SURAH AR-RUUM : AYAT 24-27

\"\"

Beberapa Dalil Rububiyyah Allah; Kilat Yang Menakutkan Dan Hujan & Tegaknya Langit Dan Bumi.

Full video : https://youtu.be/Z7Rm6yZJF_o

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas kita membincangkan tentang beberapa tanda atau dalil kekuasaan Allah s.w.t melalui penciptaan diri kita sendiri, manusia.
    i- bermula dari bapa manusia Nabi Adam a.s yang diuli dari tanah.
    ii- berpasangan dan saling berkasih-sayang.
    iii- perbezaan bahasa dan warna kulit.
  2. Kemudian Allah s.w.t bawa pula beberapa ayat lagi tentang dalil dan tanda kekuasaannya, melalui yang di langit dan bumi yang mana setiapnya ditutup dengan memberi keterangan dan pesanan kepada empat jenis golongan yang berbeza.
  3. Empat dalil yang dibawa dan Allah s.w.t, ditutupnya dengan 4 cara arahan berfikir yang berlainan. Cuba kita tadabburnya kenapa:

i- Ayat 21- {Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.} لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Pasangan dan rasa kasih sayang itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dan menimbulkan kesedaran bagi kaum yang berfikir. Ianya sesuatu yang unik dan ajaib.

ii- Ayat 22- {Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.} لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Langit, bumi, bahasa dan warna kulit itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berilmu. Bagi orang yang tidak belajar atau membaca mungkin tidak tahu tentang ini, maka Allah s.w.t tujukannya kepada yang berilmu.

iii- Ayat 23- {Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya (pada kedua-dua waktu itu). {Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).} لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
Tidur itu menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mendengar dan merenungkan nasihat. Bahawa tidur itu satu nikmat yang besar dari Allah s.w.t.

iv- Ayat 24- {Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu.}
{Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahami-Nya.} لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Kaum yang menggunakan akalnya akan mengerti apa yang didengar dan dilihatnya. Pada yang demikian itu terdapat pelajaran dan petunjuk yang jelas, yang menggambarkan tentang hari kebangkitan dan hari kiamat.

AYAT 24- {DAN DI ANTARA TANDA-TANDA YANG MEMBUKTIKAN KEBESARANNYA DAN KEKUASAANNYA, IA MEMPERLIHATKAN KILAT KEPADA KAMU, UNTUK MENAKUTKAN (DARI PANAHAN PETIR) DAN MEMBERI HARAPAN (DENGAN TURUNNYA HUJAN); DAN IA MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT, LALU IA HIDUPKAN BUMI SESUDAH MATINYA DENGAN HUJAN ITU. SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN MENGANDUNGI KETERANGAN-KETERANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MEMAHAMINYA.} (AR-RUUM 30:24)

  1. Allah s.w.t membawa lagi tanda-tanda dalil kekuasaanya melalui kejadian alam iaitu fenomena kilat yang memancar di langit. Kilat ini amat menakutkan خَوْفًا untuk dilihat atau dialami, dan dalam masa yang sama memberi harapan وَطَمَعًا kepada manusia bahawa akan berlakunya hujan.
  2. Allah s.w.t juga yang menurunkan hujan dari langit sebagai satu rahmat kepada manusia yang menunggunya, menjadi rezeki untuk mereka lalu mereka bergembira.
  3. Lalu Allah s.w.t hidupkan kembali bumi yang tandus itu menjadi subur dan hijau kembali dengan air hujan yang turun.
  4. Sesungguhnya semua ini mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahami-Nya. Langit dan bumi ini semuanya di bawah kekuasaan Allah s.w.t, tanda dan dalil bahawa Dia juga berkuasa menghidupkan kita semula.
  5. Semoga kita termasuk dalam manusia yang bersifat dengan 4 sifat; berfikir, berilmu, mendengar nasihat dan berakal.
    Iaitu mereka yang akan mengambil kefahaman dan pengajaran daripada keterangan-keterangan yang dibawa oleh Allah s.w.t ini.

AYAT 25- {DAN DI ANTARA TANDA-TANDA YANG MEMBUKTIKAN KELUASAN ILMUNYA DAN KEKUASAANNYA, IALAH TERDIRINYA LANGIT DAN BUMI (DALAM KEADAAN YANG MENAKJUBKAN ITU) DENGAN PERINTAH DAN PENENTUAN TAKDIRNYA; AKHIRNYA APABILA IA MENYERU KAMU DENGAN SATU SERUAN (SUPAYA KAMU BANGKIT HIDUP SEMULA) DARI BUMI, KAMU DENGAN SERTA MERTA KELUAR (DARI KUBUR MASING-MASING).} (AR-RUUM 30:25)

  1. Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya yang besar, langit dan bumi berdiri tegak dengan menakjubkan, kukuh tidak bergoncang dan tidak lenyap dengan perintah dan kekuasaan-Nya
  2. Langit tidak pernah runtuh menimpa bumi, begitu juga bumi tidak mengganggu langit. Manusia tinggal atas bumi manakala malaikat menghuni langit.
  3. Langit dan bumi adalah antara tanda yang boleh dilihat. Ada juga tanda yang hanya boleh didengar. Kuasa Allah ini begitulah, ada ayat yang boleh lihat ada yang boleh didengar. Semuanya supaya kita beriman kepada Allah s.w.t, dua-dua dalil yang boleh dilihat dan didengar ini mesti kita guna-pakai keduanya!
    منظور ومسموع
  4. Sama seperti tentang mukjizat para nabi s.a.w kita hanya mendengarnya. Begitu juga cara solat kita yang berpandukan kepada sifat solat Rasulullah s.a.w yang sampai kita melalui jalur sanad yang sahih dan mutawattir yang tidak boleh dipertikaikan sumbernya!
  5. Apabila tiba hari yang ditetapkannya, Allah s.w.t menyeru kamu semua untuk hidup kembali, bangkit semula dengan tanda satu tiupan sangakala oleh malaikat.
  6. Maka akan keluarlah kamu semua daripada kubur, itulah apabila berlakunya hari Kiamat yang dijanjikan!

AYAT 26- {DAN SEKALIAN MAKHLUK YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ADALAH HAK KEPUNYAANNYA, MASING-MASING TETAP TUNDUK KEPADA HUKUM PERATURANNYA.} (AR-RUUM 30:26)

  1. Sekelian makhluk akan tunduk kepada peraturan alam, samada kafir atau mukmin, tidak akan dapat mengubah atau menukarnya.
  2. Tetapi orang mukmin juga akan tunduk berserah kepada undang-undang Syariah Allah s.w.t. orang kafir akan kerugianlah ia.

AYAT 27- {DAN DIA LAH YANG MEMULAKAN KEJADIAN SEKALIAN MAKHLUK, KEMUDIAN IA MENGEMBALIKANNYA (HIDUP SEMULA SESUDAH MEREKA MATI), SEDANG PERLAKSANAAN YANG DEMIKIAN AMATLAH MUDAH BAGINYA. DAN BAGINYALAH JUA SIFAT YANG TERTINGGI DI LANGIT DAN DI BUMI, DAN DIA LAH JUA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (AR-RUUM 30:27)

  1. Allah s.w.t yang mencipta makhluk ini dari asalnya yang tiada kepada ada dan wujud.
  2. Kemudian Allah juga yang akan mengembalikannya, ulang balik hidup semula sesudah mereka mati.
  3. Jangan merasa pelik dan menafikannya kerana perlaksanaan yang demikian (mengulang balik) amatlah mudah bagi Allah s.w.t.
  4. Hadis Qudsi – Allah s.w.t kata manusia mencela-Nya:
    Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, bersabda
    \”Allah berfirman: \’Anak Adam telah mendustakan-Ku, padahal ia tidak berhak (melakukan) hal itu. Dan ia juga telah menghina-Ku padahal ia tidak berhak (melakukan) hal itu. Adapun kedustaanya pada-Ku adalah ucapannya, \”Sesungguhnya Dia tidak akan pernah membangkitkanku lagi sebagaimana Ia telah menciptakanku pertama kalinya\”. Padahal penciptaan yang pertama tidak lebih mudah bagi-Ku daripada hanya sekadar membangkitkannya. Adapun hinaannya pada-Ku adalah ungkapannya, \”Allah memiliki anak\”. Padahal Aku adalah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada siapapun yang dapat menandingi-Ku.\’\” (HR. Bukhari: 4592)
  5. Allah jualah yang Maha Sempurna, yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana, tiada yang sebanding dengan-Nya. Tiada Tuhan yang berhak disembah dipuja dipuji melainka DIA.
  6. Allah jualah Yang Maha Kuasa, untuk mencipta semua ini, mengazab manusia atau memusnahkan musuh-Nya, lagi Maha Bijaksana dalam susun atur mencipta dan mentadbir alam ini.
  7. Semua yang Allah s.w.t buat ada hikmah dan faedah, tiada yang sia-sia dan rugi. Menggunakan KENAPA untuk mencari hikmah dalam penciptaan alam ini dibenarkan tetapi tanya KENAPA untuk komen kritik dan komplen tidak dibenarkan.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 25- { akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).}- ayat ini untuk menolak fahaman puak Muktazilah dan Qadariyah.
  2. Ayat 25- { akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi,}- ayat ini menjadi dalil tempat duduk hidup manusia adalah di ata s bumi.
  3. Ayat ini juga menunjukkan untuk hidup di atas planet lain adalah tidak mungkin untuk anak Adam.
  4. Ayat 27- {Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk }- ayat ini menjadi dalil bahawa manusia dan sekelian makhluk adalah baru dan Allah s.w.t yang memulai menciptakan alam ini. Yakni asal tiada.
  5. Ayat 27- {Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya.} – ayat ini untuk mendekatkan kefahaman manusia tentang bangkit semula ini. Benda dan ada cuma ulang semula maka lebih mudah dan tidak mustahil.
  6. Ayat 27- ayat ini juga Allah s.w.t tuju dan fokuskan kepada orang kafir, sebagai satu hujjah perdebatan. Untuk menunjukkan jalan kebenaran, guna uslub perdebatan dalam perbincangan.
  7. Ayat 27- { Dan bagi-Nya lah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi,} – untuk menunjukkan bahawa Allah s.w.t Maha Sempurna dan Tingi, semua sifat sempurna dan elok yang ada bagi makhluk, maka Allah s.w.t mengatasi segalanya!
  8. Ayat 24- {Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu} – Allah s.w.t sebutkan tentang kilat kepada kita untuk menunjukkan betapa hebat dan mengkagumkan ciptaan Allah s.w.t. Kilat suatu fenomena alam yang menggerun dan menakjubkan.
  9. Semua yang Allah s.w.t ciptakan ini mengandungi hikmah, ada yang terserlah nampak, ada yang tidak nampak tidak dapt dikorek. Orang yang tahu akan tahulah, orang yang tidak tahu akan terus tidak tahu!
  10. Empat dalil yang dibawa dan Allah s.w.t, ditutupnya dengan 4 cara arahan berfikir yang berlainan: (Penjelasan sebagaimana di atas).
    i- Ayat 21- {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.} لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
    ii- Ayat 22- { {Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.} لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
    iii- Ayat 23- { {Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).} لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
    iv- Ayat 24- { Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahami-Nya.} لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Powered by BetterDocs