Kisah Nabi Syu’aib AS, Dakwah Kepada Tauhid & Larangan Mengurangkan Sukatan Dan Timbangan.
Full video : https://youtu.be/dom1HImQcuM?si=ZHIsExUXrhVaF_a1
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Hud dengan ayat 84 sehingga ayat 86 dalam juzuk kedua-belas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan kisah Nabi Syu’aib AS, dakwahnya kepada kaumnya supaya sembah Allah semata-mata iaitu dakwah kepada tauhid.
- Kaumnya mempunyai satu penyakit yang negatif iaitu suka mengurangkan sukatan dan timbangan apabila berjual-beli.
- Nabi Syu’aib terus mendidik kaumnya & larang mereka daripada mengurangkan sukatan dan timbangan serta nasihat untuk berikan hak orang yang sebenar.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang malaikat yang diutuskan untuk membinasakan kaum Nabi Lut yang menjalankan amalan hubungan sejenis atau LGBT sekarang ini. Mereka ini penduduk Qura Sadum.
ii- Maka datang kisah kaum Nabi Syu’aib pula yang tempatnya Madyan berdekatan dengan Qura Sadum tadi.
Kata ulama’ juga : Tempat dekat, masa pun dekat juga antara kisah dua orang nabi ini.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 84- {DAN KEPADA PENDUDUK “MADYAN” KAMI UTUSKAN SAUDARA MEREKA: NABI SYUAIB. IA BERKATA: “WAHAI KAUMKU! SEMBAHLAH KAMU AKAN ALLAH! (SEBENARNYA) TIADA TUHAN BAGI KAMU SELAIN DARIPADANYA. DAN JANGANLAH KAMU MENGURANGI SUKATAN DAN TIMBANGAN. SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT KAMU BERADA DALAM KEMEWAHAN; DAN SESUNGGUHNYA AKU BIMBANG, KAMU AKAN DITIMPA AZAB HARI YANG MELIPUTI (ORANG-ORANG YANG BERSALAH).} (HUD 11:84)
- [365] Mulai dari ayat ini, diceritakan pula kisah Nabi Syu’aib AS dengan kaumnya, penduduk “Madyan”.
Negeri ini terletak dalam daerah Jordan berhampiran laut Merah dan padang pasir “Sinai”. Kebanyakan mereka ahli perniagaan.
Ini adalah kisah nabi yang yang keenam dalam surah ini, kisah Nabi Syu’aib ada juga dalam surah-surah lain tetapi dalam episod yang berbeza.
- Allah nyatakan bahawa telah diutuskan kepada penduduk Madyan seorang nabi dari kalangan kaum mereka juga iaitu saudara mereka Syu’aib.
Yakni Nabi Syu’aib adalah pendakwah local dari kalangan mereka- manakala nabi Lut sebelum ini adalah bukan orang tempatan atau penduduk asal Qura Sadum.
- Begitulah Allah pelbagaikan rasul yang diutuskan agar tidak boleh dijadikan alasan oleh kaum mereka yang ingkar!
Telah terbukti sama saja rasul dari kalangan mereka atau orang luar, jika menyalahi ajaran tok nenek; mereka tetap menolak dan mendustakannya!
Inilah bahayanya kita nak yang jelas datang dari al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW bukan dari tok nenek!
- Kata Ibnu Kathir RHM : Mereka ini adalah kabilah Arab yang duduk di antara Hijaz & Syam, dekat dengan bandar yang dibina oleh anak Ibrahim, yang dikenali dengan nama Madyan.
- Dakwah Nabi Syu’aib adalah sama seperti para nabi lain juga iaitu tauhid kepada Allah yang Esa.
Tidak menyembah, memuja memuji yang lain selain daripada-Nya!
Inilah dakwah para nabi & rasul, dakwah kepada tauhid mengesakan Allah SWT yang satu!
- Inilah dakwah kita juga tarbiyah manusia agar tauhid kepada Allah Azza wa Jalla.
Tetapi bukan senang untuk murnikan tauhid kepada Allah ini, bukan mudah untuk ajak manusia tinggalkan syirik dan ajaran tok nenek yang telah berakar-umbi dalam diri & masyarakat!
- Dakwah para nabi & asas utama ajaran Islam ialah:
i- Sembah Allah.
ii- Jauhi taghut.
Dua ini mesti seiring, bukan kata pagi sembah Allah, petangnya pergi minta di kubur!
- Inilah yang kita mesti pasakkan dalam hati anak-anak kita, aqidah yang mantap & murni.
Cabaran mendidik anak-anak hari ini tidak sama dengan kita dulu!
Betapa semuanya ada dihujung jari, kebaikan atau keburukan tededah kepada semua.
- Kemudian Allah nyatakan sifat buruk khas yang ada pada penduduk Madyan pada waktu itu: suka mengurangi sukatan dan timbangan.
- Munasabah ayat ini dengan dakwah nabi adalah dekat:
i- Seruan untuk sembah Allah, ini adalah hubungan dengan Allah!
ii- Seruan untuk telus & jujur dalam urusan dengan manusia, ini adalah hubungan dengan manusia!
Wajib jaga & baik dengan keduannya!
Tidak jadi jika baik pada satu saja!
- Lalu Nabi Syu’aib menasihati kaumnya agar jangan sesekali mengurangi sukatan dan timbangan.
Sedangkan mereka adalah orang kaya yang hidup dalam kemewahan!
- Sepatutnya mereka hanya terus menikmati rezeki yang diberi Allah, hidup dengan baik & tenang, dalam kesenangan yang Allah beri.
Bukannya terus mencari hasil dari sumber haram itu dan bertambah tamak lalu dimurkai Allah!
- Nabi Syu’aib kata dia takut & bimbang nanti mereka akan ditimpa azab yang meliputi orang-orang yang bersalah.
Kenapa mereka tidak ambil iktibar & pengajaran akan azab yang telah menimpa kaum Lut yang dekat dengan mereka sebelum ini!
AYAT 85- {DAN WAHAI KAUMKU! SEMPURNAKANLAH SUKATAN DAN TIMBANGAN DENGAN ADIL DAN JANGANLAH KAMU KURANGKAN MANUSIA AKAN BENDA-BENDA YANG MENJADI HAKNYA, DAN JANGANLAH KAMU MEREBAKKAN BENCANA KEROSAKAN DI MUKA BUMI.} (HUD 11:85)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Nabi Syu’aib melarang kaumnya dari perbuatan mengurangi sukatan dan timbangan.
ii- Kemudian datang ayat ini pula arahan untuk mencukupi & melebihkan sedikit sukatan dan timbangan.
Ayat ini menafikan terus kekurangan, bukan setakat cukup bahkan beri lebih lagi sebagai ihsan.
Seperti kita ambil wuduk, lebihkan sedikit dari kadar anggota yang wajib.
- Nabi Syu’aib menasihati kaumnya agar sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah sesekali kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya.
- Jangan berjalan atas dunia ini dengan buat maksiat, kemungkaran dan menyakiti manusia!
Termasuk menyakiti manusia ialah tidak adil menilai orang bahkan menuduh membuat fitnah pula!
- Seperti firman Allah SWT : {Celakalah bagi orang-orang yang curang (dalam menakar dan menimbang), (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dicukupkan, dan apabila mereka menakar atau menimbang (untuk orang lain), mereka mengurangi.} (al-Muthaffifiin: 1-3)
AYAT 86- {LIMPAH KURNIA ALLAH KEPADA KAMU LEBIH BAIK BAGI KAMU (DARIPADA YANG KAMU AMBIL SECARA HARAM ITU), JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN. DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG MENJAGA DAN MENGAWAS PERBUATAN KAMU”.} (HUD 11:86)
- Munasabahnya jelas:
i- Dalam ayat yang lepas adalah larangan daripada mengurangkan sukatan & timbangan serta arahan supaya mencukupi atau melebihkannya.
ii- Maka ayat ini sebagai penutupnya (mmati awah, Kelate), bahawa kamu fikirlah sendiri mahu yang halal atau yang haram!
Nabi Syu’aib tak mampu nak jaga kawal mereka, maka kamu fikir & buatlah apa yang baik bagi kamu jika kamu orang yang beriman!
- Nabi Syu’aib AS berkata kepada kaumnya: Apa yang Allah berikan kepada kamu itu dari rezeki yang halal apabila kamu berjual-beli dengan tulus, sukatan yang betul & timbangan yang sempurna, kamu dapat banyak manapun rezeki dalam perniagaan; itulah yang terbaik bagi kamu, berkat lagi halalan toyyiban untuk diberi makan anak keluarga!
- Yakni apa yang halal itu walaupun sedikit lebih berkat & memberi ketenangan.
Manakala yang haram tidak akan membawa kebaikan walaupun banyak kecuali kesusahan dan keresahan!
Apa yang ada bagi kamu daripada keuntungan yang halal setelah menyempurnakan sukatan dan timbanganm tanpa menzalimi orang lain; lebih baik bagi kamu daripada yang haram, dan lebih berkah & menjauhkan keburukan!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.} (Al-Ma’idah 5:100)
- Akhirnya Nabi Syu’aib mengatakan : Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu!!
Aku tidak mampu untuk menunggu dan melihat perbuatan kamu, menjaga urusan kamu menjadi pemantau.
Kerja aku hanya menyampaikan apa yang Allah perintahkan.
- Nota [366] Yakni aku hanyalah menyampaikan perintah-perintah Allah.
Jika kamu mematuhi selamatlah kamu di dunia dan di akhirat; dan jika kamu mengingkarinya, maka buruklah balasan yang akan menimpa kamu di dunia dan di akhirat.
Yakni jika kamu dengar alhamdulillah, jika kamu ingkar kamu yang akan rugi & akan mendapat azab & kemurkaan Allah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 84- {Dan kepada penduduk “Madyan” Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib.}-
Yakni Allah hantar kepada penduduk Madyan seorang rasul dari kalangan keluarga, anak beranak mereka sendiri. Iaitu pendakwah tempatan.
Dakwah pertama Nabi Syu’aib & semua para nabi ialah tauhid kepada Allah, tidak syirik dengan menyembah selain dari-Nya.
Begitulah juga kita para pendakwah sepanjang zaman pun, ajar tauhid kepada Allah dan dalam masa yang sama kena ajar & fahamkan masyarakat juga tentang perkara-perkara yang menyalahi & dapat merosakkan tauhid.
Juga pentingnya menjauhkan diri daripada taghut.
Ajak manusia agar menjauhkan diri dari sebarang taghut sebagaimana yang ditafsirkan oleh ulama’-ulama’ muktabar.
Terdapat sebuah kitab kecil yang amat bernilai, telah disyarahkan oleh DDAAM, sebuah kitab jawi bertajuk Tuhfatul Raghibin:
(تحفة الراغبين فى بيان حقيقة ايمان الموءمنين و ما يفسده).
Ia sebuah kitab yang membahas tentang hakikat keimanan seorang mukmin dan perkara-perkara yang dapat membatalkannya, termasuk tentang murtad.
Link kuliah: https://www.youtube.com/playlist…
Ada disebut di dalamnya perkara-perkara yang menyalahi tauhid kepada Allah. Kita tidak padan tauhid saja kepada Allah tetapi dalam masa yang sama tidak memahami perkara yang boleh merosakkannya!
Boleh juga rujuk kitab Mestika Hadis- terbitan pejabat Perdana Menteri kerajaan Malaysia.
Link: https://abuanasmadani.blogspot.com/…/perkara-yang…
Begitulah tugas para nabi & pendakwah selepasnya- seru kepada tauhid kemudian menjadi kewajipan tengok pula kepada penyakit yang ada dalam masyarakat.
Begitulah setiap kaum atau masyarakat itu mempunyai penyakit khas masing-masing, kaum Lut penyakit LGBT, kaum Madyan mengurani sukatan & timbangan.
Yakni setiap penyakit itu ada di mana-mana.
Wajib seru kepada tauhid kemudian ubati penyakit semasa dalam masyarakat, jangan dok beribadat seorang diri saja tidak hiraukan keadaan orang lain!
Ini kerana apabila Allah turunkan azab ke atas sesuatu negeri kerana kekufuran, ia akan kena keseluruhan negeri itu, bukan orang yang jahat itu saja! Ini yang cukup bahaya!
- Ayat 84- {Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan.}-
Begitulah selain dakwah asas, para pendakwah kena peka & tahu realiti penyakit yang ada dalam masyarakatnya!
Para pendakwah dan khatib setiap minggu kena sebut dan tangan penyakit yang ada dalam masyarakat mukimnya itu!
Kena kembali kepada realiti, berpijak di bumi nyata.
Tak perlu pergi jauh, bincangkan hal nuclear negara asing; bincang dan sentuh dulu isu pil kuda & kecurian dalam kampung sendiri atau apa saja masalah penyakit yang ada!
Kampung kita tak sama dengan kampung orang lain, mereka mungkin ada mat rempit kita tak ada dan seumpamanya!
Maka Nabi Syu’aib mulai dengan menegur apa penyakit yang ada di depan matanya di kalangan kaumnya!
Mesti tunjukkan bantahan & beri nasihat!
Sebagaimana kisah Nabi Lut sebelum ini yang berkata (ayat 80) jika aku kekuasaan & kekuatan pasti aku akan lawan perbuatan buruk kamu ini!
Yakni para pendakwah kena tunjukkan bantahan atas semua perbuatan buruk yang dia tahu, jangan dok main kluk-klik buat tak tahu & tak nampak!
Maka di sini Allah ajar kepada kita (masaliku at-tadarruj, مسالك التدرج) dalam berdakwah iaitu prinsip beransur-ansur atau bertahap-tahap.
Nabi Syu’aib telah menggunakan pendekatan yang penuh hikmah dalam dakwahnya!
Dia menggunakan beberapa langkah atau tahap dalam dakwahnya dengan penuh hikmah:
i- Mula-mula tegur janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan.
ii- Kemudian nasihat agar mencukupi sukatan dan timbangan, jangan ambil hak manusia, berilah hak mereka.
iii- Jangan kamu buat kerosakan apa saja atas muka bumi ini!
Yakni bukan tak buat zalim sahaja tetapi kena buat adil juga!
- Ayat 84- {Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).}-
Kemudian Nabi Syu’aib mengungkit keadaan mereka, yang hidup senang kaya & mewah, tidak perlu buat penipuan lagi.
Begitulah kita hari ini juga, yang ambil rasuah berjuta-juta adalah mereka yang kaya & berkedudukan tinggi bukan yang miskin merempat!
Kemudian terlepas pula daripada hukuman!
Yakni Nabi Syu’aib menasihati mereka dengan mengatakan kamu adalah orang yang baik, yang dapat nikmat & banyak kebaikan; maka janganlah kamu buat maksiat kemungkaran lagi yang menyebabkan kemurkaan Allah!
Ini kerana apabila Allah murka; Allah akan tarik nikmat & anugerah-Nya kepada mereka akibat perbuatan buruk mereka.
Iaitu Nabi Syu’aib nasihat mereka agar jaga nikmat yang telah ada dengan mereka itu!
Sebagaimana kata-kata hikmah:
الشكر حافظ وجالب
Syukur menjaga nikmat yang sedia ada & menarik nikmat yang baru!
- Ayat 84- {.. dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.}-
Nabi Syu’aib juga menasihati kaumnya agar jangan melakukan segala kerosakan secara umum atas muka bumi ini.
Jika tadi nasihat & amaran khas agar jangan mengurangi sukatan dan timbangan, ini adalah nasihat secara umum jangan buat segala jenis kejahatan atas muka bumi ini!
Jangan mengkhianati, menzalimi dan menganiaya orang-sebarang jenis kerosakan saja!
Contoh kerosakan: Seperti jual dadah, buat program yang boleh merosakkan akhlak dan iman dan lain-lain.
- Ayat 86- {Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada yang kamu ambil secara haram itu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu”.}- apa yang Tuhan beri kepada kamu dari segi yang halal itulah yang terbaik!
Satu kalimah yang pendek tetapi panjang maknanya!
Iaitu, jika kamu tunaikan janji, kamu tidak kurangkan timbangan, kamu tidak buat keroskaan atas muka bumi ini; maka kamu akan hidup tenang di dunia & aman di Akhirat.
Jangan buat benda buruk & buatlah kebaikan jika kamu betul-betul beriman!
Nabi Syu’aib juga berkata kepada kaumnya bahawa dia tidak mampu untuk menjaga & mengawasi perbuatan mereka pada setiap waktu, maka kamu jagalah diri kamu dengan iman & ibadat kamu insya’ Allah kamu akan selamat!
Maka jika kamu betul-betul beriman, maka rezeki yang halal yang Allah berikan kepada kamu itu yang terbaik!
Sebagai pendakwah tumpukan pendidikan kepada masyarakat, supaya beriman kepada Allah, murnikan aqidah mereka daripada segala yang karut, jauhi syirik, jaga iman & jaga ibadat dan jaga akhlak.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
