View Categories

(4) Surah Al-Hijr: Ayat 10-15

11 min read

Table of Contents

Para Rasul Telah Dihina, Al-Quran Meresap Ke Otak Kafir & Tapi Mereka Tolak Kononnya Telah Disihir.

Live Pagi Selasa 31/03/2026 / 11 Syawwal 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Al-Hijr (04) Ayat [10-15]

Full video: https://youtu.be/Htu6mBWNsnQ?si=DgEgQ2U7pveSF0hV

Muqaddimah #

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Hijr dengan ayat 10 sehingga ayat 15 dalam juzuk keempat-belas.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa para rasul telah dihina, kafir Quraisy menuduhnya majnun (gila)- lalu Allah tenangkan hati Nabi s.a.w bahawa bukan hanya dia yang ditentang oleh kaumnya sendiri tetapi rasul-rasul lain sebelum ini juga begitu, dituduh dihina oleh kaumnya sendiri.

Yakni penghinaan terhadap rasul ini berlaku terhadap setiap rasul & setiap ummat!

  1. Allah telah hantar al-Quran dan telah didengair oleh puak kafir Arab yang memahaminya lalu meresap ke otak mereka tetapi tidak sampai masuk ke dalam hati mereka! Mereka dengar dan ingkarinya!
  2. Lalu mereka tolak al-Quran kononnya mereka telah disihir.
    Inilah kerugian yang besar puak kafir, peluang & ruang telah diberi tetapi mereka tetap menolaknya!

*Kita jangan jadi seperti kafir ini yang telah diberi peluang tetapi tak ambilnya, contohnya rumah sudah dekat masjid atau jiran pondok tetapi tidak pernah hadir solat jemaah atau mendengar kuliah mencari ilmu!
Peluang ada tetapi tidak dimanfaatkannya!

  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang istihza’ puak kafir Makkah terhadap Nabi s.a.w. mereka hina Nabi katanya gila, ahli sihir dan pelbagai tuduhan.
Tak mahu nabi manusia, nak malaikat dan lain-lain.

ii- maka datang ayat ini Allah s.w.t mahu tenangkan hati Nabi s.a.w dan menyatakan bahawa semua rasul terdahulu kepada umat terdahulu begitu juga menghadapi tuduhan yang sama- gila, ahli sihir dan dongeng orang terdahulu!

Manakala zaman Rasulullah s.a.w ialah zaman fasih bahasa maka Baginda digelar juga penyair!

Tafsir Ayat #

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ فِى شِيَعِ ٱلْأَوَّلِينَ ‎﴿٠١﴾

Ayat 10- {Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.} (Al-Hijr 15:10)

  1. Allah menyatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w bahawa Allah telah utuskan ramai Rasul-rasul sebelum Baginda dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
    Telah berlalu 312 orang rasul sebelum Nabi s.a.w.
  2. Firman Allah s.w.t juga tentang ini:
    {Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.} (Ar-Ruum 30:47)

وَمَا يَأْتِيهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ ‎﴿١١﴾‏

Ayat 11- {Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.} (Al-Hijr 15:11)

  1. Allah juga nyatakan bahawa tidak dapat lari -mana-mana rasul akan berdepan dengan tuduhan jahat yang dibuat oleh puak kafir ke atas mereka!
    Mereka akan memerli, mempersenda dan mengejek-ejeknya (istihza’).

Perbuatan menuduh menepek label ini telah terjadi zaman dulu lagi!

  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:
    {Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.} (Yaa Siin 36:30)

*Itulah pekerjaan puak kafir- istihza’ dan membuat tuduhan ke atas rasul yang diutuskan kepada mereka!

كَذَٰلِكَ نَسْلُكُهُۥ فِى قُلُوبِ ٱلْمُجْرِمِينَ ‎﴿٢١﴾

Ayat 12- {(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).} (Al-Hijr 15:12)

  1. Allah nyatakan bahawa sesungguhnya mereka mempersendakan Rasul-rasul itu pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).}
  2. Ulama’ berbeza pendapat tentang maksudnya firman Allah ini: {… demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).}.
    Iaitu apakah yang dimasukkan Allah ke dalam hati orang kafir ini samada ia berbalik kepada al-Quran atau sifat jahat istihza’ itu!
  3. Pandangan pertama ia adalah al-Quran, iaitu:
    i- Allah telah masukkan dalam telinga dan otak orang kafir setelah mereka dengar al-Quran bahawa al-Quran ini adalah benar!

Mereka faham dan mengetahui bahawa bahasa al-Quran itu mengatasi apa jenis bahasa!

Nak kata sihir bukan sihir, nak kata syair bukan syair!!!

ii- mereka tak mampu nak lawan al-Quran sedangkan al-Quran itu datang dalam bahasa mereka!

Sedangkan mereka adalah kaum yang fasih dan tinggi uslub balaghahnya tetapi nak lawan al-Quran tak mampu!

iii- kata ar-Razi pula: Maksudnya demikian Allah masukkan al-Quran ke dalam telinga orang kafir, telinga dengar tetapi hati mereka menolak!!!

iv- kata asy-Syaukani pula: Allah telah masukkan ke dalam hati para penentang tentang kebenaran dakwah para rasul itu tetapi mereka tetap menolak dan menentangnya!

  1. Pandangan kedua ia adalah sifat jahat, sifat istihza’, iaitu- Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan jahat mempersendakan Rasul-rasul- Allah masukkan juga sifat itu ke dalam hati kaum musyrikin Quraisy yang menentang Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Kedua pandangan ini ada hujjah dan analisa sendiri yang boleh diterima.

Maka kita katakan dengan penyelesaian yang baik:
i- al-Quran itu masuk ke dalam telinga mereka tetapi tak tembus ke hati lalu mereka menolaknya.

ii- ataupun memang perangai buruk puak yang istihza’ memerli menghina para rasul itu begitulah sifatnya.

Mereka kenal Nabi s.a.w, tahu sifatnya, tetapi kerana nasib malang mereka tetap menolaknya. Ini bukan salah ibu mengandung tetapi salah asuhan.

  1. Kata para ulama’ juga: Ayat ini menjadi hujjah bahawa orang kafir kenal Nabi s.a.w, tahu apa yang dibawa oleh Baginda adalah benar, tahu al-Quran benar tetapi mereka tetap menentangnya!!!
  2. Orang yang menentang kebenaran setelah dia tahu; lebih jahat daripada orang yang tak tahu lalu dia menentang!

Kerana itu ahli kitab yang ada ilmu & maklumat tentang Nabi s.a.w tetapi menolaknya adalah lebih dahsyat daripada kaum musyrikin Quraisy yang menentang tanpa ilmu & kitab rujukan!

Menolak kerana tak selari dengan nafsu mereka dan menyangka nafsu mereka itu benar!

Manakala ahli kitab menolak bukan kerana tak tahu tetapi kerana hasad dan takut hilang keistimewaan.

  1. Kata-kata hikmah:

الناس أعداء ما جهلوا

i- Manusia menjadi musuh kepada apa yang dia tak tahu!

Ini yang dikatakan orang yang keras kepala!!

ii- orang yang tak tahu apa yang dia tak tahu amat berat keadaannya- kerana dia akan sombong dan tak mahu belajar lagi kerana menyangka dia telah tahu!
Ini paling bahaya!

*Kita minta berlindung dengan Allah s.w.t dari segala perkara yang tidak baik!

لَا يُؤْمِنُونَ بِهِۦ ۖ وَقَدْ خَلَتْ سُنَّةُ ٱلْأَوَّلِينَ ‎﴿٣١﴾

Ayat 13- {Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).} (Al-Hijr 15:13)

  1. Allah nyatakan lagi bahawa kaum musyrikin itu tidak percaya kepada percaya kepada al-Quran yang Nabi s.a.w bawa.

Sedangkan Allah telah membinasakan kaum-kaum terdahulu yang mendustakan Rasul-rasulnya!

  1. Maka apakah kaum Quraisy yang menentang al-Quran ini tidak melihat, tidak mengambil iktibar pengajaran dari undang-undang Tuhan yang membinasakan kaum yang mendustakan rasul mereka!
  2. Nota [484]: Ayat-ayat suci ini memberi semangat supaya Nabi Muhammad s.a.w janganlah berasa bimbang terhadap orang yang ingkar itu!

Ini kerana akibatnya mereka akan tewas dan kemenangan tetap dipihak Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang beriman!

  1. Ayat ditafsirkan dengan firman Allah:
    {Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,} (Asy-Syu’araa’ 26:201)
  2. Yakni orang kafir itu tidak akan beriman dengan al-Quran sehingga ke saat akhir apabila telah jelas azab atau maut di hadapan mereka.

*Ini sebagaimana Fir’aun yang baru mengaku nak beriman dengan Tuhan Musa & Harun setelah lemas “kokkak-kokkak” di dalam laut Merah & air penuh dalam mulut.

Pengakuan sebegini pastilah sudah terlambat & tidak akan Allah diterima lagi!

  1. Ini yang nak beriman, yang masih sombong sehingga ke detik nyawa terakhir ada juga seperti Abu Jahal dalam peristiwa perang Badar!
  2. Ayat ini jelas; mana-mana kaum & sesiapa saja yang menentang rasul akan binasa!

 وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فَظَلُّوا۟ فِيهِ يَعْرُجُونَ ‎﴿٤١﴾

Ayat 14- {Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada)} (Al-Hijr 15:14)

  1. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang sebelumnya puak kafir telah minta Allah hantar malaikat untuk menyokong Nabi s.a.w baru mereka nak beriman!

ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa puak kafir yang keras kepala menentang itu- jika mereka naik ke langit sendiri pun- pasti tidak akan beriman juga!

  1. Yakni jika Allah buka pintu langit yang membolehkan mereka naik ke langit dan melihat sendiri apa yang ada di langit seperti malaikat, cakerawala dan lain-lain kekuasaan Allah- mereka tetap akan menolaknya!
  2. Siapakah yang Allah maksudkan jika naik ke langit ini {ٱلسَّمَآءِ فَظَلُّوا۟ فِيهِ}:
    i- kafir Quraisy sendiri yang kafir ini jika Allah bawa mereka naik ke langit sendiri melihat kekuasaan Allah- mereka pasti tetap tidak akan beriman juga!

ii- atau jika Allah buka hijab dan puak kafir nampak & lihatnya sendiri malaikat yang turun naik ke langit dan segala keajaiban kekuasaan Allah- mereka tetap akan menolaknya.

لَقَالُوٓا۟ إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَٰرُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَّسْحُورُونَ ‎﴿٥١﴾‏

Ayat 15- {Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”.} (Al-Hijr 15:15)

  1. Mereka akan mengingkari kenyataan yang benar itu semua itu, menolaknya dengan mengatakan semua itu hanyalah sihir yang mengaburi mata mereka!
  2. Inilah nasib malang puak kafir yang keras kepala buta mata & buta hati- sudah jumpa kebenaran melihatnya sendiri tetapi tetap menolak & mengingkarinya!

Inilah nasib malang & satu kerugian besar bagi mereka- peluang sudah diberi, ruag sudah ada tetapi mereka tak manfaatkannya!

  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata”.} (Al-An’aam 6:7)
  2. Kita orang yang beriman jangan buat perangai begini- apa yang sahih & benar kita terima dan ambilnya; manakala apa yang tidak sahih & batil kita tolak ke tepi!

Penutup & Faedah:

  1. Ayat 10- {Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.}

Allah nak nyatakan kepada Nabi s.a.w bahawa bukan hanya kamu yang kena istihza’ kena hina dipermainkan oleh puak kafir!

Tetapi inilah jalan para rasul dan orang soleh sejak zaman-berzaman- begitulah mereka akan dihina oleh orang kafir.

Ayat ini Allah bawa untuk menenangkan hati Nabi s.a.w serta untuk kita ambil iktibar pengajaran bahawa begitulah dunia ini!

Semua rasul-rasul telah menerima ujian yang sama- maka para pendakwah kena bersedia untuk menghadapi cabara & tentangan ini kerana itulah uslub dan gaya hidup para pendakwah.

Jika nak hidup tenang dan senang, tak mahu hidup sahih; jangan jadi pendakwah tetapi jadilah pelawak atau penghibur!!!

Tetapi kehidupan pelawak juga belum tentu bahagia, dia menghiburkan orang tetapi hati tiada siapa yang tahu!

  1. Ayat 11- {Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.}-

Allah ceritakan kepada Nabi s.a.w tidak ada rasul yang diutuskan kecuali pasti akan diperli ditentang oleh kaumnya yang kafir!

Kata ulama’ tafsir seperti al-Wahidi & as-Sam’ani:

Ayat ini menjadi peringatan dan penenang hati Rasulullah s.a.w. bahawa semua rasul-rasul telah diuji dengan karenah dan perangai buruk kaum masing-masing!

Sebelum ini lagi- semua para rasul telah menghadapi ujian ini, mereka telah menghadapi ujian diperli dan dihina & ditentang oleh kaum masing-masing!

Kerana itu kita para pendakwah sabarlah jangan rasa susah hati jika disekat dihalang digam atau diconteng atas muka posternya; ingatlah para rasul juga telah menghadapi lebih daripada itu!

Biarlah kita susah dan dihina atas dunia ini- kerana dunia ini hanya sementara & akan berakhir, tetapi Akhirat itu sesuatu yang kekal abadi selamanya!

Semoga kita senang dan bahagia di Akhirat kelak, mulia di sisi Allah!

  1. Ayat 12- {mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).}

Allah kata Dia telah campakkan al-Quran ke dalam hati orang kafir.

(Ini adalah mengikut tafsiran yang pertama tentang apa yang Allah campakkan ke dalam hati orang kafir.)

Allah beri peluang kepada puak kafir untuk dengar al-Quran & mereka juga faham al-Quran; tetapi malangnya mereka menolak tidak menerimanya!!!

Walaupun ayat ini turun kepada puak kafir- kita orang Islam kena ambil peluang untuk iktibar & pengajarannya.

Allah bagi ruang & peluang kita tidak ada ambil maka akan kerugian dan menyesallah kelak di Akhirat.

Contoh: Rumah tepi masjid, dok tepi pondok tetapi kita tidak ambil manfaat darinya!

Allah beri peluang untuk kita duduk tepi pondok dekat masjid tetapi kita tidak pergi jemaah tidak pergi pelajar!
Maka kerugian besarlah di Akhirat kelak!

  1. Ayat 13- {Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).}

Puak kafir ini tidak mudah untuk beriman walaupun telah ada bukti & alat (al-Quran) di depan mata mereka!

Walaupun malaikat turun dari langit mereka tetap akan mendustakannya!

Begitulah apabila hati telah keras membatu dan gelap dada- tak jadi apa!

Maka kita orang beriman kena sentiasa berusaha, belajar betul-betul, ambil segala peluang yang ada, untuk kita gilap hati kita, agar lapang dada & hati kita cerah untuk beriman dan beramal dengan apa yang ada dalam al-Quran & hadis Nabi s.a.w.

  1. Ayat 14- {Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada) .}-

Allah kata orang yang keras kepala ini walaupun Allah buka pintu langit untuk mereka naik- turun-turun nanti tetap tidak beriman!

Atau walaupun mereka nampak malaikat yang turun naik- mereka tetap juga akan menolak dengan mengatakan bahawa mereka telah disihir oleh Muhammad s.a.w dengan sihir atau silap mata!

Maka kita orang beriman jangan tiru perangai yang karut ini, jangan dok main kena sihir; kita kata Allah telah beri peluang & ruang kepada kita untuk berfikri dan beriman.

Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.

Wallahu a’lam.


#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Isnin 30/03/2026 / 10 Syawwal 1447H

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:

Link:
https://www.youtube.com/playlist…

Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=916505511199970&set=pb.100085215893583.-2207520000

Semoga Bermanfaat!

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top