View Categories

(21) Surah Yusuf: Ayat 78-80

9 min read

Abang Yusuf Buat Rayuan, Yusuf Menolak Rayuan & Abang Sulung Tak Mahu Balik Ke Palestin.

Live Pagi Khamis 22/01/2026 / 03 Sya’ban 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Yusuf (21) Ayat [78-80]

Full video: https://www.youtube.com/watch?v=GYzcmN4onxQ

Muqaddimah #

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yusuf dengan ayat 78 sehingga ayat 80 dalam juzuk ketigabelas.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kisah abang-abang Yusuf buat rayuan, agar melepaskan adik mereka Bunyamin dan boleh tukar ambillah salah seorang daripada mereka, sesiapa saja yang menteri mahu!
  3. Yusuf menolak rayuan itu dan mengatakan dia tidak akan berlaku zalim dengan menahan orang lain selain orang yang didapati bekas minum raja padanya; sebagaimana perjanjian mereka sebelum ini!
  4. Setelah tiada harapan lagi untuk berunding dengan Yusuf- abang sulung ambil keputusan tak mahu balik ke Palestin berjumpa bapa mereka.

Dia akan tunggu sehingga Bunyamin dapat dibawa balik atau apa saja ketentuan Allah seperti dia mati dulu!

  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat lepas Allah nyatakan perancangan Yusuf untuk menahan adiknya Bunyamin dengan perjanjian yang dipersetujui bersama dengan saudara-saudaranya, ikut peraturan mereka.

Maka taktik Yusuf untuk menahan adiknya Bunyamin berjaya dengan meletakkan bejana raja di dalam bekas bekalan adiknya itu!

ii- maka dalam ayat ini abang-abangnya membuat rayuan dan perundingan dengan menteri Yusuf untuk melepaskan adik mereka balik dan sebagai gantinya mereka rela ditahan- salah seorang dari mereka- siapa saja yang menteri pilih.

Tafsir Ayat #

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

قَالُوا۟ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْعَزِيزُ إِنَّ لَهُۥٓ أَبًا شَيْخًا كَبِيرًا فَخُذْ أَحَدَنَا مَكَانَهُۥٓ ۖ إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلْمُحْسِنِينَ ‎﴿٨٧﴾

Ayat 78- {Merekapun merayu dengan berkata: “Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi”.} (Yusuf 12:78)

  1. Saudara-saudara Yusuf merayu Yusuf sebagai seorang datuk menteri yang berkuasa membuat hukuman dalam masalah mereka itu!

*Kata Ibnu Asyur r.h boleh jadi gelaran menteri di Mesir pada waktu ialah Al-Aziz {ٱلْعَزِيزُ}.

Seperti kita sekarang YB Menteri dan seumpamanya.

  1. Mereka menyatakan rayuan:
    i- Sesungguhnya adik mereka Bunyamin ini mempunyai bapa yang sudah tua, bapanya amat menyayangi dan bimbang akannya!

ii- bapa mereka seorang yang berpangkat di tempat mereka.
Nanti malu jika tersebar anaknya ditangkap kerana mencuri!

  1. Mereka memberi cadangan hukuman baru agar menteri menukar; pilih tangkap dan ambilah salah seorang di antara mereka sebagai gantinya.
  2. Ini kerana pada pandangan mereka sesungguhnya Yusuf adalah seorang menteri dari orang-orang yang sentiasa berbudi.
    Maka teruskanlah kebaikan kamu itu kepada kami!

قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِ أَن نَّأْخُذَ إِلَّا مَن وَجَدْنَا مَتَٰعَنَا عِندَهُۥٓ إِنَّآ إِذًا لَّظَٰلِمُونَ ‎﴿٩٧﴾

Ayat 79- {Yusuf berkata: “Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.} (Yusuf 12:79)

  1. Ini adalah respon Yusuf al-Aziz kepada cadangan abang-abangnya itu!

Nabi Yusuf menjawab: Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya.

  1. Lihat betapa ayat ini adalah ayat berlapik- Yusuf tidak mengatakan Bunyamin seorang pencuri- tetapi sebagai seseorang yang didapati barang raja dalam simpanannya-
    {مَن وَجَدْنَا مَتَـٰعَنَا عِندَهُۥٓ}.

Ini hanyalah helahnya untuk menahan adiknya ikut undang-undang yang dipersetujui mereka sebelum ini- Bunyamin bukan pencuri sebenarnya!

  1. Kerana itu berhati-hati sebelum membuat apa-apa persetujuan dan perjanjian- jangan terus sign apabila orang minta atau beri maklumat yang kita tak faham atau tidak jelas!

Kena usaha biar faham dengan jelas dulu baru setuju- jika tidak akan menyesal tidak berguna!

  1. Lihat apa yang terjadi kepada saudara-saudara Yusuf ini!

Mereka telah terperangkap dengan janji mereka sendiri iaitu mereka yang cadangkan pihak menteri boleh menahan orang yang didapati barang mereka yang hilang!

  1. Yusuf dengan tegas menolak cadangan mereka itu untuk menukar Bunyamin dengan abangnya yang lain! Katanya: {Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim.}

Ayat 80- {Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, merekapun mengasingkan diri lalu bermesyuarat tentang hal itu. Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): “Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf? Oleh itu, aku tidak sekali-kali akan meninggalkan negeri (Mesir) ini sehingga bapaku izinkan aku (kembali atau sehingga Allah menghukum bagiku (untuk meninggalkan negeri ini), dan Dia lah Hakim yang seadil-adilnya.} (Yusuf 12:80)

فَلَمَّا ٱسْتَيْـَٔسُوا۟ مِنْهُ خَلَصُوا۟ نَجِيًّا ۖ قَالَ كَبِيرُهُمْ أَلَمْ تَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ أَبَاكُمْ قَدْ أَخَذَ عَلَيْكُم مَّوْثِقًا مِّنَ ٱللَّهِ وَمِن قَبْلُ مَا فَرَّطتُمْ فِى يُوسُفَ ۖ فَلَنْ أَبْرَحَ ٱلْأَرْضَ حَتَّىٰ يَأْذَنَ لِىٓ أَبِىٓ أَوْ يَحْكُمَ ٱللَّهُ لِى ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلْحَٰكِمِينَ ‎﴿٠٨﴾

  1. Setelah saudara Yusuf kecewa dan tidak ada harapan lagi menteri mahu menerima cadangan dan rayuan mereka untuk melepaskan Bunyamin; mereka pun bermesyuarat sesama mereka.
  2. Berkata ketua mereka iaitu abang mereka yang sulung -dalam kitab tafsir dikatakan namanya Robil atau Yahuza- bahawa mereka telah berjanji dengan nama Allah dengan bapa mereka sebelum ini untuk:

i- menjaga dan membawa balik adik mereka Bunyamin;

ii- sebagaimana mereka telah berjanji untuk menjaga Yusuf sebelum ini-

*dan mereka telah gagal dalam kedua janji & sumpah mereka ini!!!!

  1. Maka dia mengambil tanggung-jawab untuk tidak kembali ke Palestin dan mengambil risiko untuk:

i- menunggu di Mesir jika ada harapan adiknya dilepaskan;

ii- atau sehingga bapa mereka mengizinkan dia untuk kembali!!!

  1. Dia malu untuk kembali kepada bapanya dan akan berada di situ sehingga Allah menjatuhkan hukuman ke atasnya atau sehingga dia mati si situ.
  2. Allah-lah yang Hakim yang seadil-adilnya untuk menjatuhkan hukuman ke atas hamba-hamba-Nya yang bersalah & menyesal!!!
  3. Begitulah manusia yang menyusahkan orang lain sebelum ini- maka sekarang Allah susahkan mereka pula dengan penahanan adik bongsu mereka itu!!!

Penutup & Faedah #

  1. Ayat 78- {Merekapun merayu dengan berkata: “Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat.}- mereka merayu kepada menteri dengan bawa beberapa alasan untuk membawa balik Bunyamin.

Mereka merayu dengan menyatakan siapa bapa mereka & kenapa mereka kena bawa balik adik mereka Bunyamin itu!

Kata ulama’ tadabbur saudara Yusuf sebut tiga sifat bapa mereka untuk mendapatkan simpati dari al-Aziz:

i- Bunyamin mempunyai seorang bapa yang sangat menyayanginya!

Begitu susah untuk mereka merayu agar dia melepaskan Bunyamin, minta izin untuk mereka bawanya ke Mesir.

ii- bapanya itu pula sudah tua, matanya tak nampak lagi- uzur dan berusia.
Mereka juga sudah berjanji untuk jaga adik mereka dengan sebaiknya!

iii- bapa mereka juga seorang yang mempunyai kedudukan & terhormat di kampung mereka- malu dan aiblah jika tersebar berita bahawa anaknya ditangkap di Mesir kerana curi barang!

*Rayuan ini sepatutnya jika bukan perancangan Yusuf untuk menahan Bunyamin pasti akan memberi kesan dan melembutkan hati Yusuf untuk melepaskan Bunyamin!

Tetapi apa boleh buat begitulah perancangan Yusuf, memang dia mahu pegang adiknya disisinya!

Juga agar mereka saudaranya itu merasai sedikit kesusahan dan kedukacitaan yang dialami dan dirasai oleh bapa mereka sebelum ini juga Yusuf sendiri yang dianiayai sejak dari kecil lagi!

Kerana itu jangan kamu buat keburukan kepada orang nanti kelak kamu akan melaluinya juga! “كما تدين تدان”

Kamu buatlah kepada orang apa yang kamu suka orang buat kepada kamu!

Kamu suka orang buat baik, orang hormat kamu; maka buatlah begitu juga!!!!

Kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari akan datang!

Mereka juga cuba memujuk Yusuf dengan memujinya, menyatakan bahawa mereka berani merayu Yusuf untuk membebaskan Bunyamin kerana mereka tahu Yusuf seorang yang mulia, seorang yang berhati baik & pemurah!

  1. Ayat 79- {Yusuf berkata: “Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.}-

Yusuf menolak permintaan mereka itu dengan mengatakan dia tidak akan menjadi orang yang zalim dengan menahan orang lain!

Yusuf kata dia minta perlindungan Allah { مَعَاذَ ٱللَّهِ} dari menjadi orang yang zalim atau tak ikut janji dengan ambil orang yang tidak bersalah!
Mana boleh buat begitu!

Ini adalah kali kedua Yusuf menggunakan ayat ini untuk minta perlindungan Allah!

Kali pertama apabila di goda oleh isteri menteri ibu angkatnya!

*Kita pun begitulah apabila menghadapi apa-apa ancaman dan mara bahaya atau godaan- kita mintalah perlindungan dengan Allah- { مَعَاذَ ٱللَّهِ}- insya’ Allah- Allah akan lindungi kita!

Isu kedua: Yusuf pandai menggunakan perkataan berlapik (ta’rid) iaitu perkataan yang apabila orang dengar dia faham lain sedangkan kita maksudkannya lain.

Seperti dalam ayat ini Yusuf kata: {Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya.}

Kerana adiknya bukan mencuri maka Yusuf kata kami tidak akan ambil kecuali orang yang ada barang kami dengannya bukan kata pencuri!

  1. Ayat 79- {Yusuf berkata: “Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.}-
    Yusuf kata kami hanya ambil orang yang ada barang kami bersamanya!

Ayat ini juga memberi kepada usul atas asas hukuman keadilan dalam Islam: bahawa setiap orang bertanggung-jawab dengan dosanya & dia akan mendapat pahala dengan apa yang dia buat!

Tidak boleh kita hukum orang lain dengan sebab dosa yang dibuat orang lain kecuali dosa berkait.

Contoh dosa berkait:
i- suami & isteri- suami wajib suruh isteri tutup aurat.

ii- bapa dengan anak yang di bawah tanggungannya wajib suruh solat tutup aurat dan lain-lain.

iii- penganjur majlis maksiat.

  1. Ayat 79- { Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.}- Yusuf kata jika dia ambil orang lain- nanti dia akan jadi orang yang zalim
    {إِنَّآ إِذًۭا لَّظَـٰلِمُونَ}!

Kamu kata aku ini dari kalangan orang baik
{مِنَ ٱلْمُحْسِنِينَ} kenapa pula kamu nak suruh aku jadi orang yang zalim dengan tukar ambik orang lain yang tidak bersalah????
Orang baik tidak akan menzalini orang!

Kena ingat baik-baik kita ni nak jadi orang baik ke, nak buat baik ke, niat baik ke; tidak menghalalkan perbuatan tidak baik!

Ingat: Niat tidak menghalalkan cara!

Kita orang baik tetapi kebaikan itu biarlan pada tempat yang baik- jika kita zalim orang tak panggil orang baiklah!

Ihsan ialah apabila berlakunya keadilan dalam sesuatu perkara- jika tidak ia adalah satu kezaliman!

Contoh lepaskan penjenayah kerana kita kesian kepadanya, kerana kita baik; bukan kerana dia tidak bersalah- maka itu adalah satu kezaliman!

Ihsan adalah kita lepaskan dengan keadilan dan bukti yang jelas bukan hanya dengan perasaan.

  1. Ayat 80- {Berkatalah ketua mereka (saudaranya yang sulung): “Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf?}- apabila rayuan mereka ditolak, setelah tiada harapan untuk menteri lepaskan adik mereka Bunyamin; mereka buat mesyuarat tergempar dan muhasabah diri mereka!

Peristiwa ini mengingatkan kembali mereka kepada apa yang mereka lakukan kepada Yusuf.

Mungkin sebelum ini mereka sudah delete dan lupa akan peristiwa Yusuf ini!

Maka dengan berlakunya peritiwa yang besar ini- Allah buka balik minda mereka!!!

Bila berlaku pula kes Bunyamin ini mereka ingat kembali apa yang mereka lakukan kepada kepada Yusuf- bagaimana bapa mereka amat sedih & kecewa dengan kehilangan Yusuf, marah dan hilang kepercayaan kepada mereka!

Dengan penahanan Bunyamin ini sekali lagi mereka akan hilang kepercayaannya sekali lagi!!!

Begitulah keadaan manusia ini selagi tidak kena sentap tidak akan ada kesedaran, akan terus lalai dan lagha!!!!!

Jadi apabila Allah sayangkan hamba-Nya- Dia akan sentap mereka dengan ujian-ujian agar ingat dan kembali sedar lalu bertaubat sebelum terlambat!

Maka abang yang sulung ambil keputusan untuk tidak balik, ambil tanggung-jawab untuk tunggu di Mesir sehingga taqdir Allah menentukan apa yang terjaid ke atasnya.

Dia arahkan adik-adiknya yang lain untuk kembali dan ceritakan kepada bapa mereka apa yang berlaku!!!

Kembalilah 9 orang saudara ke Palestin mengadap bapa mereka, Yahuza duduk di Mesir- di mana wallahu a’lam- Bunyamin pula di istana menteri bersama Yusuf!

Kita tunggu dalam ayat seterusnya apa yang akan terjadi pada keluarga nabi Ya’qub & Yusuf ini.

Alhamdulillah tamatlah dulu siri tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat manfaat dan kefahaman yang baik.


#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 22/01/2026 / 03 Sya’ban 1447H

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yusuf 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:

Link:
https://www.youtube.com/playlist…

Link Nota: https://www.facebook.com/share/p/1DtuPuF6fH/

Semoga Bermanfaat!


Insya’ Allah Peluang Infaq, Waqaf Membeli Van Toyota HIACE 2025.

Van Untuk Kegunaan Pelajar & Warga Pondok Sungai Durian.

Infaq boleh di salurkan ke akaun:
Nama akaun: Yayasan Pondok Sungai Durian.

  1. Bank Islam: 03072010136461
  2. Maybank: 553029619714
    Ref: VAN.

Jazakumullahu Khaira.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top