TAUFAN BERMULA, NABI NUH AS BERSAMA PENGIKUTNYA NAIK BAHTERA & ANAKNYA DAN KAFIR SEMUA TENGGELAM.
Full video : https://youtu.be/T35BgU1j1uo?si=lVev7MKJ4lC0VR7E
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Hud dengan ayat 40 sehingga ayat 44 dalam juzuk kedua-belas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan sambungan kisah Nabi Nuh.
Air mula keluar & bermulanya taufan!
- Nabi Nuh AS bersama pengikutnya yang naik bahtera selamat bersama sepasang dari setiap jenis haiwan yang dibawa juga bagi menjadi baka.
- Manakala mereka yang ingkar seperti isterinya, anaknya dan kafir semuanya tenggelam dan binasa.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang perintah untuk Nabi Nuh buat bahtera.
ii- Maka apabila kapal dah siap Allah perintahkan Nabi Nuh bersiap sedia naik atas kapal bersama pengikutnya yang beriman, air mula keluar dari bumi & langit, bermulalah taufan dan banjir besar!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 40- { (NABI NUH TERUS BEKERJA) SEHINGGA APABILA DATANG HUKUM KAMI UNTUK MEMBINASAKAN MEREKA DAN AIR MEMANCUT-MANCUT DARI MUKA BUMI (YANG MENANDAKAN KEDATANGAN TAUFAN), KAMI BERFIRMAN KEPADA NABI NUH: “BAWALAH DALAM BAHTERA ITU DUA DARI TIAP-TIAP SEJENIS HAIWAN (JANTAN DAN BETINA), DAN BAWALAH AHLIMU KECUALI ORANG YANG TELAH DITETAPKAN HUKUMAN AZAB ATASNYA (DISEBABKAN KEKUFURANNYA), JUGA BAWALAH ORANG-ORANG BERIMAN”. DAN TIDAK ADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG TURUT BERSAMA-SAMANYA, MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA.} (HUD 11:40)
- Apabila selesai pembinaan bahtera Nabi Nuh, tibalah hukum yang Allah janjikan!
Air mula keluar memancut-mancut dari muka bumi yang menandakan kedatangan taufan.
- Allah lalu berfirman kepada Nabi Nuh AS untuk membawa dalam bahtera itu dua (sepasang) dari tiap-tiap sejenis haiwan(jantan dan betina) untuk menjadi baka, kerana semua yang tidak naik kapal akan binasa.
- Nabi juga mebawalah ahli keluarga yang beriman seperti yang disebut dalam siri lepas iaitu 3 orang anak lelakinya dan isteri masing-masing.
Kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya disebabkan kekufurannya, seperti isteri Nabi Nuh sendiri dan seorang lagi anak lelakinya yang ingkar tidak beriman.
- Nabi Nuh juga membawa pengikutnya dari kalangan orang-orang beriman.
Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja{إِلَّا قَلِيلٌۭ}.
- Kata Ibnu Jarir : Allah sebut pengikut Nabi Nuh ini sebagai sedikit, tidak dinyatakan bilangannya yang tetap, Rasulullah SAW juga tidak menyebutnya!
Jadi tidak perlu kita mencari-carinya kerana begitulah kebiasaannya pengikut para rasul itu hanya sedikit.
- Kerana itu kata penganalisa : Ramai tidak semestinya benar & sedikit tidak semestinya tidak betul!
Tetapi pastilah kita mahu ramai yang benar & akan masuk syurga!
AYAT 41- {DAN (KETIKA ITU) BERKATALAH NABI NUH (KEPADA PENGIKUT-PENGIKUTNYA YANG BERIMAN): “NAIKLAH KAMU KE BAHTERA ITU SAMBIL BERKATA: ‘ DENGAN NAMA ALLAH BERGERAK LAJUNYA DAN BERHENTINYA ‘. SESUNGGUHNYA TUHANKU ADALAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.”} (HUD 11:41)
- Kemudian Nabi Nuh mengajar pengikutnya cara tauhid kepada Allah, dia memulakan pergerakan kapal itu dengan membaca doa & menyebut nama Allah!
- Doa naik kenderaan yang dibaca oleh Nabi Nuh:
بِسْمِ ٱللَّهِ مَجْر۪ىٰهَا وَمُرْسَىٰهَآ ۚ إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٤١
Maksudnya: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- Kita pun jangan lupa untuk amalkan segala doa & bacaan yang diajar oleh Rasulullah SAW dalam setiap pergerakan harian kita.
Boleh lihat kitab Perisai Muslim sebagai panduan: https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
AYAT 42- { (MEREKA SEMUA NAIK) DAN BAHTERA ITUPUN BERGERAK LAJU MEMBAWA MEREKA DALAM OMBAK YANG SEPERTI GUNUNG-GANANG, DAN (SEBELUM ITU) NABI NUH MEMANGGIL ANAKNYA, YANG SEDANG BERADA DI TEMPAT YANG TERPISAH DARIPADANYA: “WAHAI ANAKKU, NAIKLAH BERSAMA-SAMA KAMI, DAN JANGANLAH ENGKAU TINGGAL DENGAN ORANG-ORANG YANG KAFIR”.} (HUD 11:42)
- Bahtera Nabi Nuh itu berjalan dengan laju merentasai air banjir yang ombaknya bergelombang & tinggi seperti bukit!
Bukan air banjir biasa tetapi yang dalam lagi deras arusnya!
- Ketika itu Nabi Nuh nampak anaknya yang terpisah lalu mengajaknya naik ke atas kapalnya agar selamat.
Nabi menasihati anaknya agar janganlah dia bersama dengan orang-orang yang kafir.
AYAT 43- {ANAKNYA MENJAWAB: “AKU AKAN PERGI BERLINDUNG KE SEBUAH GUNUNG YANG DAPAT MENYELAMATKAN AKU DARIPADA DITENGGELAMKAN OLEH AIR”. NABI NUH BERKATA: “HARI INI TIDAK ADA SESUATUPUN YANG AKAN DAPAT MELINDUNGI DARI AZAB ALLAH, KECUALI ORANG YANG DIKASIHANI OLEHNYA”. DAN DENGAN SERTA-MERTA OMBAK ITU PUN MEMISAHKAN ANTARA KEDUANYA, LALU MENJADILAH IA (ANAK YANG DERHAKA ITU) DARI ORANG-ORANG YANG DITENGGELAMKAN OLEH TAUFAN.} (HUD 11:43)
- Anaknya enggan naik kapal bersama Nabi Nuh & pengikutnya!
Dia dengan degil berkata mahu pergi berlindung ke sebuah gunung tinggi yang dapat menyelamatkannya daripada ditenggelamkan oleh air.
- Nuh menasihati anaknya & memberi amaran bahawa pada hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya iaitu orang yang beriman!
- Sedang mereka bercakap itu, tiba-tiba datang ombak yang besar memisahkan mereka, lalu jadilah ia anak yang derhaka itu dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan!!!
- Betapa sedih & terkejutnya Nabi Nuh AS, tetapi apa boleh buat sudah taqdir Allah, anaknya yang degil & kufur itu telah binasa!
AYAT 44- {DAN (SETELAH BINASANYA KAUM KAFIR ITU) DIPERINTAHKAN KEPADA BUMI DAN LANGIT DENGAN BERKATA: “WAHAI BUMI TELANLAH AIRMU, DAN WAHAI LANGIT BERHENTILAH DARI CURAHAN HUJANMU”. DAN (KETIKA ITU) SURUTLAH AIR, SERTA TERLAKSANALAH PERINTAH (ALLAH) ITU. DAN BAHTERA NABI NUH ITUPUN BERHENTI DI ATAS GUNUNG “JUDI” SERTA DIINGATKAN (KEPADA KAUM KAFIR UMUMNYA BAHAWA): “KEBINASAANLAH AKHIRNYA BAGI ORANG-ORANG YANG ZALIM”.} (HUD 11:44)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan semua orang kafir telah binasa, doa Nabi Nuh telah terlaksana oleh ketetapan Allah.
ii- Lalu Allah perintahkan kepada bumi untuk sedut airnya dan kepada langit agar berhentikan hujannya!
Lalu air banjir surut dan berhenti.
Ada orang guna doa ini apabila banjir, ini adalah perinah Allah kepada langit & bumi.
Ada doa khas yang diajar oleh Rasulullah SAW boleh rujuk Perisai Muslim:
https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
- Apabila semua kafir yang ada pada waktu itu telah mati binasa semuanya, banjir pun surut dan air kering dengan perintah Allah.
Bahtera Nabi Nuh berhenti di atas sebuah bukit bernama Jud {ٱلْجُودِىِّ}.
- Kata ahli tafsir : Bukit ini berada di Mausil, Iraq iaitu di antara sempadan Iraq & Turki, atau Banjaran Ararat antara Turki dan Armenia.
- Begitulah peringatan dan amaran dari Allah bahawa kebinasaanlah dan pengakhirannya bagi orang-orang yang zalim!
Tiada seorang pun spesis manusia kafir yang hidup di atas dunia pada waktu itu, semuanya telah musnah binasa!!!
- Tetapi apa boleh buat, pembersihan etnik kafir ini tidak lama, dengan kelicikan syaitan, mereka ini muncul semula!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 40- {(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan),..}-
Apabila tiba masanya ketetapan hukum Allah untuk menimpa azab ke atas kaum kafir, air mula memancut keluar dari perut bumi {وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ},
Yakni apabila tibanya waktu kebinasaan, Nabi Nuh AS telah bersiap sedia di atas bahtera bersama orang beriman dan haiwan yang terpilih sepasang-sepasang, maka air pun mula keluar dari perut bumi dan hujan lebat turun dari langit.
Hukuman Allah yang berat ke atas orang kafir telah dijatuhkan iaitu mereka semua akan mati musnah, tenggelam dalam air banjir yang menakutkan.
Bala ini datang tanpa dapat dijangka dengan tepat, walaupun manusia mungkin dapat meramal berdasarkan kajian & ilmu mereka yang diberi Allah, semuanya akan berlaku dengan izin & kehendak Allah!
Antara yang musnah itu termasuklah anak Nabi Nuh sendiri yang dikatakan bernama Kan’an atau Yam dan isteri Nuh yang kafir!
- Ayat 40- {… dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya),}-
Allah kata semua akan selamat kecuali orang yang ditaqdirkan Allah akan binasa.
Ulama’ tadabbur kata : Ayat ini isbatkan bahawa apa yang Allah taqdirkan akan berlaku.
Allah telah taqdirkan bahawa isteri Nabi Nuh kafir, seorang anaknya kafir!
Kerana kita tidak tahu apa yang Allah taqdirkan untuk kita, Nabi SAW ajar kepada kita untuk banyakkan berdoa dengan doa ini antaranya:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
(Wahai Zat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).” (HR Tirmizi, no. 3522 dan Ahmad, 6:315).
Kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan. Anak isteri seorang Nabi pun belum tentu selamat.
Keluarga kita ini kena pantau sentiasa, anak isteri kita berkawan dengan siapa, apa aktivitinya kena tengok & pantau semua itu.
Ayat ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh lari daripada taqdir Allah.
Namun begitu kita sebagai orang beriman kena tetap bergantung hati kita kepada Allah Azza wa Jalla.
Kemudian Allah juga kata: {Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.}-Allah tak sebut bilangan kerana ia tidak penting lebih-lebih lagi jika ia sedikit.
- Ayat 41- {Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): “Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ‘Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya ‘.}-
Nabi Nuh mengajar kepada pengikutnya apabila mahu naik bahtera itu untuk mebaca Bismillah- ketika ia bergerak dan ketika ia berhenti bacalah Bismillah {بِسْمِ ٱللَّه}.
Kata ulama’ tadabbur : Ayat ini menjadi dalil bahawa kita orang beriman, dalam semua urusan yang kita nak buat mesti mulakan dengan nama Allah iaitu membaca: Bismillah {بِسْمِ ٱللَّه}.
Setiap perkara yang kita nak buat terutama benda baik; bacalah Bismillah {بِسْمِ ٱللَّه}.
Apa saja urusan kita, untuk menunjukkan bahawa pergantungan kita hanyalah dengan Allah SWT, mulakannya dengan membaca Bismillah untuk ambil berkat kemudian sambunglah dengan doa yang seterusnya sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW jika ada.
Menjadi kewajipan kepada kita semua urusan kita bergantung & bertawakkal hanya kepada Allah SWT bukan kepada yang lain!
- Ayat 42- {… Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.}-
Nabi Nuh memanggil anaknya supaya naik ke atas bahteranya agar selamat dari binasa.
Tetapi malangnya anaknya enggan dan menolak, ini kerana dia tidak beriman kepada Nabi Nuh.
Dia ingat dia boleh selamat dan mencari tempat yang lebih tinggi.
Ayat 43- {Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.}- sedang mereka bercakap itu datang ombak sebesar gunung menyeret anaknya tenggelam dalam lautan banjir lalu jadilah dia orang yang binasa.
Kata ulama’ tadabbur : Ayat ini menunjukkan betapa laju & kuatnya air banjir itu.
Begitu deras & menenggelamkan semua bukit yang ada.
Begitulah bala itu datangnya dengan cepat & sekelip mata saja, kerana itu para alim & orang soleh tidak berani buat maksiat melanggar hukum Allah!
Jika ahli maksiat berleluasa, jika tidak dibendung akan menjadi penyebab kepada kemurkaan & bala Allah!
Nabi Nuh juga mengajak anaknya: {“Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”,}- Nabi Nuh ajak anaknya naik bahtera & agar jangan duduk bersama orang kafir.
Ulama’ tadabbur berbincang : Kenapa Nabi Nuh kata jangan bersama orang kafir tetapi tidak kata jangan kamu bersama orang yang akan tenggelam, tapi puak kafir??
Jawapan:
Kata ulama’ : Ayat ini isyarat orang yang ada akal & bijak, ada wawasan yang baik; kena ajar & jaga anak kita dengan agama!
Jika jaga badan saja tak jaga agama tak akan selamat! Jika ada agama jika dia mati pun akan selamat di Akhirat kelak!
Ini pentingnya penekanan tentang isu Aqidah- Nabi Nuh kata kamu jangan duduk bersama dengan orang kafir, kerana jika mati kafir akhirnya akan ke neraka!
Tetapi jika ada agama & beriman; walaupun bersama orang yang tenggelam & mati, akan ke syurga insya’ Allah!
- Ayat 44- {Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: “Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”.
Allah perintahkan air supaya berhenti dan kapal pun berlabuh di atas bukit Jud di utara Iraq sebagaimana telah dinyatakan di atas.
Kata ulama’ tafsir al-Qurtubi RHM : Allah muliakan 3 bukit dengan 3 Nabi yang mulia:
i- Jud (ٱلْجُودِىِّ)- dengan Nabi Nuh AS.
ii- Tursina (طُورِ سِينِينَ)– dengan Nabi Musa AS.
iii- Gua Hira’ (حراء)- dengan Nabi Muhammad SAW.
Episod sedih Nabi Nuh ini belum berakhir, kita sambung esok insya’ Allah.
Alhamdulillah semoga Allah berikan kita keselamatan di dunia & keamanan di Akhirat serta jadikan anak-isteri & kaum keluarga yang soleh & solehah!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
