Malaikat Memberi Arahan Kepada Nabi Lut, Geng L-G-B-T Mari Kacau & Semua Mereka Binasa

Live Pagi Rabu 08/04/2026 / 19 Syawwal 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Al-Hijr (11) Ayat [61-77]
Full video: https://youtu.be/QWG4necx6os?si=6m8HbpesMXieDye7
Muqaddimah #
Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Hijr dengan ayat 61 sehingga ayat 77 dalam juzuk keempat-belas.
Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa malaikat memberi arahan kepada Nabi Lut untuk segera keluar dari Qura Sadum dengan membawa semua keluarga & pengikutnya yang beriman sebelum malam berakhir.
Isteri Nabi Lut yang menjadi tali barut geng L-G-B-T memberitahu tentang kedatangan tetamu mereka yang tampan lalu kaum yang rosak fitrah itu cuba datang mengacau.
Akhirnya semua mereka Allah binasakan dengan diterbalikkan bumi dan dihujani batu panas ke atas mereka.
Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa malaikat memberitahu kepada Ibrahim bahawa mereka membawa tugasan untuk membinasakan kaum Nabi Lut yang melakukan perbuatan keji di Qura Sadum.
ii- maka dalam ayat ini mereka telah sampai ke Qura Sadum, kampung Nabi Lut & kaumnya yang rosak.
Malaikat berupa sebagai pemuda-pemuda yang tampan, yang membuatkan Nabi Lut berasa susah hati kerana bimbang akan keselamatan mereka.
Tetapi kerana mereka malaikat mereka selamat dan kaum yang jahat itu binasa semuanya.
Tafsir Ayat #
أعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَلَمَّا جَآءَ ءَالَ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلُونَ ﴿١٦﴾
Ayat 61- {Maka apabila (malaikat-malaikat) utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut,} (Al-Hijr 15:61)
Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas malaikat menyatakan kepada nabi Ibrahim bahawa mereka akan ke tempat nabi Lut dengan perintah Allah untuk membinasakan mereka.
ii- akhirnya dalam ayat ini para malaikat utusan Allah itu tiba di Qura Sadum, kampung Nabi Lut dan kaumnya!
قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ ﴿٢٦﴾
Ayat 62- {Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali (serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu)”.} (Al-Hijr 15:62)
Melihat mereka yang muda belia lagi tampan- Nabi Lut berasa susah hati sambil berkata: kamu suatu kaum yang tidak dikenali serta tidak diketahui baiknya kedatangan kamu.
Kata Khazin: Nabi Lut berkata sedemikian kerana mereka dalam bentuk pemuda yang muda belia dan tampan rupanya.
Maka Lut runsing mereka ini akan ditawan oleh kaumnya yang gilakan LGBT itu.
قَالُوا۟ بَلْ جِئْنَٰكَ بِمَا كَانُوا۟ فِيهِ يَمْتَرُونَ ﴿٣٦﴾
Ayat 63- {Mereka menjawab: “(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.} (Al-Hijr 15:63)
Malaikat tidak membiarkan Nabi Lut berada dalam kebimbangan yang lama lalu terus memperkenalkan diri mereka dan menyatakan tentang misi mereka. Malaikat utusan Allah.
Serta kedatangan mereka bukan untuk mendukacitakan Lut bahkan mereka datang untuk membawa azab yang mereka kaum Lut yang tidak beriman, yang ragu-ragukan kebenarannya.
وَأَتَيْنَٰكَ بِٱلْحَقِّ وَإِنَّا لَصَٰدِقُونَ ﴿٤٦﴾
Ayat 64- {“Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar”.} (Al-Hijr 15:64)
Malaikat membawa berita tentang kebinasaan kaum nabi Lut kepadanya dan menegaskan bahawa sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang benar!
Yakni jangan runsing mereka akan selamat tidak akan dapat diapa-apakan oleh kaumnya yang sukakan perbuatan keji itu.
فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِّنَ ٱلَّيْلِ وَٱتَّبِعْ أَدْبَٰرَهُمْ وَلَا يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ وَٱمْضُوا۟ حَيْثُ تُؤْمَرُونَ ﴿٥٦﴾
Ayat 65- {“Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”.} (Al-Hijr 15:65)
Malaikat lalu memberi arahan kepada nabi Lut untuk mengumpulkan keluarga & pengikutnya yang beriman serta keluar segera dari Qura Sadum pada waktu malam, iaitu pada waktu orang tak nampak & tak tahu!
Nabi Lut diarahkan supaya berada di belakang mereka untuk memastikan tiada orang beriman yang tertingal.
Kerana tiada siapapun akan selamat dalam kampung Qura Sadum itu!
Mereka diarahkan untuk keluar senyap-senyap dengan segera, janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling-paling melihat ke belakang- ini agar mereka keluar dengan segera, jauh dari kampung mereka itu lalu selamat & tak nampak azab yang akan membinasakan kampung mereka itu!
Kata al-Qurtubi: Arahan jangan berpaling ini agar mereka bersegera & tidak berlambat-lambat keluar- segera pergi menjauh dari kampung yang akan ditimpa azab yang dahsyat itu!
Azab itu pula akan datang segera dalam waktu terdekat- iaitu waktu subuh yang akan tiba.
Malaikat berkata memberi arahan lagi kepada Nabi Lut: Kamu pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya.
*Dalam tafsir tidak dinyatakan ke manakah tempat yang diperintahkan Allah itu- wallahu a’lam.
وَقَضَيْنَآ إِلَيْهِ ذَٰلِكَ ٱلْأَمْرَ أَنَّ دَابِرَ هَٰٓؤُلَآءِ مَقْطُوعٌ مُّصْبِحِينَ ﴿٦٦﴾
Ayat 66- {Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.} (Al-Hijr 15:66)
Azab yang akan diturunkan ke atas kaum Lut yang rosak fitrah itu adalah azab secara total iaitu “Azab Isti’sol” (عذاب الاستئصال) yang akan membinasakan semua penduduk Qura sedum tidak meninggal baka lansung.
Iaitu tidak akan ada seorang pun dari kalangan mereka yang akan selamat- semuanya akan dibinasakan sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
Tetapi syaitan ini bijak pada hari ini- perbuatan buruk ini muncul kembali menyerang di seluruh dunia bahkan mendapat pengiktrafan sesetengah negara ygmenghalalkan perkahwinan sejenis!
Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”} (Hud 11:81)
ii- {Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.} (Al-Hijr 15:73)
وَجَآءَ أَهْلُ ٱلْمَدِينَةِ يَسْتَبْشِرُونَ ﴿٧٦﴾
Ayat 67- {Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.} (Al-Hijr 15:67)
Keadaan di rumah Nabi Lut apabila malaikat datang tadi- apabila kaumnya mengetahui Lut ada tamu yang muda dan tampan mereka segera datang ke rumahnya dengan gembira.
Maklumat ini dibocorkan oleh isteri nabi Lut yang menjadi talibarut memberitahu hal ini kepada kaumnya geng LGBT.
Lalu mereka itu bersegera datang ke rumah nabi Lut dengan terujanya!
قَالَ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ ضَيْفِى فَلَا تَفْضَحُونِ ﴿٨٦﴾
Ayat 68- {Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku”.} (Al-Hijr 15:68)
Nabi Lut marah dan menasihati mereka agar jangan melakukan perbuatan yang boleh memberi malu kepadanya iaitu mengacau tetamunya!
Sebagai tuan rumah Nabi Lut bertanggung-jawab terhadap tetamunya.
Kata Ibnu Kathir- Nasihat & kemarahan Nabi Lut ini sebelum dia mengetahui bahawa tetamunya itu adalah malaikat yang akan membinasakan mereka.
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ ﴿٩٦﴾
Ayat 69- {“Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku”.} (Al-Hijr 15:69)
Nabi Lut berceramah lagi: Takutlah kepada Allah, jangan menghina aku dengan melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap tetamu aku!
Yakni janganlah kalian menjerumuskan diriku ke dalam kehinaan dan aib dengan berbuat tindakan tidak senonoh terhadap para tamuku.
*Nabi Lut amat susah hati & bimbang, pengikutnya pula tidak ramai, isterinya sendiri pula belot!
Nota [504] Yakni jangan kamu melakukan sebarang perbuatan yang kurang sopan terhadap tetamuku, kerana yang demikian bermakna kamu memberi malu dan menghina daku.
Perihal kaum Lut ini, telah diceritakan dengan lebih lanjut dalam ayat-ayat 80-84, surah Al-A’raaf, dan 77-83, surah Hud.
Akhirnya mereka telah dibinasakan oleh Allah Ta’ala dengan sebab perbuatan mereka yang keji.
Firman Allah:
i- {Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.
Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.} (Al-A’raaf 7: 80-84)
ii- {Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “Ini adalah hari yang amat mencemaskan”.
Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: “Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?
Mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.”
Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.
(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.} (Hud 11: 77-83)
قَالُوٓا۟ أَوَلَمْ نَنْهَكَ عَنِ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿٠٧﴾
Ayat 70- {Mereka menjawab: “Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?”} (Al-Hijr 15:70)
Kaum Lgbt ini menjawab balik nasihat nabi Lut ini dengan mengatakan bukankah sebelum ini mereka telah memberi arahan agar jangan menerima tetamu jika tak mahu kami usik mereka!
Atau jika ada tamu, kamu tak boleh beri perlindungan kepada mereka- kami akan ambilnya juga!!!
Ini mereka sudah dalam keadaan mabuk & gila ikut nafsu yang songsang.
قَالَ هَٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِىٓ إِن كُنتُمْ فَٰعِلِينَ ﴿١٧﴾
Ayat 71- {Nabi Lut berkata: “Di sini ada anak-anak perempuanku, kalaulah kamu mahu melakukan (secara halal).} (Al-Hijr 15:71)
Nabi Lut cuba menasihati lagi supaya mereka memilih dan berkahwin dengan anak-anak perempuan kampung mereka yang ramai.
Pilihlah yang halal dengan berkahwin dengan perempuan bukan lelaki, bukan melepaskan nafsu kepada sesama lelaki!!
Nota [505] Yakni sebagai seorang Rasul, maka anak-anak perempuan dari umatnya, juga dikira sebagai anaknya sendiri.
Nota [506] yakni kalau kamu mahu, berkahwinlah dengan mereka (kaum perempuan).
لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِى سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ ﴿٢٧﴾
Ayat 72- {Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.} (Al-Hijr 15:72)
Allah lalu bersumpah demi umur Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa mereka kaum Lut dalam keadaan mabuk & buta tuli dalam maksiat – tak dengar kata tak dengar nasihat apa lagi!
Mereka tenggelam dalam nafsu yang rosak dan buta.
Kata ulama’ tafsir: Allah bersumpah demi umur Rasulullah s.a.w ini menunjukkan akan ketinggian kedudukan Nabi s.a.w di sisi Allah.
Terdapat sebuah Kitab yang amat menarik bertajuk: Bidayatul Sul fi Tafdhil al-Rasul
(بداية السول في تفضيل الرسول)
karya agung Sultanul Ulama’ Al-Imam Izzuddin Abdul Aziz ibn Abdussalam (wafat 660 H)- yang menghimpunkan 40 kelebihan, kemuliaan, dan kehebatan Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Kitab ini telah diusahakan terjemahannya oleh DDAAM ke dalam bahasa Melayu dengan tajuk: 41 Kelebihan Rasulullah S.A.W & boleh didapati di:
https://dartaibah.com/…/Buku-41-Kelebihan-Rasulullah…
فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ ﴿٣٧﴾
Ayat 73- {Akhirnya merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.} (Al-Hijr 15:73)
Setelah mereka tak dengar kata tak dengar nasihat lagi- akhirnya tibalah azab yang dijanjikan pada waktu pagi!
Akhirnya ketika matahari terbit- merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu mereka binasa semuanya.
Ada ulama’ tafsir kata itu suara malaikat, ada yang kata tak tahu suara siapa- yang penting suara letusan itu {ٱلصَّيْحَةُ} adalah bentuk azab yang pertama turun ke atas mereka!
فَجَعَلْنَا عَٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ ﴿٤٧﴾
Ayat 74- {Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.} (Al-Hijr 15:74)
Kemudian datang pula azab kedua iaitu malaikat angkat negeri mereka & jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik tertimbus segala yang ada di muka buminya {سَافِلَهَا}.
Azab ketiga dan akhirnya Allah hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar {حِجَارَةًۭ مِّن سِجِّيلٍ}.
Nota [507] Kesimpulannya azab Allah yang telah menimpa kaum Lut meliputi tiga jenis:
Pertama, dibinasakan dengan letusan suara yang dahsyat.
Kedua, menunggang-balikkan negeri mereka sehingga tertimbus segala yang ada di muka buminya.
Dan ketiga, dihujani dengan batu dari tanah yang dibakar, sehingga mereka punah-ranah semuanya.
Kita rumuskan hukuman pada kaum Lut yang disebut dalam al-Quran tiga jenis:
i- tempikan suara yang kuat.
ii- diangkat dan diterbalikkan bumi sehingga tertimbus semuanya.
iii- dihujani tanah dan batu terbakar sehingga binasa semuanya.
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَٰتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ ﴿٥٧﴾
Ayat 75- {Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.} (Al-Hijr 15:75)
Sesungguhnya kisah Nabi Lut dan kaumnya serta azab yang menimpa mereka ini mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
Kata ulama’ tentang maksud perkataan {لِّلْمُتَوَسِّمِينَ}- ini ialah orang yang berfikir, tadabbur & ambil iktibar.
Tetapi bekas Qura Sadum yang meninggalkan kesan Laut Mati menjadi tempat healing pula bagi kaum kafir & orang Islam yang tidak berfikir.
Sedangkan Nabi s.a.w melarang kita pergi ke tempat kaum yang telah dibinasakan tanpa ada sebab yang munasabah seperti untuk mencari iktibar & keinsafan.
وَإِنَّهَا لَبِسَبِيلٍ مُّقِيمٍ ﴿٦٧﴾
Ayat 76- {Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).} (Al-Hijr 15:76)
Kesan peninggalan kebinasaan kaum nabi Lut itu jelas boleh dilihat oleh orang yang berfikir!
Kerana ia terletak di tempat laluan orang ramai yang tetap ada sehingga ke hari ini.
Kaum Arab Quraisy dari Makkah memang akan menempuhi tempat-tempat ini dalam rehlah musafir mereka ke Syam:
i- Madain Soleh- tempat binasa kaum Thamud,
ii- Laut Mati tempat binasa kaum Lut ini.
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٧٧﴾
Ayat 77- {Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.} (Al-Hijr 15:77)
Kebinasaan kaum Nabi Lut ini menjadi tanda yang jelas bagi orang yang beriman bahawa kemurkaan Allah itu menakutkan.
Apabila Allah murka- mereka akan dibinasakan!
Jika tak mahu Allah murka kepada kita muncullah ditempat yang Allah nak tenngok kita seperti di masjid, majlis ilmu, halaqah Al-Quran, ziarah orang sakit & sertai peperangan fi-sabilillah dan seumpamanya!
Tetapi jangan sesekali muncul ditempat yang Allah benci iaitu tempat maksiat dan seumpamanya!
Penutup & Faedah: #
- Ayat 65- {“Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka…}– apabila malaikat tiba di kampung Nabi Lut dan menyatakan tugas mereka yang diperintahkan Allah untuk membinasakan kaumnya yang jahat itu.
Kemudian Lut, keluarga & pengikutnya yang beriman diperintahkan untuk segera keluar dari Qura Sadum pada malam itu juga!
Dalam ayat ini malaikat memerintahkan nabi Lut untuk berada di belakang kaumnya.
Para ulama’ mencari hikmah di sebalik arahan Allah ini {… serta ikutlah di belakang mereka} agar Nabi Lut berada di belakang rombongan mereka yang beriman ini.
Antara hikmahnya ialah:
i- agar nabi Lut dapat memastikan tiada kaumnya yang beriman berpusing balik.
Agar mereka tidak binasa bersama kaum yang jahat.
ii- agar Nabi Lut berada dekat dengan malaikat yang berada di belakang sekali juga!
ii- agar Nabi Lut yakin tiada pengikutnya yang beriman tertinggal. Semua mereka dapat dilihat berada di depannya.
iv- Nabi Lut sebagai benteng atau tembok kepada mereka daripada azab yang akan dijatuhkan.
v- agar Nabi Lut dapat memastikan tiada orang beriman yang berpaling & u-turn balik!
Ini menunjukkan peranan seorang Nabi atau ketua itu sangat penting!
Nabi Lut juga sentiasa menasihati dan mengingatkan kaumnya; {“Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku”.}
Sebagai seorang pendakwah kita sentiasa mengingatkan orang ramai untuk ingat kepada Allah, takut & bertaqwa kepada Allah selalu.
Ini penting dalam perjalan sesuatu dakwah.
2. Ayat 72- {Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.}- dalam ayat ini Allah s.w.t bersumpah dengan hayat atau umur Nabi s.a.w.
Kata ulama’ tadabbur: Apabila Allah bersumpah dengan hayat Nabi s.a.w ini menunjukkan kelebihan fadhilat Nabi s.a.w yang amat besar!
Bahkan tiada ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Tuhan pernah bersumpah dengan nama atau hayat nabi-nabi lain.
Seorang ulama’ telah menulis sebuah kitab tentang Kelebihan Nabi S.a.w & DDAAM telah terjemahkan dengan tajuk 41 Kelebihan Nabi s.a.w. Boleh dapatkannya di: https://dartaibah.com/…/Buku-41-Kelebihan-Rasulullah…
3. Ayat 72- {Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka.}-
Allah sifatkan kaum Lut ini dalam kemabukan{ سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ}!
Iaitu asyik mahsyuk mabuk dalam cinta yang songsang dan rosak fitrah- mabuk kepayang dalam cinta yang palsu sesama jantan.
Allah gambarkan orang mabuk ini otak & akal mereka tidak boleh berfikir & tidak berfungsi.
Mereka sudah tidak nampak lagi kerosakan fitrah yang mereka terjebak itu- mereka sudah mabuk dan gila dalam dunia karut mereka itu.
Sedangkan akibat dari perbuatan mereka itu Allah telah hantar penyakit kelamin yang menghina dan amat menakutkan yang tiada ubatnya dalam dunia sains modern.
Tetapi malangnya manusia masih tidak insaf, tidak takut kerana sudah mabuk kegilaan- ada saja yang terjebak dengan perbuatan keji ini! Siflis, HIV, Aids dan seumpamanya!
Rosaknya dunia ini dengan sebab rosaknya akhlak dan rosaknya fitrah manusia!
Allah telah sediakan tempat yang halal & baik, tapi yang kotor, keji & haram itu juga yang mereka pilih apabila fikiran sudah tidak waras lagi!
4. Ayat 75- {Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.}- bagi orang yang berfikir dia akan berjumpa dengan benda yang baik!
Allah kata bagi orang memerhati & berfikir {لِّلْمُتَوَسِّمِينَ}- iaitu dengan makna al-Firasah- iaitu pandangan seorang muslim yang hatinya tenang & suci- dia boleh memahami suasana dan keadaan lalu dia boleh menyesesuaikan diri untuk mencari keselamatan.
Kerana itu Allah kata Kita tinggalkan kepada mereka kesan-kesan yang buruk, kesan kebinasaan lkaum LGBT ditinggalkan untuk memberi pengajaran dan ibrah bagi orang yang berfikir.
Antara kesan peninggalan umat yang dilaknat adalah seperti di Madain Soleh, Laut Mati & Tasik Qarun di Mesir.
Di tempat kita pun ada kesan kebinasaan akibat yang Allah hantar sebagai peringatan untuk membuatkan akal yang baik & waras boleh berfikir mencari kebaikan & pengajaran!
5. Ayat 77- {Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.}- orang yang beriman akan berfikir akan lihat apa apa yang sepatutnya Allah nak mereka nampak!
Setiap orang beriman kena sentiasa mengambil iktibar pengajaran atas apa yang telah berlaku ke atas kaum yang dibinasakan sebelum ini untuk menjadi garis panduan jangan dibuat perkara yang tidak baik!
Hanya orang mukmin saja yang akan selamat!
Kata ulama’: Dalam kisah kaum Nabi Lut ini kita dapat iktibar bahawa apabila Allah nak membinasakan mana-mana kaum- kejahatan mereka akan bertambah!
Allah biarkan dulu mereka makin jahat, makin zalim sebelum diturunkan azab yang membinasakan.
Begitulah atas dunia ini sesiapa saja- makin jahat & apabila kemuncak keangkuhan mereka- Allah akan jatuhkan dan musnahkan mereka!
Sebagaimana hari ini ini kita dapat lihat kejahatan yang dibuat oleh puak Nasrani bergabung dengan zionis yahudi untuk mengganyang negara-negara orang Islam!
Kita berdoa semoga Allah menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia di mana saja mereka berada!
Kita juga berdoa semoga Allah mengambil tindakan segera & menjatuhkan mereka yang berbuat zalim atas dunia ini terhadap umat Islam.
Apabila sudah kemuncak kezaliman mereka- mereka akan binasa insya’ Allah!!!
**Nasihat tentang isu Palestin- Palestin adalah masalah sejagat, bagi seluruh umat Islam, tiada orang Islam yang tidak sayang kepada Palestin.
Tetapi jika nak membantu biarlah melalui saluran yang betul & tidak bercanggah dengan Syari’ah!
Syari’ah ini ada S.O.P nya jangan kita bermudah-mudah dengannya!
Hidup kita ini ada S.O.P Syari’ah yang wajib kita patuhi.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Rabu 08/04/2026 / 19 Syawwal 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/share/p/1BGaRvzDgK/
Semoga Bermanfaat!
