View Categories

(7) Surah Al-Kahfi: Ayat 27-31

4 min read

ARAHAN BACA ZIKIR PAGI PETANG, SENTIASA BERSAMA GOLONGAN PENCINTA KEBENARAN & ZAHIRKAN KEBENARAN DARI ALLAH SWT.

Full video : https://youtu.be/fiKg4NsJK4A?si=tnyJ0n0Dpyz1dPyY

MUQADDIMAH :

  1. Kisah yang diceritakan al-Quran sebelum ini tentang Ashabul-Kahfi, maka Allah SWT memerintahkan Rasulullah membacakanya kepada ahli Kitab kaum yahudi.
  1. Ini kerana mereka sudah mengetahui tentang kisah ini yang berlaku sebelum zaman Nabi Musa AS lagi, tetapi versi yang telah dipesongkan dan tidak benar, hanya meneka-neka dan spekulasi sahaja.
  1. Lalu bila Rasulullah SAW ceritakan dengan fakta-faktanya yang benar, menunjukkan ia adalah satu kisah yang besar untuk ditadabbur dan mengambil iktibar daripadanya, bukan untuk mencari yang tidak penting.
  1. Ini adalah perkara yang ghaib, wahyu yang diturunkah oleh Allah SWT kepada Nabi-Nya, maka ia adalah sesuatu yang haq.
  1. Dalam kisah kali ini kaum kafir Quraisy cuba menggangu-gugat hubungan Rasulullah SAW dengan kaum mukmin yang lemah dan dhaif.

AYAT 27- {DAN BACA SERTA TURUTLAH APA YANG DIWAHYUKAN KEPADAMU DARI KITAB TUHANMU; TIADA SESIAPA YANG DAPAT MENGUBAH KALIMAH-KALIMAH-NYA; DAN ENGKAU TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENDAPAT TEMPAT PERLINDUNGAN SELAIN DARIPADA-NYA.} (AL-KAHFI 18:27)

  1. Allah SWT perintahkan kepada Rasulullah SAW supaya membaca dan turutlah apa yang diwahyukan kepadanya yakni al-Quran. Baca, tadabbur dan amalkan al-Quran.
  1. Allah SWT juga memberi jaminan tiada siapa yang dapt mengubah, menukar, menambah atau mengurangkan sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran sama ada:
    i- Secara fizikal iaitu ayat-ayat al-Quran itu sendiri ATAU 

    ii- Serta dari sudut isi, janji tentang apa yang telah ditetapkan atau dijanjikan Allah dalam al-Quran itu.
  1. Sesiapa yang ingkar maka dia telah mencari kebinasaan ke atas dirinya sendiri, tiada siapa yang dapat melindunginya daripada apa yang telah dijanjikan Allah SWT bagi setiap kumpulan, Allah telah menyediakan tempatnya yang tersendiri.

AYAT 28- {DAN JADIKANLAH DIRIMU SENTIASA BERDAMPING RAPAT DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIBADAT KEPADA TUHAN MEREKA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG, YANG MENGHARAPKAN KEREDAAN ALLAH SEMATA-MATA; DAN JANGANLAH ENGKAU MEMALINGKAN PANDANGANMU DARIPADA MEREKA HANYA KERANA ENGKAU MAHUKAN KESENANGAN HIDUP DI DUNIA; DAN JANGANLAH ENGKAU MEMATUHI ORANG YANG KAMI KETAHUI HATINYA LALAI DARIPADA MENGINGATI DAN MEMATUHI PENGAJARAN KAMI DI DALAM AL-QURAN, SERTA IA MENURUT HAWA NAFSUNYA, DAN TINGKAH-LAKUNYA PULA ADALAH MELAMPAUI KEBENARAN.} (AL-KAHFI 18:28)

  1. Allah SWT perintahkan Rasulullah SAW untuk sentiasa duduk bersama mereka yang soleh dan beriman, yang sentiasa beribadat berzikir pagi dan petang, semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT.
    Yakni supaya Baginda sentiasa berdamping dengan mereka yang beriman sekalipun mereka miskin dan lemah. Kena ingat pengikut para nabi-nabi AS terdahulu punramai terdiri daripada orang miskin dan lemah.
  1. Jangan palingkan pandanganmu daripada mereka kerana mencari kelebihan dunia, yakni mencari kawan dari segi dunia. Iaitu golongan bangsawan musyrikin Quraisy yang cuba menjadikan Rasulullah SAW menyisihkan kaum muslimin yang lemah dan miskin dengan janji seolah mereka akan beriman.
    Teguran kepada Rasulullah SAW ini adalah teguran untuk kita umatnya.
    Kisah hadis Riwayat Saad bin Abi Waqas. Lalu Allah SWT turunkan ayat al-Quran ini.
  1. Jangan mematuhi, ikut orang yang diketahui hatinya lalai daripada mengingati Allah serta tidak mematuhi ajaran al-Quran, menurut hawa nafsu serta melampaui-batas.
  1. Peringatan dan nasihat ini juga untuk kita supaya jangan memlih bulu dalam berkawan, semata-mata melihat kelebihan dunia, bahkan keimanan dan taqwa yang lebih utama. Jangan sampai terpedaya dan terpengaruh dengan mereka yang yang tidak beriman dan tidak mematuhi ajaran dan huklum Allah SWT.
  1. Hadis Anas tentang kelebihan zikir pagi dan petang.

AYAT 29- {DAN KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “KEBENARAN ITU IALAH YANG DATANG DARI TUHAN KAMU, MAKA SESIAPA YANG MAHU BERIMAN, HENDAKLAH IA BERIMAN; DAN SESIAPA YANG MAHU KUFUR INGKAR, BIARLAH DIA MENGINGKARINYA”. KERANA KAMI TELAH MENYEDIAKAN BAGI ORANG-ORANG YANG BERLAKU ZALIM ITU API NERAKA, YANG MELIPUTI MEREKA LAKSANA KHEMAH; DAN JIKA MEREKA MEMINTA PERTOLONGAN KERANA DAHAGA, MEREKA DIBERI PERTOLONGAN DENGAN AIR YANG SEPERTI TEMBAGA CAIR YANG MEMBAKAR MUKA; AMATLAH BURUKNYA MINUMAN ITU, DAN AMATLAH BURUKNYA NERAKA SEBAGAI TEMPAT BERSENANG-SENANG.} (AL-KAHFI 18:29)

  1. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW itu adalah kelebihan yang datang dari Allah SWT. Itulah yang benar, tiada selain daripadanya.
  1. Maka sebagai satu cabaran dan peringatan kepada manusia untuk buat pilihan yang terbaik. Sesiapa yang mahu menerima kebenaran dan beriman silakan, sesiapa yang tidak mahu lalu kufur dan ingkar, juga silakan!!
  1. Tetapi jangan silap pilih, kerana bagi orang yang zalim Allah SWT telah sediakan azab neraka yang tidak dapat digambarkan kedahsyatannya, نعوذ بالله من ذلك 
  1. Ayat ini sebagai sindiran kepada orang kafir yang akan menderita azab yang tidak terperi. 
  1. Pengajaran dari ayat ini:
    i- Mengajar untuk bersahabat dengan orang yang baik-baik dan bersungguh untuk bersama mereka walaupun mereka fakir dan miskin kerana banyak kelebihannya.

    ii- Nasihat untuk duduk bersama dalam majlis orang-orang yang soleh bukan orang yang lagha dan lalai.

    iii- Diajar untuk sentiasa berzikir terutamanya pada waktu pagi dan petang.

AYAT 30- {SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SUDAH TETAP KAMI TIDAK AKAN MENGHILANGKAN PAHALA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALNYA.} (AL-KAHFI 18:19)

  1. Allah berkata bahawa Dia tidak akan hilangkan pahala orang yang buat amal ibadat yang soleh dan baik.
  1. Syarat amalan untuk menjadi soleh ada 3:
    i- Tapak / asas utama adalah beriman.

    ii- Amalan itu sendiri soleh, bertepatan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

    iii- Dilakukan dengan ikhlas Lillahi Taala.
  1. Kita kena ingat pahala amalan itu boleh hilang dengan sebab riya’, sum’ah dan tidak ikhlas.

AYAT 31- {MEREKA ITU, DISEDIAKAN BAGINYA SYURGA YANG KEKAL, YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI; MEREKA DIHIASKAN DI DALAMNYA DENGAN GELANG-GELANG TANGAN EMAS, DAN MEMAKAI PAKAIAN HIJAU DARI SUTERA YANG NIPIS DAN SUTERA TEBAL YANG BERSULAM; MEREKA BEREHAT DI DALAMNYA DENGAN BERBARING DI ATAS PELAMIN-PELAMIN (YANG BERHIAS). DEMIKIAN ITULAH BALASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA DAN DEMIKIAN ITULAH SYURGA TEMPAT BEREHAT YANG SEMOLEK-MOLEKNYA.} (AL-KAHFI 18:31)

  1. Orang yang merealisasikan amal soleh akan mendapat pahala yang istimewa. Allah SWT sebut khas tiga keadaan nikmat mereka:
    i- Tempatnya Iaitu Syurga yang kekal abadi, mengalir di bawahnya sungai-sungai.

    ii- Pakaiannya: Dihias dengan gelang-gelang emas, dan pakaian hijau dari sutera bersulam yang halus dan tebal.

    iii- Cara duduk mereka: Bersandar atau duduk atas pelamin singgahsana yang indah.
  1. Itulah sebaik-baik balasan dan pahala yang akan diterima oleh orang mukmin, syurga dan sebaik-baik perhiasannya. 
  1. Itulah syurga tempat berehat yang semolek-moleknya dan nikmat yang kekal abadi.
    Ya Allah jadikanlah kami ahli Syurga-Mu.
    Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, ” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” Nabi menjawab: “Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang mendurhakaiku dialah orang yang enggan.” [HR Bukhari]

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top