View Categories

(17) Surah Al-Isra’: Ayat 66-69

4 min read

UJIAN DILAUTAN, MANUSIA TERBAHAGI DUA, KISAH IKRIMAH BIN ABU JAHAL BERTAWASSUL DI LAUT & SEKALI SELAMAT BUKAN BERMAKNA TERUS SELAMAT.

Full Video: https://youtu.be/ucwR62kuB_o?si=n4Yoo2_0ZUORt0pk

MUQADDIMAH SIRI YANG LEPAS:

  1. Pemusuhan antara Nabi Adam AS dengan Iblis yang takbur dan sombong lalu dilaknat oleh Allah SWT.
  1. Allah bagi permintaan iblis untuk hidup hingga Kiamat dan sesatkan anak Adam.
  1. Iblis berani bersumpah untuk menyesatkan semua anak Adam kerana:
    i- Dia tahu Allah SWT bubuh dalam diri manusia nafsu yang sukakan keseronokan. 

    ii- Kata-kata malaikat kepada Allah SWT bahawa manusia akan buat kerosakan atas muka bumi ini.
  1. Ramai manusia akan ikut iblis kecuali sedikit manusia yang teguh beriman, akan selamat.
  1. Kepercayaan kaum kafir bahawa sembahan mereka itu dapat menolong, tidak benar sama sekali, mereka tiada apa-apa kuasa kecuali Allah SWT.
  1. Allah SWT bagi amaran kepada Iblis dan siapa yang ikutknya akan di azab dan menjadi penghuni neraka Jahannam nanti.

AYAT 66- {TUHAN KAMULAH YANG MENJALANKAN UNTUK KAMU KAPAL-KAPAL DI LAUT, SUPAYA KAMU DAPAT MENCARI REZEKI DARI LIMPAH KURNIANYA; SESUNGGUHNYA IA ADALAH MAHA MENGASIHANI KEPADA KAMU.} (AL-ISRA’ 17:66)

  1. Ada orang yang rezekinya dari lautan, sama ada sebagai nelayan atau pelayar yang bekerja di lautan.
  1. Antara rezeki dan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada manusia dari laut amat banyak:
    i- Allah permudahkn perjalanan kapal2 besar dan juga perahu kecil di lautan.

    ii- Laut sebagai sumber rezeki. Semua hidupannya yang pelbagai banyaknya adalah halal untuk kita.

    iii- Allah Maha Mengasihani hamba-hamba-Nya. 

AYAT 67- {DAN APABILA KAMU TERKENA BAHAYA DI LAUT, (PADA SAAT ITU) HILANG LENYAPLAH (DARI INGATAN KAMU) MAKHLUK-MAKHLUK YANG KAMU SERU SELAIN DARI ALLAH; MAKA APABILA ALLAH SELAMATKAN KAMU KE DARAT, KAMU BERPALING TADAH (TIDAK MENGINGATINYA); DAN MEMANGLAH MANUSIA ITU SENTIASA KUFUR (AKAN NIKMAT-NIKMAT ALLAH).} (AL-ISRA’ 17:67)

  1. Apabila teruji dengan bala bencana dan dalam keadaan bahaya dilambung ombak dan ribut di laut, dengan automatik hilang dari ingatan apa yang disembah selain daripada Allah selama ini. Hanya kepada Allah tempat meminta pertolongan.
  1. Tetapi apabila mereka selamat mendarat di daratan semula, mereka kembali kufur, yakni lupa kepada Allah ketika senang. 
  1. Allah SWT menegaskan bahawa manusia itu sentiasa kufur akan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah SWT. (tidak bersyukur).
  1. Maka ingatlah, kita wajib menjadi manusia yang sentiasa mengingati Allah SWT sama ada ketika senang dan susah.
  1. Kisah Ikrimah Bin Abu Jahal yang bertawassul di Laut. 

AYAT 68- {ADAKAH KAMU (SESUDAH DISELAMATKAN KE DARAT) MERASA AMAN (DAN TIDAK MEMIKIRKAN), BAHAWA ALLAH AKAN MENGGEMPAKAN SEBAHAGIAN DARI DARATAN ITU MENIMBUS KAMU, ATAU DIA AKAN MENGHANTARKAN KEPADA KAMU ANGIN RIBUT YANG MENGHUJANI KAMU DENGAN BATU; KEMUDIAN KAMU TIDAK BEROLEH SESIAPAPUN YANG MENJADI PELINDUNG KAMU?} (AL-ISRA’ 17:68)

  1. Allah SWT memberi peringatan sekali lagi, jangan rasa selamat dan tenang, walaupun kamu sudah selamat kembali ke daratan, bencana mungkin datang dalam berbagai bentuk lain pula.
  1. Sama ada bumi digoncangkan (gempa bumi) atau Allah menghantar angin ribut beserta hujan batu yang akan menimpa kamu.
  1. Maka pada masa itu tiada sesiapa yang dapat menjadi pelindung dan penyelamat bagi kamu kecuali Allah swt.

AYAT 69- {ATAU ADAKAH KAMU MERASA AMAN (DAN TIDAK MEMIKIRKAN) BAHAWA ALLAH AKAN MENGEMBALIKAN KAMU SEKALI LAGI KE LAUT, KEMUDIAN IA MENGHANTARKAN KEPADA KAMU ANGIN RIBUT YANG MEMECAH BELAHKAN SEGALA YANG DIREMPUHNYA, LALU IA MENGARAMKAN KAMU DENGAN SEBAB KEKUFURAN KAMU; KEMUDIAN KAMU TIDAK BEROLEH SESIAPAPUN YANG BOLEH MENUNTUT BELA TENTANG ITU TERHADAP KAMI?} (AL-ISRA’ 17:69)

  1. Sekali lagi Allah SWT bertanya; adakah kamu berasa selamat dan tidak terfikir bahawa kamu akan kembali ke laut semula, lalu akan diuji dengan ribut taufan sekalli lagi? Gelombang amat yang amat dahsyat hatta kamu akan tenggelam dengan sebab kekufuran.
  1. Maka apabila kamu karam itu tiada siapa yang dapat menolong dan membela kamu lagi.
  1. Yakni sedarlah hanya Allah SWT sahaja yang akan dapat menyelamatkan manusia sama ada di laut, di darat atau di mana saja kita berada. 
  1. Maka maka sewajarnya manusia sentiasa bersyukur atas nikmat Allah SWT.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Allah SWT mmberikan kemudahan kepada manusia, menjadikan jalan laut dengan kapal-kapal kecil dan besar belayar di lautan dengan selamatnya.
  1. Lautan juga sebagai sumber rezeki yang amat luas, tanda anugerah nikmat dan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya.
  1. Peringatan dari Allah kepada manusia yang kufur, walaupun telah terselamat dari kesusahan di laut; bala dan bencana juga boleh berlaku di darat. 
  1. Maka sentiasalah mengingati Allah dan sedarlah hanya DIA sahaja yang dapat menyelamatkan manusia tidak kira di mana berada, sama ada di laut atau di darat.
  1. Sentiasa mengingati Allah, diwaktu senang juga bukan hanya di waktu ditimpa kesusahan. Jika kita ingat Allah semasa senang, Allah akan ingat kita semasa kita susah, insya’ Allah.
  1. Ada dua sebab Allah uji manusia:
    i- Untuk menguji kesabarannya, sama ada terus syukur dan beriman.

    ii- Kerana Allah hendak naikkan darjat manusia dan menghapuskan dosanya.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top