Yusuf Mengadap Raja Mesir, Dilantik Sebagai Penjaga Khazanah Mesir & Allah S.W.T Angkat Darjat Orang Baik.

Live Pagi Sabtu 17/01/2026 / 27 Rajab 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Yusuf (16) Ayat [54-57]
Full video: https://youtu.be/XFqg666NGWA?si=UBkgLDthto2pG2av
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yusuf dengan ayat 54 sehingga ayat 57- bermula dalam juzuk ketiga belas.
- Dalam ayat yang mulia ini Allah s.w.t nyatakan Yusuf akhirnya bersetuju mengadap Raja Mesir, selepas namanya dibersihkan dari segala tuduhan jahat dan maruahnya disucikan dari segala fitnah ke atasnya.
- Apabila Raja mendapatinya seorang yang berilmu dan berintegriti, Yusuf dilantik sebagai orang besar, penasihat khas raja dan akhirnya penjaga khazanah Mesir.
Mengetahui kelebihannya Yusuf meminta untuk memegang jawatan menjaga ekonomi negara itu.
- Allah s.w.t angkat darjat orang baik (ٱلْمُحْسِنِينَ) di dunia lagi dan di Akhirat kelak mereka akan bersama orang yang bertaqwa- sudah tentu di syurga tempatnya.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan setelah perbicaraan berlaku, kes Yusuf dibuka balik dan raja memanggil semula saksi-saksinya!
Apabila semua saksi yang dipanggil mengakui kebenaran Yusuf yang tidak bersalah- maka jelaslah penghukuman ke atas Yusuf sebelum ini adalah satu kezaliman.
ii- maka dalam ayat ini diceritakan akhirnya Yusuf keluar dari penjara dengan nama & maruah yang bersih, pergi mengadap raja dan dilantik sebagai salah seorang pembesar atau menterinya yang menjaga Khazanah negara (Menteri kewangan atau ekonomi negara).
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَقَالَ ٱلْمَلِكُ ٱئْتُونِى بِهِۦٓ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِى ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُۥ قَالَ إِنَّكَ ٱلْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ ﴿٤٥﴾
Ayat 54- {Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami “.} (Yusuf 12:54)
- Setelah namanya dibersihkan dari segala pertuduhan palsu ke atasnya sebelum ini; maka keluarlah Yusuf dari penjara dengan nama yang bersih, kerana keadilan dan kebenaran- bukan kerana hanya pengampunan raja semata-mata.
Keluar dengan penuh integriti dan kebenaran, dengan keadilan, fakta dia tidak bersalah dari asal.
- Raja panggil Yusuf mengadapnya di istana dan setelah diwawancara, Raja dapati Yusuf seorang yang bijak dan penuh integriti- seorang yang layak untuk dijadikan penasihat yang dekat dengannya!
- Raja lalu melantiknya dengan berkata: “Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami”.
*Inilah yang dikatakan dari penjara ke istana. Tetapi bukan sebab pengampunan atau kehendak raja tetapi kerana memang tidak bersalah, dibersihkan dengan fakta dan keadilan.
- Kata ahli tafsir: Maksud Raja {ٱلْمَلِكُ} di sini ialah Raja pemerintah kerajaan Mesir, bukan al-Aziz yang hanya pembesar atau Menteri kerajaan.
Ada ulama’ tafsir kata namanya ialah ar-Rayyan bin al-Walid.
- Yakni apabila Raja sudah pasti bahawa Yusuf tidak bersalah dan dibebaskan dia panggil Yusuf untuk bermesyuarat dengannya.
Setelah Yusuf dibawa mengadap, dan raja berkata-kata dengannya serta mengetahui kebijaksanaannya. - Raja kemudian bersetuju untuk melantik Yusuf & bermula pada hari itu Yusuf menjadi seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kerajaan {مَكِينٌ أَمِينٌۭ}!!
قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌ ﴿٥٥﴾
Ayat 55- {Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.} (Yusuf 12:55)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas apabila jelas raja memilih dan mahu melantiknya sebagai orang kepercayaan, penasihat yang dekat dengannya;
ii- maka dalam ayat ini Yusuf lalu meminta untuk menjaga kewangan & ekonomi negara!
- Ini kerana Yusuf tahu kemampuan dan kebolehannya yang mendapat wahyu dan ilmu panduan dari Tuhannya.
Yakni Yusuf bukan hanya tahu teori atau beri pendapat saja tetapi pandai juga menjalankan tugas secara amali!
- Yusuf mengakui bahawa sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya!
Inilah kriteria yang perlu ada apabila kita nak lantik seseorang pegang jawatan iaitu: sifat amanah (pandai menjaga) dan ada ilmu-
{ حَفِيظٌ عَلِيمٌۭ}.
- Kena ada kedua kriteria ini kerana:
i- ada orang jujur tetapi tak pandai nak mentadbir atau mengurus- akan huru-hara dan rosaklah jabatan & negara.
ii- ada orang pandai tadbir & urus tetapi tak jujur pula- maka akan pecah amanah & rugilah negara!
- Ayat ini menjadi dalil bahawa:
i- harus dan boleh seseorang itu memuji dirinya sendiri secara benar, (jangan tipu pula) untuk memperkenalkan dirinya kepada orang yang belum kenal akan dirinya!
Bukan scammer yang mengaku tahu semua perkara kerana nak menipu orang!
ii- jika seseorang itu mempunyai kelayakan & kebolehan; boleh menawarkan dirinya untuk memegang sesuatu jawatan tetapi dengan syarat dia akan bertanggung-jawab & amanah bertepatan dengan hukum Syara’.
*Kena ingat kita orang beriman yang ada perbicaraan & pembalasan di hari Akhirat kelak!
وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِى ٱلْأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَآءُ ۚ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَآءُ ۖ وَلَا نُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿٦٥﴾
Ayat 56- {Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. (Yusuf 12:56)
- Lalu Yusuf menjadi seorang besar yang memegang jawatan tinggi & berkuasa di Mesir (VVIP) dan Yusuf juga bebas untuk bergerak di dalam bumi Mesir.
Allah angkat darjat Yusuf dari penjara yang sempit ke istana yang luas lagi bebas!
- Begitulah Allah nyatakan bagaimana Allah beri nikmat kepada Yusuf dengan membebaskannya dari penjara dan Allah buka pintu hati raja untuk menyayanginya – maka Yusuf mendapat jawatan & bebas bergerak dalam bumi Mesir.
- Demikiankah Allah limpahkan rahmat-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, sebagaimana dilimpahkan kurnia & rahmat-Nya ke atas Yusuf.
Yakni Allah boleh beri jawatan & kekayaan kepada sesiapa saja tetapi rahmat & redha Allah hanya kepada orang beriman, yang soleh & taat kepada-Nya!
- Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
Allah beri nikmat kepada hamba-Nya yang beriman & bertaqwa, yang beramal soleh, mereka akan mendapat balasan di dunia & juga Akhirat.
- Iaitu sebagaimana Allah beri nikmat kepada Yusuf a.s:
i- semasa di atas dunia lagi dengan membebaskannya dari penjara, jadikan hati raja menyayanginya dan taqdirkan Yusuf menjadi penguasa yang bebas bergerak di bumi Mesir.
ii- manakala di Akhirat pula pastilah Yusuf sebagai seorang Nabi yang mulia akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah Azza wa Jalla.
- Ayat ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.} (Al-Kahfi 18:30)
وَلَأَجْرُ ٱلْـَٔاخِرَةِ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ يَتَّقُونَ ﴿٧٥﴾
Ayat 57- {Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.} (Yusuf 12:57)!
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan Dia beri nikmat kepada Yusuf dengan mengangkat darjatnya atas dunia ini dengan diberinya kedudukan dan pangkat jawatan atas dunia ini. Tetapi kena ingat nikmat dunia hanya sementara!
ii- kemudian datang ayat ini, Allah ingatkan pahala Allah di Akhirat lebih baik daripada nikmat atas di dunia ini.
- Ini kerana nikmat atas dunia ini hanya sementara dan nikmat atas dunia ini hanya sejengkal!
Lihatlah bagaimana hidup kita sendiri atas dunia ini tak perlu lihat kiri kanan!
- Ada orang yang bakhil semasa hidup- di Akhirat kelak akan rugi!
Orang yang malas susah-susah beramal dan melakukan ketaatan- di Akhirat kelak akan menyesal & kerugian!
Orang yang mengejar nikmat dunia, ikut nafsu yang hanya sejengkan akan binasa di Akhirat kelak!
- Manakala nikmat di Akhirat adalah yang kekal abadi yang tidak dapat dibayangkan oleh mata & akal fikiran manusia!
Tidak ada nikmat yang betul-betul nikmat kecuali yang boleh membawa sehingga ke Akhirat.
- Inilah sifat wali Allah:
i- orang yang beriman & bertaqwa kepada Allah.
ii- pahala Allah di Akhirat lebih baik bagi orang yang beriman & bertaqwa! - Jika beriman saja tak lengkap walaupun akhirnya mereka tetap ke syurga! Tetapi jika kafir tidak beriman- akan kekal di dalam neraka selama-lamanya- wal iyazubillah!
*Apapun kita tak mahu berada di dalam neraka walaupun sesaat- tengok saja pun tak mahu!!!
Penutup & Faedah #
- Ayat 54- {Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya….}- raja panggil Yusuf untuk mengadapnya di istana untuk dia interview Yusuf, barulah boleh kenal watak, sifat & kemampuannya.
Raja apabila dia mendengar Yusuf tafsir mimpi dalam penjara dia sudah tahu Yusuf seorang yang baik & bijak!
Tetapi mana boleh untuk terus ambil & lantik- mesti siasat & kenali dulu.
Maka apabila Yusuf meminta dibuka kesnya semula dan apabila siasatan dan saksi menunjukkan bahawa Yusuf tidak bersalah barulah Yusuf keluar dari penjara dan dibawa mengadap raja!
Sebagaimana yang dikatakan mendengar saja tidak sama dengan melihat sendiri!
Inilah yang diamalkan oleh raja- jumpa- dengar & lihat sendiri Yusuf.
Jangan hanya percaya kepada apa yang orang cakap- kena tengok & kenali sendiri!
Begitu juga apabila mahu berkahwin- dalam Islam disunatkan untuk bakal pengantin melihat sendiri pasangan mereka bukan hanya serahkan kepada wakil untuk lihat & pilih.
Apabila ibu bapa atau orang kepercayaan telah memilih dan berkenan, bakal suami atau isteri mesti melihat sendiri pula pasangannya dan memberi persetujuan supaya tidak timbul masalah atau penyesalan di kemudian hari.
Apabila dua sifat utama Yusuf (مَكِينٌ أَمِينٌۭ) dipastikan maka raja terus bersetuju untuk melantik Yusuf sebagai penasihatnya!
Nabi Yusuf bukan saja cantik fizikal luaran saja, tetapi juga seorang yang bijak, jujur & berintegriti tinggi!
Inilah juga sifat yang dimiliki oleh Nabi Musa yang menyebabkan anak nabi Syuaib memilihnya untuk diambil kerja:
{ إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ-
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.} (Al-Qasas 28:26)
Begitulah antara kriteria untuk melantik seseorang kena ada: Ilmu & kejujuran serta kekuatan & amanah!
- Ayat 55- {Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”.} –
Yusuf meminta raja untuk melantiknya sebagai pengurus perbendaharaan hasil bumi Mesir kerana dia seorang yang amanah & ada ilmu untuk mentadbirnya.
Kata ulama’ ayat ini menjadi dalil:
i- harus untuk meminta jawatan jika seseorang itu memang ada kelayakan dan kemampuan.
Yakni boleh calonkan dirinya daripada terjatuh jawatan itu ke tangan orang yang tidak layak & tidak ada ilmu!
ii- harus orang Islam bekerja dengan boss atau syarikat bukan Islam!
Tidak ada masalah dengan syarat bidang kerja itu tidak menyalahi Syariat!
Contoh: Kerja terlarang; sebagai penjual arak, jaga babi dan seumpamanya!
iii- jika seseorang itu ada kelayakan dan kemampuan boleh juga dia memuji dan mempromosi dirinya sendiri!
Bukan sekadar masuk bakul angkat sendiri.
Yusuf mengatakan dirinya seorang yang amanah dan pandai mengguruskan ekonomi- bukan memuji dirinya kerana keturunan atau ketampanan wajahnya!
- Ayat 55- {Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir);…}- ini khas untuk seorang pendakwah yang ada kemampuan untuk berdakwah dan dia yakin dia boleh buat kerja!
Yusuf apabila ada peluang untuk berdakwah dia ambil; ini kerana kebanyakan kitab tafsir mengatakan raja Mesir pada zaman nabi Yusuf tidak beriman!
Begitu juga rakyatnya sebagaimana dua orang teman sepenjara Yusuf yang didakwah oleh Yusuf kepada tauhid menyembah Allah yang Esa!
Apabila ada peluang & kita berada di dalam kerajaan yang bukan Islam; maka kita kena ambil kesempatan untuk masuk dan perkenalkan Islam & sampaikan dakwah.
Tetapi jika kita tahu jika kita masuk; kita yang akan lagha hanyut terpengaruh dengan mereka yang bukan Islam- maka jangan masuk dari awal lagi- ikut kemampuan yang kita- itulah pentingnya jawatan!
Sebagaimana Yusuf yang apabila diberi peluang oleh raja- Yusuf terima jawatan ini kerana sebagai orang besar yang bebas (VIP) dia boleh berdakwah dengan bebasnya untuk menyampaikan Islam kepada penduduk Mesir dan Raja itu sendiri!
Akhirnya seluruh Mesir menerima Islam.
- Ayat 56- {Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya.}- demikianlah Allah beri kedudukan kepada Yusuf dan dia bebas untuk bergerak- inilah yang dikatakan dari penjara ke istana!!!!
Inilah hasil pekerjaan orang baik & soleh- Allah berikan mereka balasan yang baik- dapat jawatan dan kedudukan serta bebas di bumi Mesir.
Maka maksudnya perkataan {فِى ٱلْأَرْضِ}- dalam ayat ini hanyalah di bumi Mesir bukan bumi seluruhnya!
Sebagaimana Allah kata dia musnahkan langit dan bumi bagi negeri yang diturunkan bala- yakni di negeri itu saja seperti kaum Nabi Lut yang diterbalikkan bumi- bumi negeri mereka sahaja!
Begitulah bagi setiap keadaan itu ada kata-kata atau percakapan yang sesuai untuknya.
Demikian Allah kata Dia beri nikmat-Nya: Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, semua kita hidup ini di bawah kuasa & kehendak Allah Azza wa Jalla!
- Ayat 57- {Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.}-
Allah kata sesungguhnya pahala & balasan di Akhirat kelak lebih baik bagi orang yang beriman dan bertaqwa.
Ya Allah jadikan kami dari golongan orang yang beriman dan bertaqwa!!!
Jika tidak- tiada harga kita di sisi Allah!
Mungkin orang pandang kita hebat & tinggi di dunia ini tetapi di Akhirat kelak tiada nilai!
Manusia jangan hanya cari glamour dan kedudukan atas dunia ini tetapi wajib cari keredhaan & rahmat Allah atas dunia ini agar kita mendapat pahala yang lebih baik berganda-ganda di Akhirat kelak!
Ingatlah dunia ini berputar- sekali kita di atas dan pasti sekali akan di bawah pula!!
Kita berhenti dulu setakat ini siri kita kali ini semoga mendapat manfaat & kefahaman dari tadabbur al-Quran kita ini!
#UAM ✎Catatan Kuliah Subuh Sabtu 17/01/2026 / 27 Rajab 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yusuf 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Nota Link: https://www.facebook.com/share/p/17f2LPetL6
PELUANG INFAK #
Insya’ Allah Peluang Infaq, Waqaf Membeli Van Toyota HIACE 2025.
Van Untuk Kegunaan Pelajar & Warga Pondok Sungai Durian.

Infaq boleh disalurkan ke akaun:
Nama akaun: Yayasan Pondok Sungai Durian.
- Bank Islam: 03072010136461
- Maybank: 553029619714
Ref: VAN.
Sahutlah seruan AAM;
“Hartaku Milikku dengan infaq”
Jazakumullahu Khaira.
Wallahu a’lam.
