Kafir Berhujjah Dengan Qadar, Setiap Umat Ada Rasul, Jauhi Taghut & Nabi S.A.W Nak Hidayahkan Kafir

Live Pagi Rabu 29/04/2026 / 11 ZulQa’dah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (10) Ayat [35-37]
Full video: https://youtu.be/Xgw35p8vJ5w?si=4v6tjUu7Eq-fItPe
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 35 sehingga ayat 37 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kafir berhujjah dengan qadar, contoh Tuhan telah taqdirkan mereka kafir jadi kenapa nak marahnya!
Bahkan orang Islam pun ada guna hujjah ini mereka buat dosa kerana Allah taqdirkan – ini adalah hujjah syaitan.
- Kemudian Allah nyatakan setiap umat ada rasul, Allah telah utuskan rasul kepada mereka untuk berdakwah dan memberi ajaran Islam.
- Ajaran rasul itu yang utamanya ialah agar manusia menyembah Allah & jauhi taghut.
Nabi s.a.w sangat nak & loba agar semua umatnya mendapat hidayah dan beriman.
Tapi semua itu di bawah kuasa Allah s.w.t.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang keraguan & syubhah yang ditimbulkan oleh puak kafir iaitu mereka tolak al-Quran & syubhah kedua mereka minta malaikat datang- jika tidak mereka tidak mahu beriman.
ii- maka datang ayat ini iaitu tentang keraguan & syubhah ketiga yang ditilbulkan oleh puak yang menentang Nabi s.a.w.
Mereka kata mereka menjadi kafir kerana telah ditaqdirkan Allah begitu- kenapa nak marah lagi kerana Allah yang pilih mereka sebagai kafir!
Inilah puak yang pening- jika tak pening mereka akan ikut Nabi s.a.w!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَقَالَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ لَوْ شَآءَ ٱللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىْءٍ نَّحْنُ وَلَآ ءَابَآؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىْءٍ ۚ كَذَٰلِكَ فَعَلَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ فَهَلْ عَلَى ٱلرُّسُلِ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ ﴿٥٣﴾
Ayat 35- {Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: “Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, – (tidak) kami dan tidak juga datuk nenek kami; – dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya”. Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka. (Apa yang mereka katakan itu adalah salah semata-mata) kerana bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan (kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas nyata?} (Al-Nahl 16:35)
- Puak kafir musyirikn berhujjah dengan hujjah yang batil kepada Rasulullah s.a.w.
Mereka kata mereka telah ditaqdirkan Allah untuk menjadi kafir dan menyembah selain Allah. - Dengan kehendak Tuhan juga mereka telah buat seperti haramkan apa yang Allah halalkan atau halalkan apa yang haram.
Ini menjadi dalil bahawa Tuhan telah redha dengan perbuatan mereka! - Ada juga anak orang Islam yang sesat yang mengguna-pakai hujjah ini dengan mengatakan mereka tak solat atau mencuri- kerana semua itu taqdir Allah!
Ingat kita tidak boleh berhujjah dengan taqdir dalam perkara kejahatan, maksiat & dosa!
- Orang kafir dulu pun telah buat perangai begini dan guna hujjah yang sesat ini!
Ini kerana semua kafir itu samada dari zaman Nabi Nuh, nabi Lut sehingga kini- mahaguru mereka hanya satu & sama iaitu syaitan!
Jadi kita orang beriman jangan begitulah!
- Ayat ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Orang-orang musyrik akan mengatakan: “Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun”.
Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami?
Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta”.
Katakanlah (wahai Muhammad: “Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata.
Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya”.} (Al-An’aam 6: 148-149)
- Allah menolak hujjah mereka itu dengan menegaskan bahawa rasul telah diutuskan kepada mereka yang tugasnya adalah untuk menyampaikan hukum & kehendak Allah dengan jelas dn nyata – maka kamu manusia yang diberi akal oleh Allah pilihlah jalan mana yang kamu mahu- jalan iman atau kufur!
- Nota [535]: Kaum kafir musyrikin cuba berdalil dengan soal taqdir Tuhan, dengan mengatakan kalau Allah mengkehendaki tentulah kami & datuk nenek kami tidak menyembah sesuatu yang lain selain dari-Nya atau mengharamkan apa yang diharamkannya.
Apa yang mereka katakan itu adalah dalihan sahaja, kerana Allah telah mengutuskan rasul-rasul-Nya silih berganti dari zaman nabi Adam a.s sehingga kepada zaman Rasulullah s.a.w; yang menerangkan kepada umat masing-masing apa yang dikehendaki Allah- iaitu jangan menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya serta hendaklah menurut hukum-hukum-Nya!
- Allah telah nyatakan bahawa kerja rasul adalah menyampaikan sejelas-jelasnya, menyatakan kepada umatnya apa yang diperintahkan Allah s.w.t serta memimpin mereka kepada jalan yang Allah redha; jika ikut selamat, tak ikut binasa!!!
- Maka kamu sebagai manusia yang diberi akal oleh Allah; pilihlah jalan mana yang kamu mahu- jalan iman atau jalan kufur!
Jika salah pilih jalan jawabnya berantakanlah!!!
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُ ۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ ﴿٦٣﴾
Ayat 36- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.} (Al-Nahl 16:36)
- Allah telah mengutus para rasul dan memberi tugas kepada mereka untuk untuk menyeru manusia:
i- Hendaklah kamu menyembah Allah;
ii- dan jauhilah Taghut.
*Kedua ini mesti selari dan seiring sebagaimana burung mesti terbang dengan dua sayap iaitu tauhid sembah Allah & jauhi taghut iaitu syirik.
- Pertembungan antara dua ini wajib dijalankan.
Jika tidak kamu akan menjadi orang yang paginya beriman tetapi petangnya kafir!!
Inilah fitnah bagi umat akhir zaman ini! - Nota [536]; Taghut ini ialah syaitan, berhala-berhala dan apa saja yang menyesatkan maka namanya taghut!
- Mengikut bahasa Arab makna taghut ialah setiap benda yang disembah selain Allah tak kira batu kayu, logam, plastik- apa saja yang disembah selain Allah.
Maka semua puak kafir itu tuhan mereka ialah taghut mereka itu.
Penyembahnya taghut & yang disembah iu juga taghut! - Allah s.w.t bahagi dua umat ini:
i- Ada di antara mereka ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah lalu mereka menerima seruan Rasul itu mendapat bimbingan dan taat kepada Allah & Rasul.
ii- ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Mereka berterusan dalam kekufuran maka Allah akan binasakan mereka!
- Ada yang Allah pilih mereka untuk beriman kepada Allah, mengikut rasul-Nya & taat kepada rasul!
YA Allah jadikan kami orang yang diberi hidayah mengikut rasul, beriman dan beramal pada jalan yang diredhai.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.} (Hud 11:105)
ii- {… serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) – yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.} (Asy-Syuura 42:7)
- Di akhir ayat Allah memberi arahan agar manusia mengembara di muka bumi ini untuk mengambil iktibar & pengajaran.
Lihatlah kesan-kesan- apa yang terjadi kepada umat terdahulu yang telah mendustakan & menentang para rasul dan menghina umat Islam.
Allah telah binasakan mereka semua secara menyeluruh tidak tinggal baka-keturunan!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.} (Al-Hajj 22: 45-46)
*Jangan pergi tengok untuk suka-suka atau healing saja- jika tidak kita akan jadi orang yang buta hati!!!
- Yakni Allah perintahkan kita untuk berjalan atas muka bumi ini ke tempat yang ada manfaat untuk Islam, untuk ambil iktibar & pengajaran.
Bukan sekadar pergi healing, cari makan dan suka-suka saja tanpa matlamat yang dapat memantapkan iman kita memberi manfaat kepada agama kita!
إِن تَحْرِصْ عَلَىٰ هُدَىٰهُمْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَن يُضِلُّ ۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ ﴿٧٣﴾
Ayat 37- {Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.} (Al-Nahl 16:37)
- Dalam ayat ini Allah telah tetapkan bahawa walaupun setara mana Rasulullah s.a.w berharap, mahu dengan loba untuk mengajak orang kafir itu kepada kebenaran & keimanan- tetapi apabila Allah telah taqdirkan dengan hikmah-Nya bahawa mereka ini sesat & kafir- mereka tidak akan buka hati buka minda untuk menerima Islam.
- Yakni Allah nyatakan di sini sebagai Rasulullah s.a.w sebagai rahmatan lil-alamin yang penuh kasih-sayang kepada umatnya, asyik memikirkan untuk menyelamatkan mereka daripada kekufuran & jalan yang sesat!
- Tetapi manusia ini bodoh- tidak pandai untuk memilih jalan yang benar, jalan yang membawa mereka kepada kebaikan dan kebahagiaan dunia Akhirat, jalan yang diredhai Allah.
- Lalu Allah perintahkan Baginda agar jangan hiraukan mereka lagi, tak perlu tumpukan masa & tenaga untuk mereka lagi!
Cari & pergilah kepada orang lain yang mahu menerima memerlukan dakwah itu!
Di mana bumi subur di situ benih ditabur. - Yakni selepas kita berdakwah dan menyampaikan kepada mereka & jelas mereka tetap mendustakan, menolak & menentang barulah kita tinggalkan berpaling dari mereka dan mencari orang lain pula yang boleh menerima dakwah ini!
Jangan habiskan masa dengan menunggu dan merayu mereka yang jelas seolah menunggu buah yang tak akan gugur!!
- Allah juga nyatakan bahawa orang-orang yang sesat itu tidak akan ada orang yang dapat memberi petunjuk kepada mereka atau menyekat mereka daripada ditimpa azab atau menyelamatkan mereka daripada azab yang telah ditimpakan.
- nota [537]: Yakni jika engkau Muhammad s.a.w sangat inginkan dan loba tamak supaya kaum engkau yang masih degil dalam kekufurannya mendapat hidayah petunjuk; maka yang demikian itu tidak ada faedah kerana Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang yang berhak disesatkannya.
Hidayah petunjuk Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, bukan semata-mata pemberian yang diberikan tanpa bersebab!
Begitu juga kesesatan yang dijadikan kepada seseorang itu disebabkan salah pilihnya orang itu sendiri sesudah diterangkan kepadanya mana yang benar & mana yang salah!
*Jangan menyalahkan taqdir tetapi salahkan diri kita sendiri yang memilih yang tidak betul.
Penutup & Faedah #
- Ayat 35- {Dan berkatalah orang-orang kafir musyrik: “Kalaulah Allah menghendaki, tentulah kami tidak menyembah selain daripadanya sesuatupun, …}– puak kafir yang keras kepala itu berkata jika Tuhan nak mereka akan jadi baik- tetapi kenapa Tuhan buat mereka sesat!
Jadi mereka berdalil bahawa apa yang mereka buat itu adalah merupakan taqdir Allah- dan apabila taqdir Allah, bermakna Tuhan sayang kepada mereka!
Kepeningan puak kafir ini perlu diperbetulkan! Bukan bermakna Tuhan bagi nikmat kita kaya, bisnis hebat, nak berjalan pun bukan dengan kaki tetapi dengan kereta dan helicopter- tanda Tuhan sayang! Tidak sesekali!!
Inilah hujjah puak kafir yang berhujjah dengan taqdir Allah.
Kita orang Islam tidak dibenarkan untuk berhujjah dengan hujjah seperti ini sesekali!
Kehendak Allah ada dua:
i- kehendak kauniyah- untuk seluruh alam ini, yang kafir atau yang muslim semuanya terjadi apabila Allah nak suruh terjadi!
ii- kehendak diniyyah atau Syar’iyyah- kehendak dari sudut Syara’ atau agama; Allah pilih hanya untuk orang beriman saja kerana hanya orang beriman yang dengar kata.
Kita lihat hari ini betapa orang Islam yang langgar perintah Allah cari rezeki tak kira guna cara halal haram tetapi berjaya & kaya-raya!
Inilah bala akhir zaman media sosial hari ini kita boleh lihat semuanya; ramai yang salah gunakannya, buat maksiat atau menyebarkan fitnah, maka tak tahu kita nak kata celaka atau doa agar Allah beri hidayah kepada mereka!
Berat juga ujian ke atas umat Islam ini- bila kaya jadi sombong atau lupa diri.
Tetapi katanya saya tak sombong saya suka tolong orang, suka menderma, sedekah sana charity sini, jamuan sini sponsor sana!
Jangan kita rasa orang baik atas dunia ini kerana hanya berbuat baik dengan makhluk saja seperti beri derma bantuan semua apa- tetapi yang besarnya kita hendaklah lihat dia tak baik dengan Allah!!!
Tidak dengar perintah Allah.
Tak sombong dengan manusia tetapi sombong dengan Tuhan kerana tak mahu ikut & taat kepada perintah & larangan-Nya!
Ingat, sekali Allah sentap tak bergerak kita, samada empayar perniagaan runtuh atau Allah tarik kesihatan atau keupayaan diri!
Ingat hujjah yang digunakan puak kafir apabila Allah beri kekayaan itu tanda Allah sayang adalah tidak benar!
Begitu juga pelajar yang baik akhlak dan rajin, susah nak menghafaz al-Quran & mengingati pelajaran tetapi pelajar yang nakal & tak baik akhlaknya senang-senang dapat straight A.
Maka itu bukan tanda Tuhan sayang & redha tetapi satu istidraj- Allah beri nikmat agat tambah kufur & lalai lalu makin jauh dari Tuhan!
Na’uzubillah kita minta berlindung dengan Allah!
- Ayat 36- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):…}–
Allah nyatakan bahawa Dia akan utus & hantar seorang rasul bagi setiap umat itu yang membawa agama ini!
Ayat ini berkembar dengan ayat ini:
{Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).} (Al-Israa’ 17:15)
Maka kebangkitan atau utusan (البعث) itu ada dua:
i- bangkit kauniyyah ( البعث كونية) di mana semua manusia dibangkitkan.
ii- bangkit diniyyah (البعث دينية) iaitu rasul-rasul dibangkitkan kepada setiap umatnya yang membawa agama ini!
Jadi setiap umat sudah dibangkitkan rasul dan setiap umat tidak akan diazab kecuali setelah dibangkitkan rasul kepada mereka.
Allah hantar rasul untuk pilih manusia mana yang akan ke syurga & siapa yang akan ke neraka!
Allah kata siapa dapat hidayah selamatlah dia dan siapa yang sesat binasalah!
Allah tidak akan binasakan orang tidak beriman begitu saja- Allah hantar dulu utusan rasul untuk berdakwah mengajar mereka.
Setiap orang juga tidak akan menaggung dosa orang lain.
Inilah rahmat Allah kepada manusia, Dia tidak akan binasakan manusia begitu saja, hanya apabila sampai masanya setelah diutus rasul mereka melawan & menolaknya baru dibinasakan kesemuanya!
- Ayat 36- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”.}-
Tugas dan dakwah para rasul itu satu saja- bermula dari zaman Adam & Nuh sehingga kepada rasul kita Muhammad s.a.w- dakwah mereka hanya satu saja iaitu tauhid kepada Allah Azza wa Jalla semata-mata, tiada yang lain!
Mungkin berbeza dari sudut perundangan Syari’ah!
Dari segi hukum halal haram mungkin berbeza tetapi dari sudut tauhid sama.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
أَنَا أَوْلَى النَّاسِ بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ، أُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى وَدِينُهُمْ وَاحِدٌ
Maksudnya: “Aku merupakan manusia yang paling utama (paling hampir) dengan ‘Isa bin Maryam di dunia dan akhirat.
Para nabi adalah saudara-saudara sebapa daripada pelbagai ibu. Ibu-ibu mereka berbeza namun agama mereka satu.” [HR al-Bukhari (3443)]
Maksudnya agama sama tauhid kepada Allah cuma perundangan berbeza, dari sudut ibadat, halal haram dan seumpamanya!
Contoh- waktu & cara solat atau puasa yang berbeza, halal untuk dimakan oleh umat dulu tetapi tidak oleh umat kita sekarang dan lain-lain.
- Ayat 36- {Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”.}– kita diperintahkan untuk menjauhi taghut iaitu semua perkara yang disembah selain daripada Allah namanya taghut- iaitu menjauhi syirik!
Jadi Taghut itu mempunyai beberapa makna:
i- semua perkara yang disembah selain daripada Allah- segala berhala tak kira batu kayu pokok apa!
ii- syaitan- taghut yang menyesatkan manusia!
iii- pemerintah yang zalim- contoh seperti Fir’aun yang zalim & membunuh manusia.
Dia juga kafir & mengaku Tuhan- dua kali taghut!
iv- orang yang makan rasuah juga dipanggil taghut.
v- orang yang disembah manusia dan dia redha dengannya adalah taghut juga!
Seperti paderi dan ketua-ketua gereja- tetapi tidak termasuk Nabi Isa & Uzair yang tidak redha disembah & ingkar menentangnya!
vi- orang yang mengajar orang tanpa ilmu.
vii- setiap orang yang mengikut hawa nafsu.
Dia tahu dah al-Quran kata begini, hadis kata begini tetapi mereka nak lawan & nak buat juga maka dia adalah taghut juga!
viii- termasuk juga dalam taghut ketua-ketua ajarn sesat yang menyesatkan manusia seperti ahli sihir, tukang nujum dan seumpamanya!
Kata Imam Nawawi rhm: Sepakat kebanyakan ulama’ mengatakan taghut itu ialah semua benda yang disembah oleh manusia.
*Tetapi manusia yang tidak redha mereka disembah seperti malaikat, Nabi Isa & Uzair tidak termasuk dalam kumpulan taghut ini.
- Ayat 37- {Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya;..}-
Jika kamu semangat setara mana sekalipun nak beri hidayah kepada orang- Nabi s.a.w hanya berkuasa dan mampu untuk beri hidayah irsyad memberi bimbingan & tunjuk ajar!
Tetapi untuk buka hati orang terima & beriman iaitu hidayah taufiq adalah milik Allah dan kuasanya hanya di sisi Allah!
Sifat Nabi s.a.w begitulah:
{Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.} (At-Taubah 9:128)
Kata ulama’ ayat ini juga memuji sifat Nabi s.a.w atas sifatnya yang membawa rahmat kepada sekelian (رحمةً للعالمين).
Iaitu yang sangat tamak haloba {حَرِيصٌ عَلَيْكُم} mahukan kebaikan untuk umatnya, mahu mereka beriman agar selamat.
Kita sebagai pengikut Nabi s.a.w, kita kena semangat berjuang untuk menyampaikan kepada umat dan memandaikan umat ini dengan al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w.
Orang marah, orang tentang kita jangan hiraukan, lawan tetap lawan- membujur lalu melintang patah!
Jika jalan clear kita pecut sedikit, jika jalan berliku kita perlahan sedikit takut terbabas, jumpa lampu merah kita berhenti tetapi jangan matikan enjin terus!
Semoga Allah kurniakan kepada kita sifat sabar dalam berdakwah, sifat semangat untuk memandaikan ummah ikut al-Quran & Sunnah.
Serta mempunyai strategi yang baik agar dakwah kita ini sampai kepada masyarakat, mudah-mudahan ada telinga yang mendengar, ada mata yang celik & ada hati yang terbuka dan diterima oleh masyarakat, insya’ Allah!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Rabu 29/04/2026 / 11 ZulQa’dah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=939557582228096&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
