Nikmat Haiwan Ternakan, Makanan Dan Pakaian & Haiwan Tunggangan

Live Pagi Sabtu 18/04/2026 / 29 Syawwal 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (03) Ayat [05-09]
Full video: https://www.youtube.com/watch?v=g1LprIMyfCc
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 05 sehingga ayat 09 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kepada kita hitungan nikmat yang ada dalam surah Nikmat ini.
Pertamanya nikmat yang paling besar ialah nikmat al-Quran & dihantarnya Nabi s.a.w yang paling mulia untuk kita.
Kemudian Allah cipta kita dari air mani lalu menjadi manusia yang sempurna samada yang baik & beriman atau manusia yang kufur keras kepala suka berbantah.
- Maka dalam ayat ini Allah ceritakan pula nikmat dalam bentuk haiwan ternakan; samada yang boleh dijadikan makanan, minuman dan pakaian.
- Serta nikmat dari segi haiwan peliharaan yang boleh menjadi kenderaan tunggangan atau menjadi perhiasan bagi manusia.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang penciptaan kejadian manusia.
Maka Allah sebut kita hidup ini kena ada makanan, pakaian & tempat tinggal.
ii- maka datang ayat ini Allah sebut kegunaan haiwan ternakan yang memberi banyak manfaat kepada manusia iaitu boleh dijadikan makanan, pakaian & tempat tinggal yang memberi kenyamanan dan memenuhi banyak keperluan manusia.
*Maka susunan ayat ini begitu cantik- Allah cerita tentang penciptaan langit & bumi, serta manusia yang duduk atas muka bumi ini.
Kemudian ayat ini cerita tentang keperluan manusia dan haiwan ternakan yang memenuhi keperluan itu.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَٱلْأَنْعَٰمَ خَلَقَهَا ۗ لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَٰفِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ ﴿٥﴾
Ayat 5- {Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.} (Al-Nahl 16:5)
- Allah nyatakan bahawa telah diciptakan bagi manusia haiwan ternakan yang memberi pelbagai manfaat & kegunaan bagi manusia.
- Nota [521]: Setengah dari nikmat-nikmat Allah kepada manusia ialah binatang ternakan {ٱلْأَنْعَـٰمَ} bermula dari unta, lembu & kerbau segala jenisnya & kambing dengan segala jenisnya termasuk biri-biri.
Bukan saja dagingnya boleh dimakan, susunya boleh diminum tetapi bulunya boleh dibuat pakaian untuk musim sejuk, serta untuk dibuat hamparan permaidani & khemah untuk berteduh.
- Haiwan ternakan {ٱلْأَنْعَـٰمَ} ini ialah haiwan berkaki empat, yang boleh dibuat korban serta yang dikenakan zakat:
i- unta (إبل) dengan segala jenisnya yang berbonggol satu atau dua;
ii- lembu (بقر) kerbau dan segala spesisnya;
iii- kambing (غنم) & biri-biri (kibas) dengan segala spesisnya.
- Kata ulama’ – ayat ini elok dibaca & berhenti setakat ini: {وَٱلْأَنْعَـٰمَ خَلَقَهَا ۗ}- {Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu;} kemudian barulah disambung dengan ayat seterusnya!
- Kemudian Allah sambung dengan mengatakan haiwan ini dicipta untuk memberi manfaat kepada manusia {…لَكُمْ فِيهَا} seperti:
i- terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk- iaitu bulu-bulu haiwan ternakan boleh menjadi pakaian untuk memanaskan badan, dibuat hamparan & dibuat khemah tempat tinggal bagi melindungi dari sejuk dan panas.
ii- dan beberapa faedah yang lain seperti diambil minum susunya, lemaknya menjadi bahan bakaran, membuat kerja seperti membajak tanah, memunggah air siraman dan lain-lain.
iii- dan daripadanya juga kamu makan- menjadi sumber makanan yang utama.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.} (Al-Nahl 16:80)
*Dalam ayat ini Allah sebut juga tentang bulu & kulit haiwan.
وَلَكُمْ فِيهَا جَمَالٌ حِينَ تُرِيحُونَ وَحِينَ تَسْرَحُونَ ﴿٦﴾
Ayat 6- {Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).} (Al-Nahl 16:6)
- Allah nyatakan bagi haiwan ternakan itu juga mempunyai keindahan yang menarik hati (جَمَالٌ), menjadi perhiasan bagi pemiliknya.
Iaitu menjadi kebanggan, keindahan pandangan mata dan mengembirakan hati yang melihat, apatah lagi yang memilikinya!
- Suka hati pengembalanya apabila membawa ternakannya keluar mencari makan pada waktu pagi dan membawanya pulang ke kandang pada waktu petang pula, berjujuk dan banyak.
- Kata al-Wahidi rhm: Harta itu bukan hanya emas & perak atau duit saja – tetapi kebanyakan harta orang Arab badwi ini ialah unta sebagaimana kebanggaan orang Basrah adalah pokok tamar mereka.
- Kata al-Qurtubi pula, keindahan (جَمَالٌ) haiwan ini ialah pada: tubuh mereka, ada unta, lembu & kambing yang comel, mengembirakan orang & hati manusia.
وَتَحْمِلُ أَثْقَالَكُمْ إِلَىٰ بَلَدٍ لَّمْ تَكُونُوا۟ بَٰلِغِيهِ إِلَّا بِشِقِّ ٱلْأَنفُسِ ۚ إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿٧﴾
Ayat 7- {Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.} (Al-Nahl 16:7)
- Antara faedah haiwan itu juga mereka boleh dijadikan kenderaan untuk membawa barang-barang ke mana-mana negeri yang manusia tidak dapat sampai kepadanya sendiri seperti di padang pasir yang panas lagi jauh melainkan dengan menanggung susah payah.
- Kerana itu unta ini dikenali sebagai bahtera padang pasir (ships of the desert- سفينة الصحراء – (kerana ketahanannya untuk dihidup pasir yang panas dan ketiadaan air.
- Jauh perjalanannya pada masa itu seperti dari Madinah ke Syam pada ialah sebulan perjalanan, dari Makkah ke Madinah selama 8 hari, yang sukar untuk sampai dengan berjalan kaki.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu; sebahagian di antaranya untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan.
Dan kamu pula beroleh berbagai faedah pada binatang ternak itu, dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu; dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal, kamu diangkut.} (Ghaafir 40: 78-80) - Kata al-Qurtubi rhm: Allah sebut kenderaan di sini khusus untuk unta kerana ia mempunyai kelebihan yang amat istimewa sebagai kenderaan di padang pasir, kejadiannya Allah cipta khas untuk hidup dan boleh menghadapi cuaca yang ekstreme, panas & kering serta tahu arah jalan seumpama kompas hidup.
- Ada juga ulama’ yang kata kenderaan itu merujuk kepada unta & lembu yang juga kuat & tahan untuk membawa beban barang yang berat & banyak.
- Allah tutup ayat ini dengan menyatakan bahawa: {Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.}
وَٱلْخَيْلَ وَٱلْبِغَالَ وَٱلْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً ۚ وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٨﴾
Ayat 8- {Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.} (Al-Nahl 16:8)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat sebelum ini Allah sebut kategori haiwan yang pertama sebagai ternakan yang digunakan untuk makan, minum & pakaian. Iaitu keperluan darurat- makanan!
ii- maka datang ayat ini haiwan kategori kedua iaitu sebagai tunggangan & lain-lain kegunaan. Kedua-dua ini adalah nikmat Allah yang amat besar kepada manusia!
- Dalam ayat ini Allah sebut pula tentang:
i- kuda {وَٱلْخَيْلَ} iaitu kuda horse dan pelbagai spesisnya.
ii- baghal {وَٱلْبِغَالَ} iaitu anak kacukan antara kuda dan keldai.
iii- serta keldai {وَٱلْحَمِيرَ} iaitu donkey.
- Kemudian Allah tambah bahawa: {.. dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya..}- :
i- iaitu kenderaan yang orang tak tahu lagi pada waktu itu- kenderaan pada masa depan yang tidak ada lagi pada zaman itu.
ii- iaitu kenderaan modern yang ada & telah kita gunakan pada hari ini seperti kereta, lori, bas, kapal terbang, train dan seumpamanya.
*Serta yang akan datang yang kita sekarang ini pun tak tahu akan wujud nanti!
Dulu ada keretapi biasa sekarang bullet train, dulu kapal terbang biasa sekarang ada jet, dulu kereta guna minyak sekarang guna letrik dan lain-lain yang tidak diketahui lagi.
- Nota [522]- yakni seperti pelbagai jenis kenderaan moden di darat, di laut & di udara yang ada sekarang & yang akan datang, yang diusahakan oleh akal & penyelidikan manusia.
Semua itu kerana Allah jualah yang menjadikan manusia & mengurniakannya dengan akal, daya-usaha & ilmu pengetahuan.
Semua itu tidak pernah diketahui sebelum itu dan masih banyak lagi yang tidak diketahui yang akan wujud pada zaman akan datang.
- Tentang ayat ini juga {.. dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya..} ulama’ kata maksudnya:
i- dari segi jenis haiwan & kenderaan yang kamu tidak tahu ada & akan wujud nanti banyak lagi atau;
ii- nikmat syurga yang kamu tidak tahu, yang Allah telah sediakan.
iii- atau ulama’ semasa kata kenderaan yang ada.
وَعَلَى ٱللَّهِ قَصْدُ ٱلسَّبِيلِ وَمِنْهَا جَآئِرٌ ۚ وَلَوْ شَآءَ لَهَدَىٰكُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٩﴾
Ayat 9- {Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).} (Al-Nahl 16:9)
- Munasabah ayat ini jelas:
i- pertamanya dalam ayat sebelum ini Allah sebut tentang kenderaan duniawi seperti unta, kuda, lembu dan seumpamanya.
ii- dalam ayat ini Allah sebut kenderaan ukhrawi iaitu untuk menuju jalan yang benar, kenderaan untuk menuju Allah iaitu al-Quran & melalui Sunnah Nabi s.a.w.
- Kata-kata hikmah yang selalu dinukilkan oleh DDAAM:
i- Kita ini berjalan kepada manusia dengan kaki;
ii- manakala berjalan menuju Allah dengan hati- kena niat yang ikhlas semua itu kerana Allah.
- Nota [523] Hanya Allah jual-lah yang berhak memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, yang diredahai-Nya.
Dengan mengutuskan rasul-rasul-Nya dan menurunkan kitab suci yang mengandungi segala apa jalan untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
- Tetapi Allah kata di akhir ayat; ada manusia yang lari daripada jalan yang benar kerana ikut jalan syaitan- wal ’iyazu billah.
- Hadis Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W telah membuat satu garisan lurus di depan kami, lalu bersabda: ‘Ini adalah jalan Allah.’
Kemudian baginda membuat beberapa garisan di sebelah kanan dan kirinya, lalu bersabda: ‘Ini adalah jalan-jalan (sesat) yang setiap cabang jalan itu ada syaitan yang menyeru manusia kepadanya.'”
Kemudian, Rasulullah S.A.W membaca ayat Al-Quran (Surah Al-An’am: 153):
“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu bercerai-berai dari jalan-Nya…”. [HR Ahmad & Ibun Majah].
- Nota [524]- yakni Allah tidak mengkehendaki yang sedemikian iaitu semua manusia di atas tauhid.
Ini kerana setelah Dia menerangkan jalan yang benar & jalan yang salah maka terserahlah kepada masing-masing memilih, kerana selain daripada itu masing-masing juga diberi akal & usaha ikhtiar! Mana-mana yang menurut jalan undang-undang & peraturan Allah bagi mendapat jalan yang lurus itu- maka berhasillah baginya untuk mendapat kebahagiaan.
Dan mana-mana orang yang mennyeleweng dari jalan itu maka buruklah padahnya! Wal-‘iyazubillah!
- Jika Allah nak Dia boleh buat manusia ini atas satu jalan atau agama atau satu kesatuan atas jalan yang betul saja- tetapi tidak begitu sebagaimana firman Allah ini:
{Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.} (Hud 11:118)
- Kecuali: {Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”.} (Hud 11:119)
Penutup & Faedah #
- Ayat 5- {Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu;..}–
Allah kata haiwan ternakan itu Allah cipta untuk kamu manusia.
Ini antara nikmat yang Allah sebut dalam surah ini. Haiwan ternakan itu memberi manfaat yang banyak kepada manusia.
Allah sebut semua manfaat yang boleh diambil daripada haiwan iaitu- makanan, minuman, pakaian & tempat tinggal- sempurnalah nikmat keperluan manusia!
Cukuplah keperluan kita atas dunia ini.
Haiwan itu juga memberi kegembiraan kepada manusia pemiliknya dengan kecomelannya.
Ada haiwan yang diguna untuk makan & naik, ada haiwan yang comel untuk dilihat juga!
- Ayat 7- {Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu….}–
Allah juga sebut antara kegunaan haiwan itu adalah tolong bawa barang-barang untuk kamu.
Kata para ulama’: Kamu kena ingatlah jika kamu nak pikul barang itu sendiri tak larat- haiwan yang tolong bawa tetapi kamu jangan melampaui memberi beban kepadanya, letak terlalu banyak barang!
Ada juga haiwan yang khas untuk dijadikan tunggangan atau kenderaan seperti unta & kuda.
Bukan seperti kambing atau lembu orang tak buat kenderaan naiknya jangan kita melanggar adat pula!
- Ayat 8- {Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan;..}– dalam ayat ini Allah sebut kategori yang kedua iaitu haiwan yang khas untuk dijadikan kenderaan & perhiasan.
Ulama’ kata dalam ayat ini kita boleh lihat:
i- Allah sebut tentang nikmatnya kepada kita dengan lengkap iaitu dua jebnis kategori haiwan,
ii- manakala dari sudut usul iaitu makhluk Allah yang Allah cipta ini mempunyai hikmah & rahsia yang banyak.
Dalam ayat 8 ini Allah sebut untuk tunggangan & perhiasan saja tetapi Allah tidak sebut bahawa ia boleh makan- ini menunjukkan bahawa:
i- pada haiwan inipun Allah telah bahagikan tugasnya untuk kegunaan manusia.
ii- Juga sebab Allah tak sebut dalam ayat ini untuk makan kerana haiwan yang disebut dalam ayat ini bercampur- ada haiwan yang halal dimakan seperti kuda dan ada yang tidak boleh dimakan seperti keldai & baghal kerana ia bodoh.
Adapun himar ahli (zebra) halal dimakan kerana ia haiwan cerdik.
Kuda walaupun halal dimakan tetapi tidak masyhur sebagai makanan kerana ia lebih banyak kegunaan sebagai kenderaan dan tunggangan.
Adapun unta selain masyhur sebagai tunggangan ia juga masyhur sebagai makanan!
Antara negara yang mengamalkan makan daging kuda ialah negara Asia tengah seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan juga beberapa negara lain.
Kazakhstan: Daging kuda sangat sinonim dengan budaya tempatan dan dianggap sebagai makanan utama.
Mongolia: Negara yang mempunyai populasi kuda yang sangat tinggi dan dagingnya menjadi sebahagian daripada diet tradisional.
Belgium: Daging kuda kadang-kadang dimakan sebagai stik atau daging salai (deli).
- Ayat 8- {.. dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.} –
Allah kata banyak lagi haiwan atau kenderaan yang Allah cipta, yang kamu tak tahu!
Kata ulama’; Yakni al-Quran nak buka minda manusia untuk berfikir- seperti manusia pada zaman itu apakah kenderaan hanya ini kuda, unta atau lembu sahaja???
Allah kata tidak- Aku cipta banyak lagi haiwan atau kenderaan yang kamu tidak tahu; maka kamu kena study, kaji, research dan penyelidikan!
Maka datang pada zaman kita ini banyak yang tiada pada zaman Nabi s.a.w. Kita kata alhamdulillah kerana nikmat yang kita ada hari ini tidak sama dengan nikmat orang dahulu.
Kemudian zaman selepas itu apakah hanya basikal dan kereta kapal sahaja?
Kemudian apakah hanya keretapi atau kapal layar saja? Kapal terbang biasa dan seumpamanya!
Begitulah seterusnya seiring dengan peredaran zaman, kemajuan teknologi manusia juga semakin canggih- segala peralatan seperti kenderaan juga berkembang & bertambah.
Contoh hari ini dengan speed train- dari Makkah ke Madinah hanya dua jam lebih sahaja- berbanding dengan bas atau kereta sebelum ini 4 sehingga 5 jam.
Apatah lagi berbanding dengan zaman unta dan kuda dulu yang mengambil masa 7 atau 8 hari! Ini belum kira lagi dengan pesawat terbang!
- Ayat 9- {Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus;…}–
Allah kata Dia tunjukkan kepada kita dua jalan iaitu jalan yang diredhai & jalan yang dimurkai!
Maka kita kena usaha mencari jalan yang diredhai Allah Azza wa Jalla, setiap hari kita membaca dalam solat kita berdoa kepada Allah: {Tunjukilah kami jalan yang lurus- ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ}
Hidayah ini ada dua:
i- hidayah taufiq (هداية التوفيق) itu di bawah kuasa Allah;
ii- manakala hidayah irsyad (هداية الإرشاد) iaitu memberi bimbingan & tunjuk ajar itu tugas para nabi a.s dan para pendakwah selepasnya!
Sebagaimana kata DAAM tadi: Kita berjalan kepada manusia dengan kaki tetapi kita berjalan menuju kepada Allah dengan hati, dengan penuh ikhlas.
Maka jika kita buat apa saja ikhlas kerana Allah, beribadat kerana Allah, menuntut ilmu kerana Allah apa kerja kita buat kerana Allah, insya’ Allah, Allah akan beri taufiq kepada kita untuk menjadi orang yang baik, hidup sebagai seorang mukmin, mati dalam husnul-khatimah, di Akhirat kelak mendapat naungan bayangan Arasy, dapat syafaat Nabi s.a.w dan akhirnya dapat masuk syurga!
Ya Allah jadikan kami & semua keluarga kami sebagai ahli syurga-Mu!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Sabtu 18/04/2026 / 29 Syawwal 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=930504463133408&set=pb.100085215893583.-2207520000&type=3
Semoga Bermanfaat!
