SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 36-39

\"\"

LARANGAN MEMBUAT TUDUHAN DAN BERCAKAP TANPA ILMU, JANGAN SOMBONG KETIKA BERJALAN DAN SEMUA KEADAAN.


Video penuh: https://youtu.be/jNhxzruLqcw

MUQADDIMAH:
Dalam siri yang lepas disebut tentang beberapa ciri-ciri asas iman dan perintah larangan.
1- Bermula dari akidah iaitu Tauhid kepada Allah s.w.t.
2- Kemudian tentang adab & akhlak seperti berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, orang miskin dan musafir terkandas.
3- Asas kemasyarakatan untuk memenuhi janji dan menyempurnakan sukatan dan timbangan, yakni jangan menipu dalam urusan sesama manusia.
4. Juga jaga maruah dengan menjauhi zina dan jangan makan harta anak yatim tanpa hak.
Kita akan sambung lagi perbincangan tentang cici-ciri Iman dan Islam sebagai agama ilmu dan berfakta.

AYAT 36- { DAN JANGANLAH ENGKAU MENGIKUT APA YANG ENGKAU TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN MENGENAINYA; SESUNGGUHNYA PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN SERTA HATI, SEMUA ANGGOTA-ANGGOTA ITU TETAP AKAN DITANYA TENTANG APA YANG DILAKUKANNYA.} (AL-ISRAA\’ 17:36).

Perintah yang ke 11: Larangan membuat tuduhan dan bercakap tanpa ilmu.
1. Islam agama ilmu dan umatnya adalah umat yang berfakta bukan umat yang auta.
2. Allah perintahkan agar jangan membuat pendekatan agak-agak, membuat andaian dan tuduhan / sangkaan tidak baik terhadap orang lain.
2. Perintah ini menjadi undang-undang yang meliputi dalam semua aspek kehidupan kita.
3. Jangan memperkatakan apatah lagi buat apa yang kita tidak ada ilmu tentangnya. Lebih-lebih lagi dalam perkara agama. Contoh: Cuba tafsir al-Quran tanpa ilmu.
4. Janganlah bercakap atau menulis apa yang tidak pasti atau sahih, kemudian menyebarkannya pula tanpa kepastian. Telah menjadi satu fitnah dan tuduhan palsu.

ULAMA\’ KATA INI TERMASUK:
i- Membuat andaian berdasarkan hanya kerana dengar orang kata, ada orang cakap atau sekarang ini tengok video yang tidak habis atau dipotong, tidak lengkapa maklumat atau maksud sebenar.
ii. Juga menuduh orang buat jahat, zina dan lain-lain.
iii- Membuat persaksian tanpa hak.
iv- Bercakap tanpa ilmu dalam bab agama. Lebih baik kita berkata wallhu a’lam.

BEGITU JUGA BAB DUNIA- CONTOH HARI INI MEMBUAT ALASAN DAN ANALISA SENDIRI TENTANG VAKSIN, UBATAN ATAU PENYAKIT SEDANGKAN DAI BUKAN PAKARA TAU AHLI PERUBATAN PUN.
v- Larangan daripada mengikuti orang yang kita tidak kenal atau pasti tentang ilmunya.
vi- Larang daripada menjadi saksi palsu.
vii- Menuduh perempuan baik dengan zina.
ix- Serta pelbagai dan segala tuduhan.

5. Awaslah kerana semua mata, telinga, hati serta semua anggota manusia itu akan ditanya, dihisab dan dihukum.

TADABBUR: KENAPA ALLAH S.W.T SEBUT TELINGA/PENDENGARAN DULU?
i- Ini kerana kita biasanya guna telinga dulu dalam apa-apa keadaan, contoh dalam majlis ilmu atau kuliah.
ii- Bayi yang baru lahir akan mendengar dulu sebelum membuka matanya.
iii- Pendengaran lebih kuat, dalam gelap kita tidak dapat melihat tapi dapat dengar.
iv- Berapa ramai alim ulama\’ yang besar dan masyhur dan penghafaz al-Quran yang buta tetapi bukan pekak.

Seorang sahabat bernama Syakal bin Humaid r.a suatu waktu berkata kepada Rasulullah s.a.w , “Wahai Rasulullah ajarkan kepadaku suatu doa.” Maka Rasulullah mengajarkan doa ini:

اللَّهُمَّ عَافِنِي مِنْ شَرِّ سَمْعِي وَبَصَرِي وَلِسَانِي وَقَلْبِي وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي
Maksudnya: “Ya Allâh, berilah aku keselamatan dari buruknya pendengaranku, penglihatanku, lidahku, dan hatiku, serta dari buruknya air maniku. [HR. An-Nasai, Al-Bukhâri]

AYAT 37- {DAN JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DI BUMI DENGAN BERLAGAK SOMBONG, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK AKAN DAPAT MENEMBUSI BUMI, DAN ENGKAU TIDAK AKAN DAPAT MENYAMAI SETINGGI GUNUNG-GANANG.} (AL-ISRAA\’ 17:37)

Arahan jangan sombong ketika berjalan dan semua keadaan.
1. Ini kerana manusia itu lemah maka janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong dan megah.
*Dalam peperangan kita dibenarkan berjalan dengan megah dan penuh kehebatan untuk menakutkan musuh. Dalam keadaan biasa tidak, tanda sifat takabbur.
2. Allah melarang berjalan dalam keadaan bergoyang-goyang, maka berjoget dan menyanyi dengan lagu-lagu dan muzik itu lebih haram keadaannya kerana lebih besar keburukannya.
3. Allah s.w.t melarang manusia daripada berjalan dengan megah atas dunia ini, kerana manusia tidak dapat menembusi bumi dengan hentakan kakinya serta tidak dapat menyamai ketinggian gunung, maka jangan sekali-kali sombong.

AYAT 38- { TIAP-TIAP SATU PERINTAH ITU, MENYALAHINYA ADALAH KEJAHATAN YANG DIBENCI DI SISI TUHANMU. (AL-ISRAA\’ 17:38)

Penutup kepada Syiar Iman ini:
1. Bahawa setiap 12 perkara ini jika dibuat adalah menyalahi perintah Allah s.w.t dan satu kejahatan yang dibenci Allah s.w.t.

AYAT 39- { PERINTAH YANG DEMIKIAN ITU IALAH SEBAHAGIAN DARI HIKMAT YANG TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) OLEH TUHANMU. DAN (INGATLAH) JANGANLAH ENGKAU JADIKAN BERSAMA-SAMA ALLAH SESUATU YANG LAIN YANG DISEMBAH, KERANA AKIBATNYA ENGKAU AKAN DICAMPAKKAN KE DALAM NERAKA JAHANNAM DENGAN KEADAAN TERCELA DAN TERSINGKIR (DARI RAHMAT ALLAH).} (AL-ISRAA\’ 17:39).


1. Semua dalam perintah Allah s.w.t dan larangan-Nya ada hikmah kepada manusia, samada kamu nampaknya atau tersembunyi.
2. Allah sebut sekali lagi agar jangan syirik kepada Allah s.w.t.
3. Akibat syirik ialah balasan azab neraka Jahannam dan hilang rahmat Allah s.w.t.
3. Usul ini dimulai dengan dasar Tauhid, begitu juga ayat penutupnya. Tauhid pemurnian akidah yang menjadi roh dan dasar kepada Islam.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs