Syifa’ Al-Quran, Kafir Kufur Nikmat & Setiap Orang Melakukan Apa Yang Disukainya

Live Kuliah Pagi Khamis 02/07/2026 – 16 Muharram 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Al-Israa’ (21) Ayat [82-84]
Full video: https://youtu.be/JUPTG-pev4k?si=LYh0aojRqPvgEeVC
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Al-Israa’ dengan ayat 82 sehingga ayat 84 dalam juzuk kelima-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa al-Quran sebagai satu syifa’, iaitu penawar bagi manusia- tetapi Allah tak kata al-Quran itu dawa’ atau ubat tetapi penawar atau penyembuh.
Itulah mukjizat al-Quran yang Allah jadikannya. - Allah juga nyatakan bahawa puak kafir itu sifat mereka selain syirik, apabila dapat nikmat kufur nikmat, mereka juga akan mudah putus-asa apabila hilang nikmat itu.
- Kemudian di akhir ayat Allah nyatakan setiap orang melakukan apa yang disukainya.
Tetapi kita orang beriman kena suka apa yang disukai oleh Allah s.w.t- jangan kita suka apa yang Allah tak suka nanti kita akan dihumban ke dalam neraka!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang ketuhanan, kenabian, bangkit semula, syafaat Nabi s.a.w yang besar, tentang doa yang diajar oleh Allah kepada Nabi s.a.w & kita yakin bahawa kebenaran itu pasti akan tiba lambat atau cepat!
Kebatilan pula pasti akan hilang lenyap atas bumi nanti. Tetapi begitulah ia akan turun naik silih berganti atas dunia ini!
ii- maka datang ayat ini tentang penawar, pembimbing, penunjuk jalan yang Allah anugerahkan kepada umat ini iaitu al-Quran.
Dalam al-Quran ada semuanya; ketuhanan, tauhid, feqah, kenabian.
cerita nabi-nabi, syurga-neraka, hidup-mati, qadha’ qadar dan semuanya.
- Munasabah kedua:
i- dalam ayat yang lepas Allah kata bahawa telah datang yang benar & hilang yang batil; maka orang kafir berasa gerun dengan apa yang Allah nyatakan itu!
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan siapa yang nak selamat & aman di dunia maka hendaklah dia ikut al-Quran yang diturunkan Allah Azza wa Jalla.
Lain-lain undang-undang, peraturan & teori ciptaan manusia; tiada kerja & faedah apa!
- Maka kita kata alhamdulillah atas anugerah yang Allah beri kepada kita setiap hari belajar al-Quran, singa malam, berusaha memamahami al-Quran & berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan al-Quran & jalan Sunnah Nabi s.a.w.
Kerana dua jalan ini sahaja yang selamat, yang aman dan yang boleh menjamin keselamatan kita dunia Akhirat.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ﴿٢٨﴾
Ayat 82- {Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.} (Al-Israa’ 17:82)
- Allah kata kami turunkan dari al-Quran seluruhnya sebagai satu penawar, pengajaran yang Allah anugerahkan kepada kita.
Dalam kisahnya ada penawar, dalam hukum-hakamnya juga ada penawar. - Al-Quran adalah penawar {شِفَآءٌۭ} bagi dua penyakit dalam hati manusia ini:
i- penyakit syubhah- iaitu keraguan tak yakin, ragu-ragu.
ii- penyakit syahwat- iaitu suka kepada perkara maksiat & yang dilarang Allah s.w.t.
*Al-Quran juga boleh menjadi penawar kepada penyakit fizikal- atau tubuh badan tetapi jangan sehingga terpesong bacaan atau ayat al-Quran serta melampaui apa yang sepatutnya!
- Al-Quran juga menjadi rahmat {وَرَحْمَةٌۭ} kepada manusia yang beriman iaitu menjadi sebab seseorang itu mendapat rahmat Allah, menjadi sebab masuk syurga, mendapat kebahagiaan abadi & menjadi selamatnya dari neraka yang penuh azab dan menakutkan!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.} (Yunus 10:57) - Di akhir ayat Allah kata: Manakala bagi orang-orang yang zalim disebabkan keingkaran mereka menolak al-Quran- makin dibaca al-Quran makin mereka lari & melawan; itulah sifat orang kafir.
Mereka ini tidak akan dapat apa-apa faedah & manfaat melainkan memberi kerugian kepada mereka!
- Beberapa kisah yang menunjukkan ayat al-Quran juga boleh menjadi penawar kepada badan secara fizikal:
i- Hadis dari UM Aisyah r.a: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya.
Dan apabila keadaan sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan dengan tangannya sendiri mengharapkan keberkahan dari tangan-Nya yang mulia.” (HR Al-Bukhari)
*Kita juga boleh buat ini sebelum tidur sebagaimana ajaran Nabi s.a.w juga.
ii- Hadis daripada Abu Sa`id r.a, beliau bercerita:
انْطَلَقَ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي سَفْرَةٍ سَافَرُوهَا حَتَّى نَزَلُوا عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمْ فَلُدِغَ سَيِّدُ ذَلِكَ الْحَىِّ فَسَعَوْا لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ شَيْءٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَوْ أَتَيْتُمْ هَؤُلاَءِ الرَّهْطَ الَّذِينَ نَزَلُوا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ عِنْدَ بَعْضِهِمْ شَيْءٌ
Sebahagian sahabat Nabi S.A.W telah keluar bermusafir.
Sehinggalah mereka sampai di suatu kawasan pendalaman.
Para sahabat meminta kepada orang kawasan itu untuk menjadikan mereka sebagai tetamu. Namun permintaan mereka ditolak dengan keras.
Tiba-tiba pemimpin orang Arab kawasan tersebut telah digigit (oleh kala jengking). Mereka pun melakukan berbagai cara perubatan tetapi tetap juga tidak dapat mengubatinya.
Lalu di kalangan mereka ada yang berkata: ‘Bagaimana kalau kita bawakan pemimpin kita kepada kumpulan yang datang tadi.
Barangkali mereka mempunyai sesuatu yang dapat mengubati pemimpin kita ini’.
فَأَتَوْهُمْ فَقَالُوا يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ إِنَّ سَيِّدَنَا لُدِغَ وَسَعَيْنَا لَهُ بِكُلِّ شَيْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ فَهَلْ عِنْدَ أَحَدٍ مِنْكُمْ مِنْ شَيْءٍ فَقَالَ بَعْضُهُمْ نَعَمْ وَاللَّهِ إِنِّي لأَرْقِي وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَقَدِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضِيِّفُونَا فَمَا أَنَا بِرَاقٍ لَكُمْ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلاً فَصَالَحُوهُمْ عَلَى قَطِيعٍ مِنَ الْغَنَمِ
Lantas mereka pun membawa dia kepada para sahabat, seraya mereka berkata:
“Wahai kafilah, pemimpin kami telah digigit (oleh kala jengking).
Kami telah berusaha mengubatinya, tetapi tidak berkesan.
Adakah kamu mempunyai sesuatu yang dapat mengubatinya?”
Salah seorang sahabat Nabi telah berkata:
“Ya! Demi Allah aku akan menjampi pemimpin kamu itu. Tetapi demi Allah, sebelum ini kami telah meminta kamu menerima kami sebagai tetamu tetapi kamu benar-benar tidak mahu menerima permintaan kami.
Aku tidak akan menolong kamu sehinggalah kamu berjanji memberikan kami sesuatu.”
Mereka pun bersetuju untuk memberikan sekumpulan kambing.
فَانْطَلَقَ يَتْفِلُ عَلَيْهِ وَيَقْرَأُ {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ} فَكَأَنَّمَا نُشِطَ مِنْ عِقَالٍ فَانْطَلَقَ يَمْشِي وَمَا بِهِ قَلَبَةٌ قَالَ فَأَوْفَوْهُمْ جُعْلَهُمُ الَّذِي صَالَحُوهُمْ عَلَيْهِ
Sahabat Nabi tersebut pun menghembus pemimpin mereka, dan membaca surah al-Fatihah.
Seketika kemudian, nampaklah dia sihat kembali. Seakan-akan terbebas dari ikatan tali. Dia bangun dan berjalan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan lagi.
Lalu mereka pun memberikan barang yang telah dipersetujui tadi.
فَقَالَ بَعْضُهُمُ اقْسِمُوا فَقَالَ الَّذِي رَقَى لاَ تَفْعَلُوا حَتَّى نَأْتِيَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَنَذْكُرَ لَهُ الَّذِي كَانَ فَنَنْظُرَ مَا يَأْمُرُنَا فَقَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرُوا لَهُ فَقَالَ وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ، ثُمَّ قَالَ – قَدْ أَصَبْتُمُ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِي مَعَكُمْ سَهْمًا فَضَحِكَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم.
Sebahagian dari sahabat berkata: ‘Bahagikanlah ia’.
Namun sahabat nabi yang menjampi tadi berkata: ‘Janganlah dibahagikan lagi, sehinggalah kita menemui Nabi S.A.W, dan kita ceritakan apa yang telah berlaku kepada baginda.
Lalu kita lihatlah apa yang akan diperintahkan baginda kepada kita.’
Mereka pun bertemu Rasulullah S.A.W lantas menceritakan kisah yang berlaku.
Rasulullah pun bertanya: ‘Bagaimana kamu tahu bahawa al-Fatihah itu boleh dijadikan jampi?’
kemudian Rasulullah berkata lagi: ‘Benarlah apa yang kamu lakukan.
Bahagikanlah pemberian itu, dan berikanlah kepadaku sedikit’ lalu Rasulullah S.A.W pun ketawa”. [HR Al-Bukhari: 2276 & Muslim]
- Nota [672] Al-Qur’an’ul-Karim menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, kerana merekalah sahaja yang percaya kepadanya dan mematuhi ajaran-ajarannya.
Al-Qur’an menjadi ubat penawar bagi penyakit-penyakit rohani, seperti i’tiqad-i’tiqad kepercayaan yang sesat dan akhlak yang buruk.
Ia juga menjadi ubat penawar bagi penyakit-penyakit jasmani kerana dengan berkat membacanya dapat menyembuhkan banyak penyakit, dengan syarat kita yaqin dengan sepenuhnya serta mematuhi perintah-perintah Allah Ta’ala dan menjauhi larangan-Nya.
Banyak hadith-hadith Nabi yang menerangkan hakikat ini yang membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya telah mengamalkannya.
Sebaliknya Al-Qur’an makin menambahkan kerugian dan membawa kebinasaan kepada orang-orang yang ingkar, kerana tiap-tiap kali turun firman Allah yang menyuruh atau melarang, maka mereka terus mengingkarinya.
*Itu salah mereka kafir tidak mahu beriman maka rugilah dunia & Akhirat.
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ ۖ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا ﴿٣٨﴾
Ayat 83- {Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.} (Al-Israa’ 17:83)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa al-Quran- bagi orang mukmin penawar & rahmat.
Manakala bagi orang kafir bertambahnya kezaliman & kekufuran.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan sifat buruk orang kafir iaitu dapat nikmat dia tidak bersyukur, apabila kena musibah dia tidak sabar & mudah berputus asa!
- Perangai buruk manusia ini dua penyakit:
i- yang apabila diberi nikmat mereka tidak bersyukur dan lupa lalai kepada Allah!
ii- apabila diuji dengan musibah & kesusahan mereka tidak sabar dan terus berputus asa!
Lalu mereka akan lari & bertambah jauh dari al-Quran.
- Orang beriman tidak begitu apabila diberi rezeki & kemenangan oleh Allah mereka bersyukur dengan melakukan ketaatan & amal ibadat kepada Allah!
- Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan ar-Rumi R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik dan yang demikian itu tidak akan berlaku kepada seseorang pun melainkan hanya kepada orang mukmin.
Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya.
Dan jika ditimpa musibah, dia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya.” (HR Muslim)
- Manakala orang kafir sebaliknya.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.} (Hud 11:9) - Nota [673] Demikianlah tabiat setengah manusia. Padahal yang sewajibnya hendaklah kita sentiasa bersyukur dalam masa senang dan sihat, dan sentiasa pula bersabar dan berharapkan rahmat serta pertolongan Allah ‘Azza wa Jalla semasa kita susah dan ditimpa penyakit.
- Ya Allah jadikan kami dari kalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur & sentiasa bersabar!
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا ﴿٤٨﴾
Ayat 84- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya”.} (Al-Israa’ 17:84)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan tentang sifat buruk manusia iaitu gopoh, tidak syukut & tak sabar.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan setiap manusia ini akan buat apa yang dia suka!
*Contoh kita lihat orang kafir penyembah sesuatu yang kotor seperti darah, najis haiwan atau haiwan itu sendiri dan seumpamanya; mereka boleh buat & terimanya walaupun tak logik- ini kerana mereka menerima & menyukainya.
- Allah perintah kepada Nabi s.a.w untuk mengatakan kepada semua manusia bahawa setiap manusia akan buat ikut niatnya & beramal dengan cara yang dia suka dengan pegangan yang dia percaya & yakin.
- Orang kafir sinonim dengan sifat syirik & kufur mereka, maksiat & lawan Allah, lawan Rasulullah, menentang dakwah Islam.
Manakala munafiq sama jua cuma mereka sembunyikan kekufuran mereka bukan seperti kafir yang jelas dan nyata.
- Bagi orang beriman pula ada pemikiran masing-masing juga- ada anak orang Islam yang nak liberal, sekular, pluralism, nak samakan agama atas dunia ini dan seumpama yang berlawanan dengan ajaran Islam.
Sepatutnya kita orang Islam jangan sesekali ikut perangai kafir ini! - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: “Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami).
Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami)”.} (Hud 11: 121- 122) - Di akhir ayat Allah berfirman bahawa Dia lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya.
Maka Allah akan balas mereka yang betul jalannya itu setimpal dengan apa yang mereka buat iaitu dengan syurga!
- Ini kerana setiap kita akan dibalas dengan amalan yang kita lakukan.
Sebagaimana kata pepatah Arab:
كُلُّ إِنَاءٍ بِمَا فِيهِ يَنْضَحُ
Setiap bekas akan mengeluarkan apa isi yang ada di dalamnya!
Jika ada jus limau yang keluar pastilah jus limau juga! - Manusia itu juga boleh kita nampak apa yang ada di dalam hati mereka melalui percakapan mereka, tingkah-lakuk mereka & pada hari ini melalui tulisan mereka di media sosial- komen, status & post mereka!
- Nota [674] Yakni tiap-tiap seorang, yang mukmin dan yang kafir, beramal menurut keadaan tabiat pembawaan jiwanya yang sedia ada dari “azali”.
Allah Ta’ala lebih mengetahui siapakah yang menurut jalan yang benar lalu diberi balasan yang baik, dan siapa yang sesat lalu ditimpakan dengan balasan yang buruk.
Na’uzubillah.
*Kita minta perlindungan dari Allah dari biarkan terumbang-ambing tanpa pedoman & petunjuk.
Penutup & Faedah #
- Ayat 82- {Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya;..}-
Allah nyatakan al-Quran adalah sebagai penawar & petunjuk kepada orang yang beriman.
Manakala orang tidak beriman apabila dia dengar al-Quran diabuat tak tau seperti lembu tuli atau dia dengar dia melawan.
Kerana itu kafir itu banyak kategori- ada yang pasif ada yang agresif- setiap masa buat rancangan strategi nak mengkhianati orang Islam!
Kata ulama’; Jelas dalam ayat ini Allah mengkhususkan anugerah kebaikan al-Quran ini hanya kepada orang yang beriman!
Tidak sesekali kepada orang kafir- mereka tidak akan mendapat apa-apa faedah & kebaikan daripada al-Quran.
Bahkan makin kafir makin jahat!
Kata ulama’: Allah kata hanya orang mukmin saja akan menerima nikmat al-Quran manakala orang kafir makin jauh & makin jahat!
- Ayat 82- {Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat … }-
Kata ulama’ tadabbur: al-Quran ini boleh jadi penawar kepada dua kategori iaitu penyakit hati atau batin juga penyakit fizikal!
Penyakit hati pula ada dua:
i- syubhat- menimbulkan keraguan, putar belit kenyataan agar orang tak faham, tak terima al-Quran, waswas & ragu-ragu.
Ini lebih kepada kejahilan & pemikiran yang sesat!
ii- syahwat- ini adalah perangai buruk suka kepada perbuatan keji seperti zina, liwat, arak judi dan sebagainya.
Ini adalah penyelewengan dari sudut akhlak.
Maka sesiapa yang lemah imannya, dengan mengaji dan belajar & tadabbur al-Quran- kita boleh hilangkan penyakit hati ini- syubhat & syahwat.
Inilah yang dikatakan al-Quran itu penawar {شِفَآءٌۭ } kepada penyakit hati seperti syirik, syak keraguan dan perbuatan keji.
Al-Quran juga boleh menjadi penawar penyembuh kepada penyakit badan.
Dibenarkan mengikut kaedah Syara’ dan kena guna cara yang betul.
Jangan campur-adukkan al-Quran dengan perkara yang karut & tidak benar pula.
- Ayat 82- {Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat…}– al-Quran Allah turunkan untuk menjadi ubat penawar dan rahmat.
Cara untuk mendapatkan kesembuhan dari al-Quran ada beberapa syaratnya:
i- ar-Raqi (الراقي)- orang yang membaca ayat itu kena yakin, kekuatan jiwanya kena kuat.
Jika pembacanya tidak yakin & lemah tidak tak jadi.
Kata Syeikh Ibnu al-Qayyim rhm: Al-Quran itu seumpama pedang yang tajam- tetapi jika tangan yang memegannya itu lemah & menggigil tidak akan memberi apa-apa faedah.
ii- orang yang menerima rawatan itu juga kena yakin bahawa al-Quran itu syifa’.
iii- hilang segala halangan- seperti masih mencampur-aduk dengan amalan sihir & khurafat.
Maka insya’ Allah ia akan menjadi syifa’ penawar dengan perkara tersebut.
- Ayat 83- {Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.}-
Sifat manusia ini apabila dapat nikmat dia kufur, apabila dapat bala dia kecewa!
Kata ulama’ nikmat boleh memberi dua kesan ini!
i- nikmat yang banyak boleh menjadi sebab kesombongan takabbur bagi manusia.
Tak dengar kata & nasihat, tak hirau apabila buat perbuatan yang mungkar & maksiat.
Tetapi orang beriman makin beriman makin syukur & makin kuat infaq fi-sabilillah!
ii- sifat buruk kedua ialah apabila diuji mereka hilang sabar!
Peringatan:
Sebelum diuji kita jangan bercakap besar kerana kita tidak tahu kita ini ada kekuatan atau tidak untuk menghadapinya.
Maka jangan keji & kutuk orang apabila mereka ditimpa ujian!
Sesiapa yang mengaibkan saudaranya yang ditimpa ujian- Allah akan kembalikan ke atasnya pula- maka terserlah pula keadaan sebenarnya!
Apabila kita lihat orang ditimpa ujian atau buat perkara buruk kita jangan terus mengata menghinanya tetapi kita berdoalah:
غَفَرَ اللَّهُ لَنَا وَلَكُمْ
Maksudnya: “Semoga Allah mengampuni dosa kami dan dosa kalian.”
Jangan kita mengaibkan orang, kerana bak kata pepatah:
Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa!
Jika kita buat baik Allah akan beri kita kebaikan, jika kita mengata orang perbuatan itu akan terpelanting kembali atas kepala kita.
- Ayat 84- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri;…} – setiap orang akan buat apa yang dia suka buat.
Jika hati dah suka- perkara buruk pun nampak baik, perkara letih pun tidak mengapa!
Lihat kepada ahli maksiat- walaupun dia tahu perkara yang dia buat itu buruk & tidak berfaedah seperti memukul badan sehingga cedera seperti perbuatan puak Syi’ah; mereka tahu apa yang mereka buat itu buruk & tak baik tetapi mereka tetap sanggup membuatnya!
Kita orang beriman jangan begitu- sentiasa kita berdoa kepada Allah doa ini:
اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا،
وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah dihati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Hujurah: 7)
Kata seorang ulama’:
i- Apabila aku membaca cerita tentang ulama’ dahulu bagaimana mereka begitu khusyuk & ralit dalam beribadat, bangun baca al-Quran separuh malam, berdiri solat beribadat sehingga bengkak kaki- aku memikirkan bagaimana mereka boleh jadi begitu!
ii- tetapi bila datang alat gajet modern hari ini seperti hp canggih dan seumpamanya- aku boleh fahamlah!
Bagaimana manusia asyik tunduk, duduk menghadap skrin, maksudnya- orang berbual tak layan tak dengar, melekat muka & matanya di hp.
Keadaan itu mengikut hati- ini kerana apabila hati dah suka: Yang susah jadi senang, yang buruk jadi baik!
Bila hati dah tak suka atau benci- orang senyum pun kata perli!
Semoga Allah curahkan dalam hati kita iman & istiqomah atas landasan yang benar!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Khamis 02/07/2026 – 16 Muharram 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link: https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=993189450198242
Semoga Bermanfaat!
