View Categories

(18) Surah Al-Kahfi: Ayat 52-53

9 min read

Keadaan Kafir Hari Kiamat, Carilah Tuhan Kamu & Mereka Tengok Neraka

Live Kuliah Pagi Selasa 11/08/2026 – 27 Safar 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Al-Kahfi (18) Ayat [52-53]

Full video: https://youtu.be/zr4kA3E6ifg?si=WLFXSS00p0p9TEeD

Muqaddimah #

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Kahfi dengan ayat 52 sehingga ayat 53 dalam juzuk kelimabelas.
  2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan keadaan orang kafir pada hari Kiamat kelak di mana mereka akan dipanggil dan dicabar & diperli;
  3. Untuk memanggil mencari sembahan kamu yang kamu sembah dan angkat jadi Tuhan dulu! Allah telah sediakan lubang neraka yang dahsyat bagi mereka!
  4. Kemudian orang kafir tengok neraka di depan mata mereka- jauh jaraknya berapa ribu tahun lagi perjalanannya!

Maka pada waktu itu bertambah dan bertingkat-tingkatlah penyesalannya.

Lihat saja neraka itu sudah satu azab yang dahsyat!!!

Kita minta berlindung dengan Allah dari keadaan yang dahsyat ini!

  1. Muqaddimah ayat:

i- dalam ayat lepas para ulama’ ijma’ mengatakan iblis itu adalah jin dan menukilkan kata-kata Imam al-Hasan al-Basri r.h.m bahawa tidak ada sekelip matapun fakta bahawa iblis itu berasal dari malaikat!

Ia adalah asal dari jin sebagaimana Nabi Adam adalah manusia yang berasal daripada tanah!

Walaupun ada khilaf tetapi inilah pendapat pilihan yang jelas ada nas dari al-Quran.

ii- kemudian apa yang berlaku kepada iblis dari segi sombong, takabbur, berlaku juga kepada manusia lain- ada persamaannya antara orang yang derhaka keras kepala dengan iblis.

iii- ada juga persamaan iblis & Quraisy- iblis hina Nabi Adam yang diperbuat daripada tanah- Quraisy pula menghina para sahabat yang miskin disekeliling Nabi s.a.w dengan enggan bersama mereka dalam satu majlis!

Kesimpulan: Maka janganlah kita ikut & buat perangai seperti iblis kerana iblis dikutuk dilaknat oleh Allah sehingga ke hari Kiamat manakala manusia yang derhaka juga akan dilaknat sehingga dia bertaubat!

  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang keadaan orang yang melakukan Syirik atas dunia, para pengikut syaitan yang sombong & degil.

Kemudian Allah kata bodohnya mereka- ukir buat sesuatu kemudian sembahnya!

Lalu Allah batalkan kefahaman & pegangan puak syirik dengan sebatilnya serta Allah nyatakan segala kedudukan yang batil sembahan mereka itu.

ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa apa mereka sembah itu semuanya tidak berguna walaupun sedikit- tak ppaka kijo belako!

Terutama di saat kamu memerlukan pertolongan- mereka tidak dapat menolong sedikitpun.

  1. Munasabah kedua:

i- Allah nyatakan apa yang kamu sembah semuanya itu jin syaitan batu kayu;

ii- Allah nyatakan semuanya tidak akan berguna & hanya akan mengecewakan kamu!

Tafsir Ayat #

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَيَوْمَ يَقُولُ نَادُوا شُرَكَائِيَ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ فَدَعَوْهُمْ فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ وَجَعَلْنَا بَيْنَهُم مَّوْبِقًا ‎﴿٢٥﴾‏


Ayat 52- {Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: “Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.} (Al-Kahfi 18:52)

  1. Allah mengingatkan kita manusia pada hari Kiamat kelak apabila Allah berfirman dengan mencela dan mencerca & menghina golongan kafir agar memanggil semua sembahan mereka dulu yang mereka jadikan sekutu & partner bagi Allah.
  2. Iaitu Allah suruh mereka panggil & seru segala sembahan mereka itu yang mereka dakwa berkuasa dan dapat memberi manfaat untuk datang menolong mereka pada hari ini, yang dapat mendekatkan mereka dengan Allah serta mereka dakwah dengan batil adalah sekutu Allah dalam ibadat.
  3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).} (Al-An’aam 6:94)

*Furada {فُرَٰدَىٰ}- maknanya bersendirian atau berseorangan.

  1. Nota [745] Kaum kafir musyrik diperintahkan pada hari kiamat supaya memanggil makhluk-makhluk yang mereka sembah dahulu supaya menolong mereka dari azab, lalu mereka memanggilnya meminta pertolongan, tetapi makhluk-makhluk itu tidak dapat menjawab apa lagi menolong; lalu ke semuanya diseksa dalam neraka.
  2. Tetapi apabila mereka (golongan kafir) memanggilnya (sembahan dan berhala-berhala mereka itu); pastilah sia-sia kerana semua makhluk sembahan mereka itu tidak akan dapat menyahut seruan mereka!

Di dunia pun tak dapat bergerak berkelip mata, tak ada manfaat apa- apatah lagi di Akhirat kelak- pastilah tak dapat menjawab & tak berguna lansung!!!!

  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Dan dikatakan (kepada mereka): Panggilah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu)”. lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.} (Al-Qasas 28:64)

*Ini adalah penyesalan yang tidak berguna lagi apabila neraka sudah menyala di depan mata!

Semasa orang dakwah atas dunia ini tak mahu celik mata & buka telinga mendengar lalu berfikir akan kebenarannya!

*Alhamdulillah dalam negara kita ini ada peruntukan berdakwah bagi agama Islam yang tidak diberikan kepada agama lain!

  1. Allah nyatakan bahawa telah disediakan & dijadikan bagi puak kafir & sembahan mereka itu;
    i- untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan {مَّوْبِقًۭا}.

ii- juga dijadikan satu pemisah seolah satu lubang cerun yang dahsyat di dalam neraka Jahannam antara mereka- maka tiada jalan untuk mereka bertemu satu sama lain apatah lagi untuk saling bantu-membantu.

*Apatah lagi memang segala sembahan itu tindakan kuasa & daya untuk menolong para penyembahnya walaupun bersama!

  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
    {Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: “Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu”; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka. Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): “Bukanlah kami – yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!} (Yunus 10:28)

وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ فَظَنُّوا أَنَّهُم مُّوَاقِعُوهَا وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا ‎﴿٣٥﴾‏

Ayat 53- {Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.} (Al-Kahfi 18:53)

  1. Munasabah ayat:
    i- dalam ayat yang lepas Allah suruh panggil berhala sembahan mereka itu;

ii- maka datang ayat ini – tak boleh nak buat apa lagi- orang kafir melihat neraka yang menyala-nyala di hadapan mereka!

  1. Allah nyatakan pada hari Kiamat itu:
    i- apabila orang-orang yang berdosa itu telah melihat neraka di hadapan mata mereka,
    ii- maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya;
    iii- dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya!!! Na’uzubillah!
  2. Hadis nampak neraka 40 tahun perjalanan:

[عن أبي سعيد الخدري:] يُنصَبُ للكافِرِ يَومَ القيامةِ مِقدارُ خَمسينَ أَلْفَ سَنَةٍ، كما لم يَعمَلْ في الدُّنيا، وإنَّ الكافِرَ لَيَرى جَهنَّمَ، ويَظُنُّ أنَّها مُواقِعَتُه من مَسيرةِ أربَعينَ سَنَةً.
شعيب الأرنؤوط، تخريج المسند لشعيب (١١٧١٤) • حسن لغيره • أخرجه أحمد (١١٧١٤) واللفظ له، وابن أبي الدنيا في ((الأهوال)).

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., “Akan ditegakkan bagi orang kafir pada hari kiamat kadar lima puluh ribu tahun, seperti mana dia tidak pernah beramal di dunia, dan sesungguhnya orang kafir itu benar-benar melihat neraka jahanam, dan dia menyangka bahawa dia akan memasukinya dari jarak perjalanan empat puluh tahun.” [HR Ahmad- sanad hasan lighairih].

  1. Yakni selepas melihat neraka itu yakinlah puak kafir tidak ada jalan lagi untuk lari atau mengelak daripada neraka, tidak ada lorong untuk melepaskan diri darinya mereka pasti akan jatuh, dihumban di dalam neraka!
  2. Sebagaimana kata pepatah Arab:
    لَيْسَ الخَبَرُ كَالمُعَايَنَةِ
    Tidaklah lihat sendiri dengan mata kepala tidak sama hanya dengan mendengar cerita!!!

Ini kerana puak kafir telah dengar tentang dosa & neraka tetapi mereka tak percaya- tetapi sekarang setelah lihat sendiri- maka ini adalah satu keadaan yang amat dahsyat & menakutkan!

Penutup & Faedah #

  1. Ayat 52- {Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: “Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu);}– pada hari Kiamat nati ada pelbagai peringakat.

Ada waktu manusia boleh bercakap, ada waktu mulut mereka ditampal dan ditutup tak boleh bercakap!

Ayat ini Allah menyeru memanggil puak kafir, tetapi lebih kepada celaan & cercaan dan penghinaan kepada mereka- kerana Allah juga tanya partner sekutu kamu dulu???
Panggillah mereka- tetapi tak sia-sia.

  1. Ayat 52- {Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: “Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu);}– apabila Allah panggil puak kafir ini mereka masih boleh bercakap- mereka cuba menyeru sembahan yang mereka sekutukan Allah dulu!

Allah nyatakan pada hari Kiamat kelak semasa di Padang Mahsyar puak kafir diseru untuk memanggil berhala & sembahan mereka!

Ini kerana puak kafir masih mengharapkan pertolongan dan bantuan Tuhan mereka dulu kerana itu mereka panggil!

Perhimpunan pada hari Kiamat itu amat menakutkan!

Orang kafir masih mengharapkan sembahan mereka itu berguna untuk mereka!

Tetapi tiada guna walaupun sedikit- atas dunia tak bergerak apatah lagi di Akhirat.

Kerana itu kita orang yang beriman carilah yang sahih kembali kepada Allah tak perlu berdoa minta & cari yang pelik-pelik.

Ikut ajaran al-Quran & Sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih insya’ Allah kita akan selamat di Sunnah & aman di Akhirat.

Jika tidak- kita akan kecewa sebagaimana puak kafir ini- mereka panggil berhal-berhala mereka itu tetapi tidak mendapat jawapan & tiada apa faedah- hanya sia-sia!!!

  1. Ayat 52- {… dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.}– keduanya berhala & penyembahnya akan dicampakkan ke dalam neraka oleh malaikat!

Antara mereka pula ada lubang yang membinasakan { بَيْنَهُم مَّوْبِقًۭا}- Allah jadikan antara mereka pemisah dalam lubang neraka yang dahsyat!

Lalu mereka pun terhalang, tidak boleh pergi dekat antara satu-sama lain- apatah lagi nak saling membantu!

Sedangkan hakikatnya memang berhala itu tidak akan dapat membantu mereka- tetapi sekarang nak pergi dekat pun tak boleh!

Allah nyatakan kepada kita dengan jelas bahawa perkara ini pasti akan berlaku & terjadi!

  1. Ayat 53- {Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka…}– apabila mereka lihat neraka mereka yakin bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka!

Tiada lorong atau jalan lagi untuk lari, tiada exit untuk keluar, tiada siapa boleh tolong, mereka pasti akan menghadapinya!

Sebagaimana kata pepatah Arab tadi: Tengok tak sama dengan dengar sahaja!

Mereka telah dengar atas dunia dulu tentang azab, neraka & siksaannya tetapi mereka tidak percaya!

Sekarang mereka telah melihat neraka di depan mata mereka lalu pada waktu itu mereka yakin & percaya akannya!

Tetapi tiada guna lagi keyakinan & kepercayaan itu!

Sama seperti Fir’aun yang hanya mahu beriman apabila telah lemas, apabila nyawa di halkum- tidak ada lagi keinsafan ktkitu!

Dekat nak mati apabila nyawa sudah dihalkum malaikat buka hijab akan nampak tempat yang akan dituju samada ke syurga atau neraka- ketika ini pintu taubat telah tertutup- tidak akan diterima lagi!

Maka jika nak bertaubat sekarang semasa hidup atas dunia bukan semasa di hadapan neraka atau nyawa di halkum!

  1. Ayat 53- {Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,..}–
    Allah kata puak kafir lihat neraka.
    Sejauh manakah jarak yang mereka telah boleh lihat neraka?
    Hadis- 50 ribu tahun ada di atas.

Kata ulama’ ini adalah kiraan untuk hari Akhirat bukan seperti kiraan hari dunia kita ini!

Puak kafir duduk berdiri menunggu perhitungan manakala kita orang beriman mencari Nabi s.a.w untuk meminta syafaat!

Ini adalah lebih dahsyat kerana tempohnya lebih lama sebagaimana firman Allah s.w.t ini:
{Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.} (Al-Hajj 22:47)

Hadis Nabi s.a.w puak kafir nampak neraka ini juga: “… Dari jarak perjalanan 40 tahun”
[HR Ahmad, Hasan lighairihi]

Kata ulama’ ketika menafsirkan ayat ini mereka bawa hadis ini: Penampakan neraka ini kepada mereka dari jauh lagi untuk menambahkan ketakutan, kedukacitaan dan penyesalan mereka!

Kadar hari & tempoh itu semua kiraan untuk hari Kiamat bukan seperti hari dunia- sebagaimana ayat di atas tadi.

Semoga semua ini memberi pengajaran & keinsafan dan bersedia beramal untuk menjauhkan diri daripada neraka!

Alhamdulillah tamatlah kuliah kita untuk hari ini semoga mendapat manfaatnya & insya-Allah, kita sambung lagi dalam kuliah akan datang dengan ayat seterusnya.

Wallahu a’lam.


#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Selasa 11/08/2026 – 27 Safar 1448H

Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (29 Siri) & Surah Al-Kahfi (Setakat Yang Ada) boleh dilihat di:

Link: https://www.youtube.com/playlist

Link Nota: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1025870453596808&set=pb.100085215893583.-2207520000

Semoga Bermanfaat!

Powered by BetterDocs

Leave a Reply

Scroll to Top