Syaitan Berdebat, Berlepas Diri Dari Pengikutnya & Mukmin Ke Syurga

Live Pagi Rabu 11/03/2026 / 21 Ramadhan 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ibrahim (08) Ayat [22-23]
Full video: https://youtu.be/q0h4Rm2yA6o?si=Z5FKRGUempRwadGP
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ibrahim dengan ayat 22 sehingga ayat 23 dalam juzuk ketigabelas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan syaitan berdebat dengan para pengikutnya.
Ayat sebelumnya sesama manusia yang sesat berdebat tetapi dalam ayat ini manusia dengan syaitan yang menyesatkan mereka!
*Kita tak mahu masuk dalam kumpulan ini kerana kita nak bersama ashabul-yamin yang mendapat keredhaan Allah s.w.t.
- Syaitan menyatakan dia berlepas diri dari pengikutnya dari awal lagi jangan mereka meminta bantuan atau pertolongannya kerana mereka semua sekarang semua disumbat di dalam neraka!
- Kemudian Allah nyatakan orang mukmin balasannya akan ke syurga.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa pengikut yang lemah berdebat berbalah dengan ketua yang mereka ikut yang sesatkan mereka- dua kali iaitu di padang Mahsyar kemudian di dalam neraka pula.
ii- maka datang ayat ini Allah ceritakan pula tentang syaitan yang berlepas diri dan berceramah kepada pengikutnya di dalam neraka.
Bahawa semua itu bukan salah syaitan tetapi salah mereka yang mengikutnya!
Kenapa ikut dia juga sedangkan mereka tahu dia telah kufur sejak dari awal lagi!!!
*Kedua-dua ini menyesatkan manusia belaka yang membawa bersama semuanya ke dalam neraka!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدتُّكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ ۖ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا أَن دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي ۖ فَلَا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنفُسَكُم ۖ مَّا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنتُم بِمُصْرِخِيَّ ۖ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِ مِن قَبْلُ ۗ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٢٢﴾
Ayat 22- {Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.} (Ibrahim 14:22)
- Setelah selesai pengadilan; orang selamat dari godaan syaitan masuk syurga manakala syaitan & pengikutnya telah dicampakkan ke dalam neraka.
Maka syaitan mula berucap dari awal lagi untuk berlepas dirinya dari dituntut dan didakwa oleh para pengikutnya!!!! - Antara ceramah syaitan kepada mereka di dalam neraka itu:
i- Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar melalui lidah rasul-Nya; maka jika kamu ikut apa yang disuruh oleh Allah & Rasul kamu akan selamat dan masuk syurga!
ii- manakala aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu tetapi malangnya kenapa kamu ikut aku???
Maka sekarang kamu telah berada di dalam neraka!!!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.} (An-Nisaa’ 4:120)
*Bila mati baru tahu kena tipu oleh syaitan- dia yang mengaku & ceramah pula!
- Syaitan mengakui lagi:
i- dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu.
Aku tiada kuasa untuk menyelamatkan kamu dan tiada hujjah untuk membenarkan perbuatan aku!
Yakni syaitan mengecewakan pengikutnya yang berharap dia dapat membantu dan membawa mereka ke jalan yang benar!
ii- selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka sekarang kita bersama di sini!!!
Mereka telah kena scam dek syaitan- terus percaya & ikut syaitan tanpa ragu!
- Kata syaitan lagi:
ii- maka pada hari ini jangan kamu cerca kutuk menyalahkan aku tetapi cerca kutuk dan salahkanlah diri kamu sendiri!
Allah telah beri dua jalan dan dua pilihan- jalan baik ikut Allah & jalan buruk ikut syaitan!
ii- maka kamu sendiri yang pilih jalan yang salah, kamu ikut aku!!!
Kamu sendirilah yang bodoh yang celaka kerana ikut syaitan!!!!!
Maka kamu celalah diri kamu sendiri kerana ikut jalan yang salah, lorong yang sesat!
*Maka kita yang tahu akan kejahatan syaitan ini jangan sesekali terjatuh dalam tipu-daya syaitan yang licik ini!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):” Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu”.
Ketua-ketuanya menjawab: ” (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
“Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat.
Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.}
(As-Saaffaat 37:33) - Syaitan mengingatkan lagi: Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku dari azab neraka Allah ini!!!
- Syaitan mengakui lagi:
i- Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan perintah Tuhan;
ii- kamu pula sekutukan daku dengan Allah dalam melakukan ibadat & ketaatan.
Kamu itu yang bodoh kerana ikut syaitan dan aku berlepas diri dari perbuatan itu!!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?} (Yaa Siin 36: 60-62) - Iblis tutup ucapannya dengan menyatakan bahawa sesungguhnya orang-orang yang zalim iaitu mereka yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya maka mereka akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya!!
- Orang yang zalim ialah yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya- Allah suruh buat ibadat tauhid kepada Allah- kamu pergi buat syirik!
Itu zalim kerana syirik adalah satu kezaliman yang besar & orgyg buat maksiat kepada Allah dikira menzalimi diri sendiri! - Pandangan bahawa ini kata-kata iblis di dalam neraka- dibawa oleh Abu Hayyan.
Allah kisahkan kisah ini kepada kita agar orang berakal yang mendengarnya akan mengambil perhatian.
Jangan kita menjadi mangsa iblis lalu akan masuk neraka bersamanya- wal-‘iyazu billah!!!
- Ada juga yang kata ini adalah kata-kata penjaga neraka- yang mendengar perbalahan & ucapan syaitan ini kepada pengikutnya.
Maka malaikat mencelah tak perlu berbalahlah kerana sesungguhnya orang-orang yang zalim akan masuk ke dalam neraka semuanya!
Boleh dengar siri kuliah tentang Hakikat syaitan oleh DDAAM di sini:
Hakikat Syaiton Ar-Rajim.
https://www.youtube.com/playlist…
وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ ۖ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ ﴿٣٢﴾
Ayat 23- {Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.} (Ibrahim 14:23)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang sebelumnya Allah sebut tentang dua kumpulan ahli neraka yang akan berdebat: Ketua dengan pengikutnya & Syaitan dengan manusia pengikutnya juga!
ii- maka datang ayat ini Allah peringatkan orang beriman- jika kamu nak selamat, nak masuk syurga- kamu jangan ikut syaitan, jangan ikut hawa-nafsu & jangan ikut ketua yang tak ikut Sunnah Nabi s.a.w.
- Allah seru panggil orang yang beriman & beramal soleh, yang sentiasa melakukan ketaatan dan amal ibadat kepada Allah bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh keindahan dan nikmat yang kekal abadi di dalamnya!
- Syurga yang sifatnya seperti berikut:
i- Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
ii- mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka;
iii- ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu-
{تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَـٰمٌ}. - Beberapa ayat yang menunjukkan tentang salam ucapan dari Allah kepada ahli syurga ini:
i- {Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera!} (Yunus 10:10)
ii- {Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan “Salam” (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.} (Al-Ahzaab 33:44)
iii- {(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.} (Yaa Siin 36:58)
- Ada juga ayat yang menunjukkan bahawa ia adalah ucapan malaikat kepada ahli syurga:
i- {… sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk).} (Az-Zumar 39:73)
ii- {… sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”.} (Al-Nahl 16:32)
- Begitu juga ucapan ahli syurga sesama mereka ialah:
“Selamat sejahtera- سَلَـٰمٌ“.
Maka begitulah juga kita sesama muslim apabila berjumpa sentiasalah ucapkan salam semasa atas dunia ini lagi!
Penutup & Faedah #
- Ayat 22- {Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu:..}- syaitan iblis berceramah berucap bercakap kepada pengikutnya di dalam neraka!
Kata ulama’ tafsir seperti al-Biqa’i: Allah ceritakan kepada kita tentang dialog syaitan di dalam neraka ini agar kita tahu & sedar akan tipu daya syaitan!
Supaya kita fikir bahawa tak ada faedah ikut syaitan kerana ia akan lari tinggalkan pengikutnya kelak & berlepas diri dari mereka!
Maka jika kita tahu tak ada faedah ikut syaitan kenapa masih nak ikut syaitan lagi!
Tujuan dibesarkan isu ini, jelaskan kejahatan syaitan supaya orang kafir tahu & kenal kejahatan syaitan dan benci kepada syaitan!
Manakala kita orang Islam sudah tahu akan keburukan syaitan dan sentiasa minta perlindungan Allah dari syaitan yang direjam:
- أَعُوذُ بِٱللَّٰهِ مِنَ ٱشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيمِ.
Inilah uslub menjelaskan keadaan.
Kita ceritakan yang betul- bukan fitnah kerana syaitan itu memang ia jahat dan penipu!
- Ayat 22- {… dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu…}- syaitan mengaku bahawa dia tiada kuasa dan power untuk menyesatkan manusia kerana kita ada akal, ada al-Quran & Sunnah didepannya!
Tetapi kenapa manusia ikut syaitan juga?
Benar syaitan tiada kuasa tetapi dia cuba juga melontar idea dan pandangan- lalu manusia ikut maka celakalah.
Begitulah cara orang yang nak melepaskan dirinya dengan menyalahkan orang lain- inilah uslub yang digunakan syaitan!
Jadi sekarangnya yang tak betul adalah manusia yang ikut dia!
Itulah perangkap & pancing syaitan yang dimakan umpan olh mangsanya!!!!
- Ayat 22- {… dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu…}-
Allah kata dalam ayat ini syaitan tiada kuasa.
Tetapi dalam firman-Nya ini Allah kata syaitan ada kuasa:
{Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.} (Al-Nahl 16:100)
Yakni siapa yang ikut syaitan- syaitan akan menguasai mereka & mereka adalah orang syirik!
Sekali ayat nafi & sekali ayat mengiakan jadi macamana kita nak kumpulkannya agar tidak bercanggah???
Jawapan pertama:
i- kenyataan Allah bahawa syaitan tidak ada kuasa adalah tiada hujjah atau dalil yang menunjukkan bahawa syaitan itu betul – memang tiada hujjah.
Maka siapa yang ikut syaitan adalah orang yang tiada akal & orang tak cerdik!
ii- manakala kuasa yang ada pada syaitan adalah kuasa untuk menghasut dan menggoda orang, memesongkan manusia adalah kemahirannya!
Kuasa nak kecek manusia ke arah kesesatan & kejahatan!
Sebagaimana yang kita selalu nyatakan bahawa syaitan itu tak masuk jalan no entry!
Dia bijak mencari peluang dan menyusup masuk dalam urat darah anak Adam!
Contoh- syaitan tak akan goda atau hasut ahli jemaah masjid yang istiqomah untuk ke tempat hiburan dan maksiat- pasti tidak akan berjaya menggoda mereka ke arah itu!
*Tetapi syaitan akan masuk melalui hasutan agar riya’, sombong dan takabbur pula.
Rasa hanya dia datang awal ke masjid, dia paling bersedeqah dan seumpamanya!
Maka punahlah niat dan amalannya- bijak syaitan!
Jawapan kedua:
i- Maksudnya Allah tak bagi kuasa besar pada awal atau permulaannya kepada syaitan ini.
Yakni tak ada kuasa nak terus hasut atau pesongkan semua manusia.
ii- tetapi dengan sedikit demi sedikit, lama-kelamaan, mengambil masa untuk pujuk rayu, kecek dan hasut- akhirnya termakan segala godaan syaitan ini!
Kata seorang pendakwah almarhum Ustaz Mohammad Mustafa:
Kita kena belajar ilmu & taktik syaitan dalam berdakwah.
Ini kerana syaitan mempunyai beberapa sifat atau ciri-ciri yang amat sesuai bagi seorang pendakwah:
i- syaitan tak masuk lorong no entry seperti yang telah dijelaskan tadi.
ii- syaitan sabar & tak putus harap. Ada orang 30 tahun baru sesat.
iii- syaitan tidak pernah minta cuti atau m.c. Kerjakanya 24 jam setiap hari tanpa jemu!
- Ayat 22- dalam ayat ini keseluruhannya ada tujuh point ceramah syaitan kepada pengikutnya di dalam neraka:
i- syaitan berjanji kepada manusia dengan janji-janji manis agar ikutnya!
Ada orang terpedaya berjayalah dia!
ii- syaitan mengakui bahawa semua janjinya dimungkiri tidak ditepati.
Maka sesiapa yang berjanji sengaja tak tunai- ikut perangai syaitan!
iii- manusia ini mudah terpedaya- sudah tahu syaitan tipu tetapi ikut juga.
Sepatutnya orang yang berakal tidak mudah terpedaya tiada benda percuma atas dunia ini!
iv- syaitan akui janjinya tiada hujjah lansung hanya godaan & hasutan semata-mata!
v- syaitan ucap takziah kepada pengikut syaitan yang bodoh yang ikutnya!
vi- syaitan kata dia tak boleh tolong sesiapa- sebagaimana kamu tak boleh tolong aku; aku juga tak boleh tolong kamu!
vii- syaitan menyatakan bahawa dia memang kufur kepada Allah maka kenapa kamu ikutnya!!!!
Akhir sekali syaitan kata kita semua ini zalim kerana kufur, syirik atau buat maksiat kepada Allah maka duduklah semuanya dalam neraka!
Maka kita kena tahu tujuh point ini agar kita tidak terjebak terpedaya dengan godaan syaitan dan menjadi ahli neraka bersamanya!
- Ayat 23- {Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga…}-
Allah berjanji bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh, akan dimasukkan ke dalam Syurga-syurga!
Ini janji benar, janji dari Allah bukan janji tipu seperti syaitan!
Ya Allah kami memohon kepada-Mu pada 10 akhir Ramadhan ini, agar Kamu jadikan kami, ibu bapa kami, keluarga kami dan semua orang yang kami sayangi tersenarai dari orang yang dibebaskan dari neraka.
Menjadi orang yang layak mendapat pengampunan-Mu lalu layak pula ke syurga-Mu!
Bantulah kami untuk menghabiskan Ramadhan ini dengan melakukan segala ibadat & kebaikan, berpuasa pada siang hari, qiyam pada malam hari dengan keimanan dan penuh pengharapan!
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Rabu 11/03/2026 / 21 Ramadhan 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] & Surah Ibrahim (setakat siri yang ada) boleh dilihat di: YouTube Halaqah Abu Anas Madani.
Semoga Bermanfaat!
