Saksi Setiap Umat, Kafir Kecewa Tengok Berhala & Semua Akur Perintah Allah S.W.T.

Live Pagi Isnin 18/05/2026 / 01 Zulhijjah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (24) Ayat [84-87]
Full video: https://youtu.be/iN6BPlUH3I8?si=YE0Y0yBAaBHD27pI
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 84 sehingga ayat 87 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam ayat yang mulia ini Allah s.w.t nyatakan bahawa bagi setiap umat ada saksi dari kalangan rasul mereka sendiri yang menyatakan bahawa rasul telah menyampaikan tugasnya tinggal mereka yang degil keras kepala!
- Di Akhirat kelak Allah gambarkan keadaan puak kafir kecewa besar apabila tengok berhala dan segala taghut sembahan mereka turut berada di dalam neraka, kena azab bersama mereka!
Tidak dapat beri apa-apa manfaat kepada mereka! - Kemudian Allah nyatakan semua akan akur tunduk kepada perintah Allah S.W.T.
Kerana pada masa itu sudah jelas bala bencana & kekuasaan Allah s.w.t.
Maka beringatlah agar kita tidak kecewa & diazab di Akhirat kelak. - Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa ada kafir yang tahu tentang nikmat Allah s.w.t- antara nikmat yang besar ialah kedatangan Nabi s.a.w, mereka kenal Nabi sebagai orang yang jujur & amanah, baik jiwa & akhlaknya; tetapi mereka tetap menolak dan mengingkari dakwahnya.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa di Akhirat kelak- para Nabi yang mereka ingkari & tentang itu akan menjadi saksi ke atas mereka bahawa dakwah & bimbingan telah disampaikan, telah diajar tetapi apa boleh buat mereka yang degil keras kepala tetap tak mahu terimanya!!
Alhamdulillah hari ini kita telah memasuki 1hb Zulhijjah 1447H- yang disebut sebagai 10 hari yang terbaik dunia- iaitu 10 awal Zulhijjah.
Jangan lupa juga membaca doa apabila lihat anak bulan atau masuk bulan baru seperti yang dibuat oleh Nabi s.a.w:.
Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a:
كَانَ إِذَا رَأَىْ الهِلَالَ قَالَ
Maksudnya: “Apabila Baginda S.A.W melihat anak bulan, Baginda S.A.W akan membaca doa ini:
اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ
“Ya Allah, keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu (wahai bulan) ialah Allah S.W.T. [HR at-Tirmizi, no. Hadith 3373]
Alhamdulillah syukur juga pada tahun ini Makkah & Malaysia akan beraya pada hari yang sama iaitu pada hari Rabu 10hb Zulhijjah 1447H bersamaan 27/5/2026, insya’ Allah.
Yang penting kita tingatkan taqwa, perbanyakkan amal ibadat, syukur atas nikmat ini & doakan agar kita terus berada di atas jalan yang lurus atas dunia ini dan berakhir dengan husnul-khatimah dan selamat di Akhirat kelak.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَيَوْمَ نَبْعَثُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا ثُمَّ لَا يُؤْذَنُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ ﴿٤٨﴾
Ayat 84- {Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir (memberi sebarang alasan), dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.} (Al-Nahl 16:84)
- Allah nyatakan bahawa di hari Kiamat kelak Allah akan bangkit seorang saksi seorang rasul dari kalangan setiap umatnya- samada ke atas mereka yang kafir atau yang beriman.
Rasul akan bersaksi bahawa mereka telah menyampaikan segalanya tetapi mereka yang berkeras menolak & menentang!
- Nota [574]- Iaitu Rasul sendiri yang telah diutuskan oleh Allah Ta’ala kepada mereka.
Ia menjadi saksi pada hari itu untuk menerangkan tentang sambutan mereka kepadanya, samada mereka beriman dan taat kepada Allah atau mereka berpaling ingkar. - Kemudian Allah nyatakan bahawa pada hari itu:
i- tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir memberi sebarang alasan, tidak diberi peluang untuk bercakap membela diri;
[575] Yakni mereka tidak berpeluang langsung untuk berdalih atau memohon ampun, kerana masa bertaubat sudah terlambat.
ii- dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah- yakni Allah tidak akan biarkan , tidak akan izinkan puak kafir untuk meminta ampun & maaf!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.} (Al-Mursalaat 77: 35-36) - Yakni mereka tidak berpeluang lansung untuk bercakap & berdalih hatta boleh kelentong, putar belit dan memohon keampunan kerana waktu bertaubat telah ditutup!!!
*Atas dunia waktu bertaubat tetapi di Akhirat esok adalah waktu untuk menerima akibat!
- Kata ulama’: Kita tak minta lagi dari orang kafir supaya mereka minta keredhaan Allah atau minta mereka dihantar balik ke dunia untuk bertaubat!
Maka berlakulah apa yang Allah perintahkan pada hari itu!
Orang mukmin bahagia dan redha, tenang di syurga; manakala orang kafir cari penyakit kena bala kerana tak dengar kata!
وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ ظَلَمُوا الْعَذَابَ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ﴿٥٨﴾
Ayat 85- {Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab, maka tidak akan diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka pula tidak diberi tempoh.} (Al-Nahl 16:85)
- Apabila puak kafir melihat api neraka marak menyala; tidak diringankan kepada mereka azab neraka itu!
Tak boleh nak buat apa lagi!
Tidak ada peluang lansung untuk mendapat keampunan lagi! - Kata Ibnu Asyur rhm: Apabila orang jahat ini ditolak oleh malaikat ke tempat azab; mereka berasa amat takut dan merayu untuk minta diringankan azab, minta tanguh; tetapi tidak dihiraukan dan mereka ditendang masuk ke dalamnya tanpa ampun maaf lagi!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.} (Al-Kahfi 18:53) - Azab itu tidak akan ditangguh dan mereka tidak dilewatkan untuk masuk neraka, walaupun sesaat tidak akan ditangguh!
Maka jangan kita bergurau cari penyakit- usahalah agar kita di Akhirat kelak selamat dengan mendapat nikmat beriman kepada Allah dan menjalankan tugas sebagai hamba Allah dengan penuh kesedaran & kesabaran atas dunia ini!
وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ أَشْرَكُوا شُرَكَاءَهُمْ قَالُوا رَبَّنَا هَٰؤُلَاءِ شُرَكَاؤُنَا الَّذِينَ كُنَّا نَدْعُو مِن دُونِكَ ۖ فَأَلْقَوْا إِلَيْهِمُ الْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكَاذِبُونَ ﴿٦٨﴾
Ayat 86- {Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu”. Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: “Sesungguhnya kamu adalah berdusta”.} (Al-Nahl 16:86)
- Apabila masuk ke dalam neraka- puak kafir bertempik melaung dengan penuh kecewa apabila melihat di dalam neraka itu sudah penuh dengan berhala dan sembahan yang mereka sekutukan kepada Allah!
- Mereka amat kecewa kerana mereka berharap & menyangka berhala dan segala sembahan itu menjadi penolong mereka, menjadi perantaraan untuk menyelamatkan mereka!
- Berhala-berhala itu pula berkata kepada puak kafir yang sembah mereka dulu: Wahai puak kafir- kamu itu bohong- macamana kamu kata itu kami ini tuhan dan kami tak pernah menyuruh kamu menyembah kami!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.} (Yunus 10:8) - Semua sembahan kafir akan dicampak ke dalam neraka kecuali: Malaikat yang dikatakan oleh puak kafir sebagai anak Tuhan, Nabi Isa yang dikatakan Tuhan atau anak Tuhan & Uzair yang dikatakan anak Tuhan juga!
Ini kerana mereka ini disembah tanpa keredhaan & keizinan mereka!
وَأَلْقَوْا إِلَى اللَّهِ يَوْمَئِذٍ السَّلَمَ ۖ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ ﴿٨٧﴾
Ayat 87- {Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).} (Al-Nahl 16:87)
- Semua puak kafir menyerah diri kepada Allah, tunduk akur kepada ketetapan Allah.
Menghina diri, patuh kepada arahan semuanya tunduk bersedia untuk menerima ketetapan Allah s.w.t. - Semua mereka tahu bahawa mereka semua berhak diazab kerana mereka telah kufur & syirik kepada Allah semasa hidup dulu!
Lalu mereka tunduk akur tak ada peluang untuk melawan lagi. - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{“Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?”
(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);} (As-Saaffaat 37: 25-26) - Pada hari itu tiada peluang untuk angkat kepalapun apatah lagi nak tolong-menolong antara mereka yang kafir & sembahan mereka itu!
Maka kita hidup atas dunia ini jangan cari penyakit, kita betulkan keadaan agar kita semua mendapat kasih-sayang Tuhan! - Pada waktu itu telah hilang lenyap, ghaib semua apa yang mereka sembah atas dunia dulu!
Tiada juga apa yang mereka reka-reka dulu bahawa Tuhan sembahan mereka itu akan dapat memberi syfaat dan menolong mereka kelak!
Tetapi tidak ada yang tinggal satu habuk pun berhala sembahan mereka itu!
Tidak ada siapa yang boleh membantu & penolong mereka!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Dan (ingatlah) pada hari (kiamat), Allah akan menyeru mereka lalu bertanya: “Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu sifatkan mereka (menjadi tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?”
Dan (pada hari itu) Kami keluarkan dari tiap-tiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan (kepada golongan yang kafir): “Bawalah keterangan dan bukti kebenaran kamu”. Maka (pada saat itu) ketahuilah mereka bahawa kebenaran (hak ketuhanan) itu tertentu bagi Allah, dan (dengan itu), hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu.} (Al-Qasas 28:74-75) - Pada saat itu baru puak kafir tahu apa yang benar (haq) itu adalah haq Allah!
Segala berhala & sembahan mereka tidak dapat menolong mereka lansung bahkan turut terbakar dalam neraka bersama mereka!
Penutup & Faedah #
- Ayat 84- {Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi;..}-
Allah ceritakan kepada kita tentang keadaan puak kafir musyrikin pada hari Kiamat.
Mereka cuba nak lawan, nak kelentong, putar belit dengan bermacam alasan; kami tak tahu, tak sampai dakwah dan seumpamanya!
Kemudian datang rasul yang telah diutuskan kepada mereka untuk menjadi saksi!
Bahawa para rasul telah menyampaikan apa yang diwahyukan Allah dengan jelas & sempuran kepada mereka!
Tetapi sebahagian manusia itu amasih menolak dan menentang!
Ini sebagaimana firman Allah ini:
{Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?} (An-Nisaa’ 4:41)
Kisah tentang ayat ini sangat menarik, kita lihat hadis riwayat dari Abdullah bin Mas’ud R.A:
قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “اقْرَأْ عَلَيَّ”، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آقْرَأُ عَلَيْكَ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ،
قَالَ: «نَعَمْ» فَقَرَأْتُ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى أَتَيْتُ إِلَى هَذِهِ الآيَةِ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ، وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41]،
قَالَ: “حَسْبُكَ الآنَ” فَالْتَفَتُّ إِلَيْهِ، فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ
Maksudnya: “Telah bersabda kepadaku Rasulullah S.A.W: “Bacalah (al-Quran) kepadaku”.
Aku berkata: Aku baca kepadamu sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada engkau? Rasulullah S.A.W bersabda lagi: “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya daripada orang lain”.
Maka aku pun membaca surah al-Nisa’ sehingga aku sampai pada ayat:
{“Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri untuk menjadi saksi terhadap perbuatan mereka) dan Kami juga datangkan kamu (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?”}
Rasulullah S.A.W bersabda: “Cukup.”
Aku berpaling kepada Rasulullah S.A.W lalu aku melihat mata Rasulullah sedang berair (menangis)”. [HR al-Bukhari (5050)]
Ini kerana tugas Baginda s.a.w yang besar akan menjadi saksi kepada seluruh manusia pada hari Kiamat nanti!
Kita semua akan menjadi saksi maka biarlah kita menjadi saksi yang benar, yang telus; kerana kita semua akan dipertanggung-jawab di hadapan Allah!
- Ayat 84- {… kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir (memberi sebarang alasan), dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.}-
Allah tegaskan pada hari itu orang kafir tak boleh lagi nak minta uzur buat alasan untuk mempertahankan diri mereka!
Allah tidak akan benarkan lagi mereka bercakap kerana jika diberi peluang mereka akan menipu dan kelentong lagi walaupun di hadapan Tuhan!
Sebagaimana dalam ayat surah al-Mursalat ini:
{Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.} (Al-Mursalaat 77: 35-36)
Yakni pada hari itu adalah hari yang tidak boleh bercakap, walaupun ada peringkat mereka boleh bercakap- ini kerana tempoh hari Kiamat itu panjang dan tahap & peringkatnya!
Allah juga sebut kemudian {ثُمَّ}- ini kerana selepas para nabi datang menjadi saksi- puak kafir terus bising cuba bercakap memberi hujjah, alasan & keampunan Allah; lalu kemudiannya Allah terus tutup sealed mulut-mulut mereka!
Barulah mereka sedar & tahu ke mana hala-tuju, tempat jatuhnya mereka selepas ini- iaitu neraka dan azabnya menanti mereka!
- Ayat 84- {… dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan Allah.}- mereka tidak dicela & tidak lagi dituntut untuk memohon ampun dan keredhaan Allah.
Kerana Allah sudah murka, mereka sudah diwartakan, sudah dipastikan akan dicampakkan ke dalam neraka!
Maka tak perlu kita cela, tegur dan kutuk mereka lagi pada waktu di Akhirat itu kerana tiada faedah dan guna lagi!
Yang boleh kita cela, kutuk tegur atas dunia ini orang jahat, ahli maksiat dan pelaku salah tegar dengan harapan mereka insaf akan kembali bertaubat kepada Allah & meninggalkan maksiat & keburukan mereka itu!
Di Akhirat tiada harapan lagi, serahkan urusan mereka kepada malaikat, biar malaikat hentam, herdik, jatuhkan hukuman dan azab mereka nanti.
Kita tiada apa-apa kuasa dan pengaruh lagi, tiada faedah kerana mereka tidak akan boleh kembali lagi!
Buat rugi masa dan tenaga kita saja untuk campur-tangan!
- Ayat 85- {Dan apabila orang-orang yang melakukan kezaliman (dengan kekufurannya) itu melihat azab…}– pada hari Kiamat apabila puak kafir melihat azab baru mereka tahu apa yang mereka tidak percaya, dustakan dan ingkari atas dunia dulu telah ada sungguh!
Maka mereka tak dapat buat apa lagi, telah ada di depan mata & tidak dapat lari dan selamat darinya lagi!!!
Firman Allah s.w.t:
{Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.} (Al-Furqaan 25:12)
Yakni neraka itu apabila melihat kumpulan orang kafir yang dibawa malaikat untuk dicampak ke dalamnya- dari jauh lagi ia bertempik dan menjerit dengan ganasnya!
Begitu garang dan menakutkan sekali neraka itu!
اللَّهُمَّ أجِرْنا مِنَ النَّارِ
Ya Allah lindungilah kami dari api neraka.
Kita minta pertolongan dengan Allah agar selamat dari azab neraka ini!!!!
- Ayat 86- {Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu”.}– apabila puak kafir melihat berhala sembahan mereka yang mereka jadikan sekutu bagi Allah telah berada di dalam neraka- mereka pun berkata: Wahai Tuhan itulah berhala atau sembahan yang kami jadikan sekutu atau partner bagi-Mu.
Mereka sandarkan sembahan itu sebagai partner mereka kerana semua itu bukan partner Tuhan- mereka yang sekutukan & syirik kepada Allah dengan semua sembahan itu- bukan Allah yang suruh mereka buat syirik!
Bahkan berhala dan segala sembahan mereka itu marah dan mengamuk pula kepada para kafir yang menjadikan mereka sembahan itu!
Kerana puak kafir itulah mereka diazab juga di dalam neraka!!!
Di akhir ayat Allah kata: Mereka semua penyembah & yang disembah semua akur kepada Allah s.w.t & ketetapannya!
Semua itu salah mereka; kerana dulu mereka telah diajar didakwah untuk murnikan tauhid, jangan sembah selain dari Allah tetapi mereka tak dengar!
Maka itulah kecelakaan besar kepada manusia apabila mereka buat ikut nafsu tak ikut wahyu!
Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.} (As-Sajdah 32:12)
Apabila tengok neraka di depan mata baru minta nak balik semula ke dunia untuk jadi orang baik- satu permintaan & penyesalan yang tiada gunanya!
Akhirnya Allah kata: {… dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).}
Jangan lupa pesanan mesra Abu Anas:
Dengan kedatangan 10 Zulhijjah yang besar kelebihannya ini iaitu hari-hari terbaik dunia- 10 awal Zulhijjah!
Kita tingkatkan taqwa dengan tambahkan ibadat, puasa sunat jika sihat, infaq dan sedekah jika mampu serta banyakkan baca al-Quran & berzikir insya’ Allah!
Boleh mula takbir mursal siang malam bermula hari ini.
Bukan takbir raya lagi tetapi takbir mutlaq.
Fokus infaq kita awal Zulhijjah ini ialah:
PROJEK INFAQ PEMBELIAN AMBULANS DAKWAH UNLIMITED 2026
Insya’ Allah, Infaq Jumaat & Peluang Menambah Saham Akhirat Pada Awal Zulhijjah tahun 1447H kita jayakan projek ini.

SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BERIKUT
Atas Nama: DAKWAH UNLIMITED
No. Akaun: 5630-2861-5736
Ref: Ambulans
UNTUK PERTANYAAN SILA HUBUNGI
Faizul DU @ Kareem
017-967 0619
Untuk keterangan lanjut tentang keperluan & manfaat projek infaq dan waqaf ini sila baca di link berikut; https://www.facebook.com/share/p/17uVA7kqCu/
Akhukum,
Dr. Abu Anas Madani, 18-05-2026 / 01 Zulhijjah 1447H.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Isnin 18/05/2026 / 01 Zulhijjah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=954755347374986&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
