SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 82-84

\"\"

AL-QURAN SEBAGAI SYIFA\’, PENYEMBUH ROHANI DAN TUBUH BADAN. UJIAN NIKMAT DAN KESUSAHAN & SETIAP ORANG AKAN MELALUKAN KEBIASAANNYA.

Full video: https://youtu.be/BnEbXvBN0q8

MUQADDIMAH:

1. dalam ayat lepas Allah s.w.t menyebut tentang waktu solat yang tertentu; bermula dari gelincir matahari siang iaitu solat zohor dan asar, sehingga ke gelap malam iaitu Maghrib dan Isya. (dua pasang solat ini boleh dijamak bersama).
2. Bagi solat subuh disebut namanya yang khas menunjukkan kesempurnaan dan kelebihan memanjangkan bacaan dalam solat subuh, قرآن الفجر dmaksudnya bacaan Quran pada waktu fajar.
Solat itu semuanya Quran, yakni ada bacaan al-Quran, tetapi disebut khas untuk solat subuh- kata ulama\’ kerana solat subuh bacaan al-Quran biasanya dipanjangkan sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda biasa membaca dari 60-100 ayat dalam satu qiyam.
3. Allah s.w.t juga menyuruh kita bangun tahajjud pada waktu malam. Qiyamullail akan menjadi sebab untuk mendapatkan darjat yang tingi di dalam syurga.
4. Solat tahajjud Allah perintahkan khas kepada Rasulullah s.a.w, ia wajib ke atas Baginda tetapi sunat ke atas umatnya.
5. Allah s.w.t juga ajar kepada Rasulullah supaya berdoa dengan ayat ini:
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
{\”Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku\”.} [Al-Isra’: 80].

PERINTAH UNTUK MEMBACA DOA INI JUGA KEPADA KITA UMATNYA.
3. Ada percubaan kaum kafir untuk memesongkan al-Quran, memujuk nabi s.a.w agar jangan menyebut tentang kesyirikan mereka.
4. Ayat kita dalam siri ini tentang sifat al-Quran yang diturunkn secara berperingkat selama 23 thun.
i. Sebagai petunjuk dan penawar rohani dan jasmani bagi orang mukmin.
ii. Bagi orang kafir pula, tidak menambah apa-apa kebaikan kecuali kerugian yang sangat jelas kerana mereka tidak beriman dengannya.

AYAT 82 – {DAN KAMI TURUNKAN DENGAN BERANSUR-ANSUR DARI AL-QURAN AYAT-AYAT SUCI YANG MENJADI UBAT PENAWAR DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA; DAN (SEBALIKNYA) AL-QURAN TIDAK MENAMBAHKAN ORANG-ORANG YANG ZALIM (DISEBABKAN KEINGKARAN MEREKA) MELAINKAN KERUGIAN JUA.} (AL-ISRAA\’ 17:82)
1. Ayat-ayat Al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun untuk menjadi ubat dan penawar bagi orang yang beriman.
2. Al-Quran itu syifa’ (penawar) bagi hati manusia daripada:
i- Penyakit syahwat dan kehendak yang ada dalam hati.
ii- Penyembuh syubhat keraguan yang ada dalam kepala kita.
iii- Al-Quran juga boleh menjadi penyembuh dan penawar bagi tubuh-badan.
Antara dalilnya beberapa cerita dari hadis Nabi s.a.w:
a- Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A:

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانُوا فى سَفَرٍ فَمَرُّوا بِحَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ. فَقَالُوا لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَىِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ. فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ نَعَمْ فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَبَرَأَ الرَّجُلُ فَأُعْطِىَ قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا. وَقَالَ حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-. فَأَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ. فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. فَتَبَسَّمَ وَقَالَ « وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ». ثُمَّ قَالَ : خُذُوا مِنْهُمْ وَاضْرِبُوا لِى بِسَهْمٍ مَعَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut.

Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: “Adakah ada antara kamu yang boleh menjampi? Ini kerana penghulu kampung kami terkena sengat.” Salah seorang dari para sahabat menjawab: “Ya, ada.” Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah.

Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: “Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW,” beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah.” “Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi?” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.” [HR Muslim]

b- Apabila Rasulullah S.A.W merasa sakit atau tidak sedap badan, Baginda membaca tiga surat terakhir dari Al-Qur\’an iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Aisyah Radhiyallahu\’ Anha berkata: \”Bahawasanya apabila Rasulullah SAW merasa sakit, Baginda membaca Al-Mu\’awwizatain untuk dirinya, lalu mengusapkan di badan-nya dengan tangannya.\” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

c- Rasulullah S.A.W juga ada mengajarkan amalan dan doa menyembuhkan penyakit diri sendiri.
وروينا في صحيح مسلم رحمه الله، عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه، أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضَعْ يَدَك عَلَى الَّذِي تَأْلَمُ مِنْ جَسَدِك، وَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

\”Diriwayatkan dari Usman bin Abil \’Ash R.A bahawa dia mengadu kepada Rasulullah S.A.W akan penyakit yang ia rasakan pada tubuhnya. Rasulullah S.A.W lalu bersabda kepadanya, \’Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang dirasa sakit. Bacalah tiga kali, \’Bismillāh.\’ Lalu bacalah tujuh kali,

أعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
(Aku berlindung dengan keagungan dan kekuasaan Allah dari segala keburukan apa yang aku dapatkan dan apa yang aku takutkan.\” [HR Imam Muslim.].

3. Al-Quran menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya kerana mereka percaya dan mematuhuinya.
4. Al-Quran menjadi penawar syifa’ bagi penyakit rohani seperti iktikad kepercayaan yang sesat, ikut syahwat nafsu yang buruk serta perangai akhlak yang keji, serta menjadi ubat penawar bagi penyakit jasmani juga,kerana berkat membacanya.
5. Tetapi dengan syarat yakin sepenuhnya dengan apa yang dibaca serta mematuhi perintah-perintah Allah s.w.t serta menjauhi larangannya. Pembaca itu sendiri mesti warak baru berkesan. Sebagaimana kisah dalam hadis-hadis tadi.
6. Al-Quran itu keseluruhannya syifa’ (bukan ayat-ayat tertentu) kepada semua perkara. Tetapi ingat jangan besarkan perkara yang ketiga itu saja (bagi tubuh badan), apa yang pentingnya yang pertama dan kedua (yang rohani). Ada sebahagian orang yang membahagikan ayat-ayat Quran tertentu untuk penyakit tertentu, itu semua pengalaman, bukan dari nas atau hadis. Jangan sampai kepada iktikad yang pelik-pelik.
7. Sifat al-Quran yang diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun itu adalah:
i. Sebagai petunjuk dan penawar bagi orang mukmin.
ii. Bagi orang kafir pula, tidak menambah apa-apa kebaikan kcuali kerugian kerana mereka terus melanggar perintah Allah s.w.t walaupun al-Quran melarangnya.

AYAT 83 – {DAN APABILA KAMI KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MANUSIA, BERPALINGLAH IA SERTA MENJAUHKAN DIRI (DARI BERSYUKUR); DAN APABILA IA MERASAI KESUSAHAN, JADILAH IA BERPUTUS ASA.} (AL-ISRAA\’ 17:83).
1. Allah s.w.t sebut al-Quran adalah satu nikmat yang diberikan kepada manusia.
2. Maka rugilah manusia yang kufur akan nikmat itu, bila dapat nikmat berpaling serta menjauhkan diri dari bersyukur.
3. Apabila ditimpa kesusahan, dia menjadi berputus-asa dan resah.
4. Demikianlah sifat manusia, sepatutnya kita bersyukur apabila dapat nikmat dan bersabar apbila diberi ujian.
Hadis Nabi s.a.w: ajaba amri mukmin.

AYAT 84 – {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”TIAP-TIAP SEORANG BERAMAL MENURUT PEMBAWAAN JIWANYA SENDIRI; MAKA TUHAN KAMU LEBIH MENGETAHUI SIAPAKAH (DI ANTARA KAMU) YANG LEBIH BETUL JALANNYA\”.} (AL-ISRAA\’ 17:84).
1. Setiap orang/golongan akan mempunyai kebiasaan dan gaya hidup/amalan yang disukainya. Setiap bekas itu akan keluar apa yang terisi di dalamnya.
2. Yakni setiap orang yang mukmin dan yang kafir akan beramal menurut tabiat pembawaan jiwanya yang sedia sejak dari azali.
3. Orang yang cintakan Allah dan Nabi s.a.w akan beramal dengan Kitab Allah dan Sunnah yang diajar oleh Rasulullah saw.
4. Orang yang tak baik dengan caranya, orang kafir dan syirik dengan caranya.
5. Maka berhati-hatilah, kita jangan terbiasa dengan tabiat yang buruk sehingga menjadi satu kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
6. Allah s.w.t Maha Mengetahui, siapa yang benar dan siapa sesat, maka setiap satunya akan dapat pembalasan yang setimpal.

PENUTUP & KESIMPULAN:
1. Al-Quran itu antara sifatnya adalah sebagai petunjuk dan penawar kepada manusia.
2. Al-Quran itu sangat besar kedudukannya di sisi Allah s.w.t maka kita kena besarkannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t
2. Sifat manusia itu mudah lupa, waktu dapat nikmat mudah kufur dan bila kena musibah akan keluh-kesah dan resah.
3. Allah s.w.t Maha Mengetahui setiap amalan dan perbuatan kita, maka pasti akan mendapat pembalasan yang sewajarnya dari-Nya.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs