Ucaplah Insya’ Allah, Tempoh Tidur 309 Tahun & Allah S.W.T Yang Mengetahui Segalanya

Live Kuliah Pagi Rabu 29/07/2026 – 14 Safar 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Al-Kahfi (09) Ayat [23-26]
Full video: https://youtu.be/wA3QKJ6Mzvw?si=UuiECFDi7nLHtvEc
Muqaddimah #
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Kahfi dengan ayat 23 sehingga ayat 26 dalam juzuk kelimabelas.
Ini adalah ayat terakhir tentang kisah Ashab al-Kahfi.
- Dalam siri ini Allah s.w.t ajar kepada kita:
i- apabila kita berjanji atau berazam untuk melakukan sesuatu pada masa akan datang- kita kena kembalikanya kepada kehendak & kuasa Allah dengan mengucapkan insya’ Allah- {أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ} sebagai cara adab kita dengan Allah.
ii- juga apabila kita terlupa sesuatu- sebutlah nama Allah, berzikir kepada Allah semoga Allah memberi petunjuk kepada kita & ingatkan kita balik!
- Kemudian Allah bagi kata putus, fakta yang jelas tanpa keraguan lagi bahawa tempoh tidur Ashab al-Kahfi di dalam gua adalah 309 tahun
{ثَلَـٰثَ مِا۟ئَةٍۢ سِنِينَ وَٱزْدَادُوا۟ تِسْعًۭا} tanpa khilaf lagi.
Maka kamu tak perlu meraba-raba mencari & mengoreknya lagi.
- Allah s.w.t nyatakan bahawa hanya Allah yang mengetahui segalanya, Allah dengar & lihat semua percakapan & perbuatan hamba-Nya yang di atas darat, dalam laut, dalam bukit dan semuanya di bawah ilmu Allah.
Maka jangan kamu berbuat syirik kepada Allah dengan sesuatu apapun!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang larangan dari berdebat dan berbalah dalam perkara yang telah lepas- hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
Serta jangan kamu tanya hukum & maklumat kepada puak ahli kitab yahudi atau nasrani.
Ini adalah tentang perkara yang telah berlalu & yang telah lepas!
ii- maka datang ayat ini pula larangan dari kita bercakap tentang perkara yang akan terjadi pada masa depan.
Kita tidak atahu apa yang akan terjadi pada masa depan kerana kita hanya merancang- Allah yang menentukan.
Maka jangan kita berani menentukan sesuatu yang tak pasti- serahkanya kepada Allah yang maha berkuasa!
Tafsir Ayat #
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا ﴿٣٢﴾
Ayat 23- {Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.} (Al-Kahfi 18:23)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t menegur dan mengajar Nabi s.a.w dan kita semua agar jangan dengan yakin mengatakan bahawa kita akan melakukan sesuatu nanti- yakni pada masa akan datang.
Kecuali kita kembalikan kepada Allah dan ucapkanlah insya’ Allah untuk perkara yang akan datang, yang kita tak pasti lagi!
- Kronologi ayat ini:
i- Kaum musyrikin Makkah telah pergi bertanya kepada yahudi di Makkah beberapa tips untuk nak lawan Nabi s.a.w.
ii- Lalu yahudi ajar mereka untuk bertanya kepada Baginda s.a.w beberapa perkara yang telah berlaku pada zaman dulu yang tidak mungkin diketahui kecuali ahli kitab.
Iaitu tentang roh, tentang pemuda yang tertidur lama & tentang raja yang berjalan dari timur ke barat!
iii- sekembalinya ke Makkah mereka terus bertanya kepada Nabi s.a.w soalan-soalan tersebut dan Baginda terus berkata aku akan menjawabnya esok kerana Baginda menyangka wahyu akan turun pada malam itu.
iv- tetapi wahyu tidak turun terus keesokannya bahkan sehingga beberapa hari- ada riwayat mengatakan sehingga 15 hari tanpa jawapan.
- Kemudian turunlah ayat ini- Allah s.w.t lalu mengajar cara dan adabnya dalam perkara ini.
إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا ﴿٤٢﴾
Ayat 24- {Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.} (Al-Kahfi 18:24)
- Iaitu hendaklah kamu berkata: {Insya’ Allah- إن شاء الله} yang bererti “jika Allah menghendaki”.
Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita kecuali dengan kehendak Allah!
- Nota [726] Semasa menceritakan perihal “Ashaab’ul-Kahfi”, Allah Ta’ala mengajar baginda dan umatnya supaya menyerahkan segala perkara kepada Allah, terutama apabila hendak melakukan sesuatu pada masa yang akan datang, hendaklah disertakan dengan berkata “in sya-Allah” (jika dikehendaki Allah)!
Kerana Allah jualah yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas itu dan Dialah jua yang berkuasa mengizinkannya atau menghalangnya.
- Kemudian Allah ajar lagi jika kita terlupa untuk menyebut nama Allah- samada lupa mengatakan insya’ Allah atau Bismillah sebelum makan dan melakukan apa-apa pekerjaan- terus kita ucapkannya sebaik saja teringat- agar Allah memberi kepada kita taufiq & hidayah-Nya.
- [727] Yakni kalau kita terlupa menyebut kalimah “insya-Allah” ketika itu, hendaklah kita menyebutnya sebaik-baik sahaja kita teringat.
*Iaitu kita cover balik apa yang telah terlepas- maka syaitan yang sempat makan bersama kita tadi akan termuntah semula.
- Kemudian berdoalah (wahai Muhammad s.a.w) kepada Allah dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat untuk sampai kepada jalan yang benar & betul dan lebih terang dari ini”.
- Nota [728] Yakni hujjah-hujjah keterangan yang lebih nyata dari kisah “Ashaab al-Kahfi” untuk menjadi petunjuk kepada umat manusia tentang kebenaran.
Allah Ta’ala telah memperkenankan doa Baginda, lalu diberinya mukjizat-mukjizat yang lebih besar daripada itu, yang membuktikan kebenarannya, sehingga baginda dapat menyiarkan dan mengembangkan Islam dengan jayanya.
- Perhatian- banyak berlaku kesilapan dalam mengeja perkataan insya’ Allah ini dalam bahasa Arab:
i- yang betulnya- إن شاء الله- tidak bersambung huruf nun & syin- yakni dua kalimah- sekiranya Allah kehendaki.
ii- yang tak betul tetapi membawa makna lain- إنشاء الله- kerana jika dieja bersambung membawa makna karangan atau mengadakan, hati-hatilah.
*Manakala ejaan dalam tulisan rumi tiada masalah asal ada bunyinya dan kita faham apa yang dimaksudkan.
- Sebagaimana firman Allah ini:
{Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).} (Al-Insaan 76:30)
وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا ﴿٥٢﴾
Ayat 25- {Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).} (Al-Kahfi 18:25)
- Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t larang orang Islam dari pergi bertanya kepada ahli kitab tentang kisah Ashab al-Kahfi ini kerana mereka tiada ilmu yang jelas- mereka hanya meraba-meraba dalam gelap, membuat tekaan dan sangkaan juga!
ii- maka datang ayat ini Allah bawa jawapan yang tuntas dan jelas tentang tempoh Ashab al-Kahfi tidur di dalam gua iaitu selama 300 & 9 tahun tahun- tak perlu lagi kamu meneka-neka dan mencarinya- Allah sebutnya 300 tahun & tambah lagi 9 tahun-
{ وَلَبِثُوا۟ فِى كَهْفِهِمْ ثَلَـٰثَ مِا۟ئَةٍۢ سِنِينَ وَٱزْدَادُوا۟ تِسْعًۭا}.
- Nota [729] Setelah itu Allah Ta’ala menerangkan bahawa Ashaab’ul-Kahfi telah tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun menurut kiraan “tahun Syamsiyah” – bersamaan dengan tiga ratus sembilan tahun, menurut kiraan tahun Qamariyah.
*Tahun Syamsiyah- kiraan masa ikut peredaran matahari (Solar Calendar) manakala tahun Qamariyah ialah kiraan masa ikut peredaran bulan (Lunar Calendar).
- Kata ulama’: Allah jawab sendiri soalan ini- terus memberi perbezaan tahun antara tahun matahari (Syamsiyah) dan tahun bulan (Qamariyah).
*Tahun Qamari lebih cepat daripada tahun Syamsi di mana setiap 100 tahun akan berlaku perbezaan selama 3 tahun.
Maka apabila mereka tertidur selama 300 tahun bezanya kena tambah lagi 9 tahun untuk tahun Qamari!
- Kata Ibnu Asyur r.h: Ini menunjukkan antara kelebihan dan i’jaz al-Quran yang begitu tinggi dan hebat yang menyebabkan orang Arab tak mampu untuk menirunya!
قُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثُوا ۖ لَهُ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ أَبْصِرْ بِهِ وَأَسْمِعْ ۚ مَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا ﴿٦٢﴾
Ayat 26- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.} (Al-Kahfi 18:26)
- Munasabah ayat ini jelas:
i- apabila Allah nyatakan tentang tempoh Ashab al-Kahfi tidur dengan jelas dalam ayat yang lepas;
ii- maka datang ayat ini nak ta’kid tak perlu lagi kamu tanya kepada orang lain- cukuplah dengan apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t yang maha Mengetahui!
- Allah perintahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menegaskan bahawa Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagi-Nya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi;- maka tak perlu lagi kamu bertanya kepada orang lain samada ahli kitab atau sesiapa saja!
- Nota [730] Yakni katakanlah kepada puak-puak yang berselisih tentang Ashaab al-Kahfi itu: Allah jualah yang mengetahui tentang lamanya mereka tinggal tidur dalam gua mereka, dan ia telahpun wahyukan padaku tentang masa mereka yang sebenarnya; dan itulah sahaja yang benar, yang tidak ada syak padanya.
- Tiada yang tersembunyi dari ilmu Allah- bagi-Nya tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)- maka kita ingatlah Allah lihat & tahu segala rahsia & perbuatan kita- Ilmu Allah telah jelas lagi terang maka cukuplah apa yang Allah telah sampaikan ini!
Jangan berani buat maksiat kepada Allah & perbanyakkanlah ibadat kepada-Nya.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.} (Yunus 10:61) - Allah tegaskan bahawa hanya Allah yang Bekuasa dan Maha Mengetahui serta tidak ada bagi penduduk langit dan bumi segala makhluk ini pengurus selain daripada-Nya.
- Allah juga tegaskan bahawa Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya- jangan siap rempuh masuk dalam hukumannya.
Maka semua undang-undang & hukum-hukum ciptaan manusia itu tidak akan dapat mengatasi hukum Allah!
*Tetapi malangnya kita orang Islam masih terjajah dalam perundangan dan hukum- terikat dengan undang-undang manusia.
Penutup & Faedah #
- Ayat 23- {Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.}
Ayat 24- {Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”.}-
Allah ajar kepada kita apabila berjanji atau jika berazam untuk melakukan sesuatu- wajib kita kata- insya’ Allah.
Dengan kehendak dan izin Allah- kita akan buatnya atau pergi!
Jangan terlalu yakin atau over konfident berjanji dan berazam.
Allah juga ajar jika lupa- maka teruslah menyebut nama Allah sebaik saja teringat untuk menutupi semula apa yang kita lupa itu.
Yakni ucapan yang sepatutnya:
i- untuk berjanji atau masa depan: Insya’ Allah.
ii- jika lupa: Astaghfirullah.
iii- jika sudah buat & telah lepas: alhamdulillah.
Beberapa kerugian jika kita tak sebut insya’ Allah:
i- apabila kita bercakap dalam perkara masa depan yang kita tak tahu- kita tak ada autoriti untuk menjaminya!
ii- apabila kita tak kata insya’ Allah seolah kita yakin berani berjanji tentang sesuatu yang kita tak pasti! Ini salah!
Manakala kelebihan kata insya’ Allah- kerana kita nak ambil berkat dengan kalimah Allah dan minta tolong Allah pemudahkan segala urusan yang kita nak buat itu.
Inilah pentingnya kita kata insya’ Allah {إن شاء الله}.
- Ayat 23- {Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.}
Ayat 24- {Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah”.}- ayat-ayat ini Allah ajar adab kepada Nabi s.a.w untuk diajar kepada kita umatnya!
Apabila kita berjanji atau berazam nak buat sesuatu pada masa depan kita kena kembalikannya kepada Allah dengan mengucapkan: insya’ Allah!
Kita boleh buat plan dan perancangan tetapi kita serahkan dan kaitkan pergantungan kepada Allah agar kita tidak over-confident.
Sebagaimana kata-kata hikmah ini:
أنا أريد وأنت تريد والله يفعل ما يريد
Ungkapan ini bermaksud:
“Aku mahu, kamu mahu, tetapi Allah melakukan apa yang Dia kehendaki”.
Yang mengingatkan kita untuk menyerahkan segala urusan kepada takdir Allah S.W.T kerana kita berada di bawah kehendak & kuasa Allah s.w.t.
Kata ulama’ insya’ Allah ini ada dua keadaan:
i- sebagai (- تحقيقا- تأكيدا) penguat maksud- kita ucapkan insya’ Allah apabila kita memang berazam mahu buat atau nak pergi tetapi kita tetap serahkannya kepada kuasa & kehendak Allah!
ii- sebagai (تبركا) (وتعليقا) ambil berkat- Kadang-kadang memang kita mahu, nak buat atau pergi, tetapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi, maka kita ucap insya’ Allah untuk ambil berkat dengan nama Allah atau meletakkan pergantungan kepada kehendak Allah.
Ini sekaligus menenang dan menjaga hati orang yang mengajak.
Tetapi jika memang niat menipu atau tak mahu buat- seperti janji palsu yang memang kita tak mampu nak buat- maka tak boleh kita guna nama Allah kerana seolah menggunakan nama Allah dengan main-main atau menipu dengan nama Allah!
Kata Imam Syafei قزا: Jika seseorang itu bersumpah dengan menggunakan nama Allah kemudian kata insya’ Allah- timbul perbahasan dalam feqah apakan sumpahnya itu sah atau tidak?
Jawapan: Jika kata insya’ Allah jika langgar atau tak buatnya- dia tidak berdosa- tetapi jika tak kata insya’ Allah & langgarnya- berdosa dan kena kaffarah sumpah!
- Ayat 24- {Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.}-
Allah ajar lagi jika kita terlupa untuk mengucapkan insya’ Allah atau lupa nak sebut nama Allah “Bismillah” ketika nak mula makan;
Maka segeralah membaca & mengatakannya apabila ingat.
Seperti lupa nak baca Bismillah ketika awal makan- ucapkan segera apabila ingat- agar syaitan yang sedang makan juga itu tidak dapat makan lagi bersama kita!
Ini akan mengawalnya balik walaupun tidak sama seperti membacanya dari awal lagi- kesannya berbeza!
Boleh dapatkan buku Perisai Muslim ini mendapatkan bacaan-bacaan yang warid dari Nabi s.a.w:
https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
Begitu juga jika lupa ucap insya’ Allah- teruslah ucapkannya apabila teringat- insya’ Allah- semoga memimpin kita ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.
- Ayat 25- {Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).}- dalam ayat ini Allah sebutkan dengan jelas tempoh Ashab al-Kahfi berada di dalam gua itu.
Ayat ini adalah perjelasan yang terperinci selepas ayat yang umum.
Kerana dalam ayat 11 sebelum ini Allah kata: {Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.}- tidak disebut dengan jelas berapa tahun.
Maka datang ayat ini Allah nyatakan sebagai jawapan kepada ayat 11 dengan tafsil atau detail iaitu iaitu 300 tahun ditambah 9 tahun.
Di mana ulama’ telah membincangkan maksudnya iaitu:
i- 300 tahun bagi kiraan tahun Syamsiyah (Solar Calendar);
ii- 309 tahun mengikut tahun Qamariyah (Lunar Calendar).
Kita kena yakin bahawa semua maklumat ini dengan berani kerana ia datang dari Allah s.w.t- manakala orang lain hanya boleh meneka & menyangka sahaja.
- Ayat 26- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)!}-
Allah yang maha mengetahui, maha mendengar, maha melihat!
Apabila kita mengetahui sifat Allah ini boleh kita Allah yang paling tahu, yang paling mendengar, yang paling melaihat dan yang paling berkuasa dalam segala-galanya!
Maka tiada siapa yang boleh menyekatnya kerana Allah tahu semua, lihat semuanya.
Maka jangan sesekali kamu syirik kepada Allah samada dalam ibadat, dalam ketaatan, dalam perundangan dan segalanya.
Alhamdulillah kita semua orang yang bertauhid kepada Allah dan menjauhkan diri daripada syirik!
Dengan ayat ini tamatlah kisah Ashab al-Kahfi di dalam al-Quran.
Insya’ Allah kita masuk dalam ayat 27 dengan kisah dan bab lain pula.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk surah al-Isra’ pada hari ini, semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Rabu 29/07/2026 – 14 Safar 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (29 Siri) & Surah Al-Kahfi (Setakat Yang Ada) boleh dilihat di:
Link: https://www.youtube.com/playlist…
Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1015082608008926
Semoga Bermanfaat!
