INFAQ DARI MUNAFIQIN TIDAK DITERIMA, SEBAB FASIQ DAN KUFUR & TIDAK IKHLAS SOLAT DAN SEDEQAH.
Full video : https://youtu.be/TVB3ViRCM7k?si=epRWq3R0FueSZxQx
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah At-Taubah dengan ayat 53 sehingga 54 dalam juz kesepuluh.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa infaq dari munafiqin tidak diterima, walau sebanyak mana mereka bersedekah hanya sia-sia.
- Kemudian Allah nyatakan sebab-sebab sedekah atau infaq mereka itu tidak diterima:
i- Kerana mereka fasiq dan kufur.
ii- Tidak ikhlas dalam solat dan sedeqah mereka.
- Mereka buat semua itu semata-mata supaya orang lihat dan puji mengatakan mereka beriman & beramal soleh.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang amalan munafiq.
ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan, wahai puak munafiqin, kamu sedekahlah banyak manapun tak ada faedahnya!
Kerana kamu adalah kafir yang tidak beriman!
Kufur, fasiq lagi tidak ikhlas dalam ibadat lengkap pakejnya!
Inilah kegelapan yang bertingkat-tingkat!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 53- {KATAKANLAH: “DERMAKANLAH HARTA KAMU SAMA ADA DENGAN SUKARELA ATAU KERANA TERPAKSA, TIDAK SEKALI-KALI AKAN DITERIMA DARIPADA KAMU, (KERANA) SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG FASIK”.} (AT-TAUBAH 9:53)
- Allah perintahkan Nabi Muhammad SAW untuk berkata kepada puak munafiq : Wahai puak kafir, samada kamu beri infaq dengan sukarela atau kerana terpaksa- ia tetap tidak sesekali akan diterima oleh Allah!
- Ayat ini Allah nyatakan sebab kenapa amalan mereka tidak diterima iaitu kerana mereka kaum yang fasiq iaitu jahat terhadap Allah, fasiq ini ada banyak jenis, lihat kepada kejahatan yang dibuatnya!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.} (Al-Furqan 25:23)
Amalan mereka yang banyak itu berterbangan seperti debu hilang ditiup angin begitu saja!
ii- {“Hanyasanya Allah menerima (amalan) dari orang-orang yang bertaqwa;} (Al-Ma’idah 5:27)
- Hadis : Kisah Ibnu Jud’an seorang lelaki di masa jahiliyah yang terkenal baik, suka menyambung silaturahmi dan memberi makan orang miskin, tetapi kebaikannya itu sama sekali tidak akan bermanfaat di akhirat!
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: « قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، ابْنُ جُدْعَانَ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ يَصِلُ الرَّحِمَ وَيُطْعِمُ الْمِسْكِينَ، فَهَلْ ذَاكَ نَافِعُهُ؟ قَالَ: لَا يَنْفَعُهُ، إِنَّهُ لَمْ يَقُلْ يَوْمًا: رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ ». «صحيح مسلم» (1/ 136 ط التركية)
Maksudnya: “Dari UM Aisyah RA dia berkata: “Saya berkata: ‘Wahai Rasulullah, Ibnu Jud’an (kerabatnya) pada masa jahiliyah biasa menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin. Apakah itu memberikan manfaat untuknya (di akhirat)? ‘ Baginda menjawab: ‘Tidak. Itu tidak memberinya manfaat. Dia tidak pernah satu hari pun mengucapkan, ‘Rabbku ampunilah kesalahanku pada hari pembalasan’.” (H.R. Muslim)
- Walaupun berbuat baik dan amal kebajikan di dunia ini, semua itu tidak membawa faedah kepada mereka kerana mereka tidak ada kunci untuk menerima pahala itu, kerana Allah hanya menerima amalan dari orang-orang yang bertaqwa!!
AYAT 54- {DAN TIDAK ADA YANG MENGHALANGI MEREKA, UNTUK DITERIMA DERMA-DERMA MEREKA MELAINKAN KERANA MEREKA KUFUR KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, DAN (KERANA) MEREKA TIDAK MENGERJAKAN SEMBAHYANG MELAINKAN DENGAN KEADAAN MALAS DAN MEREKA PULA TIDAK MENDERMAKAN HARTANYA MELAINKAN DENGAN PERASAAN BENCI.} (AT-TAUBAH 9:54)
- Dalam ayat ini Allah nyatakan pula tentang sebab utama kenapa Allah tidak menerima infaq, amal soleh, kebaikan yang dibuat oleh munafiqin ialah kerana mereka kufur kepada Allah dan Rasul-Nya.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan antara sebab amalan mereka tidak diterima adalah kerana mereka fasiq, jahat kepada Allah SWT.
ii- Maka datang ayat ini sambungannya:
3 sebab lagi amalan mereka ditolak:
a) Pertama kerana mereka adalah orang kafir dari sudut iiktikadnya!
b)- Kemudian dari sudut amalinya; mereka tidak solat kecuali dalam keadaan malas & terpaksa! Pergi nak tunjuk muka supaya orang kata mereka beriman & solat.
c)- Mereka juga mendermakan harta dalam keadaan terpaksa & penuh kebencian!
- Kunci utamanya untuk segala amal ibadat diterima ialah IMAN!
Tiada iman bermakna tiada akaun, tiada kunci untuk buka pintu!
Kita hendaklah jauhkan diri seperti segala sifat & perkara yang boleh merosakkan Iman!
- Dari sudut amalan pula mereka melakukannya supaya dilihat manusia, lakukannya dengan penuh terpaksa tiada keihklasan lansung!
- Hadis : Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ، صَلاةُ الْعِشَاءِ الآخِرَةِ، وَصَلاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا، لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jikalau mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak”. [HR Bukhari & Muslim].
Maka kita lawanlah munafiqin ini dengan rajin & sering ke masjid!
- Firman Allah SWT juga:
{Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).} (An-Nisaa’ 4:142)
- Sifat terakhir dalam ayat ini yang menjadi punca tertolak amalan mereka ialah:
{… dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.}-
Mereka hanya beri derma & infaq supaya orang nampak mereka adalah Islam, nampak mereka dermawan yakni untuk jaga kemaslahatan mereka sahaja.
- Mereka bagi derma bukan kerana Allah tetapi nak jaga kepentingan diri agar orang kata mereka Islam, lalu akan dapat kelebihan & ganjaran sebagai seorang muslim.
Setiap apa yang mereka buat adalah semata-mata nak mengail/memancing, campak umpan kecil untuk dapatkan habuan yang lebih besar.
Itulah perangai munafiqin.
- Setiap apa yang mereka bagi mereka anggap satu kerugian dalam hidup mereka bukan satu kemenangan.
Munafiqin sentiasa berasa kecewa & rugi.
- Berbeza kita orang Islam tidak begini, setiap infaq yang kita beri, setiap nafkah yang kita sumbangkan semuanya mengharapkan pahala & rahmat dari Allah SWT!
Kerana kita beriman & yakin yang menyebabkan kita infaq dengan ikhlas kerana Allah SWT tanpa meminta balasan, hanya mengharapkan pahala dari Allah Azza wa Jalla!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 53- {Katakanlah: “Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu,…}-
Allah beri peringatan keras kepada golongan munafiqin bahawa tidak akan diterima sedekah yang mereka buat samada secara sukarela atau terpaksa.
Sedekah yang terpaksa adalah seperti zakat yang wajib dibayar.
Manakala sedekah biasa yang sunat tidak boleh dipaksa.
Seperti tabung masjid yang diedarkan bergerak di kalangan jemaah, kadang-kadang boleh menyebabkan orang terpaksa memberi kerana semua orang melihat dan menunggu.
Tak mengapa ini idea masjid yang baik juga cuma dilarang untuk melakukannya ketika Khatib sedang berkhutbah.
Allah kata perkara yang wajib dibayar itu (seperti zakat & nafkah) dianggap terpaksa oleh munafiqin.
PERBINCANGAN :
- Kenapa Allah kata di akhir ayat ini: Apa yang disedekah menjadi sia-sia kerana mereka adalah golongan yang FASIK.
Kenapa Allah tak terus jatuhkan hukuman sebab ditolak adalah kerana kamu kafir!?
Ulama’ tadabbur berkata:
Allah guna kalimah fasiq untuk munafiqin dalam ayat ini bukan kalimah kafir kerana mereka telah menzahirkan Islam & menyembunyikan kekufuran.
Maka seolah-olah mereka itu tergelincir dari landasan Islam kepada fasiq!
Sedangkan mereka itu dari awalnya lagi memang duduk dalam lembah kekufuran!
Ini adalah sebahagian daripada seni bahasa al-Quran yang penuh hikmah.
- Ayat 53- {Katakanlah: “Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu,…}-
Allah kata perbuatan baik munafiq seperti infaq tidak akan sesekali diterim Allah!
Persoalan: Semua perbuatan baik yang dibuat oleh puak kafir; membantu orang susah, menyambung silaturrahim, tolong & derma sana sini, apakah tiada manfaat lansung bagi mereka???
Kata ulama’ tadabbur : Amalan dan perbuatan baik yang dibuat oleh orang kafir ada manfaatnya didunia ini seperti:
i- Allah hilangkan kemudaratan padanya, dijauhkan daripada benda tak baik darinya!
ii- Atau diberi kekayaan, perniagaannya mendapat keuntungan projeknya maju & berjaya.
Ini kerana Allah bayar cash kepada mereka atas dunia TETAPI di akhirat tidak ada gunanya kerana kebaikan mereka menjadi debu yang berterbangan alangkah ruginya mereka!
Sebagaimana hadis Nabi SAW:
إن الله لا يظلم مؤمنا حسنة يعطى بها في الدنيا، ويجزى بها في الآخرة، وأما الكافر، فيطعم بحسنات ما عمل لله تعالى، في الدنيا حتى إذا أفضى إلى الآخرة، لم يكن له حسنة يجزى به
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menzalimi seorang mukmin yang membuat amalan kebaikan kerana dia akan diberi balasan kebaikan di atas dunia, dan akan dibalas juga di akhirat kelak. Ada pun orang kafir mereka akan diberi ganjaran kebaikan di atas dunia terhadap perbuatan mereka tetapi di akhirat kelak tiada ganjaran yang akan diberikan”. [HR Muslim: 2808].
- Ayat 54- {Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya,…}-
Orang munafik buat kebaikan atau ibadat apa sekalipun tidak ada ikhlas dalam hati mereka.
Ruh hidupnya hati, ketaatan kepada Allah SWT, hati kita hidup & pahala kita berjalan ialah dengan perhambaan kita kepada Allah semata-mata!
Kita tunduk akur, taat kepada segala perintah Allah!
Inilah tujuan besar dalam melakukan segala amal ibadat itu!
Maka oleh kerana amalan yang dibuat oleh para munafiqin ini bukan kerana iman, bukan kerana ikhlas & bukan kerana taat, hanya kerana nak selamatkan diri, nak nama, bermuka-mula atau nak mengail habuan yang lebih besar, mereka berbuat baik untuk kepentingan mereka sendiri atas dunia ini, maka tiada faedahlah bagi mereka kecuali yang mereka dapat itu!
- Ayat 54- {.. dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.}-
Allah nyatakan dua sebab lagi kenapa amalan orang munafiq itu tidak diterima selain kerana mereka kufur, iaitu kerana mereka tidak ikhlas dalam amalan yang mereka buat!
Ayat ini sebagai peringatan kepada kita orang beriman untuk ikhlaskan amalan kita dalam semua perkara.
Solat & sedekah jika kita buat kerana nak tunjukkan kepada orang tak jadi!
Kepincangan dalam sebahagian amalan dalam masyarakat hari ini, ada syarikat swasta yang ambil upah buat amal ibadat untuk beri pahala kepada yang membayarnya!
Contoh : Dalam solat jenazah, kita ikhlas kerana Allah, maka keluarga si mati jangan sibuk nak mengagihkan sampul duit atau bungkusan nasi sehingga menganggu keihklasan mereka yang melakukan solat itu.
Jenazah tak naik van lagi kita sudah sibuk dok bbagi nasi!
Jika nak sedekah boleh tetapi bukan pada waktu itu!
Biarlah orang yang solat jenazah itu dapat pahala Qiraat, sebesar bukit Uhud, jangan kita ganggunya!
Dalam ayat ini Allah nak sentap kita juga, disamping memberi amaran kepada munafiqin, iaitu seperti pukul anak sindir menantu, kamu orang beriman jika tak ikhlas, sama juga dengan munafiqin, amalan kamu tidak akan diterima & sia-sia!
Kita minta Allah selamatkan hati kita daripada segala sifat munafiq yang tidak baik!
- Ayat 54- {.. dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.}-
Allah nyatakan sifat munafiq ini:
i- Tidak solat kecuali dengan malas.
ii- Tidak infaq kecuali dengan perasaan benci.
Ulama’ tadabbur bawa perbincangan dan kajian kenapa Allah SWT sebut khas dua amal ibadat ini sedangkan jika Allah kata tidak diterima semua amalan kebaikan mereka sudah mencukupi!
Bila kita baca ilmu tadabbur ini banyak perkara yang dicuitnya membuatkan minda kita terbuka untuk berfikir.
Jawapannya kata ulama’:
i- Ini kerana solat adalah amalan fizikal/anggota yang paling mulia;
ii- Manakala sedekah pada jalan Allah adalah amalan harta yang paling baik.
Maka dua amalan ini dalam Islam kita dituntut untuk menzahirkannya.
Tidak dikatakan riya’ jika keluar solat berjemaah di masjid!
Tak pergi solat di masjid, solat dirumah saja kerana takut orang kata puji, ini perbuatan karut!
Para peniaga besar juga perlu mengiklan zakat mereka yang dikeluarkan!
وقد قال الفضيل بن عياض: ترك العمل من أجل الناس رياء، والعمل من أجل الناس شرك، والإخلاص أن يعافيك الله منها. كما في شعب الإيمان.
Kerana itu kata ulama’ salaf: Meninggalkan amalan kerana takut orang kata riya’ itu adalah sudah riya’ dengan sendirinya!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya untuk membersihkan diri kita daripada sifat munafiq!
Wallahu A’lam.
