PERJANJIAN PARA NABI UNTUK MENYAMPAIKAN RISALAH, 5 ORANG ULUL AZMI & SEMUA ORANG AKAN DITANYA TENTANG TUGASNYA.
Full video : https://youtu.be/A958hJ1Zknc?si=aBbSaUENfvGzAtp6
MUQADDIMAH :
- Alhmdulillah hari ini pada 1 R.Thani kita masuk pada ayat ke 7 & 8. Walaupun hanya 2 ayat, lagi banyak kita beljar al-Quran, lagi banyak pengajaran dan tadabbur yang akan kita dapat, lagi banyak mantap iman kita insya’ Allah.
- Ayat ini menyebut tentang perjanjian para nabi AS untuk menyampaikan dakwah tanggungjawab membawa risalah Allah SWT kepada semua makhluk pada zaman masing-masing.
- Berbezanya Nabi Muhammad SAW nabi kita, dengan para nabi terdahulu yang bersifat local/tempatan, mereka diutus khas untuk kaum masing-masing seperti nabi Musa AS hanya kepada kaum bani Israil dm seumpamanya.
Rasulullah SAW bersifat global dan international. Semua bangsa di atas dunia ini temasuk di bawah payung Risalah al-Muhammadiyah yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang diutus oleh Allah SWT. Ajarannya sehingga ke hari Kiamat dan mambatalkan semua risalah yang terdahulu sebelumnya.
- Dalam siri yang lepas kita telah membincangkan tentang:
i- Allah SWT tak jadikan dua hati dalam satu jiwa, yakni tidak boleh campur isu/sifat yang kontra dalam satu hati seperti antara iman dan kufur.
ii- Isu anak angkat, hukum tidak boleh dibinkan dan lain-lain.
Isu ini banyak menimbulkan kekeliruaan dan kecelaruan dalam masyarakat, semoga dapat pencerahan dalam sesi soal jawab hari ini.
iii- Isu Ummahatul-Mukminin (ibu orang mukmin) iaitu isteri-isteri Rasulullah SAW yang mempunyai hukum dan kedudukannya yang khas.
AYAT 7- { (TERUSLAH BERTAQWA KEPADA KAMI) DAN (INGATLAH) KETIKA KAMI MENGAMBIL DARI NABI-NABI (UMUMNYA): PERJANJIAN SETIA MEREKA, DAN (KHASNYA) DARI ENGKAU SENDIRI (WAHAI MUHAMMAD), DAN DARI NABI NUH, DAN NABI IBRAHIM, DAN NABI MUSA, SERTA NABI ISA IBNI MARYAM; DAN KAMI TELAH MENGAMBIL DARI MEREKA: PERJANJIAN SETIA YANG TEGUH (BAGI MENYEMPURNAKAN APA YANG DITUGASKAN KEPADA MEREKA);} (AL-AHZAB 33:7)
- Allah SWT berfirman di sini memperingatkan Nabi SAW agar terus bertaqwa kepada Allah. Pada permulaan ayat dan awal surah lagi Rasulullah telah diarahkan untuk bertaqwa kepada Allah SWT serta bawa & didiklah umatmu supaya mereka bertaqwa.
- Serta ingatlah apa yang Allah SWT telah ambil daripada para nabi secara umumnya “Perjanjian Setia mereka” dan dari engkau sendiri, dari dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa ibni Maryam.
- Allah SWT telah mengambil perjanjian setia yang teguh dari mereka, untuk menyempurnakan apa yang ditugaskan oleh Allah SWT.
- Ini ialah peringatan bahawa Allah SWT telah mengambil perjanjian setia yang mantap dan teguh dari para nabi semuanya secara umum serta yang khasnya daripada 5 orang rasul yang Ulul-Azmi yang disebut namanya dalam ayat ini.
- Menurut ulama’ ahli Sunnah, bilangan para nabi dan rasul itu:
i- Nabi: 124, 000 orang.
ii- Rasul: Ada riwayat 313/315.
iii- Yang disebut namanya dalam al-Quran: 25 orang. Ada yang disebut ceritanya ada yang tidak, ada detail ceritanya ada yang secara ringkas sahaja.
iv- Yang terpilih, yang mempunyai keazaman yang tinggi (Ulul-Azmi) 5 orang nabi yang banyak berdepan dengan karenah kaum mereka yang begitu mencabar. Iaitu Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW أولو العزم
- Munasabah ayat ini dengan ayat sebelumnya:
i- Ayat pertama: Allah SWT meminta Rasulullah SAW agar bertaqwa. Sedangkan Nabi sendiri itu adalah seorang terpilih yang sudah bertaqwa, kenapa?
Sebagai pesanan dan ingatan untuk mengajar umatnya juga.
ii- Dalam ayat kedua: Hikayat tentang para nabi AS itu akan mendapat tentangan dari kaumnya termasuklah Rasulullah SAW akan ditentang oleh puak Quraisy.
Begitulah adab berdakwah akan menghadapi cabaran dan ujian yang besar, tribulasi, mihnah, maka Allah SWT bawalah ayat ini. Bertawakkallah kepada Allah dan cukuplah Allah sebagai pelindung.
iii- Dalam ayat ke-6: Allah SWT memerintahkan umat ini untuk memberi penghormatan kepada Rasulullah SAW dan seluruh keluarganya.
- Selepas itu sampailah kepada ayat ke-7 ini, Allah SWT perkuatkan lagi bahawa tugas para nabi itu ialah wajib menyampaikan, diambil perjanjian dengan mereka dan ditekankan sini dengan disebut Nabi Muhammad SAW dulu baru nabi Nuh dan lain-lain.
- Ini kerana ayat ini Allah SWT bercakap dengan Rasulullah SAW maka disebut nama Baginda dulu.
Begitulah uslub al-Quran, episodnya depan belakang, awal kemudian, semuanya disusun dengan gaya bahasa yang cukup teratur dan teguh (konsisten). Jangan takut, jalankan tugas.
- Antara tugas yang dibawa oleh Rasulullah dalam surah ini ialah untuk membatalkan beberapa adat-istiadat amalan jahiliyyah. Iaitu isu anak angkat, adat mem”bin” anak angkat kepada bapa angkat, bahkan Rasulullah SAW sendiri terlibat dengan amalan ini pada awalnya di mana anak angkatnya dipanggil Zaid bin Muhammad.
- Lalu untuk membatalkan adat yang telah sebati dalam kaum jahiliyyh ini Allah sebut dengan jelas bahawa {anak angkat kamu bukan anak kamu!).
Rasulullah SAW menghadapi cabaran untuk memulakan dulu pembatalan adat ini dengan menukar nama Zaid kepada nama asalnya Zaid bin Harithah.
- Kemudian Baginda diuji lagi apabila diperintah oleh Allah SWT untuk mengahwini Zainab bt Jahsy iaitu bekas isteri Zaid yang telah diceraikannya sebagai bukti bahawa hukum anak angkat tidak sama dengan anak sendiri, yakni menantu angkat bukan mahram selamanya seperti menantu asli.
- Ini kerana Allah SWT mahu tunjukkan cara nak membasmikan satu-satu adat mesti sehingga ke akar umbinya, bukan separuh jalan!
Kerana jika nak tebang pokok kita jangan tebang separuh, kena korek sehingga ke akarnya baru dapat dibasmikan, begitulah kefahaman dan amalan pun.
Pembasmi ini juga akan dianggap sebagai pemecah-belah masyarakat, begitulah para rasul terdahulu, Nuh, Ibrahim, Musa Isa dan kamu juga ya Muhammad akan menghadapai serangam begitu juga.
- Maka kerana itulah Allah SWT telah mengambil satu perjanjian yang berat, ikatan yang teguh dengan sumpah dan taat setia untuk menjalankan tugas dan bertanggungjawab ini sehingga ke akhirnya.
- Kenapa pula sebut {Ya Muhammad} sedangkan dalam siri yang lepas kita telah belajar bahawa Allah SWT tidak memangggil/menyeru Rasulullah SAW dengan namanya? Hanya dengan pangkatnya seperti Wahai Nabi atau wahai rasul?
Jawapan: Ini bukan pangilan tetapi dalam ayat ini Allah SWT sebut وَمِنْكَ yang bererti dari kamu maka kita huraikan dari kamu dan tambahnya Ya Muhammad!
- Allah katakan Dia telah mengambil ikatan perjanjian dengan para rasul itu untuk mereka menyampaikan tanggungjawab dakwah, menegakkan agama dengan jalan bertaqwa dan menolak sebarang ajakan dan sebaramg permainan puak kafir dan munafiq.
Jangan ikut munafiq yang percakapannya lebih lembut gigi dari lidah sedangkan perbuatan itu untuk meracun.
AYAT 8- { (TUHAN BERBUAT DEMIKIAN) SUPAYA IA MENYOAL ORANG-ORANG YANG BENAR BERIMAN TENTANG KEBENARAN IMAN MEREKA (UNTUK MENYEMPURNAKAN BALASAN BAIK MEREKA); DAN (SEBALIKNYA) IA TELAH MENYEDIAKAN BAGI ORANG-ORANG YANG KAFIR, AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-AHZAB 33:8)
- Tujuan Allah SWT berbuat demikian, yakni mengambil perjanjian dari para anbiya’ itu kerana untuk tanya balik, (ulama’ kata soalan ke atas para nabi) untuk lihat siapa yang benar dalam perjanjian itu.
Ada juga ulama’ kata: Soalan itu untuk ditanya kepada umat masing-masing,sebagai saksi adakah para rasul yang diutuskan kepada mereka telah menyampaikan risalahnya??
- Manakala kita semua umat Nabi Muhammad SAW akan menjadi saksi pula ke atas umat terdahulu. Jika mereka jawab dusta pun kita akan menjadi saksi bahawa para rasul dan nabi terdahulu telah menyampaikan dan menjalankan tugas masing-masing.
- Bagaimana kita nak menjadi saksi bahawa para nabi itu telah menjalankan tugasnya, sedangkan kita tidak pernah berjumpa dengan nabi terdahulu ini?
Kita menjadi saksi berdasarkan fakta dan hujjah yang berpandukan al-Quran yang disampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW yang telah memperakui bahawa para nabi telah menjalankan tugas masing-masing.
- Manakala untuk mereka yang ingkar dan kafir, yang menentang persaksian itu, Allah SWT telah menyediakan azab yang cukup berat, siksa yang tidak terperi sakitnya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 7- {Dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);}-
Allah SWT telah menghantar para rasul dan tugas mereka para rasul adalah menyampaikan risalah dakwah kepada umat masing-masing.
Siapa yang terima baginya pahala syurga dan siapa yang tidak terima balasannya neraka.
Kata Ali bin Abi Talib RA: Mengambil perkara atas dunia ini ada dua keadaan:
i- Yang halalnya kena hisab, kena kira. Hisabnya pula bukan senang atau mudah!
ii- Manakala yang haramnya pasti kena azab (jika tidak sempat taubat). [Riwayat Abu Daud, Az-Zuhd (109)]
Maka ayat ini cukup untuk membuat kita berasa takut sentiasa.
- Ayat 7- { (Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka}-
Sesiapa yang Allah SWT beri nikmat kepadanya maka wajib syukur kepada Allah. Khususnya nikmat umum yang banyak ini, manakala jika dapat nikmat yang khas kebih-lebih lagi kena bersyukur dan ucap alhamdulillah serta disunatkan sujud syukur bila dapat nikmat yang baru.
- Ayat 7- {(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam;}-
Setelah Allah SWT sebut perjanjian dengan Nabi SAW, diikuti dengan menyebut nama 4 orang rasul yang lain, yang ulul-Azmi kerana mereka ini juga pemilik Kitab yang masyhur seperti Musa & Isa, serta pemilik Syariat iaitu nabi Ibrahim AS, serta nabi Nuh pula dikenali sebagai bapa anbiya’ yang kedua selepas Adam AS.
Mereka berlima ini ialah rasul Ulul-Azmi.
- Ayat 8- {(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka}-
Setiap orang yang diberi tugas akan ditanya akan tanggungjawabnya.
Kata ulama’: Sedangkan para rasul ditanya bagaimanakah dengan kita?
Setelah mendapat nikmat yang banyak adakah kita tidak menjalankan tugas?
- Ayat 8- { (Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka}-
Soalan ini bukan hanya untuk kafir yang keras kepala sahaja, tetapi orang yang beriman pun akan disoal.
Maka kata ulama’: Kita kena ambil perhatian, buat persiapan dan persediaan untuk menjawab soalan ini. Dengan sebab itu kita kena bergerak dan berjuang untuk menegakkan Islam atas dunia ini agar dapat menjawabnya.
FAEDAH DARI SUDUT ILMU :
- Ayat 7- {Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka,}-
Kata ulama’: Ayat ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang diberi kepada para nabi sehingga Allah SWT mengambil perjanjian dari mereka. Maka jika tugas para nabi itu berat, begitu juga tanggungjawab para pengikut nabi iaitu sahabat-sahabat nabi, para pendakwah, ahli ilmu dan ulama’ Islam juga adalah besar. Atas kepala kita kena menyampaikan kebenaran kepada masyarakat dan beramal dengan ajaran nabi SAW.
- Ayat 8- {Telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.}-
Dalam ayat ini Allah SWT gunakan lafaz (madhi الماضي, past tense).
Maka kata ulama’: Ini menunjukkan bahawa neraka sudah ada sekarang cuma menunggu penghuninya saja.
- Ayat 8- { telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.}-
Azab yang pedih, cukup menyakitkan.
Kata ulama’: Ini menolak pandangan bahawa para ahli neraka hanya menjadi seperti kayu api biasa sahaja dan tidak merasai azab.
Bahkan kata ulama’ tafsir: Mereka akan merasai azab yang pedih dan dahsyat.
- Dua ayat yang kita baca ini (Ayat 7 & 8, menjadi muqaddimah persiapan untuk ayat yang ke-9 yang akan datang iaitu tentang peperangan Ahzab).
Ia satu peperangan yang besar, memecahkan hubungan orang Islam dengan kaum yang lain apabila kaum Quraisy membuat pakatan dengan mereka, bergabungan menjadi satu kumpulan tentera yang begitu besar datang untuk menyerang melanyak Madinah.
Maka Allah SWT mengambil perjanjian dengan Rasulullah dan kaum muslim supaya tidak lari dan terus teguh untuk membela Islam dan melawan musuh.
Maka terbukti mereka tetap teguh manakala yang lari adalah kaum munafiq dan puak yahudi.
Maka ini adalah peringatan untuk ancaman besar yang akan datang, Madinah akan diserang!
- Ayat 7- {(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam;}-
Persoalan dan bandingan, kenapa dalam ayat ini Allah SWT sebut dan mulakan dengan nabi Muhammad SAW dulu sebelum nabi lain, sedangkan dalam satu ayat lain Allah SWT mulakan dengan dengan menyebut nabi Nuh AS dulu?
Firman Allah SWT: {Allah telah menerangkan kepada kamu, di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya, apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”.} (Asy-Syura 42:13).
Kata ulama’ ini kerana dalam:
i- Ayat pertama (ayat 7), ini adalah cerita tentang nabi kita Muhammad SAW, Baginda adalah rasul yang paling ramai pengikut, yang paling afdhal, maka kerana cerita dia, Allah SWT namanya dulu. Iaitu dalam ayat ini tentang kedudukan Rasulullah SAW yang paling tinggi kemudian diikuti oleh nab-nabi lain.
ii- Manakala dalam ayat kedua disebut nabi Nuh dulu kerana Allah SWT mahu cerita tentang agama Islam, maka betullah jika ikut tertib masa dan zaman. Maka Syariat agama ini disebut kepada Nabi Nuh dulu sebagai rasul yang pertama selepas Adam. Maka kerana itu dimulai dengan Nuh dulu, nabi Muhammad SAW, serta diikuti oleh 3 orang rasul Ulul-Azmi yang lain. Ini ialah mengikut tertib zamani dari sudut perjalanan agama.
Kita berhenti di sini, semoga mendapat kefahaman insya’ Allah.
Wallahu a’lam.
