View Categories

(6) Surah Al-Ahzab: Ayat 18-20

10 min read

ALLAH SWTMENGETAHUI PERANCANGAN MUNAFIQIN, SIFAT MEREKA IALAH BAKHIL & SANGAT PENGECUT DAN SENTIASA TAKUT.

Full video : https://youtu.be/X1yG2qJ8sBo?si=vY8_M0e1WcGWfGxQ

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini kita sambung kisah tentang karenah perangai kaum munafiq dalam peperangan Ahzab.
  1. Mereka ini muncul apabila Islam kuat. Sebelum Rasulullah berhijrah, di Makkah, Islam itu lemah dan tiada yang mengaku munafiq kerana menjadi kafir lebih kuat dan beri kelebihan kepada mereka. Mereka menganiaya dan menyiksa kaum muslimin yang lemah. Hatta Rasulullah SAW sendiri tidak terlepas dari kejahatan mereka.
  1. Selepas berhijah dan Rasulullah SAW berjaya menegakkan negara Islam di Madinah, lalu mereka ini muncul dan menjadi satu golongan yang mengambl kesempatan dan keuntungan dari dua-dua pihak.
  1. Mereka berpura-pura beriman dan taat kepada Rasulullah SAW untuk hidup selamat dan aman di Madinah. Bila ada kepentingan mereka datang berjumpa Nabi SAW dan mengaku bersamanya.
  1. Bila nampak Islam tersepit dan mereka jangka Islam akan kalah, nampak puak kafir kuat seperti tentera Ahzab, mereka terus melompat untuk memberi sokongan kepadanya. Mereka akan bersama dengan sesiapa saja yang nampak kuat dan mampu untuk melawan kaum muslimim seperti yahudi dan tentera Ahzab dari Makkah itu.
  1. Begitulah sifat kaum munafiq, dulu, kini dan selamanya, mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain!

AYAT 18- {SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG (MUNAFIK) YANG MENGHALANGI DI ANTARA KAMU, DAN ORANG-ORANG YANG BERKATA KEPADA SAUDARA-SAUDARANYA: “MARILAH BERSATU DENGAN KAMI”, SEDANG MEREKA TIDAK TURUT BERPERANG MELAINKAN SEBENTAR SAHAJA. (AL-AHZAB 33:18)

  1. Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa Dia tahu akan perbuatan golongan munafiq yang bukan saja (الْمُعَوِّقِينَ) tidak mahu mengikuti bersama peperangan itu, bahkan juga cuba menghalang orang lain daripada keluar berperang menyertai Rasulullah SAW dalam peperangan Ahzab ini.
  1. Kata ulama’ Tafsir: Ketua mereka ialah Abdullah bin Ubai bin Salul.
  1. Ayat ini Allah SWT tujukan kepada mereka yang pada zahirnya Islam dan beriman tetapi tidak pada batinnya. Mereka ini menzahirkan seolah beriman dan bersama kaum muslimin, tetapi yang batinnya tidak. Mereka inilah duri dalam daging.
  1. Maka apabila satu kumpulan sahabat yang beriman meminta izin dari Rasulullah untuk membunuh mereka ini setelah dikenal pasti oleh Baginda. Rasulullah SAW melarangnya kerana nanti akan timbul fitnah bahawa Nabi Muhammad membunuh para sahabatnya, kerana pada zahir mereka ini adalah seolah sahabat & muslim, sedangkan sebenarnya mereka adalah munafiq!
  1. Manakala satu kumpulan lagi mengajak merekrut cuba menarik orang ramai untuk bersama mereka, (وَالْقَائِلِينَ لِإِخْوَانِهِمْ هَلُمَّ إِلَيْنَا) dengan menyebarkan propaganda bahawa Rasulullah dan kaum muslimin akan kalah dan musnah dek tentera Ahzab selepas ini. Maka marilah bersama kami, kita tubuhkan satu kumpulan yang selamat.
    Ibnu Asyur berkata: Mereka ini adalah satu kumpulan yang sama, yang menykat orang daripada Islam dan menghasut menarik orang ramai kepada mereka.
  1. Ulama’ membincangkan lagi kenapa dikatakan: {berkata kepada saudaranya} – Yakni kerana mereka adalah sesama penduduk Madinah yang asal. Atau memang mereka dari keturunan nasab yang sama, ada dari kalangan anak beranak kaum Ansar itu yang menjadi golongan munafiq juga! Allahu al-Musta’an, inilah yang ditakuti jika keluarga sendiri yang menentang usaha dakwah kita!
  1. Golongan munafiq ini menyusup lari balik, memujuk orang lain jangan ikut juga serta menghantar surat kepada mereka yang sudah menyertai tentera Rasulullah SAW. mereka pergi juga ke khemah tentera tetapi dengan tujuan buruk itulah!
  1. Ada juga dari mereka yang datang ke medan perang tetapi sekejap sahaja untuk menunjuk muka, mencari sum’ah (glamor) dan riyak. Tidak berperang pun kecuali sekejap.

AYAT 19- {MEREKA BERSIKAP BAKHIL KEDEKUT TERHADAP KAMU (WAHAI ORANG-ORANG MUKMIN UNTUK MEMBERIKAN SEBARANG PERTOLONGAN); DALAM PADA ITU APABILA DATANG (ANCAMAN MUSUH YANG MENIMBULKAN) KETAKUTAN, ENGKAU MELIHAT MEREKA MEMANDANG KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD, MEMINTA PERTOLONGANMU) DENGAN KEADAAN MATA MEREKA BERPUTAR SEPERTI ORANG YANG PENGSAN SEMASA HAMPIR MATI. KEMUDIAN APABILA HILANG PERASAAN TAKUT ITU, MEREKA MENCELA KAMU DENGAN LIDAH YANG TAJAM, SAMBIL MEREKA TAMAKAN KEBAIKAN (YANG DIBERIKAN ALLAH KEPADA KAMU). MEREKA ITU TIDAK BERIMAN, LALU ALLAH GUGURKAN AMAL-AMAL MEREKA. DAN YANG DEMIKIAN ITU ADALAH MUDAH BAGI ALLAH MELAKSANAKANNYA.} (AL-AHZAB 33:19)

  1. Allah SWT menjelaskan lagi sifat orang munafiq ini, (sifat ketiga):
    i- Mereka bersifat bakhil kedekut (أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ) terlalu berkira dan bakhil ke atas orang mukmin apabila diminta pertolongan.
    Ulama’ kata: Bakhil dalam pelbagai sudut, tiada sebarang sumbangan sama ada dari segi pertolongan, idea atau material.
  1. Sifat keempat: Mereka ini juga apabila bersama Rasulullah, dan mendengar ancaman, akan datang serangan musuh, Allah gambarkan mereka terus menggeletar takut dan cemas seolah nak pengsan atau hampir mati. Boleh bayangkan bagaimana sifat munafiq yang pengecut ini.
  1. Kemudian apabila hilang ancaman dan perasaan takut itu, mereka mencela, mencaci kaum muslimin dengan lidah yang tajam.
    Mereka akan berbicara dengan suara yang lantang sambil mengatakan: “Semua huru-hara ini berlaku kerana perbuatan kamu semua!
    Dulu sebelum Muhammad datang kita hidup dalam aman saja, kamu yang pangil masalah ini datang, lalu musuh datang menyerang kita!
    Ini semua sebab kamu memanggil Muhammad dan kaum muslimin datang!”

    Serta pelbagai kata-kata dan kecaman buruk yang menjatuhkan semangat dan mengguriskan persaan kaum muslimin.
    Pengajaran kepada kita jika sudah sama-sama bermesyuarat dan buat sesuatu keputusan, jika hasilnya salah dan tidak tepat jangan saling salah-menyalahkan.
  1. Sifat kelima: Dalam masa yang sama, walaupun mengungkit dan mengecam, mereka tetap inginkan serta tamak akan harta rampasan hasil perang itu (ghanimah) yang didapati oleh tentera muslimin!!
  1. Ulama’ kata sifat bakhil mereka ini merangkumi:
    i- Mereka tamak haloba, menginginkan harta rampasan perang, ghanimah.

    ii- Paling bakhil dalam nak infaq si-sabilillah.

    iii- Mengungkit kepada Rasulullah akan kebaikan mereka kononnya.
  1. Allah SWT menyimpulkan, semua ini puncanya kerana: Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan pahala amalnya. Dan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah.
  1. Kata Pendakwah: Orang yang benar tanpa strategi dan plan, akan dapat dikalahkan oleh yang batil dengan strategi yang mantap!

AYAT 20- {MEREKA MENYANGKA BAHAWA TENTERA “AL-AHZAAB” ITU BELUM PERGI; DAN KALAULAH TENTERA AL-AHZAB DATANG SEMULA, TENTULAH MEREKA SUKA KALAU MEREKA TINGGAL JAUH DI DESA-DESA BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG ARAB BADWI SAMBIL BERTANYAKAN BERITA MENGENAI KAMU; DAN KALAULAH MEREKA ADA BERSAMA-SAMA KAMU (PADA KETIKA ITU), MEREKA TIDAK AKAN TURUT BERPERANG MELAINKAN SEBENTAR SAHAJA.} (AL-AHZAB 33:20)

  1. Ini adalah sifat mereka yang ketujuh: masih lagi takut dan kecut perut, mereka menyangka bahawa tentera Ahzab itu masih ada, lalu tiada keyakinan.
  1. Dalam masa yang sama hati mereka tidak dapat menerima berita gembira dan kemenangan untuk Islam, gembira dan suka jika Islam itu kalah dan gagal!
    Begitula kita kena periksa hati kita, apa yang kita mahu, jika berlaku pertembunagn antara Islam dan kafir, antara muslim dan kafir, sokongan dan pendirian kita mesti bersama Islam!
  1. Allah juga menceritakan mereka ini berangan-angan, jika tentera Ahzab ini datang sekali lagi serang Madinah, mereka mengharapakan sangat agar mereka sempat lari keluar dari Madinah, lari ke padang pasir hidup bersama Badwi sambil menanya-nanya khabar tentang Rasulullah dan kaum muslimin, keputusan peperangan yang berlaku.
  1. Tetapi sekiranya mereka masih berada di Madinah bersama kamu, mereka juga tidak akan menyertai perang kecuali sekejap untuk mendapat nama dan sebutan, kerana riya’, takut celaan, pengecut, penakut dan lemah keyakinannya. Allah SWTSWT. Maha Mengetahui akan hal mereka.
  1. Kenapa orang Badwi di panggil Badwi?
    i- Kerana makna asal Badwi dari perkatan Bada yang bermakna terdedah. بَادُونَ فِي الْأَعْرَابِ Khemah mereka dipasang di kawasan lapang dan terbuka begitu saja, zahir dan terserlah, nampak dari jauh lagi.

    ii- Mereka juga dipanggil al-A’rab dengan makna yang sama, terserlah dan zahir. Berbeza dengan orang bandar yang rumahnya berpagar dan bertembok, terlindung dari pandangan.

    iii- Mereka juga tiada protokol dan etika. Setiap kali datang ke bandar Madinah dan berjumpa Rasulullah SAW mereka akan bertanya dan kadang-kadang menarik baju atau tali tunggangan Baginda begitu saja.
    Kerana itu para sahabat suka untuk mendengar soalan mereka, kerana mereka akan bertanya apa yang para sahabat besar lain segan untuk bertanya kepada Baginda dan akan berbuatnya di khalayak ramai. Ini akan membuatkan hadis itu mempunyai saksi yang ramai dan menjadi hadis mutawatir.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. {Dari ayat 18-19}-

    Allah SWT sebutkan dan tegaskan lagi beberapa sifat kaum munafiq yang merbahaya iaitu:
    i- Menyekat orang dari kebaikan.

    ii- Mengajak menghasut orang kepada mereka dan jangan ikut Nabi SAW.

    iii- Bakhil.

    iv- Pengecut.

    v- Bahasa kasar suka mengecam dan mengungkit.

    vi- Tamakkan harta yang muslim dapat.

    vii- Tidak beri pertolongan apabila diminta.

    viii- Tidak beriman dan tiada pahala bagi mereka.
    Semua ini sebagai amaran dari Allah SWT agar orang beriman jangan sekali-kali mengikut sifat munafiq ini.
    Mereka itu tidak beriman lalu Allah SWT batalkan segala amalan mereka.
  1. Ayat 19- {Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu}-

    Sifat bakhil ini adalah antara sifat terburuk bagi manusia, tak buat perkara baik, bakhil nak keluar harta, bakhil dengan tenaga, bakhil dengan kedudukan, bakhil dengan ilmu dan semuanya.
    Ia amat tercela dalam segenap sudut.
  1. Ayat 18- {Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: }-

    Lalu Allah SWT befirman pula: {Mereka itu tidak beriman,} sesuatu benda itu boleh dinafikan atau disabitkan kepada seseorang dengan melihat dalam apa keadaannya.
    Golongan munafiq ini boleh muncul bersama dalam majlis Rasulullah SAW dan mengaku beriman, mereka juga boleh muncul dalam majlis kaum musyrikin dan mengaku mereka kafir pula! Berubah dan bertukar tanpa prinsip yang kukuh, ikut kepentingan yang akan mereka dapat. Sepesis Pok-ko atau sesumpah yang boleh bertukar warna ikut keadaan persekitaran.
  1. Ayat 18- {Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu} –

    Allah SWT sudah mengetahui perbuatan mereka ini, menyekat ke arah kebaikan dan mengajak orang kepada mereka. Allah SWT guna perkataan (يَعْلَمُ اللَّهُ) menunjukkan (فعل المضارع) present tense) – yang menunjukkan Allah SWT tahu sifat mereka ini secara berterusan, sejak dulu, kini dan selamanya!
  1. Ayat 19- {Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu}-

    Ayat ini menunjukkan bahawa satu ketetapan yang Allah buat (SunnatulLah), seseorang yang suka bermuka-muka dan menipu orang, adalah yang tidak ada pendirian, itulah sikap munafiq.
  1. Ayat 19- {Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu}-

    Orang bakhil dengan automatiknnya adalah orang yang penakut sifatnya! Bakhil dan takut adalah sinonim! Bakhil tak mahu infaq kerana takut habis harta, tak cukup makan. Bakhil tak mahu pergi berperang kerana takut mati atau inginkan ghanimah!
  1. Ayat 19- {dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati.}-

    Holongan munafiqin pengecut yang tidak mahu berjuang dan takut mati. Berbeza dengan orang mukmin yang berlumba-lumba untuk berjuang fi sabilillah lalu menggapai pahala mati syahid.
  1. Ayat 19- {dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati.}-

    Kata ulama’: Ayat ini menunjukkan adanya sakaratul-maut – kesakitan maut! Terlalu sakit dan azab sehingga orang yang nak mati tidak mampu berbunyi dan bersuara menyatakannya! Cuma mungkin berbeza bagi setiap kematian, wallahu a’lam.
    Ya Allah ya Tuhanku, matikanlah kami semua dalam Husnul-Khatimah, ringankanlah Sakaratul-maut ke atas kami dan akhirilah ucapan kami dengan لا اله الا الله.
  1. Ayat 19- { Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka}-

    Ayat ini menunjukkan jika beriman setakat dengan lidah sahaja seperti kaum munafiq ini tidak dikira beriman yang sebenarnya! Ini kerana hatinya kosong dari iman, hanya kata dengan lidah sahaja, inilah iman munafq!
    Jelas di sini tidak memadai hanya beriman dengan perkataan sahaja, iman mesti:
    i- Ikrar di dalam hati .

    ii- Dilafaz dengan lidah,

    iii- Dan disertai dengan amalan oleh angggota.
  1. Ayat 19- { Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka}-

    Perkara yang zahir kita manusia tidak tahu dan tidak nampak, tetapi Allah SWT nampak dan tahu segalanya. Maka berdoalah semoga kita semua sentiasa menjaga tutur kata, perbuatan dan tingkah laku di mana saja kita berada semasa zahir atau tersembunyi, kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui yang zahir dan yang batin.

Powered by BetterDocs

Scroll to Top