ALLAH JAMIN REZEKI HAMBA-NYA, UJIAN AMALAN TERBAIK & KAFIR TUDUH SIHIR.
Full video : https://youtu.be/RFLoATlZ9Ho?si=6ragZX2eSZWTweBu
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Hud dengan ayat 06 dan ayat 07, bermula dalam juzuk kedua-belas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan jaminan rezeki kepada semua makhluk & hamba-Nya.
Sama ada yang berjalan atas muka bumi atau di dalam perut bumi.
Cuma keyakinan kita kadang-kadang tinggi kadang-kadang rendah, tak berani nak melaksanakan Syari’ah Allah kerana takut tersekat rezeki, mundur ekonomi!
Kita seolah lupa bahawa Allah yang perintahkan, yang syari’atkan agar undang-undang ini dijalankan, kita takut dimarahi orang kafir tetapi tidak takut dimurkai Allah!
Ini adalah satu kepincangan yang besar!
Kita orang yang beriman yakin & percaya bahawa undang-undang Allah yang terbaik!
- Kemudian Allah buat ujian untuk melihat siapakan yang melakukan amalan terbaik.
Terdapat beberapa ayat yang menyatakan hidup ini adalah untuk diuji.
Ulama’ kata : Dunia ini adalah tempat ujian manakala Akhirat tempat menerima balasannya!
Maka jika nak balasna yang baik pasilah kena buta baik jika tidak sebaliknya!
- Orang kafir apabila tak mampu nak lawan & tiada hujjah terus mereka buat tuduhan & fitnah, mereka tuduh apa yang dibawa oleh Nabi SAW sebagai sihir.
Kita jangan belajar perbuatan & teknik ini dengan orang kafir!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan bahawa Allah tahu apa yang kamu sembunyikan & apa yang kamu nyatakan, apa yang zahir dan apa yang batin!
ii- Maka datang ayat ini Allah tegaskan bahawa bukan hanya hal kamu saja yang Allah tahu, tetapi Allah tahu semua makhluk & haiwan-haiwan atas muka bumi ini, keadaan dan di mana mereka berada; yang Allah jamin untuk beri rezekinya.
Allah tegaskan semua rezeki makhluk yang berjalan, yang melata atau yang terbang; Allah tahu semua di mana mereka berada, kerana jika tidak bagaimana Allah nak sampaikan rezeki kepada mereka!!!!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 6- {DAN TIADALAH SESUATUPUN DARI MAKHLUK-MAKHLUK YANG BERGERAK DI BUMI MELAINKAN ALLAH JUALAH YANG MENANGGUNG REZEKINYA DAN MENGETAHUI TEMPAT KEDIAMANNYA DAN TEMPAT IA DISIMPAN. SEMUANYA ITU TERSURAT DI DALAM KITAB (LAUH MAHFUZ) YANG NYATA (KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT YANG BERKENAAN).} (HUD 11:6)
- Allah menjamin dengan jaminan pertama iaitu tidak ada haiwan atau makhluk yang bergerak atas muka bumi ini sama ada anak Adam, haiwan yang bergerak di laut, di darat atau yang terbang, merangkak, besar atau kecil kecuali Allah jamin rezeki makanan mereka. sama ada luas atas sempit itu tidak sama!
- Mungkin kita tertanya-tanya kenapa ada orang tawanan atau mangsa perang yang tak diberi makanan oleh penjahat laknatullah, tak dapat makanan?
Makanan sudah ada tetapi mereka yang menyekatnya- rezeki ada tetapi tak sampai kerana dikhianati manusia lain.
Ia juga sebagai ujian dari Allah nak lihat siapa yang prihatin akan nasib yang menimpa sesama muslim seperti di Gazzah!
Kita bantulah dengan apa jua cara kita ada, tak mampu pergi berjuang secara fizikal, hantarlah bantuan kewangan atau barangan atau jika tak mampu juga hantarlah senjata yang paling ampuh atas dunia ini iaitu doa yang tulus ikhlas!
- Jaminan itu bukan jaminan kosong kerana Allah juga menegaskan bahawa Allah juga mengetahui;
i- Tempat kediamannya {مُسْتَقَرَّهَا}- di mana tempat mereka hidup, dalam batu dalam air, malam atau siang akan sampai.
ii- Dan tempat ia disimpan {وَمُسْتَوْدَعَهَا}- iaitu di mana tempat kamu mati juga!
- Semuanya itu, rezeki dan tentang kehidupan semua makhluk seperti tempat tinggal & tempat matinya; telah tersurat di dalam Kitab Lauh Mahfudz yang nyata secara detail dan diketahui oleh para malaikat yang Allah tugaskan menjaganya!
Kata ahli motivasi :
Jangan bimbang; rezeki tidak salah alamat!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:
{Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.} (Al-An’am 6:59)
Tidak ada sesuatu yang berlaku kecuali di bawah ilmu Allah SWT!
Maka jika tahu semua ini pastilah akan menambah keimanan kita & tidak berani untuk buat maksiat & ingkar kepada Allah SWT.
- Hadis- PENETAPAN TAKDIR MAKHLUK ALLAH:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :
” كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٕ
Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah menetapkan takdir untuk setiap makhluk sejak lima puluh ribu tahun sebelum penciptaan langit dan bumi“. [Sahih Muslim (2653)].
AYAT 7- {DAN DIA LAH YANG MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI DALAM ENAM MASA, SEDANG “ARASYNYA, BERADA DI ATAS AIR (IA MENJADIKAN SEMUANYA ITU UNTUK MENGUJI KAMU: SIAPAKAH DI ANTARA KAMU YANG LEBIH BAIK AMALNYA. DAN DEMI SESUNGGUHNYA! JIKA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) BERKATA: “BAHAWA KAMU AKAN DIBANGKITKAN HIDUP KEMBALI SESUDAH MATI” TENTULAH ORANG-ORANG YANG INGKAR AKAN BERKATA: C”INI TIDAK LAIN, HANYALAH SEPERTI SIHIR YANG NYATA (TIPUANNYA)”.} (HUD 11:7)
- Munasabah ayat dengan yang sebelumnya:
i- Allah telah nyatakan banyak dalil-dalil bahawa Allah SWT maha mengetahui semua perkara dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu!
Allah SWT juga berkuasa dalam memberikan rezeki kepada semua makhluk maka kamu jangan bimbang.
ii- Maka dalam ayat ini pula Allah nak tegaskan bahawa Allah Maha berkuasa dan semua perkara ini berlaku dengan kuasa Allah!
Maka sempurnalah sifat Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha berkuasa.
Kerana jika tahu saja tidak ada kuasa, tak mampu nak bertindak!
- Allah nyatakan bahawa Dia mencipta langit & bumi ini dalam enam hari atau enam masa seperti yang dinyatakaa dalam al-Quran.
- Sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini, iaitu kenapa Allah tidak cipta langit dan bumi sekaligus dengan {Kun fayakun} tetapi dalam enam masa.
Iaitu kerana Allah nak mendidik hamba-Nya agar jangan gopoh, jangan kelam-kabut asyik nak cepat saja!
Allah nak ajar supaya kita buat sesuatu kerja dengan teratur dan tersusun, kena ada plan & perancangan yang teliti!
- Setiap orang hendaklan menjalankan tugas & tanggungjawab masing-masing dengan betul, insya’ Allah kita dapat pahala atas apa yang kita buat. Jangan gopoh dan nak siap cepat!
- Kemudian Allah nyatakan bahawa Arasy-Nya, berada diatas air.
Sebagaimana hadis Nabi SAW juga:
قَالَ : كَانَ اللهُ ، وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ ،
وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَىْءٍ ، وَخَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ.
Sabda Rasulullah SAW: “Adalah Allah itu wujud dan tiada sesuatu pun selain Dia, dan adalah ArasyNya berada di atas air dan Dia menulis dalam al-Zikr (Lauh Mahfuz) semuanya (daripada takdir makhluk) dan dia mencipta langit-langit dan bumi.” [HR al-Bukhari, Ahmad].
Tidak perlu kita bahaskan bagaimana dan apakah dulu kerana begitulah ayatnya yang Allah nyatakan, dengan nas yang jelas!
- Kemudian Allah nyatakan tujuan apakah dicipta langit & bumi ini; iaitu untuk menguji manusia siapakah di kalangan kamu yang paling baik ketaatannya, yang paling ikhlas amalannya dan ikut apa yang telah diputuskan Nabi SAW & Syari’at yang dibawa oleh Baginda!
- Beberapa ayat lain yang Allah sebut tentang ujian ini:
i- Surah al-Kahfi, ayat 7:
{إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةٗ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّهُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗا}
Maksudnya: {Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya..}
ii- Surah Al-Mulk, ayat 2:
{الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ}
Maksudnya: {Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.}
- Kemudian di akhir Allah SWT memberi peringatan kepada Rasulullah SAW bahawa:
i- Jikalah kamu Muhammad SAW berdakwah menyatakan kepada kaummu tentang kebangkitan semula, iaitu mereka akan dihidupkan semula selepas mati;
ii- Mereka pasti tidak akan menerimanya bahkan akan mengatakan bahawa itu adalah satu sihir yang nyata!
- Begitulah keadaan mereka walaupun telah dibacakan al-Quran, dibawa dalil-dalil yang nyata, mereka tetap keras kepala dan dengan angkuh & sombongnya mengatakan al-Quran ini bukanlah apa kecuali satu sihir yang nyata!!!
Mereka mendakwa siapa yang dengar al-Quran akan tahu bahawa ia adalah sihir!
- Sedangkan telah banyak bukti dan dalil-dalil yang dibawa, yang menunjukkan bahawa mukjizat & sihir itu amat berbeza dan tidak sama.
Tetapi orang yang keras kepala akan mendakwanya sama!!
Sudah tidak boleh diubah lagi pemikiran & kepercayaan mereka!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 6- {Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.}-
Allah SWT bagi jamimnan kemas; tak ada satu dari jenis binatang melata yang ada di bumi atau di laut atau di udara kecuali semuanya dijamin oleh Allah SWT rezekinya, keperluan hidupnya, makan-minum yang sesuai dengannya.
Kata ulama’ tadabbur : Rezeki telah dibahagikan, bajet telah turun untuk semua orang, orang baik atau jahat, orang kafir atau mukmin, orang putih atau hitam!
Begitu juga bagi segala jenis makhluk yang bernyawa, termasuk semua haiwan yang melata di bumi, yang kecil dan yang besar, di daratan dan di lautan.
Kita lihat ada haiwan itu nampak lemah dan tak boleh nak cari makan & rezeki tetapi Allah telah jamin, selagi kamu hidup adanya bajet rezeki; sama ada sikit atau banyak, luas atau sempit semuanya berbeza.
Kuantiti atau sumber cara datang juga berbeza-beza!
Yakni selagi kamu adalah makhluk yang hidup, rezeki itu tetap ada, apabila mati maka terhentilah juga rezeki bahagiannya!
Perbincangan:
Kenapa Allah kata: {Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi- فِى ٱلْأَرْضِ }-
Allah tak kata di atas bumi-
{على ٱلْأَرْضِ}- apakah bezanya?
Kata ulama’ tadabbur : Sedangkan tafsir bagi {دَآبَّةٍۢ} adalah haiwan yang melata atas muka bumi, maka sesuai juga guna perkataan di atas (على). tetapi Allah guna perkataan (فِى).
Ini kerana menurut ulama’ “Fi” pada lebih umum dan merangkumi semua daripada “Ala” di atas.
Jika perkataan atas hanya untuk yang di atas bumi sahaja- manakala pada termasuk juga ulat cacing semua yang berada di dalam tanah atau bumi!
Inil menunjukkan betapa indahnya bahasa al-Quran, ia amat halus dan teliti sebagaimana kata ulama’: Mengaji al-Quran ini ibarat makan buah kurma; semakin dikunyah semakin terasa kemanisannya.
- Ayat 6- {Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.}-
Dalam ayat ini pula kata Allah kata bahawa atas-Nya lah untuk memberi rezekinya.
Allah guna perkataan, atas Allah {عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا}- yakni jika dilihat secara zahir bahasa kalimat (على) bererti wajib ke atas Allah untuk memberi rezeki; sedangkan aqidah ahli Sunnah- tiada siapa yang boleh paksa atau suruh Allah!
Jawapan:
Maka ulama’ membuat penjelasan bahawa : Wajib di sini bukan bermakna wajib paksaan tetapi Allah SWT yang Maha Bijaksana dengan sifat-Nya yang maha Pengasih lagi Penyayang, mengatakan wajib bagi-nya untuk memberi rezeki kepada segala makhluk-Nya yang ada di dunia ini.
Allah mahu orang beriman yakin dengan tidak ragu-ragu dan goyah lagi bahawa ini adalah dalil bahawa sesungguhnya Allah SWT menanggung semua rezeki bagi semua makhluk, dan itu telah diwajibkan atas diri-Nya.
Jadi ulama’ buat khulasah untuk : Taufiqkan antara kuasa mutlaq Allah & kewajipan Allah memberi rezeki di sini tidak bercanggah ialah:
i- Jaminan pada limpah kurnia-Nya, dengan rahmat-Nya bukan kata Allah terpaksa.
ii- Wajib di sini ialah pilihan-Nya, bukan kewajipan yang mesti.
Tuhan nak beri boleh tak beri pun boleh- tiada siapa boleh paksanya!
Seperti apabila melihat kawan kita ditimpa kesusahan, lalu kita kata wajib aku akan tolong kamu-sedangkan ia bukan wajib pun atas kita untuk tolongnya tetapi kita dengan pilihan sendiri nak tolongnya.
iii- Ada juga ulama’ kata : (على) Di sini dengan makna (من) iaitu dari, rezeki dari Allah.
Ayat ini juga nak menolak fahaman muktazilah yang mengatakan hasil & harta yang haram itu bukan rezeki, hanya yang halal dikira rezeki dari Allah.
Ulama’ kata : Tidak! Semuanya rezeki dari Allah, yang halal & yang haram.
Cuma jika yang haram kamu ada otak maka gunakanlahnya untuk tapis dan pilih, jangan asyik nak kaut & gomol saja!!
- Ayat 7- {Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.}-
Dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa Dia-lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya, berada di atas air.
Kemudian Allah nyatakan hikmah Dia beri semua kemudahan itu, Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu, untuk lihat siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Ayat ini ditafsirkan dengan beberapa ayat yang sama maksudnya:
i- { إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةٗ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّهُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗا}
{Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.} (Al-Kahfi 18:7)
ii- { الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ}
{Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);} (Al-Mulk 67:2)
Dalam ketiga-tiga ayat ini Allah katakan untuk melihat amalan yang terbaik baik manusia {أَحْسَنُ عَمَلًا, ini kerana apabila kita manusia tahu apabila dunia ini hanya tempat ujian- maka ayat-ayat ini menggalakan kita untuk membuat amalan yang terbaik, yang paling molek!
Kerana kita juga tahu kita akan bertemu dengan Allah, maka ketika itu lah kita akan sedar & insaf jika kita buat yang terbaik, Allah juga akan beri yang terbaik balasannya kepada kita!!
- Ayat 7- {(Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya…}-
Dari ayat ini, hikmah penciptaan langit & bumi menjadi dalil bahawa adanya amalan yang baik kerana akan ada pahala dan balasan yang baik di Akhirat kelak.
Jika tidak ada balasan begitu:
i- Letih dan seolah penat sajalah bagi orang yang buat amalan ibadat yang tak tidur malam bersolat, tak makan siang kerana puasa tapi tak dapat ada-apa di Akhirat kelak!
ii- Manakala orang yang jahat dan zalim atas dunia ini seperti Fir’aun dan para penuduh pemfitnah orang dok sebar kejahatan, akan terlepas begitu saja tak ada balasan di Akhirat kelak sudahlah atas dunia dapat kuasa!
Nayalah orang yang menjadi mangsa mereka ini jika di Akhirat pun tiada balasan.
Jadi kerana Allah nak tunjuk bahawa di Akhirat kelak ada balasan untuk semuanya, maka Allah kata Dia nak uji kamu siapakah yang paling baik amalannya.
Kerana kamu tahu ada pembalasan di akhirat kelak, maka kamu fikirlah apa yang kamu nak buat, nak balasan baik atau buruk!
Sebagaimana kata AAM : Surat amalan yang kita nak baca di hadapan Allah kelak; kita sendirilah penulisnya!!
Bagaimanakan kita nak tahu tanda atau kayu pengukur amalan yang baik itu?
Kita ambil kata-kata Syeikh al-Fudhail bin Iyadh : Amalan yang baik itu ialah yang paling ikhlas & yang paling tepat
(أحسن عملاً أي: أخلصه وأصوبه)-iaitu:
i- Yang ikhlas kepada Allah SWT.
ii- Yang tepat, bertepatan dengan Sunnah Nabi SAW.
Inilah dua asas yang besar dalam ibadat kita: kita tak sembah kecuali Allah, kita tidak beribadat kecuali apa yang disyari’atkan Allah SWT melalui Nabi-Nya SAW.
Maka itulah dua syarat amalan untuk diterima; ikhlas kerana Allah dan yang menepati Sunnah Rasulullah SAW.
Penjelasan kalam Syeikh al-Fudhail tadi :
“Sesungguhnya amal itu, jika dilakukan ikhlas tetapi tidak benar, ia tidak diterima.
Jika dilakukan benar tetapi tidak ikhlas, ia juga tidak diterima sehingga ia menjadi ikhlas dan benar sekaligus.
Yang ikhlas ialah kerana Allah, dan yang benar ialah yang menepati sunnah Rasulullah SAW.
[Tafsir al-Tabarī, 17/179; Tafsir Ibn Kathīr, 7/225; al-Baghawī, 4/300].
Dalam ayat ini juga Allah berfirman:
{وَكَانَ عَرْشُهُۥ عَلَى ٱلْمَآءِ- dan arasynya di atas air;}-
Arasy ini adalah satu makhluk yang besar yang berada di atas langit dan ia berada di atas air.
Ia adalah ciptaan yang paling agung, dan kita tidak mengetahui hakikatnya, namun kita harus beriman dengannya seperti yang diberitahukan oleh Allah SWT tentangnya.
Sebagaimana sabda Nabi SAW dalam hadis di atas tadi juga bahawa Arasy Allah berada di atas air. [HR Bukhari].
- Ayat 7- {Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)”.}-
Allah kata jika Nabi SAW berkata kepada puak kafir itu bahawa mereka akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati; tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: Ini tidak mungkin, temberang, dusta dan sebagainya.
Kemudian mereka akan menuduh Nabi SAW membawa ajaran sihir yang karut, bukan betulpun dan seumpamanya!
Apabila orang tiada hujjah dia akan gunakan:
i- Tuduhan label gelaran dan lain-lain.
ii- Jika yang ada kuasa dia akan guna akta juga, sebagaimana Fir’aun yang kalah aktanya, bunuh Musa!
Begitu juga puak musyrikin Quraisy bila mereka tak ada hujjah nak lawan Nabi SAW mereka kata Muhammad bawa sihir itu, nak tipu orang nak dusta orang dan bermacam lagi tuduhan jahat!
Maka kita sekarang ini pun tak pelik, apabila orang tak ada hujjah, tak ada bawa dalil & bukti dari al-Quran & Sunnah; yang ada depan mata mereka adalah label, buat fitnah tuduhan jahat terhadap orang!!
Trend terkini guna teknologi AI untuk buat gambar jahat dengan tujuan fitnah & menghina, kita kata bukan ahli politik saja yang kena!
Ahli agama, para pendakwah & penceramah agama telah lama kena, ramai yang dipangkah gambar, ditulis macam-macam-macam!
Jika kita nak bangkit pertahankan mangsa fitnah edit & pangkah gambar ini, bukan ahli politik saja, kita kena bela & pertahankan juga para ustaz, pendakwah yang ajak masyarakat kepada al-Quran & Sunnah yang menjadi mangsa.
Kita membela siapa saja yang dianiaya, kerja memberi label dan membuat tuduhan ini sudah menjadi kerja kafir sejak dari dulu lagi!
Semoga Allah menjaga kita semua dari kejahatan mereka.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
