View Categories

(18) Surah An-Nahl: Ayat 94-97

3 min read

LARANGAN MEMUNGKIRI JANJI DAN BATAL PERJANJIAN, HARTA DUNIA AKAN HABIS DAN GALAKAN BERAMAL UNTUK LELAKI DAN WANITA.

Full video : https://youtu.be/vSq_VGMyy-Y?si=AcX1lQZ7PUgxudau

MUQADDIMAH:

  1. Allah SWT mengingatkan agar menjaga janji atau sumpah.
  1. Jangan sewenang-wenangnya bersumpah dengan nama Allah SWT.
  1. Jangan ada sekelumit perasaan untuk guna nama Allah/agama bagi tujuan menipu dan mendapat kepentingan dunia.
  1. Jika manusia tidak menunaikan janji, akan berlaku kerosakan dan tidak aman hidup.
    Contoh dalam Kuliah lepas: Nabi Musa AS yang menjadikan Allah sebagai saksi perjanjiannya. Seorang lelaki yang berusaha bayar hutangnya berjumlah seribu dinar.

AYAT 94- {DAN JANGANLAH KAMU JADIKAN SUMPAH KAMU SEBAGAI TIPU DAYA SESAMA KAMU, KERANA DENGAN YANG DEMIKIAN ITU AKAN MENYEBABKAN TERGELINCIR KAKI KAMU SESUDAH IA TETAP TEGUH (DI ATAS JALAN YANG BENAR); DAN KAMU PULA AKAN MERASAI BALASAN BURUK (DI DUNIA) DENGAN SEBAB KAMU MENGHALANGI MANUSIA DARI JALAN ALLAH; DAN BAGI KAMU JUGA DISEDIAKAN AZAB YANG BESAR (DI AKHIRAT KELAK).} (AN-NAHL 16:94)

  1. Peringatan sekali lagi agar jangan menggunakan sumpah atau janji untuk meraih kepercayaan orang kemudian mengkhianatinya. Mencari ruang untuk berbohong.
  1. Kita pada hari ini kena hati-hati dan sisat dulu sebelum mempercayai orang/kumpulan yang mengaku susah, berbohong, demi iklan perniagaan, janji politik dan lain-lain.
  1. Perbuatan khianat ini akan menjadikan pelakunya tergelincir dari jalan yang benar.
  1. Ancaman balasan azab yang buruk bagi sesiapa yang menghalang manusia dari jalan Allah, ini asalnya untuk orang kafir yang menyekat manusia dari menerima Islam. 
  1. Boleh juga dikatakan kepada sesama Islam hari ini, mereka yang menjauhkan orang ramai daripada beramal dengan sunnah Nabi SAW yang sahih. Iaitu dengan mengajar dan mengutamakan amalan-amalan yang tidak sahih, yang diajar dan diambil melalui teori atau rekaan, mimpi-mimpi individu yang dipuja dan sebagainya.  

AYAT 95- {DAN JANGANLAH KAMU JADIKAN PESANAN-PESANAN DAN PERINTAH ALLAH SEBAGAI MODAL UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN DUNIA YANG SEDIKIT; SESUGGUHNYA APA YANG ADA DI SISI ALLAH (DARI BALASAN YANG BAIK), ITULAH SAHAJA YANG LEBIH BAIK BAGI KAMU, KALAULAH KAMU MENGETAHUI.} (AL-NAHL 16:95)

  1. Jangan guna agama kerana mengharapkan ganjaran dunia yang tidak kekal dan kecil.
  1. Ingatlah balasan di akhirat kelak jauh lebih baik dan besar berbanding dunia.
  1. Alangkah baiknya jika kamu mengetahui.
    (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

AYAT 96- {(SEBENARNYA) APA YANG ADA PADA KAMU AKAN HABIS DAN HILANG LENYAP, DAN APA YANG ADA DI SISI ALLAH TETAP KEKAL; DAN SESUNGGUHNYA KAMI MEMBALAS ORANG-ORANG SABAR DENGAN MEMBERIKAN PAHALA YANG LEBIH BAIK DARI APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN.} (AL-NAHL 16:96)

  1. Hakikat Dunia:
    i- Semua yang kita miliki atas dunia ini tidak kekal dan akan musnah.

    ii- Sesungguhnya di akhirat itu balasan yang kekal dan tiada bandingan nikmatnya.

    iii- Rezeki yang Allah akan bagi dalam syurga tidak akan hilang dan kekal selamanya.
  1. Kita dengan dunia:
    i- Sama ada kita yang meninggal dunia (mati).

    ii- Atau dunia tinggalkan kita, yakni segala milik kita di dunia ini akan hilang akibat rosak, pupus dan lain2. Tiada benda yang kekal atas dunia ini. 

    iii- Allah SWT akan membalas lebih daripada apa yang kamu buat.

    iv- Ulama’ berpendapat: Makna balasa yang lebih baik itu sama ada:
    a- Balasan itu diberi mengikut amalan yang baik yang kamu lakukan itu, balasan untuk amalan yang terbaik yang dilakukan, iaitu yang dengan ikhlas dan bertepatan dengan Sunnah.

    b- Gandaan balasan yang lebih baik daripada apa yang kamu lakukan. Amalan sedikit tetapi pahala berbukit-bukit. Masya Allah.

AYAT 97- {SESIAPA YANG BERAMAL SOLEH, DARI LELAKI ATAU PEREMPUAN, SEDANG IA BERIMAN, MAKA SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENGHIDUPKAN DIA DENGAN KEHIDUPAN YANG BAIK; DAN SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MEMBALAS MEREKA, DENGAN MEMBERIKAN PAHALA YANG LEBIH DARI APA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN.} (AL-NAHL 16:97)

  1. Galakan beramal soleh bagi lelaki & perempuan, tiada beza.
    Sesiapa saja sama ada lelaki atau perempuan yang beriman, yang melakukan amalan soleh (ikhlas dan benar ikut sunnah – dalam ayat ini menepati janji), akan diberi balasan kehidupan yang baik.
  1. Ulama’ kata: Kehidupan baik itu adalah:
    i- Kemanisan iman.

    ii- Jinak dan dekat dengan Allah SWT.

    ii -Senang dan seronok untuk melakukan ibadat.

    iv- Jiwa dan hati tenang, kehidupan yang tenang.

    v- Rezeki halal yang mencukupi walaupun tidak banyak.
    Ibnu Kathir RHM berkata: Maksud kehidupan baik ialah termasuk kesemuanya; hati dan kehidupan yang tenang, rezeki yang halal, walaupun tidak banyak tetapi rasa cukup iaitu qana’ah, berpada dengan apa yang ada, hidup yang bahagia dan bersyukur. 

    Dari Anas RA, Rasulullah SAWS bersabda:
    Bermaksud: “Sungguh Allah tidak menzalimi kebaikan seorang beriman, ia akan diberi balasan di dunia, dan di akhirat akan diberi pahala. Adapun seorang kafir ia akan diberi atas kebaikan-kebaikannya di dunia saja. nanti bila sampai di akhirat tidak akan ada kebaikannya yg beri ganjaran” (HR Muslim: 2808)

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Allah SWT galakkan agar kita perhati dan fikir supaya kita dapat buat yang terbaik.
  1. Galakan untuk bersifat zuhud atas dunia ini. Zuhud ialah tinggalkan dunia daripada hati, kehidupan dilalui seperti biasa cuma tidak terikat hati dengan dunia.
  1. Contoh tokoh yang berjiwa zuhud, Khalifah Umar bin Abdul Aziz RHM.
  1. Ayat ini juga berpesan supaya jangan bermain-main dengan sumpah serta ancaman ke atas yang mengkhianatinya.
  1. Setiap orang jangan berpada atau berasa cukup dengan amalan orang lain. Setiap manusia wajib berusaha dengan amalannya sendiri sebagai bekal akhirat.
  1. Setiap orang mukmin lelaki atau perempuan yang beramal soleh akan mendapat balasan baik yang setimpal dengannya, insya’ Allah.

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top