SURAH AL-KAHF : AYAT 9-15

\"\"

KISAH PEMUDA KAHFI ANTARA PERKARA AJAIB, LARI MEMBAWA IMAN, IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG


Full video: https://youtu.be/IYNBWIW8ks0

MUQADDIMAH:

  1. Siri kali ini akan menceritakan tentang kisah Ashabul-Kahfi (pemuda yang berlindung di dalam gua) secara lebih lanjut.
  2. Perbezaan antara perkataan Bahasa Arab al-Kahfi الكهف dan al-Ghar الغار , Kahfi adalah gua yang besar dan luas, manakala ghar adalah gua yang kecil seperti Ghar Thur dan Hira’.

AYAT 9 – {ADAKAH ENGKAU MENYANGKA (WAHAI MUHAMMAD), BAHAWA KISAH \”ASHAABUL KAHFI\” DAN \”AR-RAQIIM\” ITU SAHAJA YANG MENAKJUBKAN DI ANTARA TANDA-TANDA YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN KAMI?} AL-KAHFI- AYAT 9:

  1. Kisah tentang “Ashaabul Kahfi” (penghuni gua) dan “Ar-Raqiim”.
    Apakah pula erti ar-Raqim itu? Terdapat beberapa pendapat:
    i- Dikatakan nama anjing mereka, atau batu bertulis yang tercatat nama-nama mereka.
    ii. Ada juga kata catatan/tulisan/kitab yang mereka tulis, kisah kenapa mereka berada dalam gua itu.
    iii- Ada kata nama bukit tempat gua mereka itu atau wadi (lembah) di situ.
  2. Kisah mereka sebagaimana akan diceritakan dalam ayat-ayat seterusnya sungguh menakjubkan, membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. 3. Namun Allah s.w.t tegaskan ia hanya ANTARA perkara ajaib, kerana ada lagi yang lebih ajaib. Bukan hanya itu, seperti kejadian langit dan bumi serta seluruh isi kandungannya, semuanya menakjubkan dan untuk menunjukkan betapa luas dan besarnya lagi kekuasaan Allah s.w.t.

AYAT 10 – {(INGATKANLAH PERISTIWA) KETIKA SEROMBONGAN ORANG-ORANG MUDA PERGI KE GUA, LALU MEREKA BERDOA: \”WAHAI TUHAN KAMI! KURNIAKANLAH KAMI RAHMAT DARI SISIMU, DAN BERILAH KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SERTA PIMPINAN KEPADA KAMI UNTUK KESELAMATAN UGAMA KAMI\”.} AL-KAHFI- AYAT 10:

  1. Siapakah mereka ini, di manakah negeri mereka, tidak disebut dalam al-Quran, kerana apa yang penting adalah pengajaran daripada kisah mereka.
  2. Dalam ayat diterangkan bahawa mereka adalah satu kumpulan anak muda yang beriman lari mnyelamatkan diri dari pemerintah yang kafir dan menindas mereka yang beriman.
  3. Inilah hijrah total, mereka berlindung di dalam gua itu sambil berdoa: : “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.

AYAT 11 – {LALU KAMI TIDURKAN MEREKA DENGAN NYENYAKNYA DALAM GUA ITU, BERTAHUN-TAHUN, YANG BANYAK BILANGANNYA.} AL-KAHFI: AYAT 11:

  1. Lalu kami jadikan mereka tidur untuk beberapa tahun yang panjang, di sini juga Allah s.w.t tidak sebut tempoh bilangan tahun yang tepat. Dikatakan 300 tahun lebih lamanya mereka ditidurkan.
  2. Allah s.w.t sebut terus Allah tidurkan mereka dengan tutup telinga mereka tanpa mendengar apa-apa, lalu tidur mereka lena sungguh.
    Ini menunjukkan telinga adalah antara pancaindera yang perlu ditutup untuk tidur yang lena.
    **Diceritakan kepada Rasulullah SAW terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah SAW bersabda:
    ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ
    Maksudnya: “Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda SAW bersabda: “Di telinganya.” [Riwayat al-Bukhari (3270) dan Muslim (774)]

AYAT 12 – {KEMUDIAN KAMI BANGKITKAN MEREKA (DARI TIDURNYA), UNTUK KAMI MENGUJI SIAPAKAH DARI DUA GOLONGAN DI ANTARA MEREKA YANG LEBIH TEPAT KIRAANNYA, TENTANG LAMANYA MEREKA HIDUP (DALAM GUA ITU).} AL-KAHFI- AYAT 12:

  1. Mereka tidur beratus tahun, dengan kuasa Allah yang memelihara mereka tidak makan minum, serta selamat dari segala kerosakan dan bencana angkara musuh.
  2. Ini adalah karamah, iaitu keajaiban yang Allah s.w.t berikan kepada manusia biasa yang bukan nabi atau rasul.
    3.Ini supaya mereka bersyukur dan terus beribadat kepada Allah s.w.t.
  3. Allah s.w.t tidak menyebut semua detail yang dianggap tidak perlu dan tidak penting, maka tidak perlula kita pula sibuk mengorek-ngorek mencarinya.
  4. Apa yang penting adalah pengajaran yang kita dapat disebalik kisah ini.

AYAT 13 – {KAMI CERITAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) PERIHAL MEREKA DENGAN BENAR; SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ORANG-ORANG MUDA YANG BERIMAN KEPADA TUHAN MEREKA, DAN KAMI TAMBAHI MEREKA DENGAN HIDAYAH PETUNJUK.} AL-KAHFI- AYAT 13:

  1. Kemudian Allah s.w.t menceritakan kisah mereka dengan lebih terperinci. Ayat sebelum ini baru ringkasan.
  2. Kisah tentang golongan anak muda yang beriman kemudian Allah tambahkan keimanan mereka.
  3. Maka tiada syak atau keraguan lagi tentang kisah mereka, kerana Allah s.w.t sendiri yang menceritakannya. Yakni bukan seperti apa yang difahami oleh kaum yahudi dan Nasrani tanpa asas dan sumber yang sahih.
  4. Menurut sejarah turun temurun, orang muda lebih ke depan dan mudah menerima kebenaran dan perubahan. Hakikat ini juga jelas terserlah semasa Rasulullah s.a.w menyebarkan dakwahnya, golongan mudalah yang terlebih dahulu menerimanya, manakala golongan tua-tua seperti Abu Labah, Abu Jahal dan Abu Sufyan terus menentangnya.

AYAT 14 – {DAN KAMI KUATKAN HATI MEREKA (DENGAN KESABARAN DAN KEBERANIAN), SEMASA MEREKA BANGUN (MENEGASKAN TAUHID) LALU BERKATA: \”TUHAN KAMI IALAH TUHAN YANG MENCIPTA DAN MENTADBIRKAN LANGIT DAN BUMI; KAMI TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENYEMBAH TUHAN YANG LAIN DARI PADANYA; JIKA KAMI MENYEMBAH YANG LAINNYA BERMAKNA KAMI MEMPERKATAKAN DAN MENGAKUI SESUATU YANG JAUH DARI KEBENARAN.\”} AL-KAHFI- AYAT 14:

  1. Allah s.w.t kuatkan hati mereka untuk terus kuat beriman dan melawan kezaliman Raja mereka. Tegas dan berani untuk mengatakan: Tuhan kami ialah Tuhan yang mentadbir langit dan bumi, yakni Allah dan tidak akan menyembah selain dari-Nya.
  2. Yakni menunjukkan mereka telah menjalankan tugas berdakwah dan menyampaikan kebenaran.

AYAT 15 – {(MEREKA BERKATA PULA SESAMA SENDIRI): \”KAUM KITA ITU, MENYEMBAH BEBERAPA TUHAN YANG LAIN DARI ALLAH; SEPATUTNYA MEREKA MENGEMUKAKAN KETERANGAN YANG NYATA YANG MEMBUKTIKAN KETUHANAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG MEREKA SEMBAH ITU? (TETAPI MEREKA TIDAK DAPAT BERBUAT DEMIKIAN); MAKA TIDAK ADA YANG LEBIH ZALIM DARI ORANG-ORANG YANG BERDUSTA TERHADAP ALLAH.} AL-KAHFI: AYAT 15:

  1. Mereka bercakap sesama mereka, berdiskusi sesama mereka, tentang kaum mereka yang syirik menyembah selain dari Allah s.w.t.
  2. Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya kaum itu telah sesat kerana mengikut dan menyembah sesuatu tanpa ada dalil dan bukti yang nyata, maka itulah satu kezaliman dan pendustaan terhadap Allah s.w.t.

PENGAJARAN DAN FAEDAH:

  1. Sesiapa yang taat dan beriman kepada Allah s.w.t, Allah akan kuatkan hatinya.
  2. Allah kuatkan hatinya وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ yakni untuk bersabar menanggung kesusahan dan ujian.
  3. Manusia itu sangat berhajat dan perlukan kekuatan hati yang diberikan Allah s.w.t, maka kita hendaklah banyakkan berdoa memohonnya.
  4. Mereka satu kumpulan إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ menunjukkan satu jumlah yang kecil, kurang daripada 10 orang. Allah s.w.t tidak mnyebutnya secara tepat.
  5. Dan kami tambahkan lagi iman mereka. وَزِدْنَاهُمْ هُدًى Menunjukkan iman itu boleh berkurangan dan bertambah. Bertambah iman dengan ketaatan dan iman boleh menjadi lemah dengan sebab maksiat.
  6. Istiqamah dan kemantapan iman yang teguh yang ditunjukkan oleh mereka inilah yang kita mahu.
  7. Ilmu sangat besar faedahnya, sebagaimana Kata Ali r.a;
    “Beza antara ilmu dan harta:
    i-Harta kita kena jaga dia, takut hilang, rosak, diambil orang dan sebagainya.
    ii- Tetapi ilmu dia yang akan menjaga kita, mengingatkan akan hukum-hakam, kebaikan dan mengelak daripada berbuat keburukan.”

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs