Dibinasakan Negeri Kafir, Cabaran Mukjizat Ditolak & Pemandangan Isra’ Wal Mi’raj Suatu Ujian

Live Kuliah Pagi Khamis 25/06/2026 – 09 Muharram 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Al-Israa’ (15) Ayat [58-60]
Full video: https://youtu.be/CA-WRnWhf9Q?si=eCQQBLG_YumU24Wu
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Al-Israa’ dengan ayat 58 sehingga ayat 60 dalam juzuk kelima-belas.
Hari ini adalah ke9 Zulhijjah, hari Tasu’a, hari yang digalakkan kita berpuasa untuk dikembarkan dengan puasa hari Asyura – 10hb Zulhijjah esok yang besar pahalanya.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan orang yang kafir ingkar menentang Allah & Rasul-Nya- mereka akan dibinasakan oleh Allah Azza wa Jalla tidak boleh lari lagi.
- Puak kafir musyrikin buat provokasi cabar minta dibawa mukjizat yang pelik-pelik di Makkah- seperti bukit Safa menjadi emas dan lain-lain tetapi ditolak Allah kerana jika tidak beriman juga selepas itu mereka akan dibinasakan. Peringatan ini untuk orang yang degil keras kepala.
- Kemudian Allah nyatakan pemandangan semasa Isra’ wal Mi’raj yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w adalah suatu ujian, kerana manusia tidak akan percayanya.
Di mana Baginda naik ke langit jumpa para Nabi serta pelbagai mukjizat yang pelik. - Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang bagaimana keadaan puak yang mengingkari kebangkitan semula, puak kafir yang bertawasul menggunakan perantaraan.
ii- maka datang ayat ini Allah bawa secara amali di depan mata- orang yang derhaka dua hukuman yang akan dijatuhkan oleh Allah s.w.t iaitu:
*Azab isti’sol- iaitu dibinasakan secara total tak meninggal baka seperti kaum Nuh, kaum Ad, Thamud, kaum Nabi Lut dan sebagainya!
*Atau azab juz’i (sebahagian), azab yang berat tetapi tidak total seperti peperangan yang membawa kematian & tawanan ramai orang kafir.
**Apapun azabnya semua itu yang membinasakan & kita tidak mahu menjadi manusia yang celaka & ditimpa bala ini!
Ayat ini adalah amaran keras kepada kafir yang derhaka jangan kamu ulangi sejarah buruk kaum kafir terdahulu!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَإِن مِّن قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا ﴿٨٥﴾
Ayat 58- {Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).} (Al-Israa’ 17:58)
- Sesiapa yang menentang Allah & Rasul- negeri mereka akan dibinasakan.
Kata ulama’ maksudnya negeri { مِّن قَرْيَةٍ} di sini ialah:
i- mana-mana saja negeri kafir yang zalim akan dibinasakan oleh Allah.
ii- ada juga kata negeri khas seperti negeri kaum Thamud, kaum Ad dan seumpamanya.
*Apapun yang penting mana-mana negeri saja yang dinamakan atau tidak- asal saja kufur, syirik, derhaka dan ingkar akan dibinasakan secara total!
- Atau mereka akan ditimpa azab yang berat yang akan membawa kebinasaan seperti diserang musuh yang membunuh mereka atau diserang kemarau & penyakit yang membunuh dan membawa kebinasaan.
- Kata Ibnu Juzai rhm- kebinasaan ini akan berlaku dengan dua keadaan:
i- mati habis semua puaknya- kebinasaan total.
ii- datang bala bencana juz’i yang menimpa mereka & negeri mereka! - Ini kerana sudah menjadi Sunnatullah ketetapan Allah sesiapa yang derhaka akan binasa.
Allah sudah tetapkan sedemikian- pasti terjadi tidak boleh lari kerana yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) bala datang kepada orang yang derhaka.
- Dalam Kitab Ar-Rahiq al-Makhtum kita sudah membaca tentang peristiwa menyayat hati yang berlaku dalam Peperangan Uhud.
Kerana terdapat sebahagian (tentera pemanah) yang ingkar tak dengar arahan Nabi s.a.w- mereka hampir kalah & lebih daripada 70 orang tentera Islam gugur syahid & Nabi s.a.w sendiri luka berdarah habis wajahnya!
- Kerana ingkar tak dengar kata Nabi s.a.w- Allah beri satu pengajaran yang amat teruk- Allah tunjuk terus bayar cash atas dunia ini!
Di Akhirat kelak Allah ampunkan mereka & dikira sebagai orang yang mati syahid- wallahu a’lam.
وَمَا مَنَعَنَا أَن نُّرْسِلَ بِالْآيَاتِ إِلَّا أَن كَذَّبَ بِهَا الْأَوَّلُونَ ۚ وَآتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا ۚ وَمَا نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا ﴿٩٥﴾
Ayat 59- {Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).} (Al-Israa’ 17:59)
- Ketetapan Allah s.w.t siapa saja yang derhaka dan mendustakan Allah & rasul-Nya- akan dibinasakan Allah.
Kisah ayat ini adalah tentang satu provokasi yang dibuat oleh puak musyrikin Quraisy terhadap Nabi s.a.w- meminta mukjizat yang pelik ikut permintaan mereka!
- Sabab Nuzul ayat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a:
“Orang-orang Quraisy datang kepada Rasulullah dan berkata: “Mohonlah kepada Tuhanmu agar bukit Safa ini dijadikan sebagai bukit emas bagi kami, maka kami akan beriman selepas itu.”
Rasulullah menegaskan: “Adakah benar kamu akan melakukannya (beriman)?
Lalu mereka menjawab: “ya”.
Ibnu Abbas berkata lagi: “Setelah itu Rasulullah berdoa.
Kemudian malaikat Jibril datang sambil berkata, “Sesungguhnya Tuhanmu memberi salam kepadamu dan berfirman, ‘Jika engkau mahu, nescaya akan dijadikan Bukit Safa itu emas buat mereka.
Dan sesiapa yang ingkar selepas itu, maka aku akan menyeksa mereka dengan azab yang belum pernah aku timpakan kepada seluruh alam ini dan jika engkau kehendaki nescaya aku akan bukakan pintu taubat dan rahmat bagi mereka.”
Lalu Rasulullah menjawab aku ingin agar dibukakan pintu taubat dan rahmat.”
Ada riwayat menyatakan, pada ketika itu turunlah ayat dari surah al-Isra:
وَمَا مَنَعَنَآ ٲَن نُّرۡسِلَ بِٱلۡاٴَيٰتِ ٳِلَّاَ ٲَن كَذَّبَ بِہَا ٱلۡٲَوَّلُوۚنَ
{“Dan tidak ada yang dapat menghalang kami daripada mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan kami). Melainkan tanda-tanda itu telah didustai oleh orang-orang terdahulu.”} (al-Isra’ :59) [HR Ahmad, an-Nasaei].
- Begitulah Rasulullah s.a.w sangat tamak nak menyelamatkan kaumnya dari dibinasakan Allah lalu Baginda terima tawaran untuk tangguhkan dulu perminaan itu sabar jangan gopoh- tunggu hati mereka terbuka untuk menerima Islam.
Nabi nak selamatkan umatmnya dari api neraka!
4.Begitulah juga kerja kita para pendakwah nak menyelamatkan masyarakat & manusia daripada terjebak dengan perbuatan yang mengundang risiko yang boleh membawa kepada syirik & mungkar, nak menyelamatkan mereka daripada disentuh api neraka!
Bukan kerja kita saja-saja nak membid’ah & menyesatkan manusia!
- Kemudian Allah nyatakan kepada Nabi s.a.w bahawa sudah contoh kejadian ini sebelum yang terjadi kepada kaum Thamud yang Allah beri kepada mereka unta betina sebagai mukjizat yang nyata tetapi mereka berlaku zalim membunuh unta itu maka Allah turunkan azab binasa ke atas mereka!
- Yakni Allah bawa contoh- ada kaum yang sebelum ini yang telah meminta mukjizat seperti kamu- apabila Allah perkenankan permintaan tetapi malangnya mereka tetap tidak beriman maka Allah timpakan azab yang memusnahkan mereka secara total!
- Kesan peninggalan kaum Thamud yang dibinasakan ini masih ada iaitu di satu tempat dinamakan Madain Soleh atau al-Hijri, terletak dalam wilayah Al-‘Ula dibawah Mantiqah Madinah al-Munawwarah.
Tempat mereka dibinasakan itu Kerajaan Arab Saudi menjaganya dan ia sekarang kosong tiada penempatan manusia di situ.
Jika kita nak pergi lihatnya kena pergi dengan penuh keinsafan untuk mengambil pengajaran dan ibrah.
- Kisah kaum Thamud ini banyak disebut di dalam al-Quran antaranya ialah:
i- {Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka, sambil berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)”.
Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.} (Al-A’raaf 7:77-78)
ii- {Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!”
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).} (Asy-Syams 91: 12-14)
- Allah tegaskan bahawa semua tanda & mukjizat-mukjizat itu diturunkan untuk menjadi amaran bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman!
- Nota [649] Kaum musyrik meminta Nabi Muhammad s.a.w membawakan mukjizat kepada mereka, lalu turun firman Allah Ta’ala ini menerangkan bahawa mukjizat yang diminta itu tidak akan diturunkan kerana akibatnya sangat buruk kalau mereka tidak juga beriman.
Kaum kafir dahulu telah mendustakan mukjizat-mukjizat yang dibawakan oleh Rasul masing-masing dengan permintaan mereka, akibatnya mereka dibinasakan.
وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ ۚ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ ۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا ﴿٠٦﴾
Ayat 60- {Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau.} (Al-Israa’ 17:60)
- Munasabah ayat:
i- apabila mereka datang minta mukjizat mencabar Nabi s.a.w.
Kemudian Allah bawa ujian kepada orang beriman & orang kafir juga dengan membawa Nabi s.a.w Isra’ & Mikraj.
ii- maka datang ayat ini nyatakan kamu tak perlu cabar, Allah tahu semua niat & tujuan kamu bukan nak beriman sungguh.
- Allah tegaskan ilmu & Kudrat-Nya meliputi semua manusia di mana aja mereka berada! Tiada yang akan terlepas dari ilmu & kuasa Allah!
- Nota [650] Yakni sekalian manusia adalah terletak dalam genggaman kuasa Allah dan pengetahuan-Nya.
Oleh itu, janganlah engkau wahai Muhammad merasa bimbang terhadap orang-orang musyrik yang menentangmu, kerana mereka akan tewas akhirnya.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.} (Al-Maaidah 5:67) - Kemudian Allah nyatakan bahawa peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku kepada Nabi s.a.w & apa pemandangan yang Baginda lihat pada malam itu dengan kedua matanya sendiri secara fizikal; akan menjadi satu ujian kepada manusia samada yang beriman atau tidak.
Ini kerana ia adalah sesuatu yang diluar jangkauan akal pemikiran manusia. - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
Di sisi “Sidratul-Muntaha”;
Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.} (An-Najm 53: 11-18) - Dari maksud ayat ini: Apa Allah perlihatkan kepada Nabi s.a.w pada malam isra’ Mikraj sebagai satu ujian kepada manusia- Ibnu Abbas r.a menafsirkan bahawa apa yang dilihat oleh Nabi s.a.w itu adalah dengan pandangan matanya yang hakiki- bukan hanya melalui mimpi atau dengan roh saja.
Ini kerana Baginda s.a.w juga Mikraj (naik ke langit) secara fizikal dengan roh dan jasadnya!
- Nota [651] Yakni apa yang telah berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w yang telah disaksikannya dengan mata kepala pada malam Israa’ dan Mi’raj itu adalah menjadi ujian bagi manusia, sehingga banyak di antaranya – yang kafir dan yang lemah imannya – tidak mempercayainya dan mengejek-ejeknya.
- Yakni maksudnya Allah menjadikan apa yang diperlihatkan kepada Nabi S.A.W daripada perkara dan peristiwa yang pelik dan ajaib pada malam Israk dan Mi’raj adalah sebagai satu ujian kepada orang ramai; Ini kerana ada di antara yang tidak langsung mempercayai apa yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W.
Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mungkin berlaku.
Mereka mengatakan juga bagaimana mungkin Baginda solat di Baitul Maqdis dan pergi ke tujuh tingkatan langit serta melihat keseluruhannya pada satu malam sahaja kemudian pada waktu pagi berada di Makkah. Inilah satu ujian kepada mereka yang ragu-ragu.
- Kerana itu juga apabila orang kafir dengar cerita Nabi s.a.w ini mereka segera pergi mengadu kepada Sayyidina Abu Bakar r.a.
Mereka datang kononnya untuk menimbulkan keraguan Saidina Abu Bakar terhadap Nabi S.A.W.
Namun, usaha mereka gagal.
Bahkan, Saidina Abu Bakar R.A menjawab;
لئن كان قال ذلك فقد صدَقَ
Sekiranya benar Baginda S.A.W berkata demikian, maksudnya dia benar.
Mereka bertanya lagi:
أو تُصَدِّقُه أنه ذهب الليلةَ إلى بيتِ المقدسِ و جاء قبل أن يُصبِحَ ؟
Kamu masih membenarkan dakwaannya pergi ke Baitul Maqdis di malam hari, dan tiba di sini sebelum Subuh?
Saidina Abu Bakar menjawab;
نعم إني لَأُصَدِّقُه فيما هو أبعدُ من ذلك ، أُصَدِّقُه بخبرِ السماءِ في غُدُوِّه أو رَوْحِه
Ya, aku pasti membenarkan kata-katanya sekalipun Baginda S.A.W menyatakan pergi lebih jauh dari itu.
Aku turut membenarkan kenyataannya naik ke langit.
- Di sini kita dapat saksikan bahawa keimanan Saidina Abu Bakar tidak ‘tergoyang’ dengan keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh para pembesar Makkah.
Ini kerana, beliau begitu yakin dengan kenabian Nabi Muhammad S.A.W. - Allah juga nyatakan- dijadikan juga ujian kepada manusia kafir melalui pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; kerana mereka pasti tidak percaya & akan menolaknya dengan mengatakan mana ada pokok yang hidup di dalam api!!
- Nota [652] Yakni pokok “Zaqqum – زقوم” yang tumbuh dalam neraka dan buahnya menjadi makanan ahli neraka.
Pokok ini juga menjadi ujian bagi manusia kerana orang-orang kafir tidak percaya bahawa ada pokok yang boleh hidup dalam api neraka.
*Kerana itu dalam agama kita tidak boleh guna otak atau logik akal saja- jika ada wahyu tentang kita kena terima, percaya & yakin 100% tentangnya!
- Di akhir ayat Allah nyatakan bahawa Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran tetapi semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau!
Penutup & Faedah #
- Ayat 58- {Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat..}-
Allah tegaskan mana-mana negeri yang kufur ingkar derhaka kepada Allah akan dibinasakan!
Samada binasa secara total atau binasa secara juz’i (sebahagian).
Ini adalah satu ketetapan dari Allah s.w.t samada cepat atau lambat!
Lagi kuat dia derhaka lagi cepat azab datang, lagi keras penentangan lagi keras hukuman & lagi dahsyat azabnya.
Azab ke atas kaum itu pula luar biasa ikut akan kebisaan kejahatan mereka!
Seperti kaum Lut yang buat perbuatan keji luar tabei Allah balikkan bumi mereka!
Allah pilih manusia yang celaka akan dibinasakan!
Marilah kita jadi manusia yang baik, yang selamat dari kebinasaan Allah!
- Ayat 59- {Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu;..}-
Allah kata tidak ada yang menghalang-Nya untuk menurunkan mukjizat seperti yang diminta oleh puak kafir itu; tetapi sebagai pengajaran kepada umat dahulu yang telah minta mukjizat dari nabi mereka tetapi mereka tetap mendustakannya lalu mereka dibinasakan semuanya!
Ulama’ tadabbur seperti al-Qassab mengatakan bahawa ayat ini menjadi dalil kemuliaan umat Nabi Muhammad s.a.w.
Umat terdahulu dibinasakan tetapi umat Muhammad selamat kerana Nabinya memilih jalan untuk bersabar & tenang, walaupun dihina, dicabar oleh mereka, tetap mengambil jalan tidak layan permintaan mereka itu demi keselamatan mereka sendiri.
Tetapi azab juz’i itu tetap berlaku sebagai satu peringatan dari Allah s.w.t!
Persoalan: Kenapa Allah tak tunaikan permintaan mereka itu walaupun mereka telah berjanji untuk tidak beriman??
Jawapan: Allah tidak menerima permohonan mereka itu kerana syaratnya jika ditunaikan permintaan mereka itu dan mereka tetap tidak beriman juga selepas mukjizat turun; mereka akan dibinasakan- musnah semuanya!
Rasulullah s.a.w sebagai rahmatan lil-‘alamin- tidak mahu begitu maka Allah tidak tunaikannya!
- Ayat 59- {… dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman).}-
Allah kata telah dibawa satu contoh di sini iaitu apa yang telah berlaku kepada kaum Thamud!
Allah bawa kaum Thamud sebagai contoh antara kaum yang telah dibinasakan akibat mereka tidak tunaikan janji untuk beriman selepas ditunaikan permintaan mereka.
Iaitu mereka meminta satu mukjizat atau satu keajaiban membuktikan kebenaran Nabi mereka!
Setelah dibawa bukti mereka tetap tidak beriman lalu Allah binasakan mereka!
Allah kata Dia turunkan ayat ini untuk menakutkan kamu!
Manusia ini sepatutnya begitulah!
Tetapi apa boleh buat apabila turun ayat mereka makin keras kepala makin tak reti bahasa.
Kita orang beriman apabila berjumpa dengan perkara yang pelik begini; kita jadikan iktibar dan pengajaran, letakkan di hadapan mata kita apa yang boleh kita belajar daripada kebinasaan umat terdahulu untuk kita menyelamatkan kita daripada kebinasaan seperti mereka!
Allah beri mukjizat kepada para rasul-Nya ikut kepada kecenderungan umatnya pada masa itu.
Seperti kaum Fir’aun pada waktu itu gilakan sihir maka Allah beri kepada Nabi Musa satu mukjizat yang seolah sihir (bukan sihir) tetapi mukjizat yang lebih hebat & tidak terlawan oleh sihir mereka itu!
- Ayat 60- {… dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia;}-
Allah katakan apa yang Allah tunjukkan kepada Nabi s.a.w pada malam Israa & Mikraj itu adalah ujian & iktibar kepada mereka yang ada di hadapan Nabi s.a.w.
Orang beriman bertambah keimanannya seperti Abu Bakar r.a apabila diberitahu orang tentang peristiwa Mikraj itu, katanya:
“Jika dia (Nabi) yang mengatakannya, maka sesungguhnya dia adalah benar.”
Kerana keteguhan dan keyakinan beliau yang tidak berbelah bahagi inilah, Rasulullah S.A.W telah menganugerahkan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan) kepada beliau.
Manakala orang yang lemah iman akan mula goyah iman & keyakinannya- apa ajaran yang pelik ini, kenapa pula Muhammad mengaku yang pelik begini!
Orang yang kafir bertepuk tangan gembira menyangka mereka mendapat peluang atau hujjah untuk menjatuh & meremehkan Nabi s.a.w.
Kerana itu Ibnu Abbas r.a menafsirkan ayat ini dengan mengatakan apa yang Nabi s.a.w lihat dengan mata kepalanya sewaktu Mikraj itu akan menjadi ujian kepada Baginda & manusia di sisinya!
- Ayat 60- {… dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran;}-
Allah kata begitu juga pokok yang dilaknat ia juga akan menjadi ujian kepada manusia.
Ia adalah pokok Zaqqum yang tumbuh dalam neraka- kerana itu ia dikatakan pokok yang dilaknat kerana berada di dalam neraka.
Banyak ayat al-Quran menyebut tentangnya:
i- {(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).} (Ad-Dukhaan 44: 43-44)
ii- {Buahnya (Zaqqum) seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;} (As-Saaffaat 37:65)
Betapa buruk dan dahsyatnya gambaran tentang pokok Zaqqum, pokok yang dilaknat dalam al-Quran.
Ia dilaknat di dalam al-Quran kerana ia berada di dalam neraka!
Jadi dua perkara ini: Isra’ Mikraj & pokok Zaqqum menjadi ujian kepada manusia, menguji iman & kepercayaan mereka!
Maka sebagaimana kata DDAAM:
Kita jangan cari yang pelik-pelik tetapi kita cari yang sahih!
Insya’ Allah hari ini kita semua pakat puasa sempena hari ke-9 Zulhijjah bersama dengan esok hari Asyura- 10 Muharram yang amat besar pahalanya.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 25/06/2026 – 09 Muharram 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link: https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=986994204151100&type=3
Semoga Bermanfaat!
