Janji Allah Benar, Hari Kiamat Di Bumi Baru & Al-Quran Telah Menyampaikan

Live Pagi Khamis 19/03/2026 / 29 Ramadhan 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Ibrahim (15) Ayat [47-52]
Full video: https://youtu.be/5T-nHztWYyM?si=TG8q30WNSSzU10Oq
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Ibrahim dengan ayat 47 sehingga ayat 52 dalam juzuk ketigabelas.
Ini adalah siri terakhir bagi surah ini, kita berjalan sikit dan akhirnya tiba jua ke penghujung!
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa janji Allah benar, Allah janji nak tolong Rasul- Allah akan tolong.
Allah janji nak binasakan orang zalim- Allah akan binasakan mereka! - Kemudian Allah nyatakan saat yang amat menakutkan iaitu hari Kiamat akan berlaku di bumi baru yang kosong, bukan bumi yang kita duduk sekarang ini!
Pada hari itu juga orang kafir akan dibelenggu dan diazab. - Allah juga tegaskan bahawa al-Quran telah menyampaikan semuanya kepada kita, begitu juga para rasul- jika kamu tak tahu kamu punya pasal!
Kenapa kamu tak belajar, tak tadabbur darinya untuk mengkaji dan mengorek hikmah yang terkandung dalam al-Quran untuk meningkatkan iman dan memantapkan ilmu!
Itulah orang yang bijak- ulul-albab yang beriman & beramal dengan al-Quran & Sunnah.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa manusia ini akan diambil tindakan ke atas mereka!
Perancangan jahat yang mereka buat semuanya di bawah kawalan & pengawasan (muraqobah) Allah!
ii- maka datang ayat ini Allah tegaskan jangan kamu sangka Allah tak akan ambil tindakan ke atas orang yang zalim!
Janji Allah untuk menolong orang yang beriman adalah pasti & janji Allah untuk membinasakan orang yang zalim adalah benar dan akan berlaku.
*Cuma kamu kena sabar kerana semuanya ada tempoh yang Allah telah tetapkan!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ ﴿٧٤﴾
Ayat 47- {Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).} (Ibrahim 14:47)
- Allah mengingatkan Nabi s.a.w agar jangan sangka Allah tidak akan tunaikan janji-Nya!
Allah akan tunaikan janji-Nya apabila tiba masanya- pertolongan Allah akan datang & musuh akan musnah!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:
{Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman – dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)} (Ghaafir 40:51) - Allah yang berjanji ini ialah Tuhan yang sifat-Nya:
i- Allah Maha Kuasa {عَزِيزٌ}, Tuhan yang kuat yang tiada siapa dapat mengalahkannya!
ii- lagi Sedia Membalas { ذُو ٱنتِقَامٍۢ} orang-orang yang menderhaka kepada-Nya.
- Ramai orang yang menabur janji tetapi jika dia lemah & tidak ada kuasa- susah orang nak percaya!
Tetapi Allah yang berjanji adalah Yang Maha Kuasa lagi Maha mampu untuk membalas!!!
يَوْمَ تُبَدَّلُ الْأَرْضُ غَيْرَ الْأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ ۖ وَبَرَزُوا لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ ﴿٨٤﴾
Ayat 48- {(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.} (Ibrahim 14:48)
- Munasabah ayat:
i- apabila Allah perkenalkan sifatnya yang Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
ii- maka datang ayat ini Allah jelaskan kepada kita bilakah Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas orang-orang yang menderhaka kepadaNya ini- iaitu pada hari Kiamat- pada hari bumi ini bertukar kepada yang baru!
- Yakni bumi yang kita diami sekarang yang ada bukit lembah, sungai lautan, hutan, manusia haiwan dan sebagainya; tidak akan ada lagi.
Ia akan diganti dengan bumi baru yang terhampar luas kosong & licin- sebagai bumi Mahsyar tempat berkumpul manusia seluruhnya!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: “Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.} (Taha 20:105) - Hadis- bahawa Sahl bin Sa‘d R.A berkata: Aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:
يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى أَرْضٍ بَيْضَاءَ عَفْرَاءَ، كَقُرْصَةِ نَقِيٍّ
Maksudnya: “Manusia akan dihimpunkan pada Hari Kiamat atas bumi (tanah) yang putih kemerahan seperti adunan roti yang bersih.” [HR al-Bukhari (6521) dan Muslim (790)].
*Bumi ini tandus tanpa bayang dan tiada kesan pernah didiami sesiapa.
- Semua manusia keluar dari kubur masing-masing, bersegera dan tergesa-gesa dalam keadaan ketakutan; keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
- Allah kata manusia ini keluar menghadap Allah {وَبَرَزُوا۟ لِلَّهِ} seolah keluar dari tempat persembunyiannya iaitu kubur atau keluar dari tempat maksiat yang dia buat secara sembunyi-sembunyi dulu!
وَتَرَى الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ مُّقَرَّنِينَ فِي الْأَصْفَادِ ﴿٩٤﴾
Ayat 49- {Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.} (Ibrahim 14:49)
- Kemudian wahai Nabi s.a.w kamu akan melihat orang kafir & orang yang berdosa pada Kiamat nanti diberkas & dibelenggu dengan rantai!
- Kerana itu atas dunia tak perlu kita gari atau belenggu tertuduh yang belum tentu sabit lagi, kesalahannya pula ringan; kecuali penjenayah yang betul-betul jahat seperti pembunuh dan seumpamanya!
سَرَابِيلُهُم مِّن قَطِرَانٍ وَتَغْشَىٰ وُجُوهَهُمُ النَّارُ ﴿٠٥﴾
Ayat 50- {Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.} (Ibrahim 14:50)
- Keadaan mereka dalam azab itu amat dahsyat!
i- Pakaian mereka {سَرَابِيلُهُم} dari belangkin atau minyak tar,
ii- dan muka serta seluruh badan mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
- Hadis daripada Abu Malik Al-Asy’ari R.A, Nabi S.A.W bersabda: “Perempuan yang meratap dan tidak bertaubat sebelum dia mati, dia akan dibangunkan pada hari Kiamat dalam keadaan badannya penuh dengan gaun api (api neraka) dan baju besi daripada leburan tembaga” (HR Muslim no. 936, Bukhari no. 1306).
*Meratap iaitu apabila berlaku kematian dia berteriak dan bertempik serta menampar wajah mencarik baju dan seumpamanya- pada zaman jahiliyyah.
- Zaman kita sekarang versi meratap cara baru adalah samada dengan menulis di fb dan lain-lain media sosial tentang kesedihan yang seolah tidak dapat menerima taqdir Allah- ada unsur ratapan!
- Pelaku meratap wajib bertaubat sebelum ajal agar terlepas daripada azab & kemurkaan Allah s.w.t.
ليَجْزِيَ اللَّهُ كُلَّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٥﴾
Ayat 51- {(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.} (Ibrahim 14:51)
- Tujuan & hikmah Allah bangkitkan semula manusia hidup & keluar dari kubur masing-masing itu kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan.
- Apa yang Allah ambil tindakan ke atas mereka semua ini adalah sebagai balasan setimpal dengan dosa & mungkar maksiat yang mereka buat atas dunia dulu!
Yakni balasan adalah setimpal dengan dosa yang mereka buat!
- Serta ketahuilah sesungguhnya Allah juga amat cepat hitungan hisab-Nya.
Tidak akan terlepas atau tertinggal satu amal perbuatan pun dari ilmu pengetahuan Allah!
- Jika kita dizalimi orang & tak dapat pembelaan atas dunia ini tidak mengapa kerana di Akhirat kelak tidak ada satupun yang terlepas dari pengetahuan & pembalasan Allah!
Begitu jika kita menzalimi orang- sama juga balasannya!!!
- Ingat apa saja yang haram tidak akan menjadi halal dengan niat yang baik!
Hanya yang harus boleh dibuat jika darurat iaitu keadaan memerlukan!
هَٰذَا بَلَاغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿٢٥﴾
Ayat 52- { (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.} (Ibrahim 14:52)
- Munasabah ayat terakhir ini:
i- dari awal lagi surah ini menceritakan tentang nasihat, amaran, peringatan, perbandingan, hikam, hikmat dan sebagainya;
ii- datang ayat ini menyatakan orang yang fasih dulu akan bisu, orang yang hebat berhujjah berdebat dulu akan menjadi kelu!!!
Akal manusia tak mampu nak capai hujjah untuk melawan al-Quran~
- Maka akhir surah ini menyatakan bahawa al-Quran yang kamu baca ini adalah Kalamullah yang telah menyampaikan segalanya kepada kamu!
Yakni Allah nak menegakkan hujjah ke atas kita- Aku sudah beritahu nasihat peringatan, cerita tentang orang dahulu kepada kamu, ayat-ayat tentang hukum-hakam- kenapa kamu tak belajar juga, kenapa kamu tak belajar tak ambil iktibar??? !
- Kena baca & belajar al-Quran untuk menjawab segala persoalan ini!!
Jika tidak tak terjawab kita di Akhirat kelak!
Al-Quran telah menyampaikan semuanya untuk kita memberi peringatan dengan al-Quran!
- Kita hari ini apabila nak buat Majlis Musabaqah al-Quran semua 14 negeri akan setuju & bekerjasama.
Tetapi apabila kita cuba nak jalankan hukuman undang-undang dalam al-Quran- semua akan bangun yang menolak menentang!
Bahkan enakmen yang kecil pun tak boleh diterima!!!!
- Jika kita baca saja al-Quran- tak akan berbalah berkelahi- bahkan orang kafir pun suka & tidak mengapa jika kita melagukan al-Quran.
Tetapi apabila disebut tentang tauhid, tentang aqidah, tentang al-wala’ wal bara’; maka akan mula keluarlah pertembungan & perbalahan!!!!
- Allah nyatakan bahawa:
i- al-Quran ini memberi peringatan bagi orang yang sombong, yang angkuh, yang derhaka, bahawa nerakalah tempatnya!
ii- serta ketahuilah dengan hujjah al-Quran ini bahawa Allah s.w.t itu Esa, tunggal, tiada yang lain layak & berhak disembah selain dari-Nya.
iii- serta orang yang cerdik & mempunyai kewarasan yang akan mendapat manfaat dari al-Quran!
Mereka akan melakukan amal ibadat yang akan memberi mereka manfaat di Akhirat & meninggalkan segala perkara yang tidak memberi faedah.
Alhamdulillah tamatlah tafsir ringkas tentang surah Ibrahim ini!
Penutup & Faedah #
- Ayat 47- {Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya;}–
Allah kata kamu jangan sangka bahawa Allah tidak akan tunai janji-Nya kepada rasul & orang Islam!
Dalam ayat 42 sebelum ini Allah telah ingatkan juga bahawa jangan kamu salah sangka bahawa Allah lupa untuk membalas orang yang zalim!
Kata ulama’ tadabbur: Maksud ayat ini bahawa jika dunia ini berakhir begitu saja tanpa hari Kiamat yang membawa pengadilan dan hisab serta hari pembalasan:
Maka ramailah manusia yang akan terzalimi tanpa pembalasan!
Maka tiada hikmah Allah mencipta manusia jika hanya untuk dizalimi tanpa keadilan!
Tetapi dengan adanya hari Kiamat & hari Pembalasan sebagaimana yang Allah telah sebut dua kali:
i- {Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya-
فَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِۦ رُسُلَهُۥٓ
ii- {Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai-
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلًا
Maka apabila Allah janji orang taat akan masuk syurga- pasti akan berlaku!
Apabila Allah berjanji orang yang derhaka akan masuk neraka; janji Allah itu benar & akan berlaku.
Semua itu duduk di bawah kehendak Allah!
Allah jadikan hari Kiamat & hari pembalasan agar orang yang zalim tidak akan terlepas serta orang yang kena zalim akan mendapat pengadilan!
Kerana itu pentingnya ada hari Kiamat & hari Pembalasan agar manusia dapat bersabar atas dunia ini dan menunggu pengadilan Allah!
- Ayat 48- {.. dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.}-
Allah sebut semua manusia akan terzahir muncul di hadapan Allah.
Apa faedah Allah sbeut begini sedangkan memang tiada apa yang akan tersembunyi dari penglihatan & pengetahuan Allah!
Jawapannya:
Manusia ini akan dikumpulkan pada satu tempat- pada hari manusia berdiri dihadapan Allah, pada hari tiada pokok, tiada bukit- yakni tiada tempat untuk berselindung dan bersembunyi!
Kerana itu kita kena baca selalu doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s:
{ وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ}
{“Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.} (Asy-Syu’araa’ 26:87)
Kita kena ingat apabila kita bangkit & berdiri di hadapan Allah- kita akan diberi kitab amalan masing-masing dan cukuplah kita jadi saksi untuk diri kita sendiri!
Sebagaimana kata ahli motivasi:
Suratan amalan yang kita nak baca di hadapan kelak- kita sendirilah penulisnya!
Pada hari itu tiada siapa yang boleh sembunyi dari Allah – segala perbuatan kita akan dibentangkan untuk diadil & dihisab!
Apabila ingat dosa dan kesalahan yang kita lakukan dulu amat menakutkan- kita akan kesal dengan apa yang telah kita buat daripada keburukan!
Ya Allah yang maha Pengampun yang Maha Menutup segala kesalahan- ampunkan & hapuskan segala dosa-dosa kami yang lepas!
Kita sebagai orang beriman mesti terbang dengan dua sayap:
i- takut (الخوف) dengan ancaman Allah untuk derhaka & melakukan dosa terhdap-Nya;
ii-serta amat berharap (الرجاء) akan rahmat, kasih-sayang & pengampunan Allah s.w.t!
Ayat ini amat menakutkan- semua manusia akan berdiri di hadapan Allah tiada tempat yang berlindung & bersembunyi lagi- segala amalan akan didedahkan dan dhisab lalu diberi pembalasannya!!!!
- Ayat 51- {(Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan;}–
Allah kata Dia akan membalas semua perbuatan manusia atas dunia ini dulu!
Yang baik alhamdulillah sukalah kita terima nikmat Allah- yang buruk kita kata na’uzu billah!
Kerana itu Allah s.w.t & Nabi s.a.w pembawa rahmat ke atas umatnya- menyatakan pintu-pintu kebaikan itu banyak!
Kisah Imam Malik yang kerjanya hanya mengajar dan memberi kuliah & nasihat kepada masyarakat di Madinah.
Ada seorang abid yang tak puas hati dan mempertikaikannya, tulis surat minta dia buat kerja lain.
Lalu Imam Malik menjawab:
Alhamdulillah Allah buka pintu amalan yang luas kepada hamba-Nya sebagaimana pintu rezeki.
Ada orang yang Allah buka pintui lmu untuk dia mengajar orang lain, ada orang Allah buka pintu kekuatan lalu dia boleh tolong orang lain dengan tenaganya, ada orang yang Allah buka pintu harta dan lain-lain.
Maka kita jangan persempitkan pintu kebaikan & memandang lekeh akan perbuatan orang lain!
Aku redha dengan apa yang Allah berikan kepada aku- Allah buka pintu ilmu & mengajar untukku.
Amalan ini adalah seperti rezeki yang Allah bahagikan- di mana setiap orang tidak sama rezekinya- ada yang banyak ada yang sempit!
Allah buat segala perkara yang Dia nak!
- Ayat 52- {(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.}- dalam ayat ini Allah sebut 3 hikmah faedah diturunkan al-Quran.
Tiga hikmah al-Quran diturunkan untuk melengkapkan kerja dan menguatkan dakwah para nabi & para pendakwah selepasnya:
i- al-Quran mesti disampaikan, ajar manusia faham, sumbat dalam telinga mereka!
ii- bukan baca saja kena beri kefahaman kepada manusia.
iii- kemudian selepas baca, tadabbur & faham al-Quran- kemuncaknya ialah kena faham tauhid iaitu ilmu tentang Allah!
Inilah hikmah Allah turunkan al-Quran & Kitab-Nya ialah- balagh (بلغ) menyampaikan, inzar (انذر) memberi peringatan & ilmu (علم) tentang Allah!
- Ayat 52- {… dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.}– supaya orang yang berakal punya pemikiran ambil iktibar pengajaran dari al-Quran yang diturunkan ini!
Kata ulama’: Inilah pentingnya kita orang beirman menjadi orang cerdik iaitu orang yang ikut perintah Allah dan menjauhi larrangan-Nya.
Bijaklah setara mana pun- jika tak ikut perintah Allah maka tak cerdiklah dia!
Ini kerana dia hanya cerdik di dunia tetapi gagal di Akhirat!
Jangan pula kita menjadi manusia yang gagal dunia & gagal Akhirat seperti orang kafir yang tidak beriman; kosong jiwanya dan celaka di Akhirat kelak!
Biarlah kita menjadi manusia ulul-albab, yang berfikir tentang kebaikan dunia & Akhirat!
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 19/03/2026 / 29 Ramadhan 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] & Surah Ibrahim (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Semoga Bermanfaat!
