Kisah Ashab Al-Aikah, Kaum Syu’aib, Ashab Al-Hijr Kaum Thamud & Kebinasaan Mereka

Live Pagi Khamis 09/04/2026 / 20 Syawwal 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah Al-Hijr (12) Ayat [78-86]
Full video: https://youtu.be/60U5L7hbsKM?si=tWG3fZ3-TnAGezg4
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Hijr dengan ayat 78 sehingga ayat 86 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan lagi kisah nabi iaitu Nabi Syuaib & Nabi Soleh.
Iaitu tentang kisah Ashab Al-Aikah kaum Syu’aib, yang menyembah pokok Aikah. - Juga kisah ashab Al-Hijr (kota batu), kaum Thamud yang rumah dibina & dipahat dari bukit-bukit.
Kedua kaum ini menerima kebinasaan akibat kekufuran mereka. - Kemudian Allah menyatakan kekuasaan-Nya mencipta langit & bumi, siapa yang lawan Allah tidak akan menang bahkan akan tertawan!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang kaum Nabi Lut yang telah dibinasakan.
Kampung mereka iaitu Qura Sadum ini dekat & berjiran dengan penduduk Aikah di Madyan.
ii- maka dalam ayat ini Allah bawa pula kisah Ashab Al-Aikah kaum Syu’aib ini selepas kisah kaum Lut, secara berdekatan dengan susunan & munasabah yang indah.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَإِن كَانَ أَصْحَٰبُ ٱلْأَيْكَةِ لَظَٰلِمِينَ ﴿٨٧﴾
Ayat 78- {Dan sebenarnya penduduk kampung “Aikah” adalah orang-orang yang berlaku zalim.} (Al-Hijr 15:78)
- Allah nyatakan tentang ashab Al-Aikah kaum Syu’aib yang zalim.
Aikah ialah nama pokok yang rimbun yang tumbuh dekat-dekat. - Inilah kisah yang ketiga dalam surah ini selepas kisah pertama Nabi Adam & Iblis, manakala kisah yang kedua Nabi Ibrahim & Nabi Lut.
- Nota [508] “Aikah” ialah sebuah kampung di negeri Madyan yang berjiran dengan negeri kaum Lut, dan penduduk “Aikah” itu ialah sebahagian dari umat nabi Syu’aib a.s.
Mulai ayat ini diceritakan pula hal mereka dan balasan yang telah menimpa mereka. - Ulama’ kata Nabi Syuaib diutuskan kepada kedua-dua kaum Madyan & Ashab Al-Aikah- Madyan yang di bandar manakala Aikah di kampung.
*Ada juga ulama’ kata kaum yang berlainan, tidak mengapa, yang penting keduanya kaum yang zalim, tidak beriman kepada Allah & kufur kepada nabi mereka lalu dibinasakan!
- Allah mengatakan mereka adalah satu kaum yang zalim.
Apakah kezaliman mereka itu?
Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{(Demikian juga) penduduk “Aikah” telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
“Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
“Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
“Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
“Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
“Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
“Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.} (Asy-Syu’araa’ 26: 176-183) - Yakni Nabi Syuaib sebagai rasul telah berdakwah kepada mereka:
i- mengajak kepada tauhid kepada Allah Yang Esa.
ii- melarang perbuatan buruk iaitu mengurangkan timbangan & sukatan.
*Inilah penyakit & sifat buruk kaum Madyan dan ashabul-Aikah, kaum nabi Syuaib!
- Ini adalah juga fenomena yang biasa dalam masyarakat sehingga ke hari ini- puak yang berpenyakit buruk seperti kaum Nabi Syuaib.
فَٱنتَقَمْنَا مِنْهُمْ وَإِنَّهُمَا لَبِإِمَامٍ مُّبِينٍ ﴿٩٧﴾
Ayat 79- {Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).} (Al-Hijr 15:79)
- Allah lalu membinasakan mereka ini dengan sebab kezaliman mereka!
Kesan kemusnahan kaum ini masih ada dan jelas & Allah biarkan untuk dilihat.
- Lalu kesan kemusnahan kedua kaum ini Allah letakkan pula di jalan yang terang yang masih dilalui orang- bukan kata terperosok di pedalaman.
Tetapi di tepi jalan yang pasti akan dilalui oleh orang yang mahu ke Syam, untuk ke Madyan akan melalui Laut Mati dulu.
Nota [509] Yakni tempat kaum Nabi Syu’aib dan tempat Nabi Lut.
- Kata Ibnu Kathir: Dari segi lokasi Ashab Al-Aikah ini berjiran dengan kaum Nabi Lut, dari segi masa pun tak jauh bezanya!
- Semua ini akan memberi keinsafan, iktibar & pengajaran bagi orang yang berfikir apabila melihatnya!
وَلَقَدْ كَذَّبَ أَصْحَٰبُ ٱلْحِجْرِ ٱلْمُرْسَلِينَ ﴿٠٨﴾
Ayat 80- {Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul.} (Al-Hijr 15:80)
- Kemudian Allah bawa pula kisah penduduk “Al-Hijr” iaitu kaum Thamud, kaum kepada Nabi Soleh yang telah mendustakan para rasul- ini kisah yang keempat.
- [510] “Al-Hijr”: nama sebuah tempat di antara negeri Hijaaz dengan negeri Syaam (Syria) dan penduduk tempat itu ialah kaum Thamud, umat Nabi Soleh a.s.
Berhubung dengan peristiwa inilah, surah ini dinamakan surah “Al-Hijr” (perihal penduduk Al-Hijr).
*Al-Hijr dengan makna bukit batu- mereka tebuknya dan buat rumah tempat tinggal di dalam bukit.
Menunjukkan betapa kuat dan perkasanya mereka.
- Munasabah Allah susun & kumpul kisah tiga kaum ini kaum Lut, Ashab Al-Aikah & Ashabul-Hijr kerana lawasan mereka berdekatan, cara kebinasaan tiga kaum ini lebih kurang azabnya, hampir sama iaitu:
i- pertama kaum Lut- ditimpa gempa bumi yang dahsyat, hujan batu dari tanah yang terbakar, dan diterbalikkan negeri mereka (diangkat ke langit lalu dihempaskan ke bumi).
ii- kedua Ashab Al-Aikah (Kaum Nabi Syuaib)- disambar oleh azab hari “Zullah” (awan panas/petir) atau gempa bumi yang menggoncang dan membinasakan mereka.
iii- ketiga Ashabul-Hijr (Kaum Thamud)- dihantar pekikan suara yang sangat keras (As-Saihah atau Al-Rajfah) yang menggegar bumi dan menghancurkan jantung mereka.
*Hampir sama iaitu dengan goncangan & gempa bumi.
- Al-Hijr hari ini terletak dalam daerah al-Ula, Madinah dinamakan Madain Soleh sekarang dan menjadi tempat pelancongan!
Allahu al-Musta’an. - Kenapa Allah kata mereka- {..telah mendustakan Rasul-rasul} sedangkan rasul yang diutuskan kepada mereka hanya seorang iaitu Nabi Soleh????
Jawapan ini kerana matematik iman begitulah- apabila kamu mendustakan seorang rasul saja seolah kamu menolak semua rasul Allah. - Sebagaimana firman Allah dalam ayat ini juga:
{(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),} (Asy-Syu’araa’ 26:141) - Peringatan kepada mereka yang suka pergi ke tempat kaum yang telah dilaknat Allah ini beringatlah jangan pergi sekadar untuk healing dan suka-suka, ada SOP nya yang perlu dipatuhi!
- Sabda Nabi s.a.w tentang tempat kaum dilaknat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.Anhuma katanya:
لَمَّا مَرَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِالْحِجْرِ قَالَ “لاَ تَدْخُلُوا مَسَاكِنَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ، أَنْ يُصِيبَكُمْ مَا أَصَابَهُمْ إِلاَّ أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ “. ثُمَّ قَنَّعَ رَأْسَهُ وَأَسْرَعَ السَّيْرَ حَتَّى أَجَازَ الْوَادِيَ
Maksudnya: “Ketika Nabi S.A.W lalu di kawasan al-Hijr, Baginda bersabda: “Janganlah kamu masuk ke kawasan orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri, kerana sesungguhnya dibimbangi kalian akan ditimpa musibah seperti mana musibah yang menimpa mereka, melainkan kalian masuk dalam keadaan bersedih”. (Kerana takut diazab seperti mereka).
Lalu Baginda menutup kepalanya dan cepat berlalu pergi sehingga menyeberangi wadi tersebut.” [HR al-Bukhari (4419)].
- Kerana itu kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa makruh memasuki kawasan yang diazab oleh Allah S.W.T melainkan:
i- masuk dengan perasaan takut ke atas azab Allah S.W.T
ii- di samping mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku serta tidak berlama-lama berada di tempat tersebut.
- Menurut Ibn Battal sekiranya berkunjung ke tempat yang diazab oleh Allah S.W.T dalam keadaan gembira dan seumpamanya, maka dikhuatiri akan ditimpa azab sebagaimana mereka sebelum ini.
- Sehubungan dengan itu, Allah S.W.T memberi peringatan kepada hamba-hamba-Nya supaya memerhati dan mengambil iktibar terhadap umat-umat terdahulu sebagai pedoman dan panduan dalam hidup.
وَءَاتَيْنَٰهُمْ ءَايَٰتِنَا فَكَانُوا۟ عَنْهَا مُعْرِضِينَ ﴿١٨﴾
Ayat 81- {Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).} (Al-Hijr 15:81)
- Allah menyatakan bahawa Dia telah berikan kepada mereka tanda-tanda mukjizat yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul yang diutuskan kepada mereka!
- Tetapi malangya dalam pada itu, mereka terus juga berpaling mengingkarinya, tidak beriman!
- Tanda itu ialah seekor unta mukjizat- kisahnya telah diceritakan secara terterinci dalam firman Allah ini:
{Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} (Al-A’raaf 7:73) - Tetapi mereka mendustakan mukjizat itu bahkan membunuh unta yang Allah hantar itu!
Penyembelih unta mukjizat Nabi Soleh A.S. ialah seorang lelaki kafir dari kaum Thamud bernama Qudar bin Salif & beliau dibantu oleh beberapa orang lelaki dari kaumnya.
وَكَانُوا۟ يَنْحِتُونَ مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا ءَامِنِينَ ﴿٢٨﴾
Ayat 82- {Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).} (Al-Hijr 15:82)
- Kaum Thamud ini tempat tinggal mereka di dalam bukit & batu!
Mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman dari sesuatu bahaya. - Yakni apabila duduk dalam bukit batu itu aman dan selamat dari segala ancaman dan bahaya seperti banjir, binatang buas dan sebagainya! Ia juga sejuk pada musim panas dan melindungi dari sejuk pula pada musim sejuk!
- Firman Allah s.w.t:
{“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”.} (Al-A’raaf 7:74)
فَأَخَذَتْهُمُ ٱلصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ ﴿٣٨﴾
Ayat 83- {Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi.} (Al-Hijr 15:83)
- Akhirnya kaum Thamud ini dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan {ٱلصَّيْحَةُ} pada bumi waktu pagi.
فَمَآ أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ﴿٤٨﴾
Ayat 84- {Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.} (Al-Hijr 15:84)
- Akhirnya tempat tinggal mereka dari gunung-ganang, apa yang mereka pahat dan bina dengan sangkaan akan selamat & aman dari sebarang ancaman itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun.
- Sekali datang letusan suara yang Allah hantar mereka mati bergelimpang semuanya!
Begitulah Allah s.w.t yang Maha kaya, Dia binaskan sesuatu kaum itu mengikut keadaan & kedudukan kaum tersebut:
i- kaum Thamud mereka duduk di dalam bukit batu susah nak cari maka Allah hantar letusan suara dan angin yang boleh menyelinap masuk melalui lubang-lubang kecil.
ii- manakala kaum Ad mereka duduk di atas bukit maka Allah hantar angin kencang yang menggoncagkan bukit tersebut dan menerbangkan mereka lalu bergelimpangan mati juga!
*Begitulah sebab-sebab kematian itu banyak tetapi mati itu cuma satu saja!!!
وَمَا خَلَقْنَا ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَآ إِلَّا بِٱلْحَقِّ ۗ وَإِنَّ ٱلسَّاعَةَ لَـَٔاتِيَةٌ ۖ فَٱصْفَحِ ٱلصَّفْحَ ٱلْجَمِيلَ ﴿٥٨﴾
Ayat 85- {Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.} (Al-Hijr 15:85)
- Munasabah ayat:
i- apabila Allah ceritakan tentang umat terdahulu dalam ayat-ayat sebelumnya.
ii- maka ayat ini kembali semula kepada kaum Quraisy untuk memberi peringatan kepada mereka! Yakni balik kepada diri kita semua!
- Bahawa Allah telah mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; tidak ada yang tidak faedah dan kegunaannya!
- Nota [511]- Setelah Allah Ta’ala menceritakan bagaimana kaum-kaum yang mendustakan Rasul-rasul mereka pada masa yang lalu telah dibinasakan, maka mulai ayat ini & ayat-ayat berikutnya Allah Ta’ala memberi semangat kepada nabi Muhammad s.a.w supaya ia jangan menghiraukan perbuatan kaum kafir yang menentang Islam serta hendaklah ia bersabar, kerana musuh-musuh Islam akan tewas di dunia ini dan akan menerima balasan yang buruk pada hari akhirat.
- Yakni walau bagaimanapun kita kena sabar kerana Allah s.w.t pasti akan memberi kemenangan kepada Islam.
Ayat 86- {Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).} (Al-Hijr 15:86)
- Allah Tuhan kita yang mencipta sekelian makhluk ini lagi maha mengetahui hal keadaan mereka!
Dia Tuhan yang menciptakan kita maka Allah tahu di mana kita berada, ke arah mana kita nak pergi, mana hujung perjalanan kita, di mana tempat jatuh bangun & pengakhiran kita!
- Maka kita kena banyak berdoa agar Allah tetapkan hati kita atas Islam, atas landasan iman yang benar, atas segala yang di redhai Allah & mati dalam husnul khatimah!
{ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ}.
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
- Munasabah ayat ini jelas:
i- dalam ayat yang sebelumnya Allah perintahkan Nabi s.a.w agar bersabar kerana Kiamat pasti akan datang.
ii- kemudian dalam ayat ini Allah nyatakan kita kena usaha, lawan tetap lawan jangan takut kepada puak kafir!
Kerana Allah yang maha mencipta segala perkara – jika dia boleh buat dari awal tanpa ada contoh maka pasti Dia dapat menghidupkan semula manusia untuk bangkit pada hari Kiamat kelak!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau!”. Maka ia terus menjadi.} (Yaa Siin 36: 81-82)
Penutup & Faedah #
- Ayat 78- {Dan sebenarnya penduduk kampung “Aikah” adalah orang-orang yang berlaku zalim.}– Allah nyatakan bahawa penduduk Aikah, kaum Nabi Syuaib adalah orang-orang yang berlaku zalim!
Mereka ini zalim kerana:
i- pertamanya syirik kepada Allah s.w.t.
ii- zalim sesama manusia dengan tidak jujur dalam muamalat di mana mereka suka menipu dalam sukatan dan timbangan!
Nabi Syuaib sudah berusaha untuk memulihkam mereka dari penyakit ini, nak menyelamatkan manusia daripada kezaliman ini; tetapi tetap tidak berjaya!
Akhirnya Allah namakan mereka kaum yang zalim kerana syirik & khianat sesama manusia!
Zalim itu ada dua jenis:
i- zalim kepada diri sendiri dengan syirik kepada Allah.
ii- zalim kepada manusia dengan khianat & menipu dalam segala jenis!
Orang yang buat maksiat ini termasuk orang yang zalim dalam diri sendiri & syirik adalah kezaliman yang paling besar!
- Ayat 79- {Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).}-
Allah nyatakan kedudukan kaum Madyan & kaum nabi Lut itu adalah tempat laluan yang jelas lagi terang- yakni di tepi jalan bukan tersustu tersembunyi!
Yakni tempat tinggal mereka di laluan atau jalan yang masih digunakan oleh kaum Quraisy penduduk Makkah untuk ke Syam!
Jadi mereka boleh lihat sendiri kesan azab kebinasaan yang menimpa kaum-kaum itu sebagaimana yang sebutkan dalam al-Quran!
Jadi apabila kamu melintasi tempat itu, kamu lihat kesannya- apakah kamu tidak berfikir & ambik iktibar pengajarannya!!!!
Kata ulama’ tadabbur: Ayat-ayat tentang Nabi terdahulu ada dua kategori:
i- kesan kebinasaan kaum yang masih boleh dilihat dengan mata kepala sendiri seperti Kaum Thamud, kaum kepada Nabi Soleh iaitu penduduk al-Hijr di al-Ula.
Serta kesan peninggalan kaum Ad kaum kepada Nabi Hud di Yaman.
ii- ada kisah nabi yang hanya kita dengar cerita seperti kaum Nabi Nuh- sudah tidak ada kesan banjir besar dulu- tak tahu di mana dah!
Maka untuk pengajaran jika dapat kumpul dua-dua adalah lebih kuat; tetapi pastilah yang boleh dilihat sendiri itu akan lebih memberi kesan- kerana melihat sendiri tidak sama dengan hanya mendengar!
Kerana itulah Allah kumpulkan dalam ayat-ayat ini keduanya sekali- ada tempat yang kamu boleh tengok sebagaimana kisah kaum Lut & kaum Thamud yang masih ada kesan kebinasaanya & ada tempat yang kamu boleh dengar ceritanya sahaja seperti kaum Nuh.
Sebagaimana firman Allah s.w.t ini:
{Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)!
“(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya.} (Ghaafir 40: 30-31)
Manakala yang kita dengar cerita saja tu banyak kisahnya yang didakwa ada di situ sini- maka kita hati-hatilah kerana mencari yang sahih itu perlu- jangan kita over pula dalam apa yang yang tidak disebut oleh Allah dalam al-Quran atau oleh dalam hadis Nabi s.a.w.
- Ayat 82- {Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (dari sesuatu bahaya).}– kaum Thamud membuat tempat tinggal mereka tinggi di dalam bukit dan pahat gunung dengan niat untuk selamat dan aman dari segala ancaman dan mara-bahaya.
Tetapi semua itu tidak dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.
Sekali Allah hantar azab-Nya semua tidak akan selamat & akan binasa.
Kata pepatah Arab:
“الدُّنْيَا كَالظِّلِّ، لَوْ لَاحَقْتَهَا تَهْرُبُ مِنْكَ، وَلَوْ أَعْطَيْتَهَا ظَهْرَكَ تُلاَحِقُكَ”
Dunia ini ibarat bayangan.
Jika kau kejar, kau tidak akan pernah dapat menangkapnya.
Tetapi jika kau berpaling & membelakanginya (fokus pada akhirat), maka dunia tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu!
Yakni Allah mahu nyatakan sejauh mana kuat & hebat kamu- pasti tidak akan dapat melawan kuasa Allah!
Kita bina pembangunan yang canggih & ekonomi yang padu- sekali datang tsunami akan ranap semuanya!
- Ayat 80- {Dan demi sesungguhnya penduduk “Al-Hijr” telah mendustakan Rasul-rasul.} – Allah kata penduduk “Al-Hijr, kaum Thamud telah mendustakan rasul-rasul sedangkan rasul yang mereka lawan hanya seorang iaitu Nabi Soleh.
Di sini digunakan kata jamak, al-Mursaliin (para rasul- ٱلْمُرْسَلِينَ), walaupun yang dimaksudkan adalah satu, iaitu Nabi Soleh a.s.
Ini kerana sesiapa yang mendustakan salah-seorang rasul, sama seperti dia juga telah mendustakan semua rasul yang lain.
Ini kerana matematik aqidah tidak seperti matematik biasa di mana daripada 6 rukun iman ini jika ditolak salah satunya bermakna tidak beriman dengan semuanya- iaitu 6-1 = 0!
Maka jika dari 313 rasul yang telah disabitkan ada itu dia tolak walaupun hanya satu maka seolah dia telah mendustakan semua rasul yang diutus Allah!
Oleh itu buka mata buka minda apabila orang bagi nasihat bagi peringatan jangan kata orang kutuk atau kondem, begitulah manusia hari ini tak boleh terima teguran & nasihat terus kata orang hina atau kutuk dia!
Apa yang dia buat itu betul orang tegur itu tak kena!
Maka kita ambillah iktibar & pengajaran dari kebinasaan umat terdahulu yang kena azab dek kezaliman mereka.
Sebagaimana kaum Thamud yang diazab kerana muamalat & bisnes mereka yang berat sebelah, tidak adil & menzalimi orang lain!
Dalam urusan kita hari ini juga perkara ini banyak terjadi- jika nak senaraikan satu persatu amat banyak sekali- contoh kredit hand phone, bayaran timbangan barang pesawat dan lain-lain.
- Ayat 85- {Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat;}- kamu lihat langit & bumi siapa yang ciptakannya?
Jawapannya Allah yang menciptakannya penuh dengan hikmah & kebijaksanaan!
Jika Allah boleh dan mampu cipta langit & bumi yang begitu besar & hebat kejadiannya; maka takkan Allah tak mampu nak ulang balik penciptaan makhluk yang telah ada sebelumnya!
Pastilah sangat mudah (atau semesek) bagi Allah Azza wa Jalla untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam umat mana-mana pun!
Bukankah Allah yang bersifat penuh kasih sayang & rahmat tetapi kenapa Dia boleh mengazab hamba-Nya hingga binasa dan musnah?
Jawapannya:
Memang Allah s.w.t itu sifat-nya penuh rahmat & kasih sayang; tetapi jika kamu ingkar, degil tak dengar kata maka pastilah hukuman akan dijatuhkan!
Jangan menyalahkan Tuhan tetapi salah kamu kerana tak beriman!
Jelaslah kepada kita kezaliman yang dilakukan oleh kaum Syuaib ialah- syirik, merompak, mengurangkan sukatan & timbangan.
Perompak sebegini pada zaman modern ini banyak juga- yang perlu diambil perhatian & dikaji kerana kebinasaan yang berlaku pada zaman Nabi Syuaib ini berkait atau ada persamaan dengan yang terjadi pada zaman ini juga!
Jenayah pada setiap zaman itu berbeza cuma kita beringat jangan ambil risiko- jangan sampai kita dibinasakan seperti umat yang terdahulu!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 09/04/2026 / 20 Syawwal 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=923646853819169&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
