BANTAHAN KE ATAS KAFIR, SESUKA HATI MENGHALALKAN YANG HARAM & DITANGGUHKAN AZAB DUNIA.
Full video : https://youtu.be/y_yUScK4RU0?si=e4vtXu1qr1EbcXBA
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 59 dan ayat 60 dalam juzuk kesebelas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa inkar atau bantahan ke atas puak kafir musyrikin yang pandai-pandai buat hukum sendiri.
Di mana mereka sesuka hati menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal ikut nafsu & kehendak mereka.
- Allah nyatakan limpah kurnia-Nya kepada manusia.
Antara rahmat Allah kepada orang kafir; mereka masih dapat rezeki & makan minum atas dunia ini.
Semua manusia kafir atau Islam Allah berikan rezeki & kuasa sementara atas dunia ini.
- Allah juga beri mereka peluang & rahmat dengan ditangguhkan azab ke atas mereka di dunia.
Tetapi mereka tetap tidak syukur bahkan kufur segala nikmat yang diberi itu!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan banyak dalil-dalil tentang keabsahan jawatan & kebenaran kenabian Rasulullah SAW.
Serta perbuatan jahat & buruk puak kafir yang menentang, mengingkari & mendustakan Baginda SAW.
Telah banyak perbuatan buruk mereka yang Allah ingkari & kritik.
ii- Maka datang ayat ini menyatakan antara perbuatan buruk si kafir ialah mereka cipta sendiri undang-undang ikut nafsu & otak mereka.
Yang lebih buruknya lagi mereka sandarkan perbuatan itu kepada Allah!
Seperti yang kita bimbangkan hari ini sesuatu perbuatan disandarkan kepada Islam sedangkan Islam suci daripada semua yang didakwa itu!
Mereka mencipta undang-undang mengikut hati dan kepala sendiri.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 59- {KATAKANLAH (KEPADA KAUM YANG MENGADA-ADAKAN SESUATU HUKUM): “SUDAHKAH KAMU NAMPAK BAIK-BURUKNYA SESUATU UNTUK MANFAAT KAMU ITU SEHINGGA DAPAT KAMU JADIKAN SEBAHAGIAN DARIPADANYA HARAM, DAN SEBAHAGIAN LAGI HALAL?” KATAKANLAH LAGI (KEPADA MEREKA): “ADAKAH ALLAH IZINKAN BAGI KAMU BERBUAT DEMIKIAN, ATAU KAMU HANYA MENGADA-ADAKAN SECARA DUSTA TERHADAP ALLAH?”.} (YUNUS 10:59)
- Allah suruh Nabi SAW katakan kepada puak kafir musyrikin yang suka mereka-reka, membuat peraturan dan undang-undang sendiri atas dunia ini apakah mereka buat itu dengan izin Allah atau ikut kepala otak mereka!
- Beritahu kepadaku tentang rezeki yang kamu makan, yang kamu terima, rezeki yang Allah cipta & sediakan untuk kamu.
Dalam ayat ini Allah kata: { مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ- apa yang diturunkan Allah untuk kamu}.
Macamana kita nak faham makna rezeki diturunkan ini?
- Dua dimensi maksud perkataan turun- {أَنزَلَ ٱللَّهُ لَكُم}:
i- Ini kerana segala urusan taqdir kita telah tertulis di Lauh Mahfuz, di langit.
Lalu Allah perintahkan malaikat untuk turunkannya kepada kita sedikit demi sedikit ikut jadualnya!
ii- Ini kerana kebanyakan punca atau sebab rezeki kita adalah melalui hujan.
Hujan pula turun dari atas langit!
Begitu juga tangki air dunia ini kebanyakan di atas bukit & tempat tinggi.
- Yakni Allah suruh Nabi SAW ungkit kepada puak kafir itu akan rezeki yang Allah berikan kepada mereka.
Tetapi mereka tetap ingkar, mereka telah mendustakan hukuman Allah, mengada-ngadakan apa yang Allah tak kata, mereka cipta undang-undang yang Allah tak buat!
- Sekarang ini maka sebagaimana puak jahiliyyah cipta undang-undang halal haram dalam bab haiwan; manusia zaman ini mereka-reka undang-undang sendiri untuk berhukum seperti para penjajah, lord itu ini.
Apa boleh puak kerana kita masih terjajah walaupun negara telah merdeka.
- Allah melarang daripada mereka-reka undang-undang yang tiada, bukan dengan izin Allah apa yang mereka buat itu. Mereka nisbahkan kepada Allah apa yang Allah tidak izinkan!
Jika tidak kamu akan dijatuhkan hukuman azab!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini:
{Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan, mana-mana bahagian dari agama mereka, sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} (Asy-Syura 42:21)
Kisah sirah sahabat: Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT ini:
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرْبَابًا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓ إِلَٰهًا وَٰحِدًا ۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ
Maksudnya: Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah. Begitu juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.} [At-Taubah 31].
Adi bin Hatim yang masih belum Islam ketika itu mendengar Rasulullah SAW membaca ayat ini lalu membantah: Tidak, kami tidak sembah atau sujud kepada para pendeta itu!
Rasulullah lalu bersabda: أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم، ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئا استحلوه، وإذا حرموا عليهم شيئا حرمو
Maksudnya: Mereka tidak menyembah pendeta-pendeta mereka secara fizikal. Namun, jika pendeta-pendeta mereka menghalalkan sesuatu, maka mereka turut menghalalkannya. Begitu juga jika pendeta-pendeta mereka menghalalkan sesuatu yang haram kepada mereka, maka mereka turut menjadikannya haram. [HR at-Tirmizi].
Yakni akur & ikut kata-kata ulama’: Yang menghalal & mengharamkan sesuatu hukum itu sudah dikira ibadat kerana akur kepada manusia dalam perkara yang tidak diizinkan Allah SWT!
- Manakala kita dalam negara demokrasi ini: Terserahlah pada ulama’-ulama’ yang ada ini nak kata apa kelak di Akhirat, kami terpaksa, darurat, jika tak ikut undang-undang ciptaan manusia ini akan kena tindakan dunia sebagainya.
Begitulah terpaksalah mereka mereka jawab di hadapan Allah SWT kenapa tak ambil undang-undang Islam tetapi ambil undang-undang kafir untuk berhukum.
Kita orang Islam yang tiada kuasa ini serah kepada ulama’, ulama’ yang ada kuasa dia berhujjahlah di hadapan Allah kelak!
- Tetapi kita jangan terlalu keras sehingga mengatakan sesiapa yang ikut undang-undang kafir dia telah kufur dan seumpamanya.
- Sebagaimana yang disebut dalam Kitab Keindahan Islam:
Agama ini mudah tetapi yang salahnya bermudah-mudah dalam agama!
Jangan terlalu keras sehingga mengkafirkan semua orang & jangan pula terlalu lembut sehingga apa yang kafir buat itu molek semuanya!
Dapatkannya di: Keindahan Islam
AYAT 60- {DAN APAKAH SANGKAAN ORANG-ORANG YANG MENGADA-ADAKAN KATA-KATA DUSTA TERHADAP ALLAH, (TIDAKKAH MEREKA AKAN DIAZABKAN) HARI KIAMAT KELAK? SEBENARNYA ALLAH JUALAH YANG MELIMPAHKAN KURNIA KEPADA MANUSIA (MELIPUTI REZEKI PEMBERIANNYA DAN HUKUM-HUKUM SYARAK YANG DITURUNKANNYA), TETAPI KEBANYAKAN MEREKA TIDAK BERSYUKUR.} (YUNUS 10:60)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan nikmat-Nya yang besar sama ada di langit, di bumi, lautan dan semuanya.
Tetapi manusia masih degil keras kepala mereka-reka hukum-hakam sendiri dan disandarkan kepada Allah SWT!
Ingat tidak mudah bercakap bab hukum halal haram jangan sampai seolah kita wakil Tuhan!
Kecuali memang ketepikan Tuhan terus!
ii- Maka datang ayat ini menyatakan orang-orang ini akan dipersoalkan pada hari Kiamat kelak!
Apa yang mereka akan jawab pada hati Kiamat kelak!
Kenapa kamu halalkan apa Allah telah haramkan???
Contoh: Asalkan ada lesen sesuatu yang haram terus jadi halal!
Arak yang terang-terangan haram dikatakan halal.
Riba yang jelas haram bahkan Allah isytihar perang denganbya; apabila ada lesen terus dikira halal!
Kembar riba iaitu rasuah diperangi dan diisytihar haram pula sedangkan dua-duanya adalah dosa besar!
Ini adalah double standard dalam menangani dua dosa!
- Apakah sangkaan orang yang pandai-pandai, reka buat undang-undang sendiri, tolak hukum Syari’ah Allah, buat hukum sendiri, halal haram, dia sama level saja dengan hukum Tuhan!
Sesiapa yang lawan hukum Tuhan dia akan berdepan dengan Tuhan di Akhirat kelak!
- Apakah mereka sangka Tuhan tidak akan ambil tindakan ke atas mereka kelak!
Mereka lawan hukum Tuhan apakah mereka sangk akan lepas begitu saja???
- Namun begitu Allah SWT tetap bersifat rahmat kepada hamba-Nya, limpah kurnia-Nya begitu banyak kepada hamba-Nya, beri rezeki & nikmat yang banyak serta permudahkan segala urusan mereka atas dunia ini.
- Limpah kurnia Allah ke atas manusia itu banyak:
i- Allah beri rezaki tidak kira kafir atau muslim.
ii- Allah tangguhkan azab ke atas orang yang derhakan.
Umat dahulu dalam tiga hari sahaja terus kena azab.
iii- Allah tidak segerakan balasan atas dunia ini. Lihat saja saat kematian orang Islam atau kafir sama saja, tidak terlampau nampak perbezaannya.
Allah tidak mahu malukan atas dunia ini!
- Tetapi apa boleh buat rezekinya luas, nikmatnya banyak, tetap keras kepala & degil.
Kerana itu Allah akhiri ayat dengan mengatakan kebanyakan manusia tidak bersyukur di atas nikmat yang Allah anugerahkan.
Ambil nikmat tetapi kufur, tukar hukum Allah, halal haram diubah ikut nafsu sendiri.
- Firman Allah SWT juga:
{Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.} (Al-Baqarah 2:243)
Yakni kebanyakan manusia tidak bersyukur kepada Allah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 59- {Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?”}-
Allah suruh Nabi SAW katakan kepada puak kafir.
Ulama’ tadabbur kata: Ayat ini inkar, satu bantahan besar dari Allah kepada golongan yang menghalalkan apa yang haram & mengharamkan apa yang Allah halalkan.
Semata-mata kerana ikut hawa nafsu, ikut otak bukan ikut perintah Allah!
Hukuman mereka tidak bersandarkan kepada agama & tidak ada dalil dari Al-Quran atau Sunnah Nabi SAW.
Kata ibnu Kathir RHM: Cukuplah ayat ini menjadi amaran & teguran keras terhadap orang-orang yang berani mencipta undang-undang selain daripada undang-undang Allah Azza wa Jalla.
Hakim-hakim, para penggubal undang-undang jika kita tahu undang-undang yang kita gubal atau berhukum itu bercanggah dengan undang-undang Islam serta kita redha dengannya, apatah lagi jika berbangga dengannya dan mengatakan ia lebih baik daripada undang-undang Islam; maka ia akan berada dijurang neraka yang cukup bahaya!
Tetapi jika dia tidak mengatakan sedemikian, bahkan mengakui bahawa undang-undang Allah adalah yang terbaik tetapi mereka terpaksa menggunakannya kerana terpaksa & tekanan perlembagaan penjajah; maka jawablah di Akhirat kelak!
Jika Allah terima alasan itu alhamdulillah, jika tidak kita minta perlindungan Allah!
Ini yang kita bimbangkan hari ini, apabila undang-undang yang disandarkan kepada Mahkamah Syari’ah, tentang hukum zina contohnya, apa yang ada hanya hukuman 356 sahaja.
Had ‘356’ merujuk kepada lingkungan kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia yang hanya boleh menjatuhkan hukuman maksimum sama ada 3 tahun penjara, RM5,000 denda atau 6 kali sebatan rotan dalam semua jenis kes jenayah Syariah.
Inilah yang dikatakan sebagai belenggu undang-undang Syari’ah.
Kerana itu kita jangan sesekali berani merempuh undang-undang yang Allah telah sediakan.
- Ayat 59- {Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah…}-
Kenapa Allah gunakan perkataan: Rezeki yang Allah turunkan
{مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ}- bukan rezeki yang diberikan!
Kata ulama’: Ayat ini memberi ingatan keras kepada puak kafir, bahawa tak mungkin mereka boleh dakwa bahawa berhala & sembahan mereka boleh menurunkan rezeki & hujan.
Rezeki di dunia ini Allah yang turunkan bukan berhala mereka.
Allah kata dia yang mencipta & menurunkan hujan yang menjadi sumber rezeki utama atas muka bumi ini.
Dengan hujan turunnya air, tumbuhnya pokok-pokok, yang menjadi makanan pula kepada manusia & haiwan, airnya juga menjadi sumber minuman kepada manusia & haiwan!
Tetapi hujan sahaja tidak mencukupi; perlu juga kepada panas, cahaya, dan angin untuk tumbuh-tumbuhan berbunga dan berbuah.
Itu semua di bawah kuasa Allah SWT, bila kita lihat satu persatu kita akan nampak betapa kerdilnya kita di bawah rezeki yang diturunkan Allah SWT!
Ayat ini peringatan keras kepada orang kafir, jangan sesekali mendakwa bahawa berhala itu yang memberi rezeki kerana tidak mungkin berhala yang tidak bergerak tidak bercakap itu boleh menurunkan hujan atau rezeki.
- Ayat 59- {… sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian…??}-
Kamu buat sendiri rekaan ini halal itu haram; maka Allah suruh tanya adakah Allah yang izinkan kepada kamu untuk buat semua itu!!
Kata ulama’ tadabbur: Asal hukum seperti halal haram & perkara ibadat tidak boleh dibuat kecuali ada dalil yang membenarkannya!
Kita hanya ikut perundangan Syari’ah yang Allah telah tetapkan!
Tetapi dalam bab adat & kehidupan seharian kita asalnya boleh & harus untuk buat sehingga ada dalil khas yang melarangnya.
Yakni harus jika tidak menyalahi Syari’ah, tidak menyamai orang kafir dan bukan tabarruj seperti jahiliyyah!
Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan, mana-mana bahagian dari agama mereka, sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian).
Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} (Asy-Syura 42:21)
Dalam ayat ini Allah tegur keras jangan sekali-kali kamu berani mereka hukum & ibadat yang tidak diizin Allah!
- Ayat 59- {… Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”.}-
Allah memerintahkan Nabi SAW menegur orang kafir dan sesiapa sahaja yang membuat hukum tanpa wahyu, dengan pertanyaan keras: “Adakah Allah izinkan kamu dalam hal ini, atau kamu berdusta terhadap Allah?”
Para ulama’ kata: Izin di sini ialah izin Syar’i (الإذن الشرعي) atau iradah Syar’iyyah.
Izin & kehendak (iradah) Allah ini ada dua jenis:
i- Iradah kauniyyah (إرادة كونية قدرية)- yakni Allah buat semua atas dunia ini, sama ada yang baik atau yang buruk, kebenaran atau kebatilan semuanya di bawah kehendak-Nya.
ii- Iradah Syar’iyyah (إرادة شرعية دينية)- apa yang Allah redhai dan perintahkan seperti Allah nak manusia beriman, ikut al-Quran, berpegang dengan Sunnah; tetapi ia tak berlaku begitu.
Ia juga tak mungkin berlaku kecuali dengan keizinan Allah SWT.
Penjelasan:
i- Semua perkara di dunia berlaku dengan izin takdir Allah, tetapi tidak semua mendapat izin Syar‘ie.
ii- Seperti Allah mungkin membenarkan secara takdir sesuatu berlaku seperti kezaliman, riba, maksiat atau undang-undang manusia; namun tidak mengizinkannya secara Syar’iyyat.
Maka setiap orang yang buat perundangan tanpa izin Allah maka dia telah melanggar hudud batasan yang digariskan Allah kerana dia buat perkara yang tak diizinkan Allah!
- Ayat 60- {Dan apakah sangkaan orang-orang yang mengada-adakan kata-kata dusta terhadap Allah, (tidakkah mereka akan diazabkan) hari kiamat kelak?}-
Apakah sangkaan puak kafir yang berdusta terhadap Allah itu akan nasib mereka pada hari Kiamat kelak??
Apakah mereka menyangka mereka tidak akan diazab??
Ayat ini seolah satu cerita atau pertanyaan sahaja: “Wahai orang kafir, apa yang kamu sangka akan berlaku pada dirimu pada hari akhirat nanti?”
Tetapi kata ulama’: Pertanyaan ini adalah berbentuk amaran atau ancaman (تهديد) kepada puak kafir yang melanggar hukum Allah!
Tetapi Allah tetap memberi limpah kurniaan-Nya kepada manusia dengan:
i- Diberi akal untuk berfikir dan mencari petunjuk.
ii- Tak padan dengan akal nak fikir; diutuskan rasul untuk membimbing.
iii- Kemudian pada zaman Nabi SAW ditangguhkan azab ke atas kafir, diberi peluang untuk bertaubat & beriman!
Inilah nikmat yang berlaku; tetapi malangnya masih ramai manusia yang tidak insaf & bersyukur, terus kufur dan derhaka kepada Allah!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
