View Categories

(16) Surah An-Nahl: Ayat 90

3 min read

ISLAM AGAMA ADIL, IHSAN DAN MEMULIAKAN KAUM KERABAT & ARAHAN MENINGGALKAN SEMUA PERKARA KEJI, MUNGKAR DAN KEZALIMAN.

Full video : https://youtu.be/bg5epQDyQz0?si=XPlSDQmi_L8I6zyg

DARI KULIAH SEBELUM INI: 

  1. Persoalan Pertama: Kenapa dalam ayat ini, berhala dapat berkata-kata? 
    Ayat 86: {Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagi-Mu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkan-Mu”. Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: “Sesungguhnya kamu adalah berdusta”.} (Al-Nahl 16:86)

    Jawapannya: Kata ulama’: Berhala/makhluk yang disembah itu dapat berkata-kata ketika itu untuk menafikan dan menolak dakwaan puak musyrikin itu, yakni berkata-kata semata-mata untuk menolak dakwaan mereka itu:
    Persoalan kedua:
    Kenapa Allah SWT sebut:
    Manusia dan batu sebagai bahan bakar dalam neraka?
    Ulama’ berpendapat batu itu maksudnya sama ada:
    i- Batu sungguh, belerang iaitu sebagai bahan bakar dan penambah siksaan.

    ii- Batu itu bermaksud berhala sembahan kerana kebanyakannya dibuat daripada batu.
  1. Jika maksudnya adalah berhala sembahan, kenapa disiksa juga sedangkan ia tiada taklif/tanggungjawab?
    Ulama’ berpendapat untuk:
    i- Menghinakan benda sembahan itu.

    ii- Menunjukkan salah besar perbuatan itu dan batu itu menjadi sebab kamu disiksa.

    iii- Untuk menghinakan para penyembah yang syirik itu, apa yang mereka sembah dulu bersama mereka di dalam neraka tanpa kuasa dan upaya.

AYAT 90: {SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH BERLAKU ADIL, DAN BERBUAT KEBAIKAN, SERTA MEMBERI BANTUAN KEPADA KAUM KERABAT; DAN MELARANG DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR SERTA KEZALIMAN. IA MENGAJAR KAMU (DENGAN SURUHAN DAN LARANGANNYA INI), SUPAYA KAMU MENGAMBIL PERINGATAN MEMATUHINYA.}(AL-NAHL 16:86)

  1. Ayat 90 ini ayat yang lengkap. Dalamnya merangkumi: 
    1-Anjuran untuk berbuat 3 amalan baik ini, ibu kepada segala kebaikan, 
    i- Adil العدلyakni meletakkan sesuatu pada tempatnya. Al-‘Adli ini menjalankan yang wajib seperti tunaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak iaitu menunaikan kewajipan. 

    ii- Ihsan الإحسان Berbuat kebaikan dan kebajikan dalam semua perkara. Sama ada ibadat atau perbuatan, ihsan juga memberi pertolongan bagi yang memerlukannya, membalas budi yang berbuat baik dan ia lebih kepada melakukan perbuatan sunat.
    Ayat2 berkaitan: Al-Baqarah ~ An-Nisa’-36, Allah jelaskan dengan terperinci.

    iii- Memberikan bantuan kepada kaum kerabat. Yakni yang terdekat dengan kita dulu. Jangan kerana terlalu ghairah mencari yang jauh sehingga terlupa dan tertinggal yang dekat dan ada pertalian.
    Persamaan itu tidak semestinya keadilan. Contoh dalam bab pusaka yang Allah telah tetapkan.
    Ummatan wasatha? Apakah maknanya: Umat terpilih, yang adil dan menjaga agama.
  1. Ayat 90 juga mengandungi:
    Larangan daripada 3 perbuatan buruk ini: 
    i- Perbuatan2 fahsya’: فحشاء yakni keji seperti rogol, liwat zina dan seumpamanya. Perbuatan jahat ini mungkin nampak atau tidak (zahir atau batin) 

    ii- Munkar: منكر segala perbuatan maksiat yakni melanggar larangan Allah SWT. Perbuatan jahat ini khas yang nampak (zahir). 

    iii- Baghyi (kezaliman) بغي melampaui dan tidak meletakkan sesuatu pada haknya. Zalim kepada orang jika mampu berlaku adil adalah satu dosa yang berat sekali. Doa orang yang kena zalim akn termakbul suatu hari nanti.

    Kata al-Hassan al-Basri apabila membaca ayat 90 Surah An-Nahl, ini:
    Sesungguhnya Allah SWT telah mengumpulkan dalam ayat ini segala perintah dan ajaran untuk melakukan kebaikan dan segala perintah larangan bagi perbuatan buruk.Cukuplah ayat ini sebagai satu pengajaran.

    Islam agama adil, bukan hanya sekadar persamaan, tetapi memberi setiap orang akan haknya. Menunaikan kewajipan dan tanggungjawab adalah keadilan. Persamaan itu tidak semestinya keadilan. Contoh dalam bab pusaka yang Allah telah tetapkan. 
    Ihsan pula adalah galakan untuk membuat segala kebaikan dan kebajikan yang lebih daripada kewajipan.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top