DALIL WUJUD DAN KUDRAT ALLAH, PENCIPTAAN MANUSIA DAN LANGIT & PENURUNAN HUJAN DAN KEGUNAAN HAIWAN
Full video : https://youtu.be/n7MlHWazGTE?si=fWJ55kg6B9yVC6RA
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang lepas kita telah bincangkan tentang 7 sifat orang yang berjaya, iaitu kerana iman dan amalnya yang soleh.
- Mereka itulah yang berhak mewarisi Syurga Firdaus.
- Kemudian disebut pula asal kejadian manusia untuk mensabitkan Allah SWT sebagai Pencipta yang maha berkuasa.
- Juga tentang hujan dan faedahnya serta binatang ternakan dan faedahnya juga untuk manusia.
- Maka wajiblah kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas segala anugerah nikmat-Nya.
- Kesemua inilah untuk menunjukkan tanda-tanda kewujudan dan kudrat Allah SWT.
AYAT 12- {DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI PATI (YANG BERASAL) DARI TANAH;} (AL-MU’MINUN 23:12)
- Setelah diterangkan tentang manusia yang berjaya, Allah SWT tegaskan pula tentang siapakah al-Khaliq, Pencipta kita, Tuhan Yang Esa, Agung dan Maha berkuasa.
- Dinyatakan bahawa manusia yang pertama iaitu Adam AS dicipta dari pati yang diambil dari pelbagai jenis tanah; kerana itulah anak cucu keturunanya berbeza warna dan rupa. Manakala manusia selepasnya dicipta dari pati makanan yang menjadi benih.
- Dalam Surah Al-Hajj yang lepas bermula dari ayat 5 telah diterangkan dengan jelas dan terperinci asal kejadian dan peringkat kejadian manusia.
- Hadis kejadian Adam AS dari pelbagai jenis tanah:
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mencipta Adam AS daripada satu genggaman tanah dari seluruh bumi. Maka jadilah manusia daripada mengikut bumi tersebut. Ada yang berwarna merah, putih, hitam dan yang lain. Begitu juga ada yang bersopan dan baik (muslim), ada yang bengis dan pengasar (bukan Islam). (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
AYAT 13- {KEMUDIAN KAMI JADIKAN “PATI” ITU (SETITIS) AIR BENIH PADA PENETAPAN YANG KUKUH;} (AL-MU’MINUN 23:13)
- Kemudian pati tanah (menjadi pati makanan manusia) setelah diproses menjadi setitis air mani yang akan menjadi benih.
- Jika berlaku persenyawaan, benih ini akan menjadi janin yang akan disimpan dalam rahim wanita. Allah ciptakan rahim itu kukuh sekali kejadiannya.
- Tetapi ada juga yang gugur di tengah jalan, ini agar para ibu berhati-hati dan sentiasa bersyukur dan ingat kepada kekuasaan Allah SWT.
AYAT 14- {KEMUDIAN KAMI CIPTAKAN AIR BENIH ITU MENJADI SEBUKU DARAH BEKU. LALU KAMI CIPTAKAN DARAH BEKU ITU MENJADI SEKETUL DAGING; KEMUDIAN KAMI CIPTAKAN DAGING ITU MENJADI BEBERAPA TULANG; KEMUDIAN KAMI BALUT TULANG-TULANG ITU DENGAN DAGING. SETELAH SEMPURNA KEJADIAN ITU KAMI BENTUK DIA MENJADI MAKHLUK YANG LAIN SIFAT KEADAANNYA. MAKA NYATALAH KELEBIHAN DAN KETINGGIAN ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA.} (AL-MU’MINUN 23:14)
- Peringkat kejadian seterusnya:
i- Air benih itu menjadi sebuku darah beku.
ii- Darah beku itu menjadi seketul daging;
iii- Kemudian daging itu menjadi beberapa tulang;
iv- Kemudian dibalut tulang-tulang itu dengan daging.
v- Menjadi makhluk sempurna kejadiannya iaitu manusia.
- Maka jelaslah Allah SWT kelebihan dan ketinggian Allah sebagai sebaik-baik Pencipta.
- Semoga kita menjadi manusia yang beruntung di akhirat bukan yang celaka.
- Hadis bacaan Rasulullah SAW dalam sujud; Sila cek buku/applikasi Perisai Muslim- Bacaan Dalam sujud.
AYAT 15- {KEMUDIAN, SESUNGGUHNYA KAMU SESUDAH ITU AKAN MATI.} (AL-MU’MINUN 23:15)
- Selepas kita hidup sekejap di atas dunia, semua manusia itu akan mati.
- Inilah perjalanan hidup manusia yang diketahui dan diakui oleh semua manusia, mukmin atau kafir.
AYAT 16- {KEMUDIAN SESUNGGUHNYA KAMU AKAN DIBANGKITKAN HIDUP SEMULA PADA HARI KIAMAT.} (AL-MU’MINUN 23:16)
- Kemudian selepas kematian itu, kita akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
- Inilah kepercayaan yang kita imani, yang membezakan kita dengan orang kafir.
PENGAJARAN AYAT:
- Kita kena letakkan kematian itu didepan mata kita dan jangan lupa bahawa ia sentiasa mengekori kita, sama ada mati dalam husnul khatimah atau sebaliknya.
- Kata ulama’: Cukuplah kematian itu menjadi peringatan untuk kita.
- Pagi ini kita solatkan jenazah orang lain, hantar mayat orang lain ke kubur, mungkin esok atau petang ini juga mayat kita akan dihantar ke kubur!!!
AYAT 17- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA, KAMI TELAH MENCIPTAKAN TUJUH JALAN DI ATAS KAMU, DAN KAMI PULA TIDAK LALAI DARIPADA (MENYEDIAKAN KEPERLUAN) MAKHLUK-MAKHLUK KAMI.} (AL-MU’MINUN 23:17)
- Allah SWT nyatakan bahawa Dia telah mencipta menciptakan tujuh jalan di atas kita, iaitu tujuh landasan perjalanan bintang-bintang, matahari dan bulan di atas langit.
- Ulama’ kata: Tujuh ini menunjukkan bilangan yang banyak, tidak terhitung dengan khusus bilangannya. Untuk semua yang di cakerawala.
- Allah SWT tidak sekali-kali lupa untuk menyediakan keperluan makhluk-makhluk-Nya. Alhamdulillah kita wajib bersyukur atas nikmat-Nya.
AYAT 18- {DAN KAMI TURUNKAN HUJAN DARI LANGIT DENGAN SUKATAN YANG TERTENTU, SERTA KAMI TEMPATKAN DIA TERSIMPAN DI BUMI; DAN SESUNGGUHNYA KAMI SUDAH TENTU BERKUASA MELENYAPKANNYA.} (AL-MU’MINUN 23:18)
- Allah SWT juga menegaskan Dia yang turunkan hujan dari langit, dengan sukatan yang tertentu. Ayat ini menunjukkan tanda kekuasan Allah SWT di langit.
- Yakni sukatan yang mencukupi untuk kegunaan manusia, tidak lebih dan tidak kurang. Maka jika terlebih dari yang sepatutnya maka akan berlakukan banjir atau bencana sama ada di sungai atau di laut. Sekali-sekal Allah SWT uji manusia dengan keadaan ini.
- Tangkinya di mana? Yakni Allah SWT simpannya di dalam bumi.
- Maka wajiblah manusia bersyukur atas nikmat iar itu kerana Allah SWT berkuasa untuk melenyapkan air itu (kering dan kemarau) bila-bila masa sahaja.
AYAT 19- {KEMUDIAN, KAMI TUMBUHKAN UNTUK KAMU DENGAN AIR ITU, KEBUN-KEBUN TAMAR (KURMA) DAN ANGGUR. KAMU BEROLEH DALAM KEBUN-KEBUN ITU (BERBAGAI JENIS LAGI) BUAH-BUAHAN YANG BANYAK, DAN DARI KEBUN-KEBUN ITULAH KAMU BEROLEH REZEKI PENGHIDUPAN KAMU.} (AL-MU’MINUN 23:19)
- Ayat ini menunjukkan tanda kekuasan Allah SWT di bumi pula.
- Allah SWT tumbuhkan dengan air itu, kebun-kebun buah-buahan yang pelbagai, ada tamar dan anggur serta berbagai jenis lagi buah-buahan yang banyak.
- Maka dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
AYAT 20- {DAN (KAMI JUGA MENUMBUHKAN UNTUK KAMU) POKOK YANG ASAL TUMBUHNYA DI KAWASAN GUNUNG TURSINA, YANG MENGELUARKAN MINYAK DAN LAUK BAGI ORANG-ORANG YANG MAKAN.} (AL-MU’MINUN 23:20)
- Allah SWT juga menyatakan ditumbuhkan juga untuk manusia pokok yang berasal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina.
- Itulah pokok ZAITUN, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan (bagi orang Arab).
AYAT 21- {DAN SESUNGGUHNYA PADA BINATANG-BINATANG TERNAK ITU KAMU BEROLEH PUNCA-PUNCA YANG MENYEDARKAN (TENTANG KEMURAHAN DAN KEBIJAKSANAAN ALLAH PENCIPTANYA); KAMI BERI KAMU MINUM DARI SUSU YANG ADA DALAM PERUTNYA, DAN KAMU BEROLEH BANYAK FAEDAH LAGI PADANYA; DAN DARIPADANYA JUGA KAMU BEROLEH REZEKI PENGHIDUPAN KAMU.} (AL-MU’MINUN 23:21)
- Ayat ini menunjukkan tanda kekuasan Allah SWT tentang penciptaan binatang dan haiwan.
- Dari binatang ternak itu manusia beroleh sumber rezeki yang menyedarkan tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya)
- Antara nikmat daripada binatang ternak ini: Susu dari perut yang berada antara darah dan hampasnya. Serta lain-lain faedah seperti tunggangan dan pengangkutan.
AYAT 22- {DAN DI ATAS BINATANG-BINATANG TERNAK ITU, SERTA DI ATAS KAPAL-KAPAL KAMU DIANGKUT.} (AL-MU’MINUN 23:22)
- Binatang itu (unta) adalah pengangkutan utama di padang pasir dikenali sebagai Kapal Padang Pasir.
- Manakala kapal-kapal pula pengangkutan di lautan.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
- Menjadi kewajipan ke atas manusia untuk bersyukur membesarkan semua nikmat Allah SWT seperti nikmat air, jaga dan gunalah dengan berhemah dan berjimatlah. Kena kempen jaga alam sekitar, pokok-pokok dan sungai-sungai serta hutan.
- Dalam ayat-ayat ini Allah SWT kembarkan setiap penciptaan itu dengan ilmu. Maka penciptaan manusia itu adalah satu dalil aqli (akal) yang paling kuat dalam menunjukkan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT.
- Allah SWT sebut manfaat binatang ternakan.
Ulama’ kata 4 manfaat haiwan:
i- Susunya diminum.
ii- Darinya banyak lagi manfaat yang kita dapat seperti untuk perniagaan, daging dan kulitnnya dijual.
iii- Sebagai bahan makanan.
iv- Sebagai tunggangan/kenderaan.
Wallahu a’lam.
