Larangan Melakukan Syirik, Semua Nikmat Dari Allah S.W.T & Sentiasalah Berdoa Kepada-Nya

Live Pagi Selasa 05/05/2026 / 17 ZulQa’dah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (15) Ayat [51-55]
Full video: https://youtu.be/SKv0ZMvhfIk?si=QObILypOXGG5CZ3I
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 51 sehingga ayat 55 dalam juzuk keempat-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan larangan melakukan sebarang sekutu atau syirik terhadap-Nya.
Semua kita mestilah bertauhid kepada Allah semata-mata & takut kepada-Nya kerana Dia-lah Pemilik langit & bumi ini.
- Allah juga mengungkit dan peringatkan bahawa semua nikmat yang kita terima atas dunia ini adalah anugerah dari Allah s.w.t.
- Maka sesiapa mendapat kesenangan dia syukur & sesiapa yang ditimpa kesusahan, kembalilah kepada Allah, sentiasalah berdoa meminta kepada-Nya agar diangkat segala kesusahan & musibah.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang semua makhluk yang berbayang, bernyawa atau tidak semua tunduk akur sujud kepada perintah-Nya.
ii- maka dalam ayat-ayat berikutnya yang akan kita baca ini- Allah bawa tiga perkara yang besar iaitu:
a) Pertama adalah larangan keras daripada melakukan syirik terhadap Allah s.w.t.
Allah yang mencipta & Pemilik alam ini macamana kita nak syirik!
b) Kedua Allah nyatakan & menjelaskan keburukan perbuatan puak kafir, bunuh anak perempuan.
c) Allah akan beri tempoh sebelum dijatuhkan hukuman, mudah-mudahan mereka akan bertaubat & beriman!
Jika tak dengar juga barulah dijatuhkan hukuman.
Tangguh azab bukan bererti Allah redha kepada mereka!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓا۟ إِلَٰهَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ فَإِيَّٰىَ فَٱرْهَبُونِ ﴿١٥﴾
Ayat 51- {Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.} (Al-Nahl 16:51)
- Munasabah ayat ini & ayat seterusnya ada dinukilkan dalam nota [548]-
Setelah Allah menerangkan dalam ayat-ayat yang lain bahawa sekelian makhluk meliputi gunung-ganang, pokok-pokok kayu, haiwan, manusia, jin & malaikat; maka dalam ayat ini dan ayat-ayat berikutnya ditegaskan larangan-Nya tentang perbuatan syirik menduakan Tuhan!
Juga ditegaskan bahawa segala yang ada di langit & di bumi adalah hak-milik Allah serta Dia-lah yang memberi segala nikmat yang melimpah itu.
Diterangkan pula bahawa manusia akan merayu kepada Allah apabila ditimpa kesusahan; tetapi apabila kesusahan itu dihapuskan dari mereka, ada di kalangan manusia yang tergamak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Golongan manusia yang kufur ingkar itu akan dibiarkan menikmati kesenangan hidup yang sementara di dunia dan akan mengetahui balasan yang seburuk-buruknya di Akhirat nanti!
- Allah berfirman kepada hamba-hamba-Nya- janganlah kamu menyembah selain Allah & buat sekutu kepada-Nya!
Yakni Allah memberitahu, melarang kita!!
Tuhan yang berhak kita sembah & beribadat kepadanya hanyalah Allah, Tuhan yang tunggal!
- Hanya kepada kepada Allah kita sembah, takut kepada-Nya dengan menjauhi segala larangan-Nya, taat patuh kepada segala perintah Allah.
Jangan cari dan minta perlindungan dengan yang ghaib selain dari Allah, jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatupun!
- terdapat sebuah video yang viral seorang terserempak dengan gajah di laluan Grik- tetapi bukan berdoa atau berzikir minta tolong dengan nama Allah tetapi dok panggil nama tok Syeikh itu tok Syeikh ini telah mati!!!!
*Jika minta bantuan bomba polis, JPAM atau seumpamanya itu tidak salah & tak pelik!
وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا ۚ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ ﴿٢٥﴾
Ayat 52- {Dan bagiNyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadaNya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.} (Al-Nahl 16:52)
- Munasabah ayat:
i- Setelah jelas kepada kita dengan dalil yang sahih, bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah sebagai Pemilik alam ini, Pemilik apa yang ada di bumi & di langit;
ii- maka mestilah wajib semua makhluk ini menjadi hamba-Nya, duduk di bawah susun atur pentadbiran & pemerintahan Allah;
- Yakni Allah perkenalkan diri-Nya- kenapa kamu tak boleh syirik mempersekutukan Allah, tak boleh buat perkara karut-marut; kerana bagi Allah yang Esa sahaja pemilik & pemerintah apa yang ada di langit & bumi dari kalangan makhluk semuanya!
- Maka jelas hanya bagi Allah semata-mata ketaatan, ikhlaskan ibadat, tunduk & akur menghina diri semata-mata kepada Allah pada setiap waktu & tempat.
- Taat kepada Allah itu wajib & menjadi kewajipan ke atas semua & setiap hamba selama-lamanya; tidak terputus & tidak terhenti!!
Bukan kata hanya berwaktu- ketika susah ingat Tuhan ketika senang lupa!
- Allah tanya lagi wahai manusia apakah ada Tuhan lain yang kamu takuti & yang kamu taati???
Sedangkan Allah s.w.t yang disembah dengan sebenar, yang tunggal dalam penciptaan, pemilikan & pentadbiran alam ini! - Maka tidak wajar sekali kamu cari Tuhan yang lain untuk disembah, untuk ditakuti, untuk minta tolong dan sebagainya perbuatan yang membahayakan ini kerana bawa kepada syirik.
وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْـَٔرُونَ ﴿٣٥﴾
Ayat 53- {Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.} (Al-Nahl 16:53)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah perintahkan manusia yang berakal termasuk jin untuk takut & gerun hanya kepada Allah!
ii- maka datang ayat ini menjadi kewajipan semua untuk bersyukur kepada Allah bukan kepada berhala.
Allah yang memberi nikmat kepada kita kenapa kita nak berterima-kasih & bersyukur kepada yang lain!!!!
- Ini kerana segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, kita kena kenal siapakah Pemberinya iaitu Allah Azza wa Jalla- Pemberi nikmat yang hakiki yang sebenar.
Manusia lain seperti kerajaan atau orang kaya hanya sebagai perantaraan dan penyebabnya saja.
- Apabila kita lupa nikmat Allah kita akan rasa bangga dengan pencapaian yang kita dapat.
Kita lalai dan terjerumus ke dalam perkara yang mungkar & maksiat.
Kita akan berani buat apa yang Allah larang & tidak redha. - Apa saja nikmat yang kita ada, nikmat zahir atau batin, yang nampak atau yang tidak nampak, nikmat harta atau kekayaan, kesihatan atau kesenangan, anak keturunan; semua itu dai Allah semata-mata bukan dari makhluk lain!
*Orang yang kita nampak bahagia luaran atau secara zahir belum tentu bahagia batin atau jiwa.
Contoh: Seseorang itu duit banyak tetapi isteri tak dengar kata, harta bertimbun tetapi anak derhaka, pangkat besar tetapi musuh keliling pinggang dan sebagainya!
- Bila kita sedar bahawa Pemberi nikmat hakiki itu Allah- kenapa kita nak sekutukan Allah, kenapa kita nak sembah & memuja yang lain lagi yang tiada kuasa dan manfaat apa!!!
Kita kena sedar & banyak bersyukur kepada Allah! - Kemudian Allah peringatkan dan berpesan siap-siap kepada kita manusia; Apabila kamu ditimpa kesusahan dalam apa jua keadaan- jangan lupa untuk kembali kepada Allah dengan berdoa kepada Allah.
*Samada susah fizikal atau mental. - Kita berdoa minta pertolongan dari Allah agar Allah melepaskan segala kesusahan yang menimpa kita.
Ini kerana kita tahu, ada dalam ilmu kita bahawa hanya Allah yang dapat membantu dan menghilangkan semua kesusahan itu!
- Ingat kata-kata motivasi ini: Orang kaya boleh beli ubat tetapi tidak boleh beli kesembuhan;
Orang berkuasa boleh beli kursi/pangkat tetapi tidak boleh beli ketaatan- hatta nak masuk syurga pun bukan hanya semata-mata kerana amalan kita tetapi dengan rahmat Allah! - Maka baru kita sedar insaf bahawa segala yang kita dapat ini duduk di bawah belas kasihan Allah s.w.t maka jangan kita sombong!
- Jangan sombong; ingat dunia ini berputar seperti roda sekali di atas sekali di bawah- dunia ini hanya sementara apa yang kekal hanya apa yang ada di sisi Allah iaitu taqwa, amal kebaikan yang ikhlas yang kita buat sebagai bekal ke Akhirat nanti!
- Jika orang tegur & beri peringatan jangan mudah melenting atau terpijak ekor!
Apa saja benda yang tak baik kita yang tahu kena beri nasihat!
Ingat bala itu apabila ia turun akan kena semuanya!
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ ﴿٤٥﴾
Ayat 54- {Kemudian, apabila Ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.} (Al-Nahl 16:54)
- Tetapi ada juga segolongan manusia yang apabila Allah hilangkan bala & angkat kesusahan yang menimpanya- mereka cari berhala pula & jadikan sekutu bagi Allah dalam ibadat mereka!
Inilah penyakit tak reti bahasa! - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).} (Al-Israa’ 17:67)
ii- {Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur”.
Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan.} (Yunus 10: 22-23)
iii- {Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.} (Al-‘Ankabuut 29:65)
*Puak kafir zaman dulu ingat juga kepada Tuhan semasa susah, ini zaman kita ini- ada orang apabila bertemu gajah liar seru nama tok ayah untuk minta tolong, bukan seru nama Allah sebagai Tuhan gajah itu!
- Sedangkan banyak bacaan, zikir & doa-doa yang ma’thur ajaran dari Nabi s.a.w yang boleh kita amalkan.
Boleh dapatkan Kitab Perisai Muslim:
https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
- Kata ulama’: Iman kamu terserlah dengan apa yang terkeluar dari mulut kamu apabila pertama kali kamu ditimpa kesusahan- yakni siapa yang kamu seru & panggil.
Contoh- Ya Allah, Ya Rabb!
Kita kena kena letakkan Allah sebagai tempat yang sepatutnya kita bergantung!
لِيَكْفُرُوا۟ بِمَآ ءَاتَيْنَٰهُمْ ۚ فَتَمَتَّعُوا۟ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ﴿٥٥﴾
3Ayat 55- { (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).} (Al-Nahl 16:55)
- Bagi mereka yang mencari selain Allah selepas hilang bala ini, Allah katakan kepada mereka- bersenanglah & kamu bersuka-sukalah atas dunia ini sekejap; selepas ini kamu akan tahulah balasan buruk yang akan menimpa kamu!
- Yakni puak kafir ini apbhilang bala- kembali kafir & lupa kepada Allah yang menyelamatkan mereka- maka kita jangan ikut perangai huduh puak kafir ini!
Hilang bala cari berhala! - Gembira atas dunia ini hanya sekejap, di Akhirat kelak kamu mendapat balasan azab yang telah Allah janjikan!
Penutup & Faedah #
- Ayat 51- {Dan Allah berfirman: “Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan,…}– dalam ayat ini Allah kata jangan kamu bertuhankan dua Tuhan lain- dua kali Allah sebut- dua Tuhan yang dua!
Dalam ayat ini Allah sebut dua tuhan yang dua {إِلَـٰهَيْنِ ٱثْنَيْنِ}- untuk menunjukkan bahawa apabila berbilang lebih daripada satu- seperti dua atau berapa saja- ia bukan Tuhan tetapi adalah sesuatu yang lemah bukan kuat bukan Esa seperti Allah Azza wa Jalla!
Jadi Allah nak nafikan ketuhanan itu- Allah kata kamu ada dua Tuhan maka maknanya kamu lemah!
Allah takkan sebut apa-apa lafaz dalam al-Quran kecuali ada maksud & hikmahnya!!
Dalam ayat ini Allah sebut dua Tuhan {إِلَـٰهَيْنِ ٱثْنَيْنِ} untuk menguatkan lagi larangan bahawa kamu jangan ada sebarang bilangan, hanya Allah yang Esa saja yang berhak disembah, dipuja-puji, diminta pertolongan, diibadatkan & taat kepada-Nya.
Jelas kepada kita lafaz ini menunjukkan bahawa bila ada bilangan yang berbilang itu menunjukkan kelemahan & bukan Tuhan yang Esa, yang kuat!
- Ayat 52- {… (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.}–
Allah perkenalkan Zat-Nya yang mulia sebagai pemilik langit dan bumi!
Apabila kamu kenal Allah sebagai Pemilik & Pentadbir alam ini; maka layakkan kamu sembah orang lain, puja orang lain, minta pertolongan dengan orang lain????
Maka jawapannya pastilah tidak sesekali.
Yang layaknya hanya Allah sebagai Pemilik alam langit, alam bumi dan antara keduanya!
Ayat ini sebagai ayat takjub- soalan yang menimbulkan kepelikan- pertanyaan yang menempelak perbuatan batil mereka!
Alhamdulillah apabila kita baca & tadabbur ayat ini- kita dapat lihat betapa dalamnya perbincangan ayat-ayat Allah yang wajib kita kena belajar, hayati & tadabbur- barulah kita terasa.
Sebagaimana kata ulama’ al-Quran ini ibarat buat kurma – makin dikunyah makin terasa kemanisannya!
Begitulah kemanisan al-Quran yang dapat kita rasa dengan mendalaminya!
- Ayat 53- {Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah;..}- apa-apa nikmat yang kamu terima itu semuanya dari Allah.
Maka apabila kita tahu semua nikmat itu dari Allah, wajiblah kita bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla- jika tidak kita akan menjadi manusia yang kufur!
Ulama’ kata nikmat di sini maksudnya kedua nikmat:
i- nikmat kehidupan atas dunia ini.
ii- nikmat kita beragama & layak mendapat syurga!
Kita menjadi Islam & beriman ini kerana Allah pilih kita, Allah beri taufiq hidayah kepada kita! Jika tidak kita tak tahu di mana kita akan berada!
Kata ulama’: Semua yang kita miliki ini adalah dari Allah- kita pandai bijak, cantik, lawa, sihat segar; semua ini dari Allah, kerana Allah yang beri- maka wajib kita bersyukur!
Semua itu dengan anugerah Allah bukan dengan sebab kita cerdik sendiri!
Ini kerana betapa ramai yang bijak yang tinggi keputusan peperiksaannya tetapi tidak berjaya dalam hidupnya atau tak dapat kerja!
Ada yang tak tinggi mana sijil- tetapi akhirnya termasuk dalam golongan kaya-raya atau bahkan jutawan!
Bukan kata kecerdikan atau pelajaran itu tidak penting!!!
Tetapi kita kena kita ingat apa yang kita dapat itu dari Allah- kita kena sedar kita dapat kerja, dapat berniaga, semuanya kerana Allah yang beri- bukan kerana cerdik kita itu saja!
Betapa ramai orang yang tinggi sijil tetapi menganggur!
Kita kena insaf dan sedarlah nikmat yang kita terima dari Allah!
- Ayat 53- {… kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.}–
Allah ajar kepada kita apabila ditimpa musibah, kesusahan- kembalilah kepada Allah jangan cari yang lain.
Yakni apabila susah saja terus ingat Allah!
Hanya kepada Allah kita memohon hajat, meraung, merayu, berdoa kepada Allah apa yang kita nak & minta!
Antara kepincangan masyarakat hari ini apabila dia susah atau nak minta sesuatu hajat- diminta orang lain berdoa atau solat hajat tetapi dia sendirinya tidak!
Sedangkan siapakah yang berhajat sebenarnya???
Maka apabila kita senang atau susah kena sentiasa ingat kepada Allah pada setiap masa dan ketika!
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w sesiapa yang ingat Allah ketika senang Allah akan ingat kepadanya ketika dia susah!!
- Ayat 55- {(Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), …}-
Allah kata kepada puak kafir- kamu bersenang-senanglah buat sementara dengan nikmat atas dunia ini!
Siapa yang ingkar, siapa lupa kepada Pemberi nikmat, siapa yang takabbur angkuh sombong dengan nikmat yang dia ada, orang bagi kesenangan dia buat maksiat!
Allah beri dia berjaya dan kaya, dia sombong kepada Allah- dengan tak tutup aurat, menjadi penaja program maksiat, buat video yang tak senonohnya!
Maka enjoylah semua itu buat sementara!!!
Kemudian kamu akan tahu apakah akibat & balasannya sekali Allah sentap sakit ke, jatuh perniagaan, datang bala menimpa- maka tiada bumi untuk dipijak lagi!
Siapa yang ingkar kepada Allah dengan nikmat yang dia ada, sombong dan angkuh tidak bersyukur kepada Allah- maka Allah kata kamu akan tahu ke mana pengakhiran kamu!
Kita orang beriman kena ingat; Allah beri kesenangan, kekayaan dan semua nikmat itu kerana Allah nak uji kita!
Dulu kita susah sekarang kita senang- apakah kita syukur!
Dulu kita tiada kuasa, berguling-guling rebut kuasa, sekarang kita berkuasa apa yang kita buat!
Allah nak tunjuk kepada kita- Allah beri kemenangan, kekayaan & kekuasaan sebagai ujian!
Kerana itu kita kena sentiasa muhasabah diri, kembali kepada Allah, kerana tanpa bimbingan Allah kita akan terumbang-ambing hanyut tidak tahu hendak tuju ke mana!
Ya Allah berikan kepada kami hidayah untuk beramal soleh, mantapkan iman dengan pergantungan kepada kamu, bukalah dada & gerakkan mulut kami untuk bernunajat kepada-Mu ketika senang & susah, akhirilah hidup kami atas dunia ini dengan husnul-khatimah dan akhir perjalanan kami ialah ke syurga-Mu ya Allah.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Selasa 05/05/2026 / 17 ZulQa’dah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=944306351753219&set=pb.100085215893583.-2207520000&type=3
Semoga Bermanfaat!
