View Categories

SURAH AL-KAHF : AYAT 52-59

\"\"

KEADAAN GOLONGAN KAFIR DALAM NERAKA, PERANAN AL-QURAN DAN KECELAKAAN BAGI PENENTANGNYA & SEBAB DITANGGUHKAN AZAB.

Full video: https://youtu.be/cPGplkerpcw

MUQADDIMAH :
1- Allah menyebut sebelum ini keadaan kaum yang kufur dan musyrik bagaimana mereka telah menzalimi diri sendiri dengan kezaliman aqidah.
2- Maka apabila dibangkitkan di akhirat esok, Allah s.w.t memerli mereka untuk memanggil sekutu yang disembah dulu.
3. Maka akan terbuktilah kesesatan dan ketidak-upyaan apa yang mereka sembah.

AYAT 52- {DAN (INGATKANLAH) MASA ALLAH BERFIRMAN: \”PANGGILAH SEKUTU-SEKUTUKU YANG KAMU KATAKAN ITU (UNTUK MENOLONG KAMU); LALU MEREKA MEMANGGILNYA, TETAPI SIA-SIA SAHAJA, KERANA MAKHLUK-MAKHLUK ITU TIDAK MENYAHUT SERUAN MEREKA: DAN KAMI JADIKAN UNTUK MEREKA BERSAMA SEBUAH TEMPAT AZAB YANG MEMBINASAKAN.} (AL-KAHFI 18:52)
1- Allah s.w.t mengingatkan manusia apabila Dia memerli kaum yang kufur itu untuk memanggil sekutu Allah yang mereka sembah dulu untuk datang menolong mereka.
2. Lalu mereka memanggilnya, tetapi malangnya usahkan menyahut panggilan mereka, makhluk-makhluk itu tidak mampu lansung untuk menolong mereka.
3. Lalu mereka bersama-sama dimasukkan ke dalam neraka untuk di azab, penyembah dan yang disembah.

AYAT 53- {DAN ORANG-ORANG YANG BERDOSA ITU TETAP AKAN MELIHAT NERAKA, MAKA YAKINLAH MEREKA, BAHAWA MEREKA AKAN JATUH KE DALAMNYA DAN MEREKA TIDAK AKAN MENDAPATI SEBARANG JALAN UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADANYA.} (AL-KAHFI 18:53)
1- Maka pada hari Kiamat itu mereka akan melihat dengan jelas dengan mata kepala mereka sendiri akan neraka.
2- Barulah mereka yakin akan kewujudannya dan yakin juga bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan tiada apa yang dapat menyelamatkan mereka daripadanya.

AYAT 54- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA KAMI TELAH HURAIKAN DENGAN BERBAGAI-BAGAI CARA DI DALAM AL-QURAN INI UNTUK UMAT MANUSIA, DARI SEGALA JENIS CONTOH BANDINGAN; DAN SEMEMANGNYA MANUSIA ITU, SEJENIS MAKHLUK YANG BANYAK SEKALI BANTAHANNYA.} (AL-KAHFI 18:54)
1- Allah telah bawa dalam al-Quran pelbagai uslub dan cara ditunjuk kepada manusia. Ada ancaman, ada perumpaaan ada contoh, ada khabar baik dan khabar buruk, menjelaskan hukum-hakam, dengan pelbagai gaya Bahasa supaya mereka boleh berfikir, mengambil pengajaran dan nasihat, untuk menerima kebenaran.
2- Tetapi malangnya manusia ini sejenis makhluk yang suka berbantah-bantah, suka berdebat dan menolak segala hujjah al-Quran ini. Ini kerana suka menurut tabiat semulajadinya yang suka berbnatah dan berdolak dalih.
3. Bila Allah sebut al-Insan biasanya dibawa bersama sifat negatif. Antara sifat buruk manusia yang disebut dalam al-Quran:
I. Dalam ayat ini, suka berbantah-bantah. (al-Kahfi: 54).
II. Al-Insan – seorang yang rugi.
III. Lemah. Firman Allah: {Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.} (Annisa: 28)
IV. Lalai. Firman Allah: {Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya.} (Al Araf: 146)
V. Bodoh. Firman Allah: {Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.} (Al Ahzab: 72)
VI. Zalim. Firman Allah: {Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).} (Ibrahim: 34)
VII. Pelupa. Firman Allah: {Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; ….} (Al Isra: 83).
VIII. Ingkar. Firman Allah: {Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya.} (Al-Adiyat: 6).
IX. Suka tergesa-gesa. Firman Allah: {Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.} (Al-Isra’: 11)
Hadis: Ali dan Rasulullah s.a.w.
Tidak boleh berhujjah dengan takdir untuk membenarkan perbuatan maksiat atau salah.
4. Pelbagai contoh tauladan ygmemberi pengajaran untuk dunia dan akhirat dihuraikan dengan pelbagai cara, tetapi malangnyaramai lagi manusia yang tdk tidak mahu sedar dan insaf, ini kerana manusia menurut tabiat semulajadinya yang banyak bantahan dan dalih. Tetapi tetap ada PENGECUALIAN iaitu mereka yang solat, mereka yang ikhlas dan lain-lain.
5. Sifat dunia adalah terlaknat kecuali mereka yang keluar dari kelompok itu.
Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ
“Dunia ini terlaknat dan segala yang terkandung di dalamnya pun terlaknat, kecuali orang yang berzikir kepada Allah, yang melakukan ketaatan kepada-Nya, seorang ‘alim atau penuntut ilmu Syar’i.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah)

AYAT 55- {DAN TIADA YANG MENGHALANG MANUSIA DARIPADA BERIMAN, KETIKA DATANG PETUNJUK AL-QURAN KEPADA MEREKA, DAN DARIPADA MEMOHON AMPUN KEPADA TUHAN MEREKA, MELAINKAN (KERANA KEDEGILAN MEREKA DAN KERANA MEREKA) MENUNGGU DIDATANGI AZAB YANG MEMUSNAHKAN YANG TELAH MENIMPA ORANG-ORANG DAHULU, ATAU DI DATANGI AZAB YANG DILIHAT DAN DIHADAPI.} (AL-KAHFI 18:55)
1- Hakikatnya tidak ada yang menghalang manusia daripada beriman atau bertaubat kepada Allah s.w.t melainkan kedegilan mereka sendiri.
2. Maka sebagaimana umat terdahulu, setelah mereka meminta pelbagai bukti dan dalih, lalu akan dimusnahkan dan binasa selepas masih lagi ingkar.
3. Apabila melihat azab di depan mata baru mereka sedar dan percaya, tetapi tiada gunanya lagi.

AYAT 56- {DAN TIDAK KAMI MENGUTUS RASUL-RASUL, MELAINKAN SEBAGAI PEMBERI BERITA GEMBIRA DAN PEMBERI AMARAN; DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR MEMBANTAH DENGAN ALASAN YANG SALAH UNTUK MENGHAPUSKAN KEBENARAN DENGAN BANTAHAN ITU; DAN MEREKA JADIKAN AYAT-AYATKU, DAN AMARAN YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI EJEK-EJEKAN.} (AL-KAHFI 18:56)
1. Allah s.w.t telah mengutus para rasul sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Yakni al-Quran telah menjelaskan dan menerangkan dengan pelbagai uslub dan cara kepada manusia, memberi ajaran dan peringatan kepada mereka.
2. Tetapi orang-orang kafir itu membantahnya dengan alasan dan cara yang salah. Mereka bukan berbantah dan berhujjah dengan ilmu, tetapi dengan hawa-nafsu dan secara keras kepala
3. Bukan setakat membantah, mereka juga menjadikat ayat-ayat Allah dan amaran yang diberikan sebagai bahan ejekan dan perlian.

AYAT 57- {DAN TIDAKLAH ADA YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG DIBERI INGAT DENGAN AYAT-AYAT TUHANNYA, LALU IA BERPALING DARIPADANYA DAN LUPA AKAN APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH KEDUA TANGANNYA; SESUNGGUHNYA (DISEBABKAN BAWAAN MEREKA YANG BURUK ITU) KAMI JADIKAN TUTUPAN BERLAPIS-LAPIS ATAS HATI MEREKA, MENGHALANG MEREKA DARIPADA MEMAHAMINYA, DAN (KAMI JADIKAN) PADA TELINGA MEREKA PENYUMBAT (YANG MENYEBABKAN MEREKA PEKAK). DAN JIKA ENGKAU MENYERU MEREKA KEPADA PETUNJUK, MAKA DENGAN KEADAAN YANG DEMIKIAN, MEREKA TIDAK SEKALI-KALI AKAN BEROLEH HIDAYAH PETUNJUK SELAMA-LAMANYA.} (AL-KAHFI 18:57)
1- Bagi orang yang ingkar berpaling tidak mahu mendengar apabila diberi peringatan dan nasihat. Tidak mahu menerima kebenaran serta lupa akan segala keburukan dan kejahatan yang telah mereka lakukan, apa yang akan terjadi?
2- Sesungguhnya disebabkan sifat mereka yang buruk itu maka Allah jadikan berlapis-lapis penghalang di atas hati mereka dan Allah juga jadikan di telinga mereka penyumbat lalu menjadi tuli dan terhalang daripada menerima kebenaran dan hidayat walaupun didakwah.

AYAT 58- {DAN TUHANMU MAHA PENGAMPUN, LAGI MELIMPAH-LIMPAH RAHMATNYA. JIKA IA MAHU MENYEKSA MEREKA (DI DUNIA) DISEBABKAN APA YANG MEREKA TELAH USAHAKAN, TENTULAH IA AKAN MENYEGERAKAN AZAB ITU MENIMPA MEREKA; (TETAPI IA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN) BAHKAN DITENTUKAN BAGI MEREKA SATU MASA YANG MEREKA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DAPAT SEBARANG TEMPAT PERLINDUNGAN, YANG LAIN DARIPADANYA.} (AL-KAHFI 18:58)
1- Sebenarnya disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari segi ingkar dan kufur), tentulah Allah swt akan menyegerakan azab itu menimpa mereka.
2- Tetapi Allah itu Tuhan Yang Maha Pengampun melimpah-limpah rahmat-Nya,lalu Dia menangguhkan sehingga tempoh yang tertentu, masih mahu memberi peluanbg kepada mereka untuk insaf dan bertaubat.
3- Firman Allah s.w.t: {Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.} [Faatir 35:45].

AYAT 59- {DAN PENDUDUK NEGERI-NEGERI (YANG DERHAKA) ITU KAMI TELAH BINASAKAN KETIKA MEREKA MELAKUKAN KEZALIMAN, DAN KAMI TELAH TETAPKAN SATU MASA YANG TERTENTU BAGI KEBINASAAN MEREKA.} (AL-KAHFI 18:59)
1. Bagaimana penduduk negeri-negeri (yang derhaka) iaitu kaum yang terdahulu seperti seperti kaum Ad, Thamud dan lain-lain, telah dibinasakan akibat kezaliman mereka.
2- Begitu juga kaum musyrikin Makkah, yang telah diberi tempoh sementara seolah kemenangan bagi mereka apabila Rasulullah s.a.w keluar berhijrah ke Madinah, tetapi tidak lama kemudian pada tahun ke3 Hijrah kebanyakan mereka telah mendapat pembalasan azab dibunuh dalam peperangan Badar.

PENGAJARAN DAN FAEDAH :
1- Tiada ada orang yang lebih zalim daripada orang yang diberi peringatan lalu mereka berpaling dan menolaknya dengan kekerasan.
2. Tiada orang yang lebih zalim daripada mereka yang syirik kepada Allah (zalim aqidah).
3. Kata Hasan al-Basri: Allah s.w.t tidak menurunkan mana-mana ayat kecuali Dia suka agar kita faham dan tahu apa yang dibaca itu.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs