muslim untuk kita biarkan wanita Islam sertainya?
Fikirkan dulu keselamatan & kesesuaian wanita-wanita Islam untuk berada di atas kapal berminggu-mimggu tanpa mahram bersama lelaki bukan Islam dan menakutkan lagi jika ditawan kafir zionis dan seumpamanya!
ii- iktikad mereka yang salah tetapi mereka menganggap syirik mereka betul, tidak kena tempat.
Kata sahabat Nabi s.a.w Ibnu Mas’ud :
كَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ
“Berapa ramai orang yang menginginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatinya (tidak tepat melakukannya).”
Yakni betapa ramai orang nak buat perkara baik tetapi tak berjumpa lorong kerana tak ikut ajaran Nabi s.a.w!
Sama seperti kita nak buat baik lalu anjurkan amalan itu amalan ini, majlis ini tetapi kesannya tiada kerana ia bukan seperti yang Nabi s.a.w ajar atau suruh buat!
Dalam ibadat ini kita kena ikut kepada dalil, bukan ikut orang atau sentiment!
Marilah kita hidupkan Sunnah Nabi s.a.w walaupun ia bukan sesuatu yang popular di kalangan masyarakat, walaupun amalan kita tidak dipersetujui orang!
Tetapi biarlah apa yang kita buat itu ada sandaran dalil dari Nabi s.a.w.
Maka semoga amalan kita itu tidak menjadi sia-sia berterbangan seperti abu dalam angin!
*Jangan pula kita kata orang nak buat benda baik apa salahnya!
Ingat dalam bab ibadat sesekali kita tidak boleh reka atau adakan sendiri- bukan seperti bab kehidupan silalah reka apa saja yang dapat beri kebaikan.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Isnin 09/03/2026 / 19 Ramadhan 1447H
