Kafir Menyekat Jalan Allah S.W.T, & Nabi S.A.W Menjadi Saksi & Al-Quran Kitab Hidayah

Live Pagi Selasa 19/05/2026 / 02 Zulhijjah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (25) Ayat [88-89]
Full video: https://youtu.be/GiR-RFuKUto?si=BdJNBJzhcGhSf97z
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 88 dan ayat 89 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan tentang kejahatan puak kafir yang dia sendiri tidak mahu beriman kemudian cuba menghalang, menyekat orang dari jalan Allah s.w.t.
Bertingkat-tingkat dan berganda salahnya dan makin banyak dosanya!
- Allah sekali lagi nyatakan bahawa Nabi s.a.w menjadi saksi kepada umatnya sendiri. Sebelum ini Baginda saksi kepada semua manusia.
- Kemudian Allah nyatakan Dia turunkan al-Quran sebagai kitab hidayah, memberi penjelasan, rahmat & syifa’ kepada manusia.
Ini empat sifat al-Quran yang ada dalam ayat ini- banyak lagi sifatnya dalam ayat-ayat lain.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang amaran janji azab kepada orang kafir.
ii- maka datang ayat ini amaran sekali lagi- kamu sudah jahat sebagai kafir tetapi jika kamu sekat & halang orang dari jalan Allah- bertambah dosa & azab kamu!
Kafir satu dosa, menyekat kebaikan satu dosa & jika mereka menyakiti orang mukmin bertambah lagi dosa mereka!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ زِدْنَٰهُمْ عَذَابًا فَوْقَ ٱلْعَذَابِ بِمَا كَانُوا۟ يُفْسِدُونَ ﴿٨٨﴾
Ayat 88- {Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.} (Al-Nahl 16:88)
- Orang kafir yang menolak kebenaran dan menentang apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w, mereka tidak mahu terimanya- kemudian mereka juga sekat & halang orang dari Islam & jalan Allah.
- Maka Allah akan tambahi mereka azab seksa lain atas dosa menghalang itu di samping azab yang menimpa mereka yang sudah ada iaitu dosa kerana kafir.
- Gandaan dosa & azab ini kerana mereka telah membuat kerosakan atas dunia ini dengan cara menyekat manusia dari mengikut jalan yang benar, jalan Allah!
- Ibnu Mas’ud r.a menafsirkan ayat ini: Maksudnya firman Allah {tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka)} ialah di dalam neraka itu sudah panas kemudian ada pula kala jengking raksasa yang menyengat mereka.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.} (Al-An’aam 6:26) - Ayat ini menjadi dalil bahawa dosa & azab itu boleh bertingkat iaitu berlainan dan berbeza darjat.
Sama seperti ahli syurga- nikmat syurga & kedudukannya bertingkat dan ada darjat yang berlainan.
Ya Allah jadikan kami ahli syurga.
- Kata ulama’: Kerja menyekat orang dari jalan Allah ini adalah racun & kuman-kuman orang terdahulu lagi yang wujud sejak zaman dulu lagi dan sehingga ke hari ini.
Jika dulu apabila Nabi s.a.w membaca al-Quran mereka membuat hingar-bingar!
Banyak ayat dalam al-Quran yang menunjukkan cara kafir menyekat manusia dari jalan Allah. - Antara cara mereka menyekat manusia dari jalan Allah ini:
i- memperlekehkan kebaikan atau amal kebajikan yang mereka nak buat.
Kerja perli main orang Islam yang nak bagi sumbangan ini ialah seperti kerja munafiq sebagaimana firman Allah:
{Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, – Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} (At-Taubah 9:79)
Peranan munafiq juga ialah menghalang orang dari infaq.
Dengan pelbagai hasutan dan bisikan- buat apa infaq lebih baik kita simpan harta untuk cucu atau melabur akan dapat pulangan yang besar dan lain-lain.
Sebagaimana firman Allah:
{Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”.} (Al-Munaafiquun 63:7)
*Zaman kita hari ini mungkin dengan cara sekat bajet dan seumpamanya!
ii- mereka buka pintu maksiat sehingga orang tak buat kebaikan.
Bukanya atas nama pelancongan, kebudayaan dan seumpamanya.
Menyebarkan kebatilan dan syubhat yang boleh meragukan manusia.
Maka anak orang Islam dok sibuk dengan perkara ini dan menjadi fobia dengan agama Islam!
Apabila buka pintu maksiat- orang ramai akan lagha dan jauh dari Allah.
Kita kena tutup pintu maksiat dan seru kepada kebaikan!
Bukan kata buka pintu maksiat diikuti dengan buka pintu kebaikan dan anjuran buat ibadat pula- tak kena begitu!
Itu hanya untuk orang yang lemah bukan orang yang ada kuasa!
iii- dengan mebolak hukum Syara’ dan memperlekehkannya!
Dengan dakyah; tak maju ikut undang-undang Islam, kena ikut undang-undang sivil, Lord Reid.
Inilah antara perkara yang dibuat oleh penjajah kafir apabila masuk dalam negara umat Islam- mereka akan batalkan perundangan yang sedia ada dalam negara itu.
Mereka tukarnya kepada undang-undang mereka- satu demi satu mereka akan ubah & hapuskan, mereka korek ambil kebaikan & tinggalkan rangka saja!
Jika kita masih lagha dan lalai kita kehilangan segalanya; agama, harta dan maruah!
iv- memburuk dan menghuduhkan para pendakwah Islam, buat pelbagai momokan diayah & fitnah- akhirnya mereka ini akan disekat dan dihalang daripada menyampaikan dakwah.
Menyebabkan medan untuk berdakwah menjadi sempit dan terhad!
v- tekanan atas suara kebenaran & menyempitkan jalan dakwah!
Ini tidak boleh, negeri ini tidak boleh masuk, permit tak diberi dan seumpamanya!
*Orang yang ada ilmu yang benar disekat dan dilabel, orang bawa ajaran pelik-pelik & cerita tidak benar diterima & diberi tempat pula!
Sebagaimana contoh yang telah dibuat oleh Fir’aun- sewaktu awal berlawan guna hujjah & fakta tetapi apabila kalah guna akta pula!
Kita minta berlindung dengan Allah dari dibiarkan sesat begitu!
- Begitulah cara puak kafir termasuk munafiqin untuk menyekat manusia dari jalan Allah!
Maka kita kena bersihkan diri & jiwa kita daripada sifat-sifat ini!
وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِى كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِم مِّنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَىٰ هَٰٓؤُلَآءِ ۚ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ تِبْيَٰنًا لِّكُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٩٨﴾
Ayat 89- {Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu);….} (Al-Nahl 16:89)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan kejahatan & keburukan orang yang menyekat dari jalan Allah.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa setiap umat ada saksi & Nabi s.a.w akan menjadi saksi kepada umatnya sendiri.
- Setiap nabi itu akan menjadi saksi kepada umatnya sendiri- masing-masing ada saksi dari kalangan mereka sendiri yang akan bercakap dalam bahasa mereka!
Setelah menyampaikan dakwah kepada umatnya mereka akan menjadi saksi tentang itu!
- Allah nyatakan bahawa Rasulullah s.a.w akan menjadi saksi kepada umatnya sendiri juga kepada manusia seluruhnya!
Ini kerana Baginda pastilah yang lebih tahu akan perihal umatnya sendiri.
Kerja Nabi s.a.w selain menyampaikan adalah menjadi saksi kepada umatnya!
- Ini sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?} (An-Nisaa’ 4:41)
Ayat 89- {… dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.} (Al-Nahl 16:89)
- Munasabah ayat ini jelas:
i- sebelum itu Allah sebut kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w yang akan menjadi saksi ke atas umatnya.
ii- kemudian dalam ayat seterusnya Allah nyatakan jalan keselamatan, jalan yang betul, lorong yang benar untuk diikuti iaitu jalan al-Quran!
- Yakni Allah nyatakan Dia telah menurunkan al-Quran sebagai panduan & penjelasan untuk manusia samada dalam urusan dunia atau Akhirat mereka!
Semuanya ada dijelaskan dalam al-Quran secara jelas & nyata!
Ini adalah sifat al-Quran yang pertama { تِبْيَـٰنًۭا}!
- Ayat ini hampir sama dengan ayat kita sebelum ini:
{.. dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.} (Al-Nahl 16:44) - Sifat al-Quran yang kedua ialah membimbing menunjuk manusia kepada jalan yang benar {وَهُدًۭى}.
- Sifat al-Quran yang ketiga ialah {وَرَحْمَةًۭ} iaitu membawa rahmat kepada manusia seluruhnya di dunia & Akhirat.
Sifat keempat- al-Quran juga memberi khabar gembira {وَبُشْرَىٰ} kepada orang muk@min yang taat, yang ikut perintah Allah s.w.t!
Nak selamat kita ikutlah al-Quran.
- Satu lagi sifat Al-Quran juga sebagai penawar dan penyembuh {شفاء} kepada penyakit manusia samada penyakit hati atau sakit fizikal- tak salah untuk berubat dengan al-Quran tetapi jangan salah guna ayat-ayat al-Quran, jangan jadikan al-Quran kitab jampi atau kitab berubat semata!
- Ini sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.} (Al-Israa’ 17:82)
Penutup & Faedah #
- Ayat 88- {Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka),..}-
Allah kata orang kafir yang menyekat orang dari jalan Allah- Allah akan tambah azabnya!
Ayat ini menceritakan kepada kita tambahan azab itu dengan sebab mereka menyekat orang dari jalan Allah!
Maka sesiapa yang ajak orang kepada kafir, siapa ajak orang kepada kufur, siapa ajak orang buat maksiat & siapa ajak orang kepada perkara bid’ah dalam agama; maka azabnya akan bertingkat-tingkat ke atasnya dan besar sekali balanya!
Yakni dosanya dua- pertama dosa sebagai kafir itu sendiri kemudian dosa menyekat orang dari jalan Allah pula!
- Ayat 88- {… Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka),…}– Kami tambah azab di atas azab.
Kata ulama’: Ayat ini menjadi dalil berbezanya azab puak kafir sebagaimana berbezanya tingkatan & darjat orang mukmin dalam syurga.
Firman Allah s.w.t:
{Allah berfirman: “Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui”.} (Al-A’raaf 7:38)
Orang dalam neraka juga berbeza azab mereka mengikut perbuatan dosa & kejahatan mereka.
Dalilnya firman Allah s.w.t:
{Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.} (Al-An’aam 6:132)
Contoh:
i- seorang kafir tidak beriman- tetapi dia tidak menentang Islam, tidak menyakiti orang lain, tak buat maksiat terangan atau ke atas orang lain- maka dosanya kerana dia kafir & syirik.
ii- berbanding dengan kafir yang tidak beriman- tetapi dia juga jahat menentang Islam, zalim & menyakiti orang lain, suka maksiat terangan seperti zina atau mabuk-mabuk dan lain-lain- maka dosanya banyak lagi, berganda & bertingkat-tingkat!.
- Ayat 89- {Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri;..}-
Allah kata setiap umat Allah akan bangkitkan saksi dari kalangan mereka sendiri.
Dalam ayat lepas Allah kata:{Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi;}
Saksi itu Allah akan guna dengan pelbagai cara- ini kerana Allah nak lengkapkan pendakwaan ke atas puak kafir maka Allah bawa saksi dari kalangan mereka sendiri!
Setiap nabi menjadi saksi kepada umatnya sendiri manakala Nabi Muhammad s.a.w menjadi saksi kepada umatnya sendiri & juga saksi kepada umat-umat yang lain & manusia seluruhnya!
Sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.} (Al-Baqarah 2:143)
kata Imam al-Qurtubi: Maka ini menunjukkan bahawa tiada dalam mana-mana generasi kecuali ada orang yang beriman & tauhid kepada Allah- orang yang berpegang dengan ajaran yang mana digelar sebagai (الحنفاء والحنيفية).
Mungkin dia hanya berpegang untuk dirinya sendiri saja tak berani nak berlawan dengan masyarakat yang ramai.
Contoh dari kalangan (الحنفاء والحنيفية) ialah seperti:
i- Qus bin Said dari golongan al-Hanafiyah- sewaktu kafir dia tak sembah berhala, tak minum arak dan berpegang dengan agama fitrah.
ii- Zaid bin Amru bin Nufail- dia sempat bertemu dengan Nabi s.a.w tetapi mati 5 tahun sebelum Baginda dibangkitkan menjadi rasul- jadi tak sempat beriman dengan Baginda s.a.w.
Kerana itu Nabi s.a.w mengatakan dia akan dibangkitkan sebagai satu ummah walaupun seorang dia.
iii- nama yang disebut dalam sejarah juga ialah Waraqah bin Naufal- sepupu UM Sayyidah Khadijah r.a yang memberi penjelasan dan motivasi kepada Nabi s.a.w setelah Baginda didatangi Jibri & menerima wahyu di gua Hira’.
Mereka ini akan menjadi saksi kepada orang pada zamannya bahawa mereka semua syirik kepada Allah s.w.t.
Cuma mereka tak berani berlawan dan berdakwah kerana tidak diberi perintah.
- Ayat 89- {… dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu..}– al-Quran telah memberi penjelasan dalam semua perkara.
Timbul persoalan:
Jika dikatakan al-Quran telah memberi penjelasan dalam semua perkara tetapi kenapa masih ada khilaf ulama’ dalam kalangan umat ini.
Contoh dalam masalah sentuh wanita dalam al-Quran: {أو لامستم النساء}- ada kata batal terus wudhu’, ada kata tidak, ada kata kena ada perasaan dan sebagainya!
Jawapan:
Ini kerana kebanyakan hukum-hukum yang Allah sebut tetapi tidak dinaskan atau dikhususkan kepada sesuatu perkara.
Maka perlu kepada istinbat iaitu ulasan, perahan pemahaman kepada perkara itu!
Oleh kerana digunakan istinbat & cara istinbat ulama’ itu berbeza.
Ada orang yang tajam kefahamannya, ada yang slow.
Ada yang berdalil kepada Sunnah Nabi s.a.w, sedang Sunnah Nabi itu ada yang sahih ada yang lemah- kerana itu timbul perbezaan pendapat.
Boleh lihat buku Islam Cara Hidup yang membincangkan bab khilaf & cara mengolah perbezaan hukum ini.
Perbahasanya boleh memberi kefahaman dan buka minda.
Dapatkannya di:
https://dartaibah.com/…/*NEW-Buku-Islam-Cara-Hidup…
Khilaf itu bukan saja-saja atau suka-suka!
Ada hukum al-Quran tafsir dengan al-Quran, al-Quran dengan Sunnah Nabi s.a.w atau hukum yang pergi dengan qiyas.
Sebagaimana firman Allah s.w.t:
{Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.(Al-Hasy-r 59:2)
Qiyas itu juga ada macam-macam, ada yang valid ada yang tidak.
Maka bukan semua ikhtilaf ulama’ itu boleh diterima.
Carilah buku di atas untuk membuat kita lebih memahami masalah ini!
Kata ulama’: Sesiapa yang banyak kajian akan kurang kritikannya!
Kerana ini kata DDAAM manusia ini ada jenis:
i- intelek yang bijak & lapang minda sungguh, yang buat research kajian;
ii- incelik yang tak boleh ditegur & dinasihati- kena tegur terus celik jengilkan mata!
- Ayat 89- {… dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.}-
Allah kata diturunkan al-Quran yang mempunyai beberapa sifat ini!
Ada 4 sifat al-Quran dalam ayat ini:
i- tibyan {تِبْيَـٰنًۭا}- menjelaskan kepada orang yang tak jelas.
Orang sesat kita kena jelaskan kepada mereka!
ii- huda {وَهُدًۭى}- petunjuk jalan, pemandu kepada jalan yang benar.
iii- menjadi rahmat {وَرَحْمَةًۭ} kepada kamu- kerana orang yang ikut al-Quran akan dapat rahmat dari Allah.
Sama seperti kita di dalam majlis ilmu- belajar & tadabbur al-Quran setiap pagi ini ini.
Allah akan berikan kepada kita 4 perkara;
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:
Daripada Abu Hurairah R,A, Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah S.W.T akan memudahkan baginya jalan ke syurga.
Tidaklah satu kaum berkumpul di dalam satu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah akan menyebut nama mereka kepada makhluk yang berada di sisi-Nya.” (HR Muslim)
iv- busyra {وَبُشْرَىٰ}- khabar gembira bagi orang yang beriman- kamu mengaji al-Quran, belajar & tadabbur al-Quran- kamu akan ditemani al-Quran dalam kubur & dipandu ke syurga insya’ Allah!
Kerana itulah agama Islam ini lengkap & sempurna –
Allah tak tinggalkan sesuatu apa pun dalam al-Quran- tetapi hanya asas atau tonggaknya saja, bukan detail satu persatu yang banyak.
Kata ulama’ juga tiada ayat yang tidak dapat difahami oleh manusia di dalam al-Quran.
Jika manusia rasa tak faham, ulama’ akan faham, jika ulama’ ini tak faham akan ada ulama’ lain yang akan fahamnya!
Kesimpulan dari ayat yang kita baca ini ialah betapa bahayanya menyekat orang dari jalan Allah. Kerana itu jangan mudah-mudah kita nak menyekat manusia dari jalan Allah!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Selasa 19/05/2026 / 02 Zulhijjah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=955703963946791&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
