View Categories

(4) Surah Ibrahim: Ayat 5-8

15 min read

Nabi Musa A.S Diutuskan Bersamanya Mukjizat, Ingatkan Kaumnya Tentang Azab Fir’aun & Kelebihan Bersyukur.

Live Pagi Sabtu 07/03/2026 / 17 Ramadhan 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ibrahim (04) Ayat [05-08]

Full video: https://youtu.be/3-K_8ICifso?si=r-rW95lBsvk5KnXT

Muqaddimah: #

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ibrahim dengan ayat 05 sehingga ayat 08 dalam juzuk ketigabelas.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan cerita Nabi Musa A.S bersama kaumnya.
    Bagaimana Baginda diutuskan bersamanya mukjizat-mukjizat sebagai penguat dakwah dan dalil kebenarannya.
  3. Nabi Musa ingatkan kaumnya tentang azab Fir’aun dan bagaimana dia diutuskan untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kufur dan membebaskan mereka dari kezaliman & perhambaan yang dibuat Fir’aun dan kuncu-kuncunya!
  4. Seperti biasa apabila kita diuji dan terlepas dari ujian jangan lupa dua perkara iaitu:
    Pertama sabar atas ujian serta bersyukur atas keselamatan & nikmat kemenangan!
  5. Hari ini dalam sejarah:
    Kemarin hari Jumaat 17 Ramadhan bersamaan dengan satu peristiwa bersejarah yang amat besar dalam Islam iaitu Peperangan Badar al-Kubra.

Kemenangan yang memutuskan antara haq dan batil, antara Islam & kekufuran- walaupun bilangan umat Islam sedikit, hanya 313 orang dapat mengalahkan tentera kafir Quraisy yang ramai iaitu seribu orang.

Lemah bukan kerana tidak kuat tetapi kerana tidak bergantung kepada Allah s.w.t.

  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w diutuskan kepada manusia seluruh alam; yang Arab atau bukan Arab, yang gelap atau cerah- kerjanya ialah ialah mengeluarkan manusia dari kegelapan sesat kufur kepada cahaya tauhid kepada Allah s.w.t!

ii- kemudian datang ayat ini Allah menyatakan tugas Nabi Musa sebelum Rasulullah s.a.w dulu pun sama iaitu untuk mengeluarkan kaumnya dari kegelapan sesat kufur kepada cahaya tauhid kepada Allah s.w.t!

*Jadi munasabahnya jelas; Semua nabi-nabi a.s, kerja mereka ialah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya tauhid kepada Allah s.w.t!

Tafsir Ayat #

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ ‎﴿٥﴾‏

Ayat 5- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.} (Ibrahim 14:5)

  1. Allah telah mengutuskan Nabi Musa a.s kepada kaumnya dengan membawa mukjizat-mukjizat yang besar sebagai tanda kebenaran dan kesahihan dakwahnya!
  2. Nota [467]; Yakni 9 jenis mukjizat yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa sebagaimana yang tersebut dalam surah al-A’raaf.

Ini sebagai tanda agar orang percaya & beriman kepadanya!

  1. Manakala mukjizat terbesarnya ialah pastilah Kitab Taurat sebagaimana Kitab al-Quran adalah mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w sebagai tanda keagungan, kebenaran & kesahihan dakwah Nabi s.a.w disamping mukjizat-mukjizat yang lain.

*Boleh baca buku Tahzib as-Sirah yang menyenaraikan lebih daripada 50 mukjizat Rasulullah s.a.w:
Link:
https://dartaibah.com/…/Cetakan-Baru-2024-Edisi…

  1. Allah nyatakan di sini tugas Nabi Musa a.s:
    i- dakwah kaumnya kepada jalan yang benar untuk mengeluarkan mereka dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman, cahaya ilmu & ketaatan kepada Allah;

ii- dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah.

  1. Maksud Hari-hari Allah mengikut nota:
    [468]- ialah peristiwa-peristiwa bersejarah bagi sesuatu umat yang sentiasa dikenang kerana mengandungi nikmat-nikmat pertolongan Allah atau bala bencana yang membawa kepada naik atau jatuhnya sesuatu ummah.
  2. Kata Imam Ibnu Jarir al-Tabari : Hari-hari yang Allah uji mereka ialah pasti hari menjadi kenangan kepada mereka samada hari yang mengembirakan atau hari yang mendukakan.

Begitulah dalam hidup manusia ini pasti ada hari yang suka & hari yang duka!

  1. Maka bagi bani Israil kaum Nabi Musa a.s:
    i- hari yang mendukakan ialah apabila mereka ditindas dan menjadi hamba kepada Fir’aun dan kaumnya yang zalim.

ii- hari yang menggembirakan mereka ialah apabila Fir’aun dan bala tenteranya tenggelam dalam Laut Merah.

*Untuk memastikan kebinasaan Fir’aun Allah hantar balik mayatnya ke tepi laut untuk disaksikan semua orang.

Sehingga ke hari ini Fir’aun belum masuk kubur- menjadi bahan tontonan manusia untuk diambil iktibar pengajaran!

  1. Yakni Allah menyuruh Nabi Musa a.s mengingatkan kaumnya kepada hari yang yang bersejarah dalam hidup mereka samada hari yang menggembirakan mereka atau hari yang mendukakan mereka agar mereka sentiasa bersyukur kepada Allah s.a.w & sentiasa sabar akan ujian dahsyat yang menimpa atas mereka.
  2. Dari hadis Nabi s.a.w yang panjang riwayat Ubai bin Ka’ab r.a:
    إنَّه بيْنَما مُوسى عليه السَّلامُ، في قَوْمِهِ يُذَكِّرُهُمْ بأَيّامِ اللهِ، وَأَيّامُ اللهِ نَعْماؤُهُ وَبَلاؤُهُ،…….
    Maksudnya: “Sesungguhnya, ketika Nabi Musa a.s berada di tengah-tengah kaumnya, dia mengingatkan mereka dengan hari-hari Allah, sedangkan hari-hari Allah (maksudnya) adalah nikmat-nikmat-Nya dan ujian-ujian (bala’)-Nya….”. [HR Muslim].
  3. Dalam ayat ini juga Allah menyatakan bahawa semua ini akan memberi manfaat, menjadi peringatan & iktibar bagi:

a- tiap-tiap seorang yang kuat bersabar { صَبَّارٍۢ}:
Sebagaimana yang sering kita nyatakan sabar itu ada tiga peringkat:

i- sabar untuk melakukan ketaatan.
ii- sabar meninggalkan larangan Allah s.w.t.
iii- sabar menghadapi ujian yang menimpa!

b- lagi kuat bersyukur { شَكُورٍۢ}: kita kena bersykur kepada Allah di atas apa saja nikmat & limpah kurnia Allah ke atas kita!

Ingatlah bahawa syukur itu memelihara nikmat yang sedia ada & menarik nikmat yang baru.

Ya Allah rahmatilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka sabar & rahmat dalam menyayangi dan mendidik kami!

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ ‎﴿٦﴾

Ayat 6- {Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu”.} (Ibrahim 14:6)

  1. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas Allah perintahkan Nabi Musa sentiasa peringatkan kaumnya supaya sentiasa ingat akan ujian Allah agar mereka sabar serta ingat nikmat Allah agar mereka syukur pula.

ii- maka datang ayat ini Allah sebut secara khusus- antara nikmat yang besar ialah apabila Allah menyelamatkan mereka daripada kezaliman Fir’aun dan kuncu-kuncunya yang amat jahat!

  1. Yakni Allah menyuruh Rasulullah s.a.w mengenang akan kisah Nabi Musa a.s apabila dia mengingatkan kaumnya agar mengenang nikmat Allah yang amat besar kepada mereka.
  2. Iaitu bersyukurlah dengan nikmat Allah yang telah menyelamatkan mereka dari kezaliman Firaun dan orang-orangnya:

i- yang sentiasa menyeksa mereka dengan berbagai seksa yang buruk!

ii- dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.

Tetapi anak perempuan itu apabila besar menjadi hamba pula samada buruh kasar atau hamba seks!
Masih tersiksa juga!

*Sama sehingga ke zaman ini wanita masih menjadi bahan eksploitasi & jualan!!

  1. Syukur itu juga ada 3 dimensi:
    i- kita syukur dengan lisan- dengan ucapan alhamdulillah & terima kasih.

ii- syukur dengan hati- hati kita syukur dengan banyak istighfar berzikir mengingati Allah.

iii- syukur dengan anggota- apa nikmat yang ada kita curahkan, kita guna pada jalan yang diredhai Allah!

  1. Begitulah apabila orang buat baik dan beri sesuatu kepada kita, kita ucap alhamdulillah syukur kepada Allah dan ucapkan kepada mereka dengan ucapan doa:
    (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا)-
    “Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang banyak”- barulah boleh pahala!
  2. Allah-lah bantu kita untuk mendidik anak-anak dan generasi hari ini dalam zaman serba moden dan gajet-gajet canggih ini!

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ‎﴿٧﴾

Ayat 7- {Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.} (Ibrahim 14:7)

  1. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas Allah sebut nikmat keamanan yang di anugerahkan kepada mereka; Fir’aun sudah mati mereka sudah bebas maka apakah tanggung-jawab mereka!

ii- maka datang ayat ini galakan untuk sentiasa mencari jalan untuk menambah nikmat yang ada serta amaran bahawa nikmat yang ada itu boleh hilang bila-bila masa!

  1. Yakni Allah ajar; jika kamu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kamu Allah akan tambahkan nikmat yang ada dengan kamu!
  2. Tetapi ingat sebaliknya jika kamu tidak bersyukur & kufur; samada kufur syirik atau kufur akan nikmat yang Allah berikan itu maka ingatlah sesungguhnya azab Allah amatlah keras!
  3. Ini sebagaimana yang kita nyatakan tadi bahawa bersyukur itu:
    i- menjaga nikmat yang sedia ada;
    ii- menarik nikmat yang baru, insya’ Allah.

وَقَالَ مُوسَىٰ إِن تَكْفُرُوا أَنتُمْ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ ‎﴿٨﴾‏ 

Ayat 8- {Dan Nabi Musa berkata: “Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.} (Ibrahim 14:8)

  1. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas janji Allah untuk menambahkan nikmat-Nya jika mereka bersyukur serta peringatan agar mereka jangan kufur jika tidak nikmat yang ada akan hilang;

ii- maka datang ayat ini Nabi Musa menyatakan kepada kaumnya bahawa semua apa yang diberi peringatan ini adalah untuk kebaikan mereka- bukan untuk keuntungan Allah kerana Allah tak perlu semua itu!

  1. Ini kerana jika mereka dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar:

i- maka hal yang demikian tidak merugikan Allah,

ii- kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji { فَإِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ حَمِيدٌ}!!!

  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu.} (Az-Zumar 39:7)
  2. Maka kita pilihlah apakah kita mahu jadi manusia yang Allah sayang & redha atau nak jadi manusia yang celaka & rugi dunia Akhirat! Na’uzubillah!

Penutup & Faedah #

  1. Ayat 5- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah.}-

Allah perintahkan Nabi Musa supaya berdakwah kepada kaumnya dengan engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman.

Untuk mengekalkan keadaan ini Allah juga perintahkan Nabi Musa untuk mengingatkan kaumnya dengan Hari-hari Allah- iaitu hari yang mereka ditimpa bala ujian dan hari Allah selamatkan mereka dari bala itu!

Begitulah pentingnya setiap manusia ini perlu ingat tentang ujian Allah s.w.t ke atasnya & juga tentang nikmat Allah kepadanya!

Ini kerana jika terlupa tentang ini dia akan menjadi angkuh sombong dan seumpamanya!

Kata Ibnul Arabi Al-Maliki: Ayat ini menunjukkan betapa pentingnya pendakwah untuk bercakap dengan masyarakat samada dengan ceramah tazkirah dan seumpamanya dengan sesuatu yang dapat menyentuh dan melembutkan hati manusia serta menguatkan keyakinan mereka!

Boleh tengok kuliah DDAAM dalam pelbagai bidang dakwah selain feqah melalui channel Youtubenya:

Halaqah Abu Anas Madani
https://www.youtube.com/channel/UCGT4PFIcawWxaBcjH8JY4Vw…

Kata para ulama’: Mengingat dan tahu akan kisah sejarah amat penting dalam hidup kita ini baru kita dapat ambil iktibar dan pengajaran!

Jangan sampai kita terpedaya dan tertipu dengan dakwaan & tuntutan orang lain!

Tahu fakta sejarah akan menyelamatkan negara & kehidupan kita!

Kata seorang pengarang kitab- almarhum Dr Jamil al-Misri:
Orang yang cerdik akalnya ialah yang sentiasa menilai mengkaji sejarah yang lepas & membuat perancangan untuk masa akan datang!

Ingat kesalahan orang dahulu jangan kita ulangi- orang dulu masuk lubang biawak atau dipatuk ular jangan kita juga kena!

Belajarlah dari sejarah dan buatlah perancangan untuk masa depan!

  1. Ayat 5- {“Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.}- semua peristiwa itu menjadi iktibar pengajaran kepada orang yang bersabar & orang yang bersyukur!

Maka orang mukmin wajib ada dua sifat ini:
i- sabar atas ujian
ii- syukur atas nikmat.

*Jika tiada dua sifat ini kita akan kecundang!

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Suhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ
إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” [HR Muslim (7692)].

Allah telah sebut dalam al-Quran 4 kali tentang manfaat orang yang sabar & kelebihan bersyukur:

i- ayat kita ini- {“Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.} (Ibrahim 14:5)

ii- {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.} (Luqman 31:31)

iii- {(Maka kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain)”, dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.} (Saba’ 34:19)

iv- {Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.} (Asy-Syuura 42: 32-33)

Ini menunjukkan bahawa ayat-ayat Allah ini hanya akan memberi manfaat kepada orang yang bersabar & orang yang bersyukur dengan sesungguhnya.

Ya Allah jadikan kami semua dari kalangan orang yang bersabar & bersyukur!!

  1. Ayat 5- {“Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.}-
    Allah sebut dalam ayat ini seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur { لِّكُلِّ صَبَّارٍۢ شَكُورٍۢ}.

Yakni seorang yang betul-betul bersabar- bukan sabar biasa-biasa.
Ini kerana bala yang datang boleh datang dengan segera atau sekelip mata tetapi untuk hilang atau sembuh ia mengambil masa yang lama- bukan hilang segera!

Ini menunjukkan bahawa pertolongan Allah akan datang tapi bukan secara automatik- datang bala dengan cepat tetapi hilang bala akan ambil masa kerana itu kita kena banyak sabar!

Maka ayat ini mengajar agar kita kena banyak bersabar; selagi bala itu tak hilang kita kena sabar dan apabila bala hilang atau kita dapat nikmat- kita kena syukur jangan angkuh dan mudah goyah!!!

Kedua-duanya payah & susah belaka:
i- susah menghadapi kesusahan, nak sabar menghadapi ujian susah!

ii- susah nak bersyukur atas nikmat lagi payah!

Banyak ayat-ayat Allah yang menunjukkan kita kena banyak bersabar kerana bukan senang ujian atau kesusahan untuk hilang dengan segera!

Kita berdoa agar jadikan kita sebagai manusia yang sentiasa sabar & bersyukur.

  1. Ayat 7- {Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.}

Ayat ini Allah memberi jaminan & berjanji dengan jelas bahawa:

i- sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmat-Nya.

ii- sesiapa yang kufur Allah akan tarik nikmat!

Sebagaimana telah sering kita sebut sabar itu ada 3 kategori & syukur itu juga ada 3 caranya:

i- syukur dengan lidah ucap alhamdulillah & terima kasih,

ii- syukur dengan hati sentiasa ingat akan Allah s.w.t.

iii- syukur dengan anggota kita buat apa yang kita mampu untuk melakukan ketaatan kepada Allah!

Ya Allah jadikan kami dari kalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur!

  1. Ayat 8- {Dan Nabi Musa berkata: “Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.}

Nabi Musa a.s memberi amaran dan peringatan kepada kaumnya!

Agar mereka sentiasa bersyukur kepada Allah dan jangan ulang perbuatan kufur kamu dulu samada kufur syirik atau kufur akan nikmat Allah!

Dalam ayat ini nabi Musa telah mengiklankan prinsip asas dalam agama iaitu:

i- jangan sesekali kamu derhaka & lawan Tuhan.

ii- kerana semua yang Allah buat & perintahkan itu untuk kepentingan kamu bukan untuk kepentingan Allah s.w.t.

Jika kamu kufur kamu yang akan susah kerugian dengan hilang nikmat!

Ini kerana manfaat syukur & mudharat kufur akan kembali ke atas kepala kamu sendiri!

Kita pilihlah jalan yang baik kerana syukur itu menjaga nikmat yang ada & membawa nikmat yang lain!

Jika kamu kufur Allah s.w.t tak perlu kepada kamu!


Beli Tanah Waqaf Kubur Masjid Mukim Sungai Durian.

Jawatankuasa telah mengenal pasti tanah seluas 2.2 ekar dengan kos sebanyak RM200,000.00 untuk dibeli sebagai waqaf kubur.

Projek ini dibawah naungan Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian MMPSD.

Pihak jawatankuasa membuka peluang kepada para dermawan bagi turut sama membeli saham tanah waqaf ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Nama: Tanah Perkuburan Islam Sungai Durian
No Akaun: 2006701000269962 (Agro Bank)
Makluman dan pertanyaan boleh hubungi (call & whatsapp):

HP: 019 9198299 Haji Hashim Bin Yahya (Pengerusi).

جَزًاكُمُ الله خَيْرًا!
Link poster: https://www.facebook.com/share/p/17goRknJBV/

Wallahu a’lam.


#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Sabtu 07/03/2026 / 17 Ramadhan 1447H

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] & Surah Ibrahim (setakat siri yang ada) boleh dilihat di YouTube AbuAnasMadani

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top