Allah S.W.T Mengetahui Semua Perkara, Kafir Mengatakan al-Quran Dongeng & Tanggung Dosa Pengikutnya

Live Pagi Selasa 21/04/2026 / 03 ZulQa’dah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (06) Ayat [19-25]
Full video: https://www.youtube.com/watch?v=KKeRPCQitAo
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 19 sehingga ayat 25 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa Allah S.W.T mengetahui semua perkara yang berlaku- yang kamu rahsiakan Allah tahu, yang kamu zahirkan pun Allah tahu!
Ini merupakan dalil kekuasaan Allah s.w.t- iaitu mengetahui apa yang zahir dan yang tersembunyi, yang nyata dan yang terang- semua di bawah ilmu Allah Azza wa Jalla!
- Kemudian Allah nyatakan sebab berlaku syirik atas dunia ini.
Iaitu punca manusia menjadi syirik ialah kerana mereka keras hati, ingkar tak mahu terima; puncanya sombong & angkuh tak mahu tunduk kepada orang.
Orang kafir tak mahu terima al-Quran lalu mereka buat pelbagai tuduhan tehadap al-Quran seperti dongengan orang terlalu atau kalam syair.
- Kemudian apabila lihat orang ikut al-Quran, ikut Nabi s.a.w- mereka kata Nabi s.a.w melakukan sihir pula!
Maka mereka akan tanggung dosa pengikutnya yang percaya akan tohmahan & tuduhan jahat mereka itu.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang puak kafir ini selain dari kufur enggan menyembah Allah mereka juga ada satu lagi kejahatan yang mereka sembunyikan iaitu mahu membunuh Nabi s.a.w & menyekat orang ramai dari Islam.
*Orang kafir ini banyak jenis; ada kafir yang syirik tetapi pasif hanya kufur & ada kafir yang aktif menentang Islam.
ii- maka datang ayat ini sebagai peringatan dan amaran kepada mereka jangan sesekali cuba mengkhianati Nabi s.a.w & menyekat Islam, kerana Allah s.w.t Maha mengetahui segala perkara yang zahir atau batin, yang tersembunyi dalam hati kamu!
*Sebagaimana yang kita pelajari dalam Sirah nabi s.a.w orang puak kafir telah banyak kali cuba membunuh Nabi s.a.w- tetapi Allah telah menjaganya!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ ﴿٩١﴾
Ayat 19- {Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.} (Al-Nahl 16:19)
- Allah s.w.t memberi peringatan kepada semua manusia yang kafir atau yang Islam bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
- Kemudian semua itu akan dihisab di Akhirat kelak, kamu buat baik- baiklah!
Jika kamu buat jahat- buruklah akibatnya! Amaran ini untuk orang kafir juga kepada orang Islam semuanya! - Malangnya sekarang ini manusia tidak ingat & tidak takut akan ilmu & kekuasaan Allah ini. Mereka lupa akan mahkamah Akhirat kelak yang tiada satu apa pun tersembunyi dari ilmu Allah!
*Yang mereka takutnya jika kena saman LOD atau dakwa atas dunia ini, dipanggil ke mahkamah manusia dan seumpamanya!
- Jika tahu & sedar akan semua ini kita tak akan buat benda karut!
Kerana itu kita kena perbetulkan niat kita dalam ibadat agar ikhlas kerana Allah, jaga mulut, jaga tangan & diri agar tidak membuat satu tuduhan yang tidak pasti!
وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْـًٔا وَهُمْ يُخْلَقُونَ ﴿٠٢﴾
Ayat 20- {Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan.} (Al-Nahl 16:20)
- Munasabah ayat:
i- apabila Allah nyatakan sempurnanya Zat Allah s.w.t itu- segala perkara di bawah kuasa & ilmu pengetahuan-Nya.
Allah s.w.t yang mencipta segala makhluk & mentadbirnya!
ii- maka datang ayat ini Allah nak nyatakan bahawa apa yang kamu sembah itu hanya seketul batu atau kayu yang tiada apa-apa kuasa, yang kamu cipta & sembahnya!
- Yakni berhala, patung dan apa saja rekaan yang mereka sembah itu- tiada kuasa lansung!
Hendak bergerak pun tidak mampu apatah lagi untuk mencipta sesuatu, memberi mudharat atau darurat kepada penyembahnya!
*Jika kita lihat puak syiah rafidhah amat kuat memuja kubur- jangan sesekali kita terpalit juga dengan perbuatan syirik ini!
- Bahkan sembahan kafir itu sesuatu yang mereka reka dan lantiknya menjadi tuhan sembahan mereka!
Betapa tak cerdik dan tak guna akalnya mereka!
أَمْوَٰتٌ غَيْرُ أَحْيَآءٍ ۖ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ ﴿١٢﴾
Ayat 21- {Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup; dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).} (Al-Nahl 16:21)
- Munasabah ayat:
i- apabila Allah nyatakan bahawa manusia ini yang hidup akan mati, semua makhluk akan musnah & mati.
ii- maka berhala atau makhluk yang mereka sembah itu pastilah akan mati jika yang hidup atau lebih dahsyat lagi jika yang mereka sembah itu adalah sesuatu yang tiada nyawa tidak dapat bergerak apa, memang sudah mati tak hidup- jauh dari sifat ketuhanan yang sebenarnya.
- Ayat ini sentap Allah nyatakan bahawa:
i- semua makhluk akan mati tidak akan kekal hidup.
ii- atau memang sembahan itu sendiri benda yang mati, benda yang tiada nyawa pun (jamad). Tiada roh tiada mata telinga apatah lagi kuasa!
iii- maka apabila ia mati, ia tidak ada ilmu & kuasa- maka orang yang berakal akan tahu bahawa itu bukan tuhan!
- Puak kafir ini menjawab bahawa sembahan mereka itu bukan tuhan tetapi hanya dijadikan sebagai wasilat atau perantaraan untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan (zulfa) pula!
Satu kekarutan juga- wasilah yang tidak dapat bercakap bergerak apa juga! - Kemudian Allah tegaskan bahawa berhala sembahan mereka itu juga tidak tahu bilakah mereka akan dibangkitkan untuk menerima balasan atas segala perbuatan mereka itu!
Jadi bagaimana mereka nak beri darurat atau mudharat???!!!! - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:
{Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).} (An-Naml 27:65) - Hari Kiamat & kebangkitan itu tiada siapa yang tahu- samada manusia atau malaikat apatah lagi berhala mereka yang kaku itu!!!
إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۚ فَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْـَٔاخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ ﴿٢٢﴾
Ayat 22- {Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).} (Al-Nahl 16:22)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah menyatakan berhala sembahan yang tidak berguna itu serta para penyembahnya yang sesat.
ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan hanya Allah saja yang berhak disembah & layak dipuji!
- Ayat ini menyatakan tentang ketuhanan Allah s.w.t.
Wahai manusia apa yang yang berhak untuk kamu puja & sembah hanya Allah yang Esa yang Tunggal.
Jangan sesekali kamu buat syirik kepada Allah dengan apa sesuatu pun. - Tetapi apa boleh buat puak kafir ini tidak beriman dengan hari Kiamat, tak percaya ada syurga & neraka, hati mereka tidak terima dakwah & ajaran yang Nabi s.a.w bawa.
Kemudian bukan setakat tak terima- mereka juga angkuh sombong menolak segala ajaran yang dibawa Nabi s.a.w.
- Orang yang angkuh (الكبر) ini- sombong menolak kebenaran dan menghina orang!
Mereka tidak mahu terima dakwah Nabi s.a.w dan mengguna ayat-ayat perlian yang menghina Baginda s.a.w., ayat menolak kebenaran tak mahu terima kenyataan.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;” (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah” – mereka bersikap takbur mengingkarinya,} (As-Saaffaat 37:35)
*Begitulah sifat puak kafir; angkuh sombong tak dengar kata!!!
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْتَكْبِرِينَ ﴿٣٢﴾
Ayat 23- {Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.} (Al-Nahl 16:23)
- Allah menegaskan bahawa sebenarnya {لَا جَرَمَ} Allah mengetahui semua apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan!!
- Munasabah ayat ini jelas:
i- apabila Allah kata orang yang tidak beriman, ingkar hatinya tak terima kebenaran dan mereka sombong!
ii- maka datang ayat ini sekali lagi Allah nyatakan kamu jangan sombong kerana Allah tahu semua perbuatan kamu yang kamu zahirkan atau rahsiakan!
- Allah juga menegaskan bahawa Allah tidak suka, benci kepada orang yang sombong & takabbur.
Mereka ini angkuh, menolak kebenaran & menghina dan perli orang Islam!
Sombong dari beriman dan menerima tauhid & meletakkan ibadat hanya kepada Allah.
- Takabbur & sombong ini lebih teruk daripada dua sifat ini:
i- riya’: mereka hanya nak menunjuk kepada orang apa yang dia buat- mahu orang tengok & berbangga dengannya.
ii- sum’ah: mereka ini suka dipuji orang dengan perbuatan mereka, cari glamour.
Maka takabbur; tolak dan menghina.
- Maka apabila Allah benci & murka pastilah Allah akan jatuhkan hukuman ke atas mereka!
وَإِذَا قِيلَ لَهُم مَّاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۙ قَالُوٓا۟ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ ﴿٤٢﴾
Ayat 24- {Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu (kepada nabi Muhammad)?” Mereka menjawab: “Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.} (Al-Nahl 16:24)
- Puak kafir ini begitulah perangainya keras kepala tak dengar kata, tak mahu terima kebenaran, tak mahu terima al-Quran!
- Apabila ditanya puak kafir musyrikin tentang al-Quran, wahyu yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w- mereka terus mengeratnya dengan mengatakan bahawa ia adalah satu dongeng orang terdahulu!
Mereka menolak dan memperlekehkan al-Quran & membatalkan hujjah al-Quran!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.} (Al-Anfaal 8:31)
لِيَحْمِلُوٓا۟ أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۙ وَمِنْ أَوْزَارِ ٱلَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ أَلَا سَآءَ مَا يَزِرُونَ ﴿٥٢﴾
Ayat 25- {(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.} (Al-Nahl 16:25)
- Balasan bagi mereka- para ketua kafir yang memulakan tuduhan jahat terhadap al-Quran ini:
i- mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat,
ii- dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak berdasarkan pengetahuan yang benar.
*Yakni kerana mereka sesatkan orang tanpa ilmu maka mereka akan tanggung dosa orang yang ikut mereka!
- Begitulah bahayanya orang yang menjadi pelopor kepada dosa & maksiat.
Mereka akan pikul dosa orang buat jahat akibat bantuan atau ajaran mereka tanpa menggurangkan dosa si pelaku sedikit pun! - Contoh pak haji atau mak hajjah yang suka derma, suka ke masjd & ke Makkah selalu- tetapi dia ada bagi derma atau bagi sponsor tajaan untuk program maksiat- tak kiralah dalam tv atau radio, alam nyata atau alam maya- dia tak buat bahkan mungkin dia dok di masjid; tapi dengan bantuan & tajaannya majlis atau program maksiat itu berjalan- maka dosa orang yang buat itu tetap naik atas kepalanya!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.} (Al-‘Ankabuut 29:13) - Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَن دَعا إلى هُدًى، كانَ له مِنَ الأجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَن تَبِعَهُ، لا يَنْقُصُ ذلكَ مِن أُجُورِهِمْ شيئًا،
ومَن دَعا إلى ضَلالَةٍ، كانَ عليه مِنَ الإثْمِ مِثْلُ آثامِ مَن تَبِعَهُ، لا يَنْقُصُ ذلكَ مِن آثامِهِمْ شيئًا.
Maksudnya: “Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka.
Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dia akan menanggung dosa seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka.” [HR Muslim (6748)].
- Di akhir ayat Allah kata: Sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.
Berat sangatlah kerana dosa mereka sendiri sudah bertimbun- kemudian kena pikul lagi dosa orang yang ikut kerana terpengaruh dengan mereka!
Memikul bebanan yang begitu dahsyat; lagi ramai orang yang ikut kejahatan mereka itu lagi banyak dosa yang mereka tanggung- wal ‘iyazubillah!
- Begitu juga sebaliknya orang yang mengajar & mengajak orang buat kebaikan- mereka akan dapat juga saham pahalanya tanpa mengurangkan sedikitpun pahala si pembuat itu!
Lagi ramai orang buat baik hasil ajaran/dakwah mereka lagi banyak pahala yang mengalir masuk- alhamdulillah.
Mudah-mudahan kita semua mendapat anugerah yang banyak dari Allah atas kebaikan & galakan untuk orang buat kebaikan & mengamalkan Sunnah.
Penutup & Faedah: #
- Ayat 19- {Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.}–
Allah tahu semua yang rahsia, yang batin serta yang jelas dan zahir.
Ulama’ tadabbur cuit sedikit dengan bertanya kenapa Allah sebut yang rahsia dulu, apa yang kamu sembunyikan sebelum sebut yang zahir??
Jawapan:
Ini kerana Allah nak nyatakan ilmu Allah itu meliputi segalanya- sama saja apa yang kamu rahsiakan atau kamu zahirkan Allah tahu segalanya!
Bahkan yang kamu sembunyikan itu Allah lebih tahu terdahulu kerana biasanya kamu niat dulu dalam hati (batin) untuk buat sesuatu sebelum melakukannya!
Maka hati-hatilah- ini amaran besar bagi kita orang beriman; jangan sesekali kita berani buat dosa & mungkar samada yang zahir atau batin!
Orang yang buat maksiat atau kejahatan secara tersembunyi- selamatlah dari pengetahuan manusia atas dunia ini- tetapi ingat baik-baik- Allah mengetahui semua yang batin atau yang zahir!
Sekarang ini ada orang yang buat jahat dengan bersembunyi disebalik fake account!
Mereka rasa selamat dan berani untuk buat fitnah & tuduhan, mengata dan mengutuk tanpa segan & silu.
Orang yang teraniayai dengan kejahatan & fitnah yang disebar oleh pemilik akaun yang bersembunyi di sebalik fake account jangan bimbang- kita berdoa kepada Allah agar membalas semua itu.
Jika kita teraniaya atas dunia ini- mereka tidak akan lepas di Akhirat kelak!!!
- Ayat 20- {Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan.}–
Allah kata berhala itu tidak hidup dan tidak dapat mencipta sesuatu apa pun bahkan penyembahnya cipta-reka berhala!
Mereka sendiri adalah makhluk macamana mereka nak jadi tuhan pula???
Sudah ada ada dalam ayat 17 sebelum ini apakah tidak berulang???
Firman Allah: {Adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu?}-
Jawapan:
i- dalam ayat 17 Allah bawa soalan sentap, Allah tanya kepada mereka untuk berfikir apakah Tuhan yang menciptakan alam ini (Allah) sama dengan berhala dan lain-lain sembahan yang kamu buat lalu lantik sendiri sebagai tuhan???? Sudah pasti tidak!!!
ii- manakala di sini, dalam ayat ini Allah nak tekankan bahawa berhala sembahan mereka itu tidak memiliki sesuatu apa kuasapun- kenapa kamu nak jadikannya Tuhan yang disembah, menyekutukan dengan Allah Pencipta & Pemilik alam ini!!!
Begitulah bahayanya orang yang duduk di bawah syirik kepada Allah.
Mereka jadi buta mata buta hati, tak boleh nak berikir apabila akal sudah mabuk keracunan dengan fahaman syirik- semua perkara nak disembah!
Apabila melihat kesesatan mereka ini kita katakan alhamdulillah di atas nikmat iman & Islam, besarnya nikmat akal yang berfungsi & berfikir.
Allah juga namakan berhala sembahan mereka sebagai sesuatu yang mati, bukan sesuatu yang hidup.
Kenapa Allah katakan begitu sedangkan ia adalah batu, kayu yang tidak bernyawa!!
Ini kerana Allah mahu puak kafir itu berfikir, celik mata dan sedar bahawa apa yang mereka sembah itu adalah sesuatu yang tidak hidup, tidak bergerak tidak berkuasa yakni sesuatu yang mati!!!
Begitulah kadang-kadang orang Islam sendiri pun ada juga yang begini, suka mencari yang pelik & keramat, dok gosok, puja kubur- wal ‘iyazubillah.
- Ayat 21- {… dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).}-
Allah nyatakan bahawa hari Kiamat itu tiada siapa yang tahu.
Semua kita tak tau- yang tahu hanya Allah saja!
Ilmu tentang Kiamat ini hanya hak Allah!
Bahkan para malaikat & rasul-rasul Allah sendiri tidak tahunya kecuali apa ilmu yang Allah berikan kepada mereka.
Maka jika ada orang yang mengaku dia tahu tentang hari Kiamat dan buat teori-teori tentang tarikh Kiamat- kita boleh tolak &bantah selalu dengan ilmu yang kita dapat dari al-Quran ini!
Apabila kita tidak tahukan bilakah hari Kiamat & bila kita akan dibangkitkan; maka kita buatlah persiapan dan persediaan yang secukupnya untuk menghadapi hari Kiamat & kebangkitan kelak!!!!
- Ayat 22- {.. oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).}–
Allah nyatakan orang yang kufur tidak beriman kepada Allah mereka mempunyai dua sifat:
i- secara batin hati mereka ingkar.
ii- secara zahir mereka sombong takbur menentang kebenaran!
Mereka tak mahu terima dakwah & ajaran yang disampaikan oleh Nabi s.a.w, tak mahu percaya kepada apa yang al-Quran beritahu!
Kata ulama’ kebanyakan orang yang menolak kebenaran ini kerana mereka sombong, angkuh, besar kepala dan tak dengar kata dan keras kepala!
Begitulah bahaya sifat sombong ini sebagaimana hadis Nabi s.a.w:
الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ
“Sombong itu ialah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (HR Muslim, no. 91)
Imam al-Qurtubi menukilkan dalam Kitab Tafsirnya tentang sifat kibr (الكبر) iaitu sombong:
“كل ذنب يمكن التستر منه وإخفاؤه إلا الكبر؛ فإنه فسق يلزمه الإعلان، وهو أصل العصيان كله”
تفسير القرطبي-
“Setiap dosa itu boleh disembunyikan dan ditutup, kecuali sifat sombong; kerana sesungguhnya ia adalah suatu kefasikan yang menuntut kepada penzahiran (tidak dapat disembunyikan), dan ia merupakan akar kepada segala bentuk maksiat.” [Tafsir al-Qurtubi]
Yakni dosa lain seperti mencuri, berbohong atau maksiat tertentu boleh dilakukan secara tersembunyi dan disorok, tetapi sombong tidak.
Ini kerana sifat sombong akan terzahir melalui sikap: merendahkan orang lain, enggan menerima kebenaran, berbangga diri.
Apabila dia sombong dia kena zahirkan, iklankan kesombongannya itu!
Sifat ini mendorong seseorang untuk menolak kebenaran walaupun jelas dan menjadi akar atau sumber kepada segala maksiat & dosa.
Inilah punca derhaka & keburukan atas dunia ini datang dari sifat sombong!
Sebagaimana kisah Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam kerana sombong.
Maka kesombongan sering menjadi punca utama keingkaran kepada Allah dan kerosakan atas dunia ini!
- Ayat 25- {(Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang-orang yang mereka sesatkan…}– betapa bahaya dan ruginya orang kafir- mereka tanggung dosa sendiri & dosa orang lain pula!
*Ini untuk orang kafir!
Manakala untuk orang Islam juga ada masalah ini.
Kata ulama’: Sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, ikut nafsu dan ikut sampul; (lalu salah fatwanya) maka orang pun ikutnya- maka dosa orang yang ikutnya akan naik ke atas kepalanya!
Kerana hati-hatilah jangan mudah-mudah mengeluarkan pandangan & pendapat sendiri apabila ditanya.
Apa yang kita buat ialah menukilkan pandangan imam-imam dan ulama’-ulama’- samada ulama’ salaf & sekarang yang muktabar- bukan kita reka atau buat sendiri. Kita hanya tukang sampaikan!
Ingat baik-baik betapa bahayanya dosa jika keluarkan fatwa tanpa ilmu; tetapi kerana ikut nafsu atau ikut sampul yang diberi!!! Na’uzubillah!
Ini dosa yang berat- kita bertanggung-jawab dengan dosa sendiri kemudian dengan dosa yang ikut kita dalam kesesatan itu!
Manakala jika ajar & sebarkan kebaikan kepada orang- jika orang buat & ikutnya dia akan dapat saham pahala juga insya’ Allah!
Kerana itu kita suka sekali untuk menyebar dan menggalakkan masyarakat untuk beramal dengan amalan yang benar dan Sunnah Nabi s.a.w yang sahih!
Allah nyatakan di sini tanpa ilmu- maka jika orang yang ada ilmu & layak buat ijtihad dan mengeluatkan fatwa- tetapi tiba-tiba fatwanya salah- dia tidak berdosa!
Jika tidak akan tersekat & terbantulah perjalanan agama ini kerana para ulama’ yang layak pun tak berani lagi untuk mengeluarkan pendapat mereka kerana takut tersalah lalu berdosa!
Tetapi jika kita tahu fatwanya tak betul janganlah kita ikut fatwanya itu!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Selasa 21/04/2026 / 03 ZulQa’dah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=932880219562499&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
