Kehebatan Nabi Ibrahim A.S, Banyak Kebajikan Yang Ditunjukkan & Ikutilah Agama Yang Dibawanya

Live Pagi Rabu 03/06/2026 / 17 Zulhijjah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (35) Ayat [120-123]
Full video: https://youtu.be/T6BYa_pqGDc?si=EpzUCa_-18vGtIkE
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 120 sehingga ayat 123 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t sebut tentang Nabi Ibrahim a.s.
Allah mengatakan Nabi Ibrahim adalah Ummah walaupun dia seorang dia sahaja.
Dalam beberapa ayat ini terkumpul tentang keistimewaan & kehebatan Nabi Ibrahim a.s, ada 9 sifat yang Allah puji Nabi Ibrahim yang melayakkah dia menjadi ummah kerana dia seorang sahaja yang beriman & tiada orang yang beriman di kalangan kaumnya bahkan bapanya seorang pengukir berhala.
- Dalam ayat Allah nyatakan betapa banyak kebajikan & ketinggian yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s maka;
- Allah perintahkan kita untuk ikutilah agama yang dibawanya Nabi Ibrahim iaitu agama tauhid yang murni.
Kita akan tengok kelebihan darjat nabi Ibrahim yang tinggi sehingga namanya dikembarkan dalam selawat bersama Nabi kita Muhammad s.a.w.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang rosaknya pegangan puak kafir yang tak betul semuanya.
Mereka kata Tuhan ada partner, ada sekutu dan mencela ajaran dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
ii- dalam ayat ini Allah sentap mereka dengan kondem segala agama syirik mereka & nyatakan bahawa inilah agama tok nenek mereka yang sebenar iaitu agama Ibrahim yang suci, agama hanif- maka jika mereka dakwa ikut Ibrahim- ikutlah agama Rasulullah s.a.w ini.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿٠٢١﴾
Ayat 120- {Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.} (Al-Nahl 16:120)
- Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s adalah merupakan satu ummah walaupun dia seorang diri!
Satu negeri bersidang untuk melawan Ibrahim dan habis satu negeri bawa kayu api untuk membakarnya!
- Nabi Ibrahim taat bulat-bulat kepada Allah, teguh atas dasar syirik kepada Allah & sesekali tidak pernah melakukan syirik kepada Allah!
- Maka jika kaum Quraisy mengaku keturunan Ibrahim & menggunakan agama tok nenek- maka agama Nabi Ibrahim ini adalah agama tok nenek mereka yang sebenarnya!
Sedangkan mereka adalah agama syirik menyembah selain dari Allah!
- Terkumpul pada Nabi Ibrahim tu ciri-ciri kebaikan yang banyak dan kita kena ikutnya!
Terkumpul segala kesempurnaan dan keelokan yang biasanya terkumpul dalam satu kaum atau ummah walaupun dia seorang.
- Kata ulama’: Nabi Ibrahim hanya dia seorang bersama isterinya Sarah yang beriman dalam kampungnya, semua orang lain syirik & kafir.
Inilah pentingnya mencari pasangan yang satu misi, mendokong perjuangan yang sama.
- Nota [595]- Setelah itu Allah Ta’ala menerangkan pula kelebihan Nabi Ibrahim a.s sebagai contoh yang baik yang sepatutnya dituruti.
Meskipun ia seorang diri tetapi Allah Ta’ala sifatkan dia sebagai “satu umat” kerana terhimpun padanya segala sifat kebaikan dan kesempurnaan yang hampir-hampir tidak wujud melainkan pada suatu umat yang ramai bilangannya.
- Maksudnya Nabi Ibrahim.A.S “Ummatan” ialah seorang pemimpin, seorang yang terhimpun segala kebaikan dan seorang yang terhimpun segala kesempurnaan.
- Sifat nabi Ibrahim yang Allah puji dalam ayat ini ialah:
i- adalah merupakan “satu umat” {كَانَ أُمَّةًۭ} walaupun Ia seorang diri;
ii- takut bulat-bulat kepada Allah {قَانِتًۭا لِّلَّهِ}, sentiasa beribadat dengan ikhlas & khusyuk kepada Allah.
iii- lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid {حَنِيفًۭا}- tumpu penuh kepada ajaran Allah s.w.t tinggalkan segala ajaran syirik.
Lorongnya lorong tauhid.
iv- dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik
{وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ}-
Nabi Ibrahim tidak pernah menjadi kafir.
Dia tidak pernah syirik kepada Allah semenjak kecil sehingga dewasa walaupun sebelum menjadi nabi.
- Kata Ibnu Jarir : Ayat ini adalah perisytiharan dari Allah s.w.t bahawa ajaran & pegangan puak kafir yang syirik itu tidak ada kena-mengena dengan ajaran agama Nabi Ibrahim yang tauhid kepada Allah!
Jika kamu mengaku ikut agama nabi Ibrahim maka kembalilah kepada tauhid menyembah Allah yang Esa!
Jika tidak jangan mengaku kamu atas agama nabi Ibrahim.
شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿١٢١﴾
Ayat 121- {Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.} (Al-Nahl 16:121)
- Sifatnya yang kelima ialah sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepadanya samada yang zahir atau yang batin {شَاكِرًۭا لِّأَنْعُمِهِ}.
- Sebagaimana kata ulama’: Syukur itu menjaga nikmat yang sedia ada & menarik nikmat yang baru!
- Tetapi manusia hari ini banyak kufur nikmat- kekayaan & kesenangan membuatkan mereka menjadi sombong & tidak taat kepada perintah Allah.
- Allah s.w.t juga memilih Nabi Ibrahim sebagai seorang nabi dan menjadikannya kekasih Allah (خليل الله).
Sebagaimana Rasulullah s.a.w juga kekasih Allah.
Semua nabi itu ada kehebatan & keistimewaan yang tersendiri.
- Nabi Ibrahim juga adalah seorang yang terpilih dari kalangan yang terpilih {ٱجْتَبَىٰهُ}.
- Allah juga memilihnya untuk ditunjukkan kepada jalan yang benar & jalan yang lurus {وَهَدَىٰهُ} iaitu jalan kepada Islam.
Islam adalah satu nikmat yang besar yang Allah berikan kepada kita.
- Firman Allah s.w.t:
i- {Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.} (Al-Anbiyaa’ 21:51)
ii- {Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.} (An-Nisaa’ 4:125)
- Hadis- Dari Jundub bin Abdullah -raḍiyallahu ‘anhu-, dia berkata, aku pernah mendengar Nabi -ṣallallahu ‘alaihi wa sallam- lima hari sebelum beliau wafat bersabda, “Sesungguhnya aku berlepas diri kepada Allah untuk mengangkat seorang dari kalian sebagai khalil (kekasih) bagiku. Sesungguhnya Allah telah menjadikanku sebagai khalil-Nya sebagaimana Allah menjadikan Ibrahim sebelumku sebagai khalil-Nya. Seandainya aku boleh menjadikan seseorang dari kalangan umatku sebagai khalil, niscaya kujadikan Abu Bakar sebagai khalilku. Ketahuilah! Sesungguhnya umat sebelum kalian telah menjadikan kuburan-kuburan para nabi mereka sebagai masjid. Ingatlah, jangan kalian menjadikan kuburan-kuburan sebagai masjid! Sesungguhnya aku melarang hal itu.” [HR Muslim].
وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ ﴿٢٢١﴾
Ayat 122- {Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.} (Al-Nahl 16:122)
- Keistimewaannya yang kelapan ialah telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia {حَسَنَةًۭ}.
- Ulama’ tafsir kumpulkan apakan kebaikan {حَسَنَةًۭ} yang Allah maksudkan:
i- diberikan kesenangan dunia sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang mukmin iaitu kehidupan yang baik.
ii- kata Ibnu Atiyah ia bermaksud lidah yang benar tidak berbohong!
Walaupun kisahnya dengan Raja Mesir dulu dalam hadis Syafa’at yang panjang itu bukan satu pembohongan tetapi hanya satu helah untuk menyelamatkan dirinya & isterinya Sarah.
iii- mempunyai kepimpinan ke atas semua makhluk sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
iv- kata al-Qurtubi pula ia bermaksud anak-anak keturunan yang baik bermula dari nabi Ishaq, Ya’qub, Yusuf dan seterusnya.
Melalui keturunan Ismail pula membawa kepada Nabi Muhammad s.a.w, rasul yang terakhir.
iv- orang akan puji Nabi Ibrahim A.S sehingga ke hari Kiamat.
v- mendapat jawatan nabi.
vi- selawat yang afdhal ke atasnya berkembar dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Selawat afdhal yang paling sahih sebagaimana diajar oleh Nabi s.a.w kepada beberapa orang sahabat:
Sebuah hadis dari Ka’ab bin ‘Ujrah r.a- Beliau menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi S.A.W tentang bagaimana cara berselawat kepada baginda.
Baginda Nabi s.a.w menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”
Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi S.A.W kepada para sahabat R.A sebagai jawapan kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. [HR Sahih al-Bukhari no. 2497].
Selawat ini juga dikenali sebagai Selawat Ibrahimiah- maka kita gunlah selawat ini yang sahih dari nabi s.a.w yang Baginda sendiri semasa hidupnya mengajarkan kepada sahabatnya yang bertanya bukan rekaan atau dari mimpi sesiapa.
vii- dia seorang yang beriman dalam kalangan keturunan & kaumnya!
Kelebihan ini disimpulkan dalam Nota [596] ini- Yakni nama yang harum, yang sentiasa menjadi sebutan.
Ini terbukti di mana nama Ibrahim & keturunannya sentiasa menjadi sebutan selawat dalam solat setiap orang sehingga ke hari Kiamat.
- Sifatnya yang kesembilan dalam ayat ini: {.. dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.}-
Ibrahim termasuk dalam kalangan orang yang soleh, yang baik & yang diredhai Allah dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
- Kenapa Allah kata Ibrahim termausk dalam kalangan orang yang soleh {لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ} kenapa Allah tak kata Ibrahim adalah orang yang soleh terus?
Kita bincangkan dalam faedah nanti! - Kata asy-Syanqiti rhm,: Siapa yang baik di dunia, baiklah di Akhirat kelak, siapa yang soleh di dunia solehlah di Akhirat, jangan kata tak mengapa saya tak baik di dunia akan baik di Akhirat!
Allah akan balas mengikut apa yang kita lakukan.
Kata-kata harapan tanpa amal itu hanya angan-angan orang yang pemalas- ibadat tak mahu tapi syurga mahu!
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿٣٢١﴾
Ayat 123- {Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.} (Al-Nahl 16:123)
- Munasabah ayat:
i- setelah Allah sebut kepada kita 9 sifat nabi Ibrahim yang baik;
ii- maka dalam ayat ini Allah perintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk ikut agama tok nenek kamu Nabi Ibrahim a.s yang telah membawa agama tauhid yang murni.
- Nabi Ibrahim a.s tetap teguh atas agama tauhid & tidak pernah sama sekali menjadi seorang musrik!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: “Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk”. Katakanlah (wahai Muhammad: “Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik”.} (Al-Baqarah 2:135) - Nota [597]- Baginda diperintahkan menurut ugama Nabi Ibrahim, yakni pada dasar-dasar tauhid (Usulu’d-Din) yang tetap; bukan pada furu’ atau cabang-cabang Syari’at serta hukum-hukumnya; kerana Rasul-rasul yang telah lalu hanya diutus kepada umat masing-masing, maka hukum-hukum Syari’at yang mereka bawa adalah bersesuaian dengan keadaan umatnya dan zamannya.
Sedang Nabi Muhammad s.a.w yang diutus oleh Allah Ta’ala kepada umat manusia seluruhnya, maka hukum-hukum Syari’atnya adalah sesuai dengan keadaan umat manusia seluruhnya, pada segala tempat dan segala zaman.
- Semua agama yang diwahyukan kepada para nabi adalah sama tetapi dari segi Syari’at setiap agama itu ada ciri-cirinya yang khas.
Tetapi dari segi sudut tauhid semuanya sama iaitu menyembah Allah yang Esa & tauhid kepada-Nya! - Kaedahnya:
i- Syari’ah umat terdahulu menjadi Syari’ah kita selama ia tidak bercanggah dengan Syari’ah kita.
Tetapi jika bercanggah dengan Syari’ah kita; kena tolak reject yang lama & pakai Syari’ah kita! Ini dari segi furu’ atau cabang!
ii- tetapi dari sudut Usuluddin- sama sahaja- semua para nabi a.s dakwahnya satu saja iaitu tauhid sembah Allah yang Esa & jauhi taghut!
- Hadis- sabda Nabi s.a.w:
“الأنبياءُ إخْوةٌ لَعَلاتٍ، أُمَّهاتُهم شَتَّى ودِينُهم واحِدٌ.”
Maksudnya: “Para nabi adalah adik-beradik sebapa, ibu-ibu mereka berbeza-beza tetapi agama mereka adalah satu.” (Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim).
*Maksudnya- bapa itu ialah tauhid yang sama- ibu pula furu’ Syari’ah yang berbeza.
- Sebagaimana zikir yang kita baca pagi-pagi:
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ، حَنِيفًا مُسْلِمًا، وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Kami berada di pagi hari di atas fitrah Islam, di atas kalimat ikhlas (kalimat tauhid/syahadat), di atas agama Nabi kami Muhammad صلى الله عليه وسلم, dan di atas agama (millah) bapak kami Ibrahim, yang berdiri lurus (hanif) dan berserah diri (muslim), dan dia bukanlah termasuk golongan orang-orang musyrik.”
- Selawat Ibrahimiyyah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad].
Penutup & Faedah #
- Ayat 120- {Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.}-
Ibrahim satu ummah walaupun dia seorang, taat bulat-bulat kepada Allah & tidak pernah syirik kepada Allah!
Dalam ayat ini Allah menyebut sifat & kedudukan besar Nabi Ibrahim a.s.
Allah sebut 9 sifatnya yang mulia lagi terpuji!
Selain menyebut sifat baiknya, Allah s.w.t juga menafikan dari Ibrahim satu sifat buruk yang amat keji iaitu {… dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.}
Ibrahim bukanlah seorang yang syirik!
Kenapa Allah bawa penafian ini sedangkan ayat ini adalah untuk memuji nabi Ibrahim!
Jawapan: Ini kerana kafir Quraisy yang syirik itu mengaku bahawa agama mereka adalah mengikut ajaran Nabi Ibrahim a.s- jadi Allah mahu membatalkan dakwaaan mereka itu Allah tekankan sifat ini iklankan kepada Quraisy Ibrahim seseklai tidak syirik- yang syirik itu puak kamu!
Dalam kaedah bahasa Arab biasanya:
i- jika nak menafikan secara kekal digunakan digunakan perkataan (لَنْ) yang boleh menunjukkan akan masa sekarang ini sehingga ke masa depan (future).
ii- tetapi dalam ayat ini ini digunakan perkataan {لَمْ}- kerana perkataan (lam) pula boleh membawa makna penafian dari masa kita bercakap sekarang ini juga untuk apa yang telah lepas (past), serta untuk akan datang juga.
Yakni penafian sepenuhnya untuk menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah syirik; dulu, kini dan selamanya!
Nabi Ibrahim membesar dalam suasana syirik tetapi dia tidak pernah sekali syirik
(وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ)-
inilah hebatnya orang yang hidup dalam suasana buruk atau syirik tetapi dia tidak ikut terpengaruh menjadi syirik- bahkan menjadi orang yang beriman lagi soleh.
Sebagaimana kata hikmah:
Jadilah seperti ikan di dalam laut- walaupun hidup di dalam air masin- dagingnya tetap tawar!
Ini kerana jika seseorang itu hidup dalam suasana orang soleh kemudian menjadi orang soleh juga- pastilah bukan sesuatu yang pelik & hebat!
Suasana soleh pastilah menghasilkan orang soleh juhga kebiasaanya- tetapi Ibrahim sebaliknya- itulah kehebatannya!
- Ayat 121- {Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah;..}-
Nabi Ibrahim juga seorang yang sangat bersyukur kepada Allah samada yang sedikit atau yang banyak.
Kata ulama’: Perkataan {أَنْعُمِهِ} ini menunjukkan nikmat Allah yang sedikit- Ibrahim ini berikut sikit pun dia syukur apatah lagi nikmat yang banyak!
Ini juga menunjukkan Nabi Ibrahim bukan bersifat seperti orang lain yang apabila kaya kufur nikmat; kerana dia waktu senang & kaya pun syukur, waktu susah & miskin pun syukur.
Kerana itulah Allah jadikan Ibrahim sebagai satu contoh yang terbaik kerana dia memang seorang yang terbaik!!!!
- Ayat 122- {Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.}-
Nabi Ibrahim ini atas dunia sudah menjadi orang yang baik & di Akhirat kelak dia akan termasuk dalam kalangan orang yang baik juga!
Kita kena tahu bahawa agama Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ini adalah satu agama yang bebas dari sebarang bentuk syirik!
Sebagaimana polemik hari ini yang mengatakan minta tolong dengan orang mati (istighathah) apakah boleh!
Kenapa kita nak ajar masyarakat atau buka pintu kepada yang pelik & boleh menimbulkan kekeliruan!
Mintalah pertolong kepada Allah terus tak perlu perantaraan apatah lagi dengan orang mati!!
Sedangkan Rasulullah s.a.w sudah bersabda sambil mengajar kepada Ibnu Ababs r.a:
عَنْ أبيْ العَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:
كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ:يَا غُلاَمُ إنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ- احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللهِ وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ. وَإِنْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ. رُفِعَتْ اْلأَقْلاَمُ، وَجَفَّتِ الصُّحُفُ.
رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Maksudnya:
Dari Abu al-Abbas Abdullah ibn Abbas ra beliau berkata : Suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w lalu Baginda bersabda:
“Wahai anak kecil, aku akan ajarkan kepadamu beberapa patah kata:
Jagalah Allah, niscaya Dia akan senantiasa menjagamu.
Bila kamu meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.
Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan untuk kamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah untukmu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah ke atas kamu.
Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering.”
(HR at-Tirmizi dan berkata: Hadis ini hasan sahih)
Maka Allah nafikan sepenunya bahawa Nabi Ibrahim ini termasuk golongan syirik dan Allah pujinya dengan 9 sifat yang baik!
Perbincangan: Kenapa Allah kata: {… ; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.}-
Nabi Ibrahim termasuk dari kalangan orang soleh- kenapa Allah tak kata terus Ibrahim adalah orang soleh yang tinggi darjatnya di Akhirat kelak????
Jawapannya:
i- Kerana Allah nak kabulkan doa nabi Ibrahim a.s seperti dalam ayat ini:
{“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;} (Asy-Syu’araa’ 26:83)
Maka untuk menjawab bahawa Allah perkenankan doanya yang ini maka Allah kata: ; {… dan sesungguhnya ia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.}
Untuk beritahu bahawa Allah telah kabulkan doanya Ibrahim.
ii- Allah sebut Nabi Ibrahim termasuk dalam kalangan orang soleh kerana untuk menyatakan sesiapa jadi orang soleh ikutlah agama Nabi Ibrahim a.s.
Ibrahim dengan kerana tauhidnya kepada Allah- Allah angkat darjatnya termasuk dalam kalangan orang-orang soleh!
- Ayat 120- {Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri);…}-
Allah puji nabi Ibrahim dengan 9 sifat dan kita buat kesimpulannya sekali lagi di sini!
i- Ibrahim adalah satu ummah walaupun dia seorang diri.
ii- Ibrahim seorang yang banyak ketaatan kepada Allah tak hiraukan orang lain!
iii- agamanya murni tiada cenderung kepada syirik & kufur- direct kepada Allah.
iv- dinafikan dari Ibrahim sebarang bentuk syirik.
v- Nabi Ibrahim sentiasa bersyukur kepada Allah- sedikitpun syukur apatah lagi banyak!
Ini kerana manusia ini mudah kufur nikmat- tak ingat kepada Allah & rasul asalkan kaya!
vi- Ibrahim menjadi pilihan Allah untuk menjadi kekasih-Nya.
vii- Allah tunjukkan kepadanya jalan yang benar.
viii- Allah berikan kepada nabi Ibrahim kebaikan yang banyak dunia & Akhirat.
ix- Allah jadikannya dari kalangan yang soleh yang tertinggi darjatnya di Akhirat kelak!
- Ayat 123- {Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.}-
Setelah menyebut 9 sifat & keistimewaan Nabi Ibrahim ini;
Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengikuti agama Ibrahim yang suci murni, tauhid kepada Allah!
Begitulah kita ini sehebat mana kitapun pastilah lebih hebat lagi orang terdahulu sebelum dari kita, seperti tok nenek kita yang dulu kerana mereka pastilah telah buat lebih banyak kebaikan daripada kita! Kerana mereka adalah orang yang awal sebelum kita, kena hormat kepada seniority!
Orang soleh ialah orang yang tawadhuk.
Sebagai kata pepatah Arab:
‘Buluh yang mendahului haiwan’-
قَصَبَ السَّبْقِ- iaitu kayu yang diikat pada leher haiwan itu mendahului daripada haiwan itu di hadapannya!
Oleh kerana orang terdahulu itu telah mendahului kita dalam beriman & buat perkara soleh; maka hebat setara mana kita sekarang ini- kita kena puji dan kenang jasa mereka yang terdahulu!
Sebagaimana apabila datang Nabi Muhammad s.a.w sebaik manusia, penutup segala rasul akhir zaman & datuknya Ibrahim akan berada di bawah panjinya di Akhirat kelak; tetapi Allah tetap memerintahkan Baginda s.a.w untuk ikut agama datuknya Nabi Ibrahim yang hanif, suci.
Kita kena ingat kerana dia dulu, senioriti itu mesti diambil kira! Orang yang soleh ialah orang yang tawadhuk!
Berdasarkan ayat- {Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar;…};
Kata Imam Sayuti r.a: Ayat ini juga menjadi dalil wajib berkhitan bagi lelaki Islam sebagai mengikut kepada Syari’at Nabi Ibrahim a.s yang berkhitan!
*Kerana itu apabila orang Rom mendengar kebangkitan Rasulullah s.a.w mereka berkata: Telah dibangkitkan raja bagi orang yang berkhitan!
Kemudian di akhir ayat Allah nafikan dari nabi Ibrahim syirik sekali lagi {… dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.}
Terdapat 3 hikmahnya:
i- Nabi Ibrahim tak pernah syirik sejak dari kecil,
ii- penafian ini berterusan sehingga bila-bila.
iii- Allah nak bebaskan Nabi Ibrahim a.s daripada segala bentuk syirik secara total!
Ibrahim tak pernah syirik walaupun sekelumit!
Ini menunjukkan bahayanya perbuatan syirik yang wajibkita jauhi & hindari.
Marilah kita sucikan aqidah & tauhid kita jangan cari yang berisiko yang boleh mengelincirkan kita dari jalan tauhid yang lurus!
Kita sudah berpegang dengan yang sahih dan mengakui:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ-
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Maka jangan kita kacau lagi pegangan manusia dengan membuka pintu ajar perkara bid’ah, khurafat dan seumpamanya yang berisiko!
DDAAM menafikan sekerasnya tuduhan jahat terhadapnya yang telah tersebar lama di internet dulu dan sekarang di recycle balik!
Tunggulah perhitungan di Akhirat kelak jika atas dunia ini kamu tidak mahu mendedahkan kebenaran.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Rabu 03/06/2026 / 17 Zulhijjah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=968511769332677&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
