Peranan Al-Quran Dan Nabi S.A.W, Cara Nuzul Al-Quran & Sifat Ahli Kitab Yang Beriman

Live Kuliah Pagi Isnin 13/07/2026 – 27 Muharram 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Al-Israa’ (28) Ayat [105-109]
Full video: https://youtu.be/wsvQucBjLQY?si=MpxgODilulkkPiXa
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Al-Israa’ dengan ayat 105 sehingga ayat 109 dalam juzuk kelima-belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan peranan Al-Quran dan tugas Nabi S.A.W menyampaikannya kepada semua manusia.
- Kemudian Allah nyatakan cara nuzul al-Quran iaitu secara berperingkat, sedikit demi sedikit. Kenapa demikian kita akan lihat dalam tafsiran ayatnya nanti.
- Allah juga nyatakan sifat ahli kitab yang jujur samada yahudi atau nasrani, mereka ikhlas beriman kepada Allah, apabila jumpa al-Quran mereka beriman dengan al-Quran, menangis apabila membacanya dan sujud kepada Allah s.w.t.
*Peringatan- pada ayat 109 ada sujud tilawah- kita sama-sama sujud nanti, kita lawan perbuatan syaitan yang enggan sujud apabila Allah perintahnya dan nerakalah tempatnya!
Kita sujud insya’ Allah kita akan menjadi ahli syurga.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Ayat ini kembali untuk menyatakan tentang kedudukan al-Quran & ia bersambung dengan ayat 89 dulu:
{Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.} (Al-Israa’ 17:89)
ii- maka datang ayat ini sebelum penutup surah ini Allah nyatakan al-Quran satu kebenaran diturunkan sebagai wahyu dari Allah dengan cara yang selayaknya sebagai satu kebenaran.
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا ﴿٥٠١﴾
Ayat 105- {Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).} (Al-Israa’ 17:105)
- Allah nyatakan al-Quran diturunkan dengan cara yang selayaknya baginnya; sebagai wahyu dari Allah untuk kepentingan makhluk, semua kandungannya benar, tiada yang tidak benar, mengandungi cerita yang sahih, hukum-hakam yang adil.
- Al-Quran diturunkan oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w al-Amin dengan bahasa Arab yang jelas.
Al-Quran dijaga daripada gangguan syaitan, terpelihara dari tambahan & kekurangan, tiada sebarang penukaran & sebarang penyelewengan di dalamnya, al-Quran dijaga oleh Allah s.w.t sepenuhnya.
- Nota [696] Al-Qur’an diturunkan oleh Allah Ta’ala dengan tujuan yang benar: menjadi hidayah petunjuk; dan ia turun pula berisi kebesaran: meliputi dasar-dasar tauhid, hukum-hukum, akhlak, ilmu pengetahuan, nasihat pengajaran, dan lain-lainnya.
- Kemudian Allah nyatakan bahawa Nabi s.a.w diutuskan:
i- sebagai khabar gembira {مُبَشِّرًۭا} bagi mereka yang beriman & taat iaitu dengan pahala yang dijanjikan dengan amalan yang baik di dunia iaitu syurga di Akhirat kelak.
ii- pembawa amaran dan khabar buruk {وَنَذِيرًۭا} bagi mereka yang derhaka kepada Allah, bahawa neraka telah disediakan sebagai azab kepada mereka.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.} (Al-Baqarah 2:119)
*Sangat jelas ayat ini tidak perlu kepada huraian yang panjang lagi.
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا ﴿٦٠١﴾
Ayat 106- {Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.} (Al-Israa’ 17:106)
- Allah nyatakan tentang uslub atau cara al-Quran itu turun secara berperingkat {منجما} dan Allah bahagikannya sedikit demi sedikit {تَنزِيلًۭا} turunnya tidak menyeluruh.
- Allah juga ajar Nabi s.a.w untuk membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang {عَلَىٰ مُكْثٍۢ} iaitu secara tartil, tidak gopoh dan gaduh dalam bacaan, dapat didengari di telinga.
Kita tadabbur dan keluarkan isi kandungannya untuk difahami & diamalkan hukum-hakamnya!
- *Nota [697] Supaya mudah difaham dan dihafaz.
- Al-Quran juga diturunkan ikut keperluan semasa & selari dengan zaman- iaitu tuntutan isu dan hukum semasa pada zaman Nabi s.a.w itu. al-Quran itu juga hidup kerana ada juga hukumnya yang mansukh & nasakh.
- Nota [698] Yakni menurut keadaan yang memerlukannya.
Dengan mengambil masa 23 tahun (tiga belas di antaranya di Makkah, dan sepuluh tahun di Madinah). - Buku yang diusahakan oleh DDAAM- cara & uslub untuk tadabbur al-Quran- tajuknya:
Indahnya Hidup Bersama al-Quran; Kunci-kunci Tadabbur al-Quran- boleh didapati di: https://dartaibah.com/…/*NEW-2024-Indahnya-Hidup…
- Kata Syeikh ad-Dahak : Akan datang pada suatu zaman al-Quran akan digantung atau dipamer dalam rak sehingga menjadi tempat sarang labah-labah kerana lama tidak dibaca dan ditadabbur, lalu tak dapat manfaat apa yang ada dalam al-Quran.
- Ini adalah kerugian jika al-Quran yang ada dengan kita samada dalam rak, dipamer atau dalam HP tetapi tidak dibaca oleh kita!
- Allah juga perintahkan kita untuk mebaca al-Quran dengan cara perlahan, jangan gopoh, dengan tartil (ada alunan), kerana tujuan al-Quran adalah untuk difahami.
Kemudian kita tadabburnya, fikir akan isi kandungannya, keluarkan hukum-hakamnya, rahsia-rahsianya dan apa terkandung untuk diamalkan!
*Bukan hanya buat kalung atau tangkal; digantung pakai ditengkok untuk ambil berkat saja tanpa memahaminya!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.} (Al-Furqaan 25:32) - Yakni kafir mempertikaikan kenapa al-Quran tidak turun menyeluruh sekaligus sebuah seperti lembaran Taurat- lalu Allah menjawabnya;
- Allah nyatakan bahawa al-Quran ini turun peringkat demi peringkat untuk menenangkan hati Nabi s.a.w & ikut situasi keadaan semasa.
Kemudian ia dibaca pula dengan lambat & tenang, tidak gopoh dan cepat supaya mudah orang faham dan tenang hati mendengarnya!
قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا ۚ إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا ﴿٧٠١﴾
Ayat 107- {Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);} (Al-Israa’ 17:107)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat-ayat yang lepas Allah sudah cabar puak kafir jika kamu tidak setuju dengan al-Quran maka bawalah surah yang seumpamanya dan mereka tidak mampu membawanya.
ii- maka datang ayat ini mencabar puak kafir- wahai kafir kamu nak beriman atau tidak- tidak menjadi masalah kerana yang ruginya kamu!
Manakala ahli kitab yang berilmu, yang sebelum ini menjadi tempat rujukan kamu untuk melawan Nabi s.a.w telah beriman kepada Allah!
- Ini kerana orang yang diberi ilmu & kitab iaitu ahli Kitab yang jujur apabila mendengar al-Quran, terus beriman, mereka juga terus meletakkan muka mereka ke bumi sujud kepada Allah s.w.t!
- Kata ulama’: Ayat ini lebih kepada amaran kepada puak kafir- kamu nak beriman atau tidak terserahlah- terimalah akibatnya!
Ini ayat amaran bukan ayat pilihan lagi!!! - Ini kerana dakwah iu ada peringkatya:
Jika sebelum ini dakwah secara memujuk dan memberi kefahaman; tetapi apabila kafir tak mahu terima juga maka dibawa amaran pula!
Kamu tak nak beriman juga maka terserahlah- tunggulah akibatnya! - Nota [699] Yakni kamu sebagai kafir musyrik yang jahil, tidaklah menjadi hal, samada kamu beriman kepada Al-Qur’an atau tidak. Kerana orang-orang yang berilmu dari Ahli Kitab yang mengetahui akan kebenaran Al-Qur’an sebelum itu lalu memeluk Islam, akan segera sujud memuji Allah Ta’ala apabila sahaja mereka mendengar Al-Qur’an dibacakan kepada mereka.
- Kata ulama’ tafsir- maksudnya {ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ}- orang yang diberi ilmu ini adalah:
i- Waraqah bin Naufal- ahli Kitab sepupu kepada UM Khadijah r.a yang membawa Nabi s.a.w berjumpanya selepas menerima wahyu pertama di Makkah dulu.
ii- Abdullah bin Salam r.a- ulama’ yahudi yang Nabi s.a.w temui di Madinah.
iii- Mu’aiqib seorang yahudi juga.
iv- Salman al-Farisi pula mewakili golongan Nasrani.
- Yakni ayat ini menyampaikan berita yang ghaib kerana ayat ini turun di Makkah & Nabi s.a.w belum bertemu lagi dengan sahabat para ahli kitab yang akan beriman ini!
- Sifat mereka ini- ahli kitab yang beriman- apabila mendengar al-Quran- mereka segera tunduk sujud dalam keadaan hiba dan khusyuk!!!
Cepat sujud dengan meletakkan dahi mereka ke atas lantai. - Kerana itu kata ulama’- sempurnanya sujud itu dengan merapatkan dahi ke lantai.
Rapat dahi rukun sujud jika kita boleh rapatkan hidung juga maka itulah sujud yang sempurna.
- Kerana itulah apabila kita sampai kepada ayat-ayat sujud ini kita jangan malas dan cuai untuk sujud.
Jangan anggap susah & menyusahkan kerana Allah yang perintahakn dan menyatakan sifat orang yang beriman ialah bersujud kepada Allah!
- Nabi s.a.w telah menggariskan 15 tempat dalam al-Quran yang apabila dibaca atau mendengar ayat-ayat ini disunatkan kita untuk bersujud.
Jangan kita buat payah atau meremehkan untuk sujud tilawah ini!
Nikmatnya sujud apabila dahi & hidung kita menyentuh bumi dalam keadaan hina & khusyuk kepada Allah!
*Antara sebab DDAAM tidak mahu tukar atau bedah lututnya walaupun sakit- kerana takut nanti tidak dapat sujud meletakkan dahi di tanah lagi!
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا ﴿٨٠١﴾
Ayat 108- {Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): “Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana.”} (Al-Israa’ 17:108)
- Orang beriman apabila sujud mereka berdoa membaca dalam sujudnya segala pujian bagi Allah, Maha suci Tuhan kami yang suci dari segala sifat buruk yang dikatakan oleh orang kafir, Maha Suci Tuhan dari segala sifat yang tidak layak bagi-Nya yang diucapkan oleh puak jahil!
*Ahli Kitab ini menjadi model kita untuk terus sujud dan mensuci dan membersihkan Allah dari segala sifat yang tidak layak bagi-Nya.
- Kemudian mereka yakin bahawa segala janji Allah itu adalah benar!
Iaitu janji Allah sebagaimana dalam Kitab mereka dulu:
i- untuk mengutuskan seorang Nabi yang bernama Ahmad s.a.w.
ii- dan untuk menurunkan kitab al-Quran!
*Semua janji ini telah terlaksana!
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩ ﴿٩٠١﴾
Ayat 109- {Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.} (Al-Israa’ 17:109)
- Mereka ini apabila sujud meletakkan wajah mereka ke atas lantai dalam keadaan menangis apabila mendengar al-Quran.
Kita hari ini juga jika nak menjadi orang yang mendapat pujian Allah; jangan sesekali kita malas atau enggan untuk solat & sujud!
- Hadis kisah seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami.
Beliau meminta untuk berdampingan dengan Nabi s.a.w di dalam syurga.
Rasulullah s.a.w memperkenankan permintaan tersebut dengan syarat beliau perlu membantu baginda dengan memperbanyakkan sujud (amalan solat sunat) kepada Allah.
- KIsahnya- seorang sahabat uh bernama Rabi’ah bin Ka’ab r.a merupakan seorang pemuda miskin yang banyak berkhidmat untuk Rasulullah s.a.w, seperti menyediakan air wuduk dan keperluan lain.
Beliau sering tidur di pintu bilik Nabi s.a.w untuk bersedia sekiranya baginda memerlukan khidmatnya.
Sebagai balasan atas khidmat dan kesetiaannya, pada suatu malam Nabi s.a.w bersabda kepadanya: “Mintalah sesuatu daripadaku, nescaya aku akan tunaikan.”
Rabi’ah tidak meminta harta atau kedudukan di dunia. Sebaliknya, beliau meminta: “Aku memohon kepadamu agar dapat menemanimu (duduk dekat denganmu) di dalam syurga.”
Nabi s.a.w pada mulanya bertanya jika ada permintaan lain, namun Rabi’ah tetap teguh dengan pendiriannya.
Rasulullah s.a.w kemudian bersabda:
“Maka bantulah aku ke atas dirimu (untuk mencapai permintaan itu) dengan memperbanyakkan sujud.” (HR Muslim)
*Maka kita banyakkan sujud agar kita juga menjadi orang yang akan bersama Nabi s.a.w.
- Sifat mereka juga apabila mendnegar al-Quran bertambah khusyuk mereka.
Kita pun begitu juga sentiasa mendengar al-Quran agar memberi kesan kepada hati bertambah khusuk dan takut kepada Allah.
- Nota [700] Sekali lagi ditegaskan tentang sujud kerana berlainan sebabnya.
Sujud yang pertama kerana bersyukur tentang terlaksananya janji Allah; dan sujud yang kedua pula kesan pengajaran Al-Qur’an itu menambahkan mereka dengan ilmu dan keyakinan sehingga tenang tenteramlah dan khusyuk hati mereka.
Ya Allah jadikan kami semua hamba yang sentiasa bersujud kepada-Mu dengan penuh kekhusyukan dan keinsafan.
Penutup & Faedah #
- Ayat 105- {Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan;}-
Allah kata kami turunkan al-Quran dengan benar & al-Quran membawa kebenaran dengan dalil, bukti & hujjahnya dan maklumatnya yang diperluakan oleh seluruh manusia!
Kata ulama’ tafsir: Maksudnya Allah turunkan al-Quran dengan benar, untuk menegakkan kebenaran kepada Nabi s.a.w.
Allah juga jaga al-Quran daripada segala kekurangan, tambahan, penukaran & dari sebarang penyelewengan!
Tetapi orang kafir berjaya menjauhkan umat Islam daripada beramal dengan hukum-hakam dalam al-Quran samada sebahagian atau seluruhnya ditinggalkan!
Sebagaimana kata Syeikh ad-Dahak tadi al-Quran hanya menjadi perhiasan yang dipamerkan tanpa diambil manfaat daripadanya!
Kita minta perlindungan dengan Allah dari dibiarkan sesat & hanyut tanpa bimbingan petunjuk Allah.
Kata ulama’ lughah: Dua kali Allah sebut tentang turunnya al-Quran dengan kebenaran. Keduanya mempunyai makna yang tersendiri:
i- al-Quran itu sendiri al-Haq- isinya benar kandungannya benar!
ii- al-Quran ini benar al-Haq melawan yang batil. Yakni isinya betul & tujuan turunnya juga membawa kebenaran melawan kebatilan!
- Ayat 105- {… dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).}–
Allah kata Nabi s.a.w tidak diutuskan kecuali sebagai:
i- pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman;
ii- dan pembawa amaran kepada orang-orang yang ingkar.
Ayat ini seolah ayat selingan; kerana dalam kisah yang sedang menceritakan peranan atau tugas al-Quran tiba-tiba datang ayat tugas tentang Nabi s.a.w pula!
Ayat ini nak jawab kepada cadangan puak kafir yang kalah apabila mereka kalah dalam hujjah kemudian datang mencabar minta projek yang pelik dan tak logik!
Allah menyatakan tugas Nabi s.a.w yang jelas iaitu- basyir & nazir- tiada siapa yang dapat menyekatnya!
Kamu taat kamu selamat- kamu tak taat kamu cari pasal!
- Ayat 106- {Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.}-
Allah nyatakan bahawa al-Quran itu turun sedikit demi sedikit, berperingkat dan ikut keperluan hajat umat Nabi s.a.w pada waktu itu!
Al-Quran diturunkan secara berperingkat (منجما / مفرقا) selama 23 tahun, agar orang beriman makin tenang dan aman, makin kuat dalam belajar dan menerima hukum peraturan dalam al-Quran.
Ini yang penting apabila kita belajar kena sabar! Jangan baru setahun dua sudah jemu & putus-asa!
Nabi s.a.w mengajar aqidah di Makkah selama 13 tahun untuk mengenalkan dan membiasakan manusia dengan tauhid.
Kemudian apabila di Madinah barulah hukum dan perundangan boleh dilaksanakan.
- Ayat 107- {… kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);} –
Allah puji ahli ilmu yang jujur dengan ilmunya!
Allah puji ahli kitab yang berilmu- apabila mendengar al-Quran mereka menangis.
Ini kerana mereka tahu isi kandungan al-Quran yang besar yang Allah anugerahkan kepada mereka.
Inilah pentingnya orang yang ada ilmu menghayati ilmu yang dia ada!
Manakala orang yang tiada ilmu pula mestilah wajib kena belajar!
Kata Syeikh Abdul A’la At-Taimi rhm:
Sesiapa yang ada ilmu tentang Allah, tentang hadis, tentang Kiamat tentang syurga neraka dan lain-lain- tetapi ilmu tidak menyebabkannya menangis ketakutan kepada Allah.
Maka orang itu adalah tanda ada ilmu tetapi tidak mendapat manfaat!
Hanya boleh buat ceramah, boleh buat bual dan cari ganjaran dunia sahaja tetapi tidak memberi manfaat untuk Akhiratnya nanti!
Sedangkan sepatutnya dia yang lebih khusyuk dan tawadhuk daripada jemaah.
Kerana Allah telah sebut sifat ulama’- orang yang ada ilmu yang bermanfaat & berkat ialah apabila mendengar al-Quran mereka terus tunduk sujud kepada Allah dengan penuh keimanan & kekhusyukkan.
Ya Allah jadikan kami orang yang ada ilmu yang berkat & bermanfaat bukan ilmu untuk berbalah berdebat sesama Islam.
Mengajak orang benci-membenci!
Kata ulama’: Ayat ini juga mengajar kita untuk khusyuk apabila mendengar & membaca al-Quran.
- Ayat 109- {Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.}– orang yang ada ilmu, yang tahu Allah, takut kepada Allah- mereka sentiasa menangis, tunduk khusyuk kepada Allah!
Kata ulama’: Sujud yang pertama dalam Ayat 107 tadi adalah sujud kerana syukur mendapat ilmu!
Manakala dalam ayat ini adalah sujud yang kedua iaitu orang yang ada ilmu mereka sujud dalam keadaan khusyuk menangis kerana takut kepada Allah.
Hadis ini juga menjadi dalil bahawa sunat kita membaca tasbih dalam sujud & rukuk kita.
Sebagaimana hadis riwayat dari UM Aisyah r.a:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي. [رواه البخاري و مسلم]
Adalah Nabi saw dalam rukuk dan sujudnya mengucapkan:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي
(Maksudnya: Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan kami, dan segala puji untuk-Mu. Ya Allah, ampunilah dosaku).” [HR. al-Bukhari dan Muslim].
Banyak lagi bacaan yang diajar oleh Nabi s.a.w ketika rukuk & sujud, boleh rujuk kitab Perisai Muslim ini:
https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
Inilah adab & Sunnah ajaran Nabi s.a.w apabila kita sujud kepada Allah.
Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa sujud kepada Allah dengan penuh khusyuk.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Isnin 13/07/2026 – 27 Muharram 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link: https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1002355865948267
Semoga Bermanfaat!
