Nikmat Air Hujan, Tumbuh-tumbuhan, Matahari, Bulan & Bintang

Live Pagi Ahad 19/04/2026 / 01 ZulQa’dah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (04) Ayat [10-13]
Full video: https://youtu.be/xiPM1sj1Zyc?si=ZDJD9EvfkN_WoUwp
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 10 sehingga ayat 13 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan tentang dalil-dalil keEsaan Allah & keagungan-Nya.
Antara nikmat Allah lagi ialah Allah cipta tumbuh-tumbuhan dan empat unsur kehidupan iaitu air, api, tanah dan udara.
Sumber air adalah dari hujan, sungai, laut dan sebagainya.
- Manakala dari tanah kita dapat nikmat bumi melalui tumbuh-tumbuhan, yang memberi pelbagai kegunaan kepada kita.
- Serta nikmat dari api atau kepanasan dari matahari, bulan & bintang.
Begitu juga nikmat angin seperti oksigen serta udara yang bertiup menyejukkan bumi.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nak tetapkan kepada kita bahawa makhluk ini ada Pencipta-Nya maka dinyatakan dalil-dalil tentang kekuasaan-Nya dalam penciptaan haiwan yang mempunyai dua kategori iaitu sebagai makanan & tunggangan atau perhiasan.
Maka dalam ayat ini Allah sebut pula nikmat tentang tumbuh-tumbuhan yang menjadi makanan bagi manusia & haiwan ternakan.
ii- dalam ayat lepas Allah juga menyebut tentang nikmat haiwan ternakan untuk makanan n & tunggangan;
Maka dalam ayat ini disebut pula sumber makanan bagi haiwan itu pula iaitu dari tumbuh-tumbuhan yang Allah sediakan semuanya!
*Semua ini kerana Allah mahu kita berfikir dan sentap bahawa; kamu manusia jangan nak kufur derhaka kepada Allah, makanan kamu Allah sediakan bahkan makanan haiwan peliharaan kamupun Allah sediakan!!!!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً ۖ لَّكُم مِّنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ ﴿٠١﴾
Ayat 10- {Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.} (Al-Nahl 16:10)
- Allah telah memberi banyak nikmat-nikmat kepada kita manusia ada yang berbentuk haiwan sebagai makanan & tunggangan untuk keperluan hidup manusia.
Maka Allah juga menurunkan hujan dari langit sebagai satu nikmat yang besar.
Sumber air datang dari hujan, sungai, tasik, mata air dan sebagainya.
- Antara kegunaan air yang banyak ialah:
i- untuk minuman kamu darinya sebagai air yang jernih lagi tawar yang sedap diminum;
ii- sebahagian lagi sebagai siraman atau minuman bagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok & tumbuh-tumbuhan.
ii- dengan adanya tumbuhan itu dapat kita melepaskan binatang-binatang ternak makan padanya.
- Kita lihat betapa pokok & tumbuhan yang meliar dapat tumbuh subur tampa perlu kepada penjagaan, begitu juga haiwan yang melata di hutan semua Allah telah sediakan makanan & minuman mereka!
يُنۢبِتُ لَكُم بِهِ ٱلزَّرْعَ وَٱلزَّيْتُونَ وَٱلنَّخِيلَ وَٱلْأَعْنَٰبَ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿١١﴾
Ayat 11- {Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.} (Al-Nahl 16:11)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah sebut haiwan-haiwan secara umum & terperinci, Begitu juga buah-buahan ada secara umum & detail;
ii- maka apabila disebut pokok ada pokok yang sinonim dalam kehidupan orang Arab yang menjadi sumber makanan utama atau pengeluaran mereka- maka Allah sebutnya satu-persatu secara detail beberapa jenis buah.
- Dengan sebab air hujan itu Allah menumbuhkan pelbagai jenis buah-buahan & tanaman sebagai makanan manusia.
Antara yang pentingnya di kalangan orang Arab ialah seperti- pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan lain yang amat banyak.
- Tiga jenis buah yang disebut ini adalah pokok yang sinonim dan mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan manusia;
i- zaitun- buah dan minyaknya menjadi makanan utama orang Arab.
Sekarang masyhur juga di negara kita & seluruh dunia; menjadi makanan kesihatan atau makanan Sunnah yang dikempen!
ii- tamar- terdapat beratus buah tamar yang menjadi makanan rasmi mereka.
iii- anggur- sejenis buah yang masyhur pada zaman jahiliyyah dulunya kerana menjadi bahan utama untuk dibuat arak.
Anggur ini sejenis buah yang tidak tahan lama lalu dikeringkan menjadi zabib (kismis).
Zabib ini antara buah yang dikenakan zakat.
iv- serta pelbagai jenis lagi buah-buahan yang Allah anugerahkan kepada manusia; terlalu banyak untuk disebut kesemua namanya di dalam al-Quran di seluruh pelusuk dunia.
- Pada akhir ayat ini Allah nyatakan semua itu mengandungi satu tanda dan dalil yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir {فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ}! Bagi orang yang berfikir apabila melihat buah-buahaan dia akan tahu wujudnya Tuhan Pencipta yang Maha Berkuasa lagi Agung!
- Dalam ayat ini Allah kata semua ini boleh menjadi satu dalil {لَـَٔايَةًۭ} kepada manusia yang berfikir.
Ini kerana hanya satu dalil atau tanda yang Allah nak tunjukkan kepada kami di sini iaitu air!!!
Dari air yang satu sumber memberi pelbagai nikmat & menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis!
Airnya satu jenis buahnya berbeza- maka orang yang berfikir pasti tahu bahawa ada Tuhan yang mengatur semua itu!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).} (An-Naml 27:60)
وَسَخَّرَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ ۖ وَٱلنُّجُومُ مُسَخَّرَٰتُۢ بِأَمْرِهِۦٓ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٢١﴾
Ayat 12- {Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.} (Al-Nahl 16:12)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang sebelum ini Allah bawa dalil tentang air hujan & tumbuhan yang ada di bumi iaitu yang dekat dengan kita!
ii- dalam ayat ini Allah bawa dalil di langit iaitu bahagian atas yang jauh dari kita.
- Iaitu Allah bawa pula dalil tentang kekuasaan dalam dalam mencipta & mengaturnya.
- Yakni Allah telah bawa lima martabat dalil kekuasaan Allah kepada kita sebelum ini iaitu;
i- dari kejadian langit,
ii- kejadian manusia,
iii- keajaiban penciptaan haiwan,
iv- kejadian tumbuhan,
v- dan unsur kehidupan iaitu air api tanah & angin. - Dalil kekuasaan Allah di langit iaitu bahagian atas ialah;
i- Allah memudahkan pertukaran malam & siang tanpa perlu kita bersusah menetapkannya!
Malam dijadikan untuk manusia berehat manakala siang untuk keluar mencari rezeki dan apa-apa urusan.
ii- dan matahari serta bulan; untuk kita mendapat manfaat haba & cahayanya.
iii- dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya- menghiasi langit dan menjadi petunjuk kepada manusia.
*Semua ini untuk keperluan-keperluan manusia untuk hidup atas dunia ini!
- Pada akhir ayat ini Allah nyatakan semua ini; {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.} – { إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَعْقِلُونَ}.
Iaitu bagi orang yang berakal, yang bijak yang membuat kajian lalu memahami semua hikmah kebijaksanaan Allah.
Perlu otak yang bijak untuk memikirkannya! - Dalam ayat ini Allah kata semua ini boleh menjadi dalil-dalil {لَـَٔايَـٰتٍۢ} secara jamak (plural) kepada manusia yang berfikir & mengkajinya.
Ini kerana dibawa beberapa dalil atau tanda yang banyak yang Allah nak tunjukkan di sini!
وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوَٰنُهُۥٓ ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةً لِّقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ ﴿٣١﴾
Ayat 13- {Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.} (Al-Nahl 16:13)
- Munasabah ayat:
i- apabila Allah sebut tentang langit serta segala isi cakerawalanya seperti matahari, bulan dan bintang serta kita pun berfikir & mengkaji tentangnya untuk memahami tentang kekuasaan Allah!
ii- maka dalam ayat ini Allah bawa pula kita turun ke bawah tanda kekuasaan Allah di bumi ini makhluknya seperti haiwan dan tumbuhan serta segala isi kandungannya dari galian & logam-logamnya.
- Yakni semua ciptaan yang Allah jadikan atas muka bumi ini dari segala jenis dan pelbagai bentuknya- semuanya dimudahkan juga untuk kegunaan manusia.
- Pada akhir ayat ini Allah nyatakan semua ini; {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.} –
{ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يَذَّكَّرُونَ}. - Iaitu semua menjadi dalil akan kekuasaan & keagungan Allah bagi orang yang ingat akan nikmat Allah & dia bersyukur atas nikmat itu!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.} (Az-Zumar 39:21) - Jelaslah kepada kita bahawa semua ini adalah dalil-dalil akan tanda kekuasaan & keagungan Allah bagi orang yang ada 3 perkara ini:
i- orang yang berfikir {يَتَفَكَّرُونَ}.
ii- orang yang guna akal {يَعْقِلُونَ} untuk mengkaji menyelidik.
iii- orang yang sentiasa ingat {يَذَّكَّرُونَ} & bersyukur kepada nikmat Allah.
*Jika ada 3 perkara ini insya’ Allah selamatlah di dunia & Akhirat.
Penutup & Faedah #
- Ayat 10- {Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok….}-
Allah turunkan air dari langit sebagai minuman kepada kamu, siraman pokok-pokok yang menjadi makanan bagi ternakan kamu pula!
Dalam ayat ini Allah kata Dia turunkan air- yakni air ini datangnya dari atas langit.
Begitulah keajaiban ciptaan Allah yang telah dibuktikan oleh kajian sains manusia.
Bagaimana air dari bawah, akibat panas matahari diserap naik ke atas sebagai wap kemudian menjadi air semula yang turun sebagai hujan ke bumi!
Betapa Allah beri kebijakan kepada manusia untuk memproses air masin (air laut) ditukar menjadi air tawar.
Terdapat kilang yang besar “At-Tahliyah” di Jeddah Arab Saudi bagi proses ini- sudah lama dulu!
Allah Maha Kaya sumber air itu ada pelbagai tetapi kadang-kadang kita yang tak pandai jaga & menghargainya!
Sehingga air hujan yang turun terbuang begitu saja ke longkang dan lopak-lopak.
Maka kita syukuri nikmat air ini dengan menjaganya baik-baik, guna dengan berhemah jangan membazir kerana pembaziran adalah satu perbuatan buruk!
Jika tiada air betapa susahnya hidup kita!
- Ayat 11- {Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.}– dalam ayat ini Allah sebut tiga jenis nama makanan atau pokok yang sinonim dalam hidup orang Arab iaitu zaitun, tamar & anggur.
Kemudian Allah sebut bahawa selain daripada yang disebut itu terdapat juga dari segala jenis buah-buahan yang tumbuh di pelbagai negara di seluruh dunia yang pelbagai jenis dan musim yang berlainan.
Ulama’ lughah kata Allah sebut perkataan {dan juga dari- وَمِن}:
i- bagi menunjukkan sebahagian buah-buahan- ini kerana ia amat banyak tidak terbilang nama & jenisnya atas muka bumi!
Tidak terkumpul untuk kita sebut dan namakan kesemuanya.
Kesemua buah-buahan ini akan terkumpul semuanya dalam syurga kelak insya’ Allah!
ii- ada juga ulama’ kata maksudnya Allah kata {dan juga dari- وَمِن} untuk menunjukkan pelbagai nikmat yang banyak lagi yang akan jumpai di mana saja.
- Ayat 11- {Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.}– dalam ayat ini Allah gunakan lafaz mufrad (singular)- mengandungi satu tanda {لَـَٔايَةًۭ}.
Ini kerana walaupun disebut pelbagai jenis buah-buahan dan pokok-pokok yang pelbagai jenis- tetapi sumbernya hanyalah satu iaitu air!
Maka Allah nak tunjukkan dalil atau bukti kekuasaan Allah di sini ialah melalui air!!!
Maka kamu berfikirlah { لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ} apabila melihat air di depan mata kamu- tak perlu kaji atau mengorek dengan mendalam- cukup untuk kamu lihat kejadian air & tumbuh-tumbuhan yang di depan mata kamu!
Manakala untuk dua ayat lagi ini:
i- Ayat 12- {{Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.} – { إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَعْقِلُونَ}- ini kerana dalilnya adalah tentang keagungan Allah di langit yang perlu kebijakan untuk memahaminya seperti ahli falak & pakar astronomi kerana itu Allah kata bagi orang berakal!
ii- Ayat 13- {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.}
- { إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَةًۭ لِّقَوْمٍۢ يَذَّكَّرُونَ}.
Ini kerana apabila tengok nikmat kena ingat kepada pemberi nikmat iaitu Allah Azza wa Jalla.
- Ayat 10- {… pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.}-
Allah kata tempat itu untuk kamu lepaskan haiwan untuk ia makan- iaitu padang ragut umum.
Ayat ini menjadi dalil bahawa pokok yang tumbuh bebas yakni pokok yang tiada pemilik, rumput yang tumbuh sendiri atas bumi ini di kenali sebagai (الكَلَإِ) bebas dimakan oleh kambing, lembu dan lain-lain haiwan ternakan.
Tetapi jika rumput atau tanah yang ada pemiliknya iaitu harta peribadi atau yang telah diwartakan sebagai milik kerajaan khas sebagai padang ragut unta atau lain-lain haiwan zakat maka tidak boleh!
Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:
المسلِمونَ شُركاءُ في ثلاثٍ ، في الكَلَإِ ، والماءِ ، والنَّارِ
أخرجه أبو داود (3477) واللفظ له، وأحمد (23132)
Maksudnya: “Kaum Muslimin berkongsi dalam tiga perkara: padang rumput Al-Kala’ (الكَلَإِ) (atau rerumputan), air Al-Ma’ (الماءِ), dan api An-Nar (النَّارِ).” [HR Abu Daud & Ahmad].
i- Yakni pertama rerumputan atau padang penggembalaan ia bebas dimakan atau digunakan oleh sesiapa sahaja untuk dikongsi bersama.
ii- Begitu juga air sungai atau mata air yang bukan di atas tanah persendirian, yang tiada pemiliknya maka ia boleh menjadi kegunaan umum juga tiada siapa boleh sekat dan kawalnya!
iii- Manakala yang dimaksudkan dengan api- dalam konteks modern boleh diertikan sebagai sumber energi atau bahan bakar.
Hadis ini merupakan landasan dalam hukum ekonomi Islam yang menyatakan bahawa sumber daya alam yang sangat diperlukan oleh orang ramai (seperti air, sumber energi/api, dan penggembalaan) adalah milik bersama dan tidak boleh dimonopoli oleh individu atau kelompok tertentu.
- Ayat 13- {Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.}-
Allah nyatakan semua nikmat yang pelbagai jenis yang Allah jadikan ini untuk kemudahan & kegunaan kamu!
Bumi itu begitulah tanahnya bermacam-macam & berubah mengikut kesesuaian geografi dan iklim setempat.
Seperti bumi di Arab sesuai untuk pokok tamar, tepi pantai atau laut pula sesuai pokok kelapa & ru, atas bukit atau tepi paya lain pula tumbuhan atau pokok yang sesuai dengan tanahnya!
Ini kerana Allah nak nyatakan kepada kita bahawa pelbagai jenis tumbuhan, pelbagai jenis haiwan, pelbagai jenis bahan ini semua menjadi tanda atas kekuasaan & keagungan Allah s.w.t.
Ia juga menunjukkan nikmat yang Allah kurniakan semuanya itu datang dari sumber yang satu iaitu air.
Semua dalil ini pula bagi orang yang berfikir & berakal & bersyukur!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Ahad 19/04/2026 / 01 ZulQa’dah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=931323839718137&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
