Semua Objek Berbayang Sujud Kepada Allah S.W.T, Semua Makhluk Sujud & Takut Kepada Allah S.W.T.

Live Pagi Isnin 04/05/2026 / 16 ZulQa’dah 1447H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (14) Ayat [48-50]
Full video: https://youtu.be/x3apUtj6MTA?si=h27p05c0fwk0FZnR
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah an-Nahli dengan ayat 48 sehingga ayat 50 dalam juzuk keempat-belas.
*Peringatan pada ayat 50 ada sujud tilawah- sesiapa yang membaca ayat ini disunatkan untuk bersujud.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan semua objek berbayang sujud kepada Allah s.w.t, iaitu benda yang tidak bernyawa seperti batu, bukit dan lain-lain.
- Juga semua makhluk yang hidup (bernyawa) samada yang berakal atau tidak berakal akan sujud taat & akur, sujud menerima ketetapan Allah.
- Kemudian Allah nyatakan sifat para malaikat & mereka yang beriman; mereka takut kepada Allah s.w.t.
Malaikat juga melaksanakan segala perintah Allah tanpa gagal sepenuhnya dengan penuh ketaatan.
Inilah beza antara malaikat dan syaitan; malaikat akur, syaitan sombong!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang amaran, peringatan kepada golongan kafir dengan 4 bencana yang Allah akan timpakan ke atas mereka iaitu samada ditelan bumi, azab yang datang dari arah yang tidak disangka, azab mengejut & hilang harta-benda sedikit demi sedikit.
ii- maka datang ayat ini Allah arahkan perhatian kamu kepada sesuatu yang dekat dengan kamu.
Iaitu segala objek yang ada di hadapan mata kamu seperti objek yang berbayang dan semua makhluk semuanya tunduk patuh taat kepada ketetapan Allah Allah.
*Ini untuk kita akur bahawa dunia ini milik Allah & ditadbir oleh Allah dengan penuh hikmah & kekuasaan-Nya.
- Pemerintah yang ada kuasa jangan biarkan maksiat & kemungkaran berleluasa atas muka bumi, jangan bangga dengan pencapaian dunia jika ia boleh mengundang kemurkaan & azab Allah!
Kita orang beriman tetap lawan & ingkar- tidak setuju dengan segala kemungkaran itu!
Tidak ada orang Islam yang mantap imannya boleh tutup mata, tutup mulut apabila melihat maksiat atas bumi Allah ini!
Kita orang beriman berlepas diri dari mereka yang kafir yang menganjurkan majlis-majlis & program maksiat itu!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَىْءٍ يَتَفَيَّؤُا۟ ظِلَٰلُهُۥ عَنِ ٱلْيَمِينِ وَٱلشَّمَآئِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمْ دَٰخِرُونَ ﴿٨٤﴾
Ayat 48- {Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?} (Al-Nahl 16:48)
- Wahai mereka yang menentang & cuba menyekat Islam; tidakkah kamu lihat kepada objek yang berbayang seperti pokok-pokok, gunung-ganang dan seumpamanya, yang bergerak bayangnya dari kanan ke kiri ikut persedaran masa dari pagi ke petang- semuanya tunduk akur kepada perintah Allah!
*Ini tanda-tanda kekuasaan di muka bumi. - Semua objek berbayang itu akur kepada ketetapan Allah, tunduk kepada keagungan Allah s.w.t- dengan ia bergerak dari satu arah ke arah yang lain- semuanya makhluk itu akur di bawah peraturan atau susun atur Allah & kuasa-Nya.
- Ulama’ tafsir membincangkan akan makna sujud (سُجَّدًۭا لِّلَّهِ) ini:
i- iaitu akur & taat akan perintah Allah- Allah kata ke kanan- ke kananlah ia bergerak!
Ini pandangan kebanyakan ulama’ Salaf.
ii- sujud yang hakiki- tunduk kepada Allah. Bagaimana hanya Allah yang tahu hakikatnya.
Sebagaimana dikatakan sujud pokok-pokok pada waktu Lailatul Qadr.
- Semua makhluk itu sujud kepada Allah sebagaimana dalam firman Allah ini:
{Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.} (Ar-Ra’d 13:15) - Ayat tentang bayang dalam al-Quran ini banyak rupanya, antaranya:
i- Surah Ar-Ra’d 15 & ayat kita ini- (Al-Nahl 16:48).
ii- {Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? – bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;} (Al-Furqaan 25:45)
- Kerana itu orang yang mengejar sesuatu yang tak pasti dikatakan gila bayang!
Ia sangat bahaya kerana kita sesekali tidak akan dapat menangkapnya (bayang)!
Yang bahaya juga orang yang takut kepada bayang-bayang! - Allah s.w.t ajar kepada kita supaya sentiasa berfikir hatta tentang bayang.
Juga ingatlah bahawa dunia ini seperti mengejar bayang-bayang yang hilang- kita tidak akan sesekali dapat menangkapnya:
الدُّنْيَا كَظِلٍّ زَائِلٍ
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ﴿٩٤﴾
Ayat 49- {Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).} (Al-Nahl 16:49)
- Munasabah ayat ini jelas:
i- dalam ayat yang lepas Allah sebut sujud secara tabi’i!
Semua makhluk kena akur kepada perintah Allah- nak tak nak kena terima.
Contoh; jika Allah kata hari ini hujan walaupun kita tak suka tak mahu kerana ada kenduri- ia tetap akan berlaku.
ii- kemudian dalam ayat ini Allah bawa sujud secara pilihan atau macam pilihan.
Iaitu semua makhluk yang bernyawa seperti manusia, jin, haiwan dan termasuk juga malaikat!
- Kata ulama’ maksudnya sujud di sini ialah taat, tunduk akur kepada segala perintah Allah!
- Cuma kata ar-Rasy’ani:
i- sujud makhluk yang berakal seperti manusia, jin & malaikat- sujudnya adalah ibadat.
Manakala syaitan & manusia yang kafir jadi pengikutnya mereka tidak mahu bersujud!
ii- manakala makhluk yang tidak berakal seperti haiwan- sujud mereka bukan ibadat tetapi sujud akur kepada perintah Allah.
- Semua makhluk yang ada di bumi & ada di langit, semua makhluk yang bergerak berjalan semua sujud & tunduk akur kepada kekuasaan & keagungan Allah s.w.t.
يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ۩ ﴿٠٥﴾
Ayat 50- {Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.} (Al-Nahl 16:50)
- Munasabah ayat ini:
i- dalam ayat yang lepas Allah puji malaikat yang sentiasa taat & akur kepada perintah Allah.
ii- dalam ayat ini Allah tambah lagi bahawa sifat malaikat itu juga; takut kepada Allah, tunduk akaur kepada perintah dengan perasaa takut.
*Sifat kebaikan yang ada pada malaikat yang Allah sebut ini kita cubalah contohinya sedekat mungkin!
Mereka sentiasa taat tak pernah derhaka kepada Allah!
- Nota [546]- meskipun malaikat itu makhluk yang mulia & tinggi darjatnya namun mereka sentiasa patuh, akur taat kepada Allah s.w.t!
- Ayat ini adalah salah satu tempat sujud tilawah yang ada di dalam al-Quran yang disunatkan kita sujud tilawah.
Perlu diambil perhatian & buat jangan tak buat jika tiada halangan. - Sifat malaikat ini yang tak sombong, akur taat & takut kepada Allah s.w.t., kita contohilahnya untuk aman di dunia & selamat di Akhirat.
Penutup & Faedah #
- Ayat 48- {Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?}-
Allah suruh kita lihat dan perhati kepada setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t daripada sesuatu objek.
Dalam ayat ini objek yang ada bayang, yang besar atau kecik seperti bukit-gunung, pokok, bangunan dan seumpamanya!
Allah suruh kita tengok kerana di sana adanya makhluk Allah yang boleh kita tengok & dekat dengan kita untuk menjadikan kita lebih mengingati Allah.
Bayang-bayang itu pula sesuatu yang kita boleh tengok dan sering kita cari untuk mendapat manfaat darinya sebagai tempat berteduh dari panas matahari!
Dalam ayat ini Allah sebut dua- ke kanan {ٱلْيَمِينِ} dengan lafaz mufrad (singular) manakala untuk lafaz kiri {ٱلشَّمَآئِلِ} dengan lafaz jamak (plural).
Jawapannya kata ulama’;
i- ini kerana kanan biasanya digunakan untuk kebaikan & kemuliaan, orang yang selamat yang ikut kanan dan orang yang sesat ikut kiri.
Maka kerana puak batil golongan sesat atau batil ini banyak jenis maka digunakan lafaz ajamak untuk golongan kiri.
ii- ada ulama’ kata ini kerana jalan yang benar satu manakala jalan yang batil banyak!
Maka kanan menggunakan lafaz mufrad & kiri lafaz jamak!
iii- dari segi saintifik pula kerana bayang pada waktu pagi itu pendek & sharp tetapi bayang pada waktu petang bayang itu panjang dan seolah berpecah.
Semua analisa ini boleh diterima!
- Ayat 49- {Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,..}– kepada Allah sujud segala makhluk yang ada di langit & di bumi!
Kata ulama’ tafsir: Makhluk ini sujud dengan dua kategori:
i- sujud terpaksa & kena akur. Ini semua makhluk; manusia haiwan dan jin samada yang kafir atau beriman- semua kena akur akan ketetapan Allah yang azali!
ii- sujud pilihan adalah khas untuk hamba Allah yang beriman dari kalangan manusia & jin serta malaikat.
Makhluk yang beku juga akur tiada yang keras kepala tak dengar kata!
- Ayat 49- {Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi,,,}– siapa yang sujud kepada Allah akan hilang atau bebas daripada sifat takabbur.
Banyak sujud menunjukkan banyak syukur & tawadhuk kepada Allah- tidak sujud & tidak bersyukur dengan rahmah Allah menunjukkan samada kafir syirik atau ingkar derhaka kepada Allah!
Ini kerana kita letakkan diri kita atas kehinaan di hadapan Allah s.w.t & kekuasaan-Nya.
Maka sesiapa yang sujud kepada Allah dia telah membebaskan dirinya daripada sifat kufur & syirik kepada Allah.
- Ayat 49- {… sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).}-
Allah katakan sifat malaikat ini adalah makhluk yang tidak sombong & tidak takabbur.
Sedangkan mereka makhluk tidak ada dosa, lalu mereka tidak sombong.
Maka apabila tidak sombong menunjukkan mereka berbeza dengan iblis yang sifatnya’ sombong angkuh berasa dirinya mulia!
Kita manusia jauhi sifat sombong & takabbur iaitu sifat iblis.
Macamana nak jauhi sifat takabbur ini kita kembali kepada faedah yang ketiga iaitu banyaklah bersujud kepada Allah Azza wa Jalla!
- Ayat 50- {Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.}- ini sifat malaikat lagi- mereka sentiasa patuh & amat takut kepada Allah setiap masa.
Kerana itu apabila Allah nak berfirman di langit kepada para malaikat- malaikat semua tunduk bersujud untuk menerima perintah itu!
Apabila habis perintah Allah barulah mereka berani mengangkat kepala dan bertanya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
إِذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ، ضَرَبَتِ المَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ، كَالسِّلْسِلَةِ عَلَى صَفْوَانٍ…..
Maksudnya: Apabila Allah menitahkan takdir suatu perkara di langit, para malaikat mengepakkan sayap mereka kerana tunduk takut terhadap Kalimat-Nya, yang didengari seperti gemerincing rantai di atas batu yang licin.
Apabila rasa takut itu hilang, malaikat akan bertanya antara satu sama lain: “Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu?”
Malaikat yang lain menjawab: “Kebenaran (Al-Haq) dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
[HR Imam al-Bukhari (4701)].
*Lalu mereka melaksanakan perintah Allah itu!
Marilah kita ambil & contohi sifat malaikat yang dipuji Allah ini; taat, akur, tunduk patuh, takut kepada Allah & melaksanakan tugas yang diberi.
Kita nak jadi malaikat tak boleh tetapi kita boleh jadikan malaikat sebagai sumber inspirasi kita!
Kita berdoa kepada Allah semoga kita menjadi hamba-Nya yang taat dan sentiasa bersukur kepada Allah.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Isnin 04/05/2026 / 16 ZulQa’dah 1447H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Ar-Ra’d 2026 [14 Siri] Surah Ibrahim [15 Siri] & Surah Al-Hijr [14 Siri] & An-Nahli (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=943365931847261&set=pb.100085215893583.-2207520000
Semoga Bermanfaat!
