MUKJIZAT AL-ISRA’ WA AL-MI’RAJ, KEDUDUKAN NABI MUSA, KITAB TAURAT DAN BANI ISRAEL
Full video : https://youtu.be/N-c65MFN2zc?si=5uyQdqA_ACZDkNcu
MUQADDIMAH: MUKJIZAT AL-ISRA’ WA AL-MI’RAJ.’
- Maha Suci Allah SWT yang telah membawa Nabi Muhammad SAW Al-Isra’ Wa al-Mi’raj (Isra’, berjalan malam dari Masjidilharam di Makkah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. Manakala Mi’raj, dinaikkan dari Baitulmaqdis ke langit).
- Tujuannya supaya Rasulullah SAW dapat melihat dengan matanya sendiri secara realiti, di bawa dengan roh dan jasadnya, untuk memperlihatkan akan tanda-tanda dan kebesaran Allah SWT yang selama ini hanya didengarnya dari Jibril AS.
Ayat ini mengandungi mukjizat yang besar, iaitu Mukjizat Isra’ & Mi’raj.
- Rasulullah SAW telah melihat dan berjumpa sendiri dengan para nabi dan rasul sebelumnya. Sampai di langit pertama jumpa nabi Adam, langit kedua Yahya, ketiga Isa, keempat Idris, kelima nabi Harun AS, langit keenam jumpa Musa AS kemudian langit ketujuh jumpa datuknya nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur, yang seperti Ka’bah di bumi, tempat para malaikat bertawaf. Ini untuk menguatkan keteguhan iman dan dakwah Baginda SAW.
- Akhir sekali ke sidratul muntaha, menerima fardhu solat, turun jumpa nabi Musa yang menasihat tentang banyaknya solat yang 50 waktu, minta kurang htta tinggal 5 waktu solat yang pahalanya sama juga seperti 50 solat, alhmdulilah.
Kisah Isra’ dan Mi’raj ini dalam HR Muslim yang Panjang, juga boleh lihat dalam Kuliah-kuliah yang lepas.
AYAT 2- {DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN NABI MUSA KITAB TAURAT, DAN KAMI JADIKAN KITAB ITU PETUNJUK BAGI BANI ISRAIL (SERTA KAMI PERINTAHKAN MEREKA): “JANGANLAH KAMU JADIKAN YANG LAIN DARIPADAKU SEBAGAI TUHAN (UNTUK MENYERAHKAN URUSAN KAMU KEPADANYA)”.} (AL-ISRA’ 17:2)
- Kedudukan Nabi Musa, Kitab Taurat dan Bani Israel.
Sebagaimana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhamma SAW sebagai petunjuk dan bimbingan kepada manusia, Allah menceritakan tentang Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS setelah dia bermunajat di gunung Thursina, sebagai petunjuk dan bimbingan kepada kaumnya.
- Nabi Musa AS juga telah melalui peristiwa berjalan malam dari Madyan ke Mesir dengan keluarganya, lalu berjumpa api dan berkata-kata dengan Allah SWT sehingga Musa AS dikenali sebagai Kalimullah, yakni yang berkata-kata dengan Allah SWT.
- Sebutan bersama kisah persamaan antara al-Quran dan Taurat, antara kisah Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa AS sebagai satu kemuliaan kepada Musa AS
- Kita Taurat itu sebagai petunjuk dan bimbingan kepada Bani Israel menuju kepada jalan kebenaran, iaitu supaya hanya menyembah Allah SWT dan hanya berserah diri kepada-Nya.
AYAT 3- {(WAHAI) KETURUNAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAMI BAWA BERSAMA-SAMA DENGAN NABI NUH (DI DALAM BAHTERA)! SESUNGGUHNYA IA ADALAH SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR.} (AL-ISRA’ 17:3)
- Zuriat Nabi Nuh Yang Baik.
Bapa pertama manusia Adam AS, manakala bapa kedua manusia adalah Nabi Nuh AS. Jarak antara keduanya dikatakan 10 kurun. Wallahu a’lam.
- Setelah Allah wahyukan kepada nabi Nuh bahawa tidak akan ada lagi kaumnya yang beriman maka dia berdoa agar mereka dimusnahkan. Lalu Allah SWT turunkan bencana banjir besar yang memusnahkn seluruh manusia kecuali yang selamat bersamanya di atas bahtera.
- Lalu dia dianggap sebagai bapa umat manusia versi yang kedua. Semua manusia yang selamat selepas itu adalah dari keturunannya.
- Allah ingatkan kaum bani Israel tentang asal keturunan mereka, dari nabi Nuh AS supaya mereka bersyukur dan jangan kufur.
- Keturunan nabi Nuh selepas itu terbahagi dua, yang baik dan terus beriman pada masa itu adalah kaum bani Israel, manakala yang satu lagi menjadi kufur selepas itu.
- Jadi Allah SWT ingatkan bani Israel akan sejarah silam mereka yang selamat kerana beriman. Maka hendaklah mereka teruslah beriman dan ikutlah sifat nabi Nuh yang penyabar dan bersyukur.
- Cara mensyukuri nikmat adalah dengan beribadat, buat kebaikan dan gunakan anugerah yang Allah beri kepada jalan ketaatan dan kebaikan.
Sunnah Rasulullah SAW diibaratkan seperti bahtera Nabi Nuh AS, siapa yang naik ke atasnya akan selamat di dunia dan akhirat. Maka ikuti dan beramallah dengan Sunnah Baginda yang sahih, jangan termasuk dalam golongan mereka yang menokok-tambah dan menukar sunnah Nabi SAW.
PENUTUP & FAEDAH :
- 16 Pengajaran Dari 3 Ayat ini.
Allah SWT muliakan nabi Muhammad SAW dengan peristiwa besar Isra’ dan Mi’raj serta bermunajat kepada Allah secara terus. Lalu disebutkan juga kisah Musa AS yang seakan sama, dibawa berjalan malam, berjumpa Allah dan mendapat kitab Taurat sebagai petunjuk hidayah kepada kaumnya.
- Allah SWT memuji nabi Nuh AS kerana dia hamba yang bersyukur. Maka kita umat Nabi Muhammad SAW jika nak juga pujian dari Allah SWT maka ikutlah sifat nabi Nuh AS dengan menjadi hamba yang bersyukur. Caranya adalah dengan banyakkan ibadat.
Contohnya: Rasulullah SAW yang melakukan solat malam sehingga bengkak kakinya.
Kata AAM: Siapa yang tidak mampu buat ibadat, maka janganlah buat maksiat.
- Allah SWT sebut Subhana Allah –menunjukkan akan diceritakan satu peristiwa yang ajaib. Ini kerana tasbih datang apabila Allah SWT menyebut benda-benda yang ajaib, yang menunjukkan kekuasaan-Nya yang agung. Maka peristiwa Isra’ & Mi’raj (berjalan satu jarak yang jauh, pergi dan balik pula hanya dalam satu malam, serta dakwaan naik ke langit) pastilah sesuatu yang amat ajaib bagi umat masa itu yang kenderaan utamanya hanyalah unta.
- Allah SWT gunakan perkatan (Hamba) kepada Rasulullah SAW, apabila menceritakan kejadian yang agung ini, untuk menunjukkan ketinggian dan maqam yang mulia bagi seorang manusia adalah sebagai hamba Allah.
Allah SWT sebut maqam ubudiyyah kepada Nabi SAW ini dalam 3 ayat al-Quran:
i- Ketika naik ke langit: Dalam ayat 1 Surah Isra’.
ii- Ketika Nabi SAW bangun untuk beribadat/berdakwah dalam Surah Jin ayat 19.
iii- Ketika Allah SWT ajar Nabi SAW untuk mencabar puak kafir quraisy tentang al-Quran. Surah Al-Baqarah: ayat 23.
- Allah SWT sebut: {…Hamba aku, supaya dia tengok..} jelas menunjukkan Nabi SAW berjalan dengan jasad dan rohnya sekali, bukan sekadar bermimpi. Inilah pegangan ahli Sunnah wal Jamaah.
- Perkataa Isra’ bermakna perjalanan awal malam. Bermula dari Makkah, menunjukkan kelebihan Tanah Haram Makkah, pahala 100,000 ribu kali solat untuk seluruh Tanah Haram Makkah.
- Kenapa disebut atau dinamakan al-Haram, tanah Haram? Kerana tidak boleh (diharamkan) berperang padanya, tidak boleh bunuh binatang, cabut pokoknya, orang masuk kena berihram dan lain-lain kelebihan.
- Allah SWT telah sebutkan tentang kebaikan bumi Syam dalam 5 ayat al-Quran:
i- Surah Al-A’raf: 137,
ii- Al-Isra’: 1,
iii- Al-Anbiya’: 71,
iv- Al-Anbiya’: 81,
v- Saba’: 18.
- Nabi SAW dibawa berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian Mi’raj ke langit. Dalil Mi’raj itu selepas Isra’, bukan hanya pergi setakat ke Baitul-Maqdis.
- Allah SWT berfirman: {..Untuk menunjukkan kepada Nabi SAW sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya}. Kerana ayat ini majoriti para sahabat dan ulama’ menngatakan Nabi SAW tidak melihat Allah SWT secara lansung pada malam itu, hanya bermunajat dengan-Nya.
- Kenapa Allah SWT hanya menyebut Masjid Aqsa sahaja sebagai yang diberkati tidak Masjidil Haram? Ini kerana Masjidil Haram sudah diketahui, dikenali dan diakui quraisy akan kemuliaannya, manakala Masjid Aqsa sudah dilupakan manusia, akibat perancangan yahudi juga.
- Kenapa disebut masjid yang jauh? Kerana akan ada masjid yang dekat selepas itu iaitu Masjid Quba’ dan Masjid Nabi SAW di Madinah.
- Allah SWT sebutkan permulaan Isra’ di Masjidil Haram ke Masjid Aqsa:
i- Untuk menunjukkan jauh perjalanan dan sebagai satu mukijizat.
ii- Sebagai isyarat menunujukkan Islam itu menyatukan seluruh nabi-nabi AS sebelum ini bersama nabi Muhammd SAW. Bermula dari nabi Ibrahinm di Makkah kemudian para nabi lain di Syam juga Baitul-Maqdis kemudian kembali ke Makkah dengan nabi Muhammad SAW.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى المَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا
“Sesungguhnya (di antara keimanan itu) adalah keimanan bahawa manusia akan berkumpul di Madinah seperti mana ular akan kembali kepada sarangnya.” [HR al-Bukhari]
- Allah SWT Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui tentang segala pengaduan kita dan apa yang terjadi atas muka bumi ini.
- Disebut bersama 2 orang nabi, Muhammad SAW & Musa AS, dan 2 kitab yang seolah berkembar, al-Quran & Taurat. Ini menunjukkn keduanya membawa Syariat yang sempurna dan kitab yang mulia.
- Kenapa disebut Nuh AS sebagai asal keturunan manusia, bukan nabi-nabi lain? Kerana dia mewakili dua kumpulan, yang baik dan jahat. Zuriyyah, keturunan zuriat anak cucu.
Wallahu A’lam.
