Kafir Ingkar Bangkit Semula, Siapa Berkuasa Hidupkannya & Masa Hidup Hanya Sekejap

Live Kuliah Pagi Selasa 23/06/2026 – 07 Muharram 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Al-Israa’ (13) Ayat [49-52]
Full video: https://youtu.be/ssvUVwaNbOY?si=QV9tkBD5Gwi0rio9
Muqaddimah: #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Al-Israa’ dengan ayat 49 sehingga ayat 52 dalam juzuk kelima-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan perangai kafir yang tidak percaya & ingkar akan kebangkitan semula selepas mati (إنكار البعث).
Kemudian Allah tolak hujjah mereka itu dengan hujjah yang sangat nyata bahawa jika mereka menjadi batu, besi pejal atau apa sekalipun mereka tetap akan hidup balik & akan menerima balasannya!
- Kemudian mereka tanya balik siapa yang akan hidupkan mereka kembali??
Allah nyatakan Allah yang berkuasa menciptakan mereka dulu pastilah juga berkuasa untuk menghidupkannya balik! - Apabila hidup balik mereka ditanya malaikat berapa lama mereka hidup atas dunia dulu- mereka berkata hanya sebentar saja.
Begitulah masa hidup atas dunia ini hanya sekejap dan sementara saja kerana itu kita kena buat persiapan yang mencukupi untuk bekalan Akhirat!
Semoga Allah selamatkan kita di dunia & aman di Akhirat!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang ketuhanan & tentang puak kafir yang menimbulkan keraguan tentang kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
ii- maka dalam ayat ini puak kafir mengingkari tak percaya kebangkitan semula & hari Kiamat pula!
Lalu Allah menolak hujjah karut mereka itu dengan hujjah yang mantap dan jelas.
- Kata ulama’ tadabbur- Isi kandungan al-Quran berpaksi kepada 4 perkara:
i- Ketuhanan- iaitu tauhid & mengesakan Allah s.w.t.
ii- Kenabian- kita terima wahyu melalui Nabi s.a.w- siapa tolak Nabi seolah tolak Tuhan.
iii- kita beriman dengan bangkit semula & hari Akhirat.
iv- beriman dengan qadha’ & qadar- taqdir ketetapan Allah s.w.t yang akan berlaku!
*Jika ada kisah & hukum lain semuanya di bawah 4 bab atau topik ini.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَقَالُوا أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا ﴿٩٤﴾
Ayat 49- {Dan mereka berkata: “Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?”} (Al-Israa’ 17:49)
- Puak kafir yang tidak beriman dengan Allah, dengan hari Akhirat, dengan bangkit semula dan hari Kiamat itu- datang berjumpa Nabi s.a.w dan berkata: {Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?}
*Ini adalah syubhat keraguan yang ditimbulkan oleh puak kafir tentang kebangkitan semula.
- Sebagaimana dalam firman Allah ini- diceritakan seorang kafir datang bawa tulang reput kepada Nabi s.a.w & berkata:
{Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);} (Yaa Siin 36: 78-79)
*Ada ulama’ kata itu ialah Al-As bin Wail atau Ubai bin Khalaf (dua orang ini kafir yang paling jahat & kuat penetangannya) datang berjumpa Nabi s.a.w itu dengan tujuan mengejek & memerli- menunjukkan ketidakpercayaan akan kebangkitan semula!
۞ قُلْ كُونُوا حِجَارَةً أَوْ حَدِيدًا ﴿٠٥﴾
Ayat 50- {Katakanlah (wahai Muhammad):” Jadilah kamu batu atau besi -} (Al-Israa’ 17:50)
- Allah perintahkan untuk Nabi s.a.w menjawab mereka yang ingkar dan penuh penentangan itu:
Jika kamu rasa Allah nak hidupkan kembali kamu dari tulang yang telah hancur itu sesuatu yang susah & tak logik- maka: - Maka kamu jadilah sesuatu pepejal yang keras seperti besi atau kayu atau batu seperti berhala-berhala atau tokong sembahan kamu itu; tetapi tak perlu fikirkanlah kamu tetap akan dibangkitkan Allah di Akhirat kelak!
أَوْ خَلْقًا مِّمَّا يَكْبُرُ فِي صُدُورِكُمْ ۚ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَا ۖ قُلِ الَّذِي فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَ ۖ قُلْ عَسَىٰ أَن يَكُونَ قَرِيبًا ﴿١٥﴾
Ayat 51- {Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)!” Mereka pula akan bertanya: “Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?” Katakanlah: “Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!” Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?” Katakanlah: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!”} (Al-Israa’ 17:51)
- Munasabah ayat:
i- Setelah hujjah mereka dibatalkan dalam ayat yang sebelumnya:
ii- mereka datang pula dengan bentuk soalan yang penuh perlian dan ejekan serta degil keras kepala!
- Yakni jika kamu yang ingkar akan bangkit semula ini; menjadi apa saja makhluk yang besar & kuat- yang terlintas dalam fikiran kamu yang kamu rasa susah untuk Allah hidupkannya- maka Allah tetap berkuasa menghidupkannya, dibangkitkan semula untuk diberi penghakiman & balasan!
- Puak kafir terus bertanya dengan perlian & mengejek-ejek:
i- “Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?”
ii- Allah ajar Nabi untuk menjawabnya: {Katakanlah: “Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!”}
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.} (Al-Anbiyaa’ 21:104) - Apabila mendengar jawapan Nabi s.a.w itu:
i- mereka akan menganggukkan kepala mereka kepada Nabi s.a.w sambil bertanya lagi secara mengejek: Bila berlakunya hidup semula itu?
Mereka bukan percaya tetapi saja tanya dengan keras kepala dan main-main!
ii- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{… lalu orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
“Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah?
Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)”.} (Qaaf 50: 2-3)
- Lalu Allah ajar lagi untuk Nabi s.a.w menjawab: {Katakanlah: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!”}
Jangan dok gaduh- akan datang tak lama hari Kiamat itu maka berhati-hatilah kamu!
Jika nak beriman sekarang jangan tangguh-tangguh lagi.
Orang beriman pun jika nak bertaubat & menambahkan amal ibadat sekarang jangan tunggu mati dulu!
يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ وَتَظُنُّونَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٢٥﴾
Ayat 52- {(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.} (Al-Israa’ 17:52)
- Munasabah ayat ini jelas semuanya berkait dengan ingkar bangkit semula!
ii- maka datang ayat ini Allah kata tak kira samada kamu ingar atau tidak- kamu semua akan dipanggil untuk hidup balik menerima pengadilannya!
- Allah kata wahai puak kafir walaupun kamu tak percaya hari Kiamat itu- ia tetap akan berlalu apabila Allah akan menyeru kamu lalu kamu menyahut akur akan seruan Allah sambil memuji kekuasaanNya.
- Kata ada Ibnul Jauzi rhm. ada 4 maksud perkataan {بِحَمْدِهِۦ} ini:
i- dengan arahan Allah s.w.t (أمره).
ii- atau apabila mereka keluar dari kubur mereka berkata maha suci Allah apa yang Engkau janjikan dulu itu betul.
iii- mereka akan sambut seruan Allah dengan mengenali Allah & ketaatan kepada-Nya.
iv- mereka akan jawab dengan memuji Allah & tidak akan memuji diri sendiri kerana tiada ibadat & kebaikan lagi.
- Yakni selepas tiupan sangkakalan yang kedua mereka semua akan keluar dari kubur menyahut seruan Allah untuk menuju ke tempat perhimpunan di Padang Mahsyar!
- Sebagaimana firman Allah s.w.t:
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاءَ اللَّـهُ ۖ
ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنظُرُونَ
{Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).} [Az-Zumar: 68].
- Di akhir ayat Allah nyatakan bahawa apabila manusia bangkit dari kubur kelak kamu akan berasa kehidupan kamu atas dunia ini hanya sebentar!
Kemudian apabila terasa sekejap pula semasa di dalam kubur Yang lamanya kemudian di hadapan kelak hari Kiamat yang penuh huru-hara!
- Kata-kata hikmah:
الدنيا ساعة، فاجعلها طاعة
Dunia ini hanya seketika maka isikanlah ia dengan ketaatan!
Ini kerana kita atas dunia ini dua kumpulan saja samada menjadi golongan taat atau derhaka, soleh atau toleh, nak pilih lorong selamat atau lorong binasa!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung
Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).} (Al-Mu’minuun 23: 112- 114)
*Akibat huru-hara pada hari Kiamat manusia jadi tak berapa lama mereka hidup ats dunia dulu!
- Kata ulama’ seperti Ibnul Jauzi rhm: Maksud hidup sebentar di dunia ini ialah hidup sekejap antara tempoh dua tiupan serunai iaitu selama 40 tempoh!
Ketika itu mereka rehat sekejap tanpa azab. - Kesimpulannya berdasarkan beberapa pandangan ulama’ maksud
{إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًۭا} ini ialah:
i- sekejap hidup atas dunia.
ii- sekejap hidup di dalam kubur.
iii- sekejap antara tempoh dua tiupan serunai!
- Nota [643] Ayat ini ditujukan kepada sekalian makhluk yang mukmin dan yang ingkar.
Pada hari itu sekaliannya dihidupkan semula dan masing-masing bangun dari kubur sambil memuji Allah Yang Maha Kuasa, kerana pada waktu itu tiap-tiap seorang dengan sendirinya dapat mengenal kebenaran.
- Kita berdoa kepada Allah agar kita diberikan keyakinan yang tidak berbelah bagi, kemantapan aqidah yang tidak pernah goyang bahawa kita semua akan dibangkitkan oleh Allah di Akhirat kelak untuk pembalasan atas apa yang kita buat atas dunia ini!
- Faedahnya kita kena buat banyak persiapan, banyakkan ibadat, murnikan aqidah & tauhid, ibadat pula ikut ajaran Nabi s.a.w.
Jauhkan segala perangai buruk seperti dendam hasad dengki berbalah dengan orang!
- Kita rebutlah peluang untuk beribadat sebelum kita masuk kubur yang panjang pula tempohnya sebelum kita bangkit pula di Akhirat!
Penutup & Faedah #
- Ayat 49- {Dan mereka berkata: “Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu?”}- mereka bertanya dengan niat perli & mengejek!
Allah nyatakan soalan & pertanyaan kafir ini adalah dalam bentuk secara ingkar & perlian.
Mereka menganggapnya jauh dan tak masuk akal, tidak boleh diterima oleh akal yang waras bahawa manusia ini akan dibangkitkan hidup balik semula!
Allah akan ulang balik tentang isu ini dalam ayat 98 di hujung surah nanti, tetapi ia tidak berulang kerana:
i- dalam ayat 49 ini menceritakan tentang pengingkaran puak kafir semasa mereka masih hidup atas dunia ini.
Mereka memerli dan mengejek-ejek kepada Nabi s.a.w.
ii- manakala dalam ayat 98 nanti ialah apabila mereka akan menerima balasan di Akhirat kelak, setelah mereka melihat neraka- mereka terkejut dan bertanya begitu pula!
Soalan yang sama tetapi tempat & keadaan yang berbeza.
- Ayat 50– {Katakanlah (wahai Muhammad):” Jadilah kamu batu atau besi -}-
Allah ajar Nabi s.a.w untuk menjawab kepada puak kafir- kamu nak jadi batu, kayu atau apa saja pun- semua yang ada atas dunia ini tetap akan dibangkitkan oleh Allah pada hari Kiamat nanti!
Allah kata jika kamu rasa susah nak hidupkan semula tulang yang telah reput- maka kamu pilihlah nak jadi apa pun seperti benda pejal yang keras seperti batu atau besi; tetaplah kamu akan dihidupkan semula Allah Allah s.w.t di Akhirat kelak!
Apatah lagi jika kamu yang berasal dari tanah ini lebih senang bagi Allah untuk menghidupkannya semula.
Kata ulama’ lagi: Susunan ayat ini cantik sekali- bermula dengan Allah cabar mereka untuk jadi apa saja benda yang keras batu kayu besi- apa sekalipun mereka tetap akan dibangkitkan semula!
- Ayat 51- {Mereka pula akan bertanya: “Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula?”}-
Apabila dengar bahawa hujjah mereka telah kalah- sekarang mereka datang pula dengan ayat perlian dan main- main!
Yakni mereka terima untuk berdebat untuk terus berlawan.
Seolah mereka berkata: Ok ok jika kami akan hidup semula- tetapi siapa yang akan menghidupkan balik kami ini!
Ayat ini masih lagi dalam skop perbalahan & perdebatan.
Mereka pertikaikan siapa yang akan buat semua itu?
Serangan mereka di sini ialah tentang siapa pula yang akan perhidupkan balik mereka????
Yakni masih tidak percaya & mendustakannya!
- Ayat 51- {Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?” Katakanlah: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!”}– Allah suruh Nabi s.a.w katakan kepada puak kafir itu bahawa Kiamat akan berlaku tidak lama lagi!
Kenapa Allah kata Kiamat itu akan berlaku dekat tidak lama lagi {قَرِيبًۭا}- sedangkan sudah berlalu 1400 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w- tetapi masih tidak Kiamat???
Jawapan:
i- apabila waktu yang telah berlalu lebih banyak daripada waktu yang akan datang- maka kita akan kata yang akan datang itu sedikit atau tidak lama!
ii- andailah umur dunia ini berapa juta tahun bermula dari zaman Nabi Adam a.s dulu- berapa ramai sudah para rasul & nabi yang berlalu sebelum ini- maka pastilah waktu untuk selepas Nabi Muhammad s.a.w- sebagai rasul yang terakhir lebih dekat dengan Kiamat, tak lama lagi berbanding dengan watu bagi orang dahulu!
iii- contoh penerbangan kita dari Kuala Lumpur ke Jeddah adalah 8 jam- kemudian kita ditanya berapa jam lagi nak sampai?
Kita kata: tak lama dah dalam 2 jam lagi! Hah 2 jam lagi- masik lama!
Tetapi jika nak dibandingkan dengan 6 jam yang sudah berlalu- 2 jam sudah menjadi dekat & waktu yang tidak lama lagi!
Allah nak tunjukkan bahawa Kiamat itu sudah dekat dari depan kita berbanding dengan di belakang kita iaitu masa yang telah berlalu bermula dari nabi Adam sehingga ke kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w.
Allah jawab begini supaya manusia itu sentap & berfikir!
Maka waktu selepas kenabian Nabi s.a.w dengan hari Kiamat adalah dekat berbanding dengan umur dunia dari awal itu!
- Ayat 52- {(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.}
Pada hari itu kamu akan dibangkitkan oleh Allah dari kubur & kematian kamu itu dengan seruan { يَوْمَ يَدْعُوكُمْ} samada dengan seruan sangkakala atau seruan dari Allah s.w.t.
Kemudian selepas bangun dan bangkit kamu akan ditanya berapa lama kamu hidup- mereka akan kata sekejap!
Ulama’ kata: Ini menjadi dalil bahawa orang mati itu apabila ditanya di Akhirat kelak berapa lama kamu di dalam kubur- mereka kata sekejap saja.
Apabila ditanya berapa lama hidup atas dunia selepas dibangkitkan sebelum pengadilan- mereka akan kata sekejap!
Maka kita semua ini jangan dok kerja banyak, sibuk cari yang pelik & karut; kita kena ingat bahawa dunia ini hanya semetara & sekejap saja!
Ingat duduk atas dunia ini kaya setara manapun semua harta akan ditinggalkan, tinggi setara mana pangkatpun semua itu hilang, kita berkuasa sehari dua ini pun kuasa itu akan hilang!
Jadi kenapa kita nak zalim kepada orang apabila kita berkuasa, kenapa kita nak sombong apabila kita kaya, kenapa kita… apabila kita berfikir kenapa kenapa begini maka kita akan ingat bahawa:
Ingatlah: الدنيا ساعة، فاجعلها طاعة –
Dunia ini hanya sekejap saja maka isikan ia dengan ketaatan kepada Allah.
Sentiasalah kita baca doa ini:
اللَّهُمَّ أعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa berzikir (mengingati)-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu.”
Yakni sentiasa beribadat yang terbaik sebagaimana yang diajar oleh Allah & Rasul-Nya s.a.w.
Jika kita duduk di sini insya’ Allah kita selamat, tenang atas dunia ini dan aman di Akhirat insya’ Allah!
Pesanan mesra: Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan hari Tasu’a & Asyura iaitu hari ke9 & ke10 Muharram.
Maka jangan lupa kita berpuasa bermula pada hari Khamis 25hb Jun & 26hb Jun ini.
Kerana besar pahalanya sebagaimana hadis:
Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya: “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.” [Riwayat Muslim (1162)]
Tidak lama kemudian Baginda mendengar cerita tentang yahudi yang amat mengagungkan hari Asyura lalu di akhir hayatnya Rasulullah S.A.W, berazam untuk berpuasa dan Baginda juga berazam untuk berpuasa pada 9 Muharram.
Akan tetapi, Baginda S.A.W tidak sempat melakukannya kerana Baginda S.A.W telah wafat.
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, berkata:
لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لَأَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, maka aku akan berpuasa pada hari ke-9 (9 Muharram).” [Riwayat Muslim (1134)]
Maka jangan lupa untuk kita berpuasa pada 2 hari tu & mengingatkan orang lain juga!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Selasa 23/06/2026 – 07 Muharram 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link: https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=985243680992819
Semoga Bermanfaat!
