SURAH AL-KAHF : AYAT 83-91

\"\"

KISAH ZULQARNAIN, SEBAB DINAMAKANNYA DAN KEKUATAN & CARA PEMERINTAHANNYA

Full video : https://youtu.be/ebS_Dr29KLI

MUQADDIMAH :
1. Dalam siri yang lepas kita telah selesai kisah tentang rehlah ilmu Nabi Musa a.s dan Khadir.
2. Itulah perjuangan dalam menuntut ilmu dan ujiannya.
3. Seterusnya dalam ayat berikut kisah Zulqarnain tentang jihad menegakkan haq kebenaran dan perjalanan agama atas muka bumi, pengembaraan timur barat.
4. Kenapa disebut kisah Nabi Musa a.s dulu? Kerana ilmu lebih tinggi darjatnya daripada benda lain, tanpa ilmu kita tidak akan dapat meneruskan pekerjaan lain, ilmu juga punca kegembiraan dan kejayaan manusia dunia akhirat.
5. Tanpa ilmu tidak mungkin Zulqarnain dapat memerintah dan membina kerajaannya dengan bijaksanaan.
6. Allah s.w.t juga mahu menceritakan kepada Rasulullah s.a.w bahawa ada di atas dunia in pemimpin yang mukmin, soleh, kuat perkasa dan adil.

AYAT 83- {DAN MEREKA BERTANYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), MENGENAI ZULKARNAIN. KATAKANLAH: \”AKU AKAN BACAKAN KEPADA KAMU (WAHYU DARI ALLAH YANG MENERANGKAN) SEDIKIT TENTANG PERIHALNYA\”.} (AL-KAHFI 18:83)
1. {Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad}, iaitu kaum Quraisy musyrik Makkah, dengan arahan dari kaum yahudi ahli Kitab yang ingin menguji Nabi s.a.w. ini kerana ada kisah ini dalam kitab Taurat mereka.
2. Masalahnya walaupun Rasulullah s.a.w dapat menjelaskan segalanya dengan jelas dan tepat, mereka tetap menolak kebenaran dan tutup hatinnya daripada beriman.
3. Siapakah Zulqarnain dan bilakah zamannya tidak disebut oleh Allah s.w.t, hanya secara umum tentang pembesar dunia yang hebat, yang pentingnya pengajaran dan kisahnya yang agung.
4. Dalam ayat berikutnya dinyatakan dia adalah seorang raja yang beriman lagi soleh, adil dan berkuasa. Yang dikurniakan Allah s.w.t kuasa untuk memerintah di bumi dan diberi pelbagai kemudahan oleh
5. Kenapa dia dinamakan Zulqarnain? ذو القرنين itu adalah gelarannya yang bererti “Yang Mempunyai Dua Tanduk”, yang melambangkan kekuasaan yang meliputi timur dan barat. Ulama\’ juga mengatakan dinamakan Zulqarnain ini kerana:
i- Keberaniannya.
ii- Dia boleh pergi sampai ke tempat matahari naik timur dan jatuh, barat.
iii- Pada zamannya manusia itu hidup lama, untuk hilang sehingga dua qurun.
iv- Rambutnya mempunyai dua ikatan/tocang seolah dua tanduk.
v- Topi atau mahkotanya mempunyai dua tanduk.
6. Ulama\’ berbeza pendapat samada dia nabi atau tidak? Yang jelas semua ittifaq (setuju) dia adalah seorang pemerintah Islam dan pendapat yang sahihnya bukan nabi atau malaikat, tetapi seorang raja yang soleh dan adil.
7. Para ulama\’ juga menyatakan dia bukan juga Iskandar al-Maqduni (Macedonia) atau Alexander The Great, anak Philips, seorang kafir kristian yang terkenal dalam sejarah barat. Mereka berbeza zaman dan akidah. Zulqarnain beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, menyebarkan Islam dan menghapuskan kekufuran dan syirik terhadap Allah s.w.t.
8. Selepas mereka bertanya, Allah s.w.t nyatakan bahawa dia akan bacakan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w sedikit cerita tentangnya untuk dijawab kepada Quraisy itu. Sebagai satu pengajaran tentang ujian yang besar.

AYAT 84- {SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBERIKAN KEPADANYA KEKUASAAN MEMERINTAH DI BUMI, DAN KAMI BERI KEPADANYA JALAN BAGI MENJAYAKAN TIAP-TIAP SESUATU YANG DIPERLUKANNYA.} (AL-KAHFI 18:84).
1. Sesungguhnya dia telah diberikan oleh Allah s.w.t kekuasan untuk memerintah di bumi.
2. Juga diberikan kepadanya beberapa jalan/cara/kemudahan sebagai sebab untuk keperluannya seperti; ilmu & maklumat, kudrat dan kelengkapan alat senjata yang cukup untuk memerintah kerajaannya yang besar.

AYAT 85- {LALU IA MENURUT JALAN (YANG MENYAMPAIKAN MAKSUDNYA).} (AL-KAHFI 18:85)
1. Lalu dia boleh melaksanakan setiap tugasnya dengan baik.
2. Semuanya mengikut sebab yang dikehendaki taqdir Allah s.w.t. beberapa kemudahan/pertolongan sehingga dia boleh pergi ke benua yang jauh, mengalahkan musuh dan berkuasa atas muka bumi ini.

AYAT 86- {SEHINGGA APABILA IA SAMPAI KE DAERAH MATAHARI TERBENAM, IA MENDAPATINYA TERBENAM DI SEBUAH MATAIR YANG HITAM BERLUMPUR, DAN IA DAPATI DI SISINYA SATU KAUM (YANG KUFUR INGKAR). KAMI BERFIRMAN (DENGAN MENGILHAMKAN KEPADANYA): \”WAHAI ZULKARNAIN! PILIHLAH SAMA ADA ENGKAU HENDAK MENYEKSA MEREKA ATAU ENGKAU BERTINDAK SECARA BAIK TERHADAP MEREKA\”.} (AL-KAHFI 18:86)
1. Zulqarnain pun berjalan, sehingga dia sampai ke suatu sempadan negeri yang kelihatan pada pandangan mata; seolah-olah matahari terbenam dalam mata-air hitam yang berlumpur. Seperti kita nampak matahari yang tenggelam dalam laut apabila terbenam.
2. Di situ dia jumpai satu kaum yang kufur tidak beriman kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t ilhamkan kepadanya untuk memilih samada hendak menyeksa atau bertindak secara baik kepada mereka. Hendaklah mendakwah dulu kemudian tengok keadaan penerimaan mereka, jika terima buat baik, jika mereka melawan maka kena lawan balik juga. Ikut pertimbangan dan kebijaksanaannya sendiri.

AYAT 87- {IA BERKATA: \”ADAPUN ORANG YANG MELAKUKAN KEZALIMAN (KUFUR DERHAKA), MAKA KAMI AKAN MENYEKSANYA; KEMUDIAN IA AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA TUHANNYA, LALU DIAZABKANNYA DENGAN AZAB SEKSA YANG SEBURUK-BURUKNYA.} (AL-KAHFI 18:87)
1. Lalu Zulqarnain berkata (membuat keputusan): Orang yang kufur dan derhaka kerana tidak mahu menerima Islam, maka bila mereka mati kembali kepada Tuannya, akan mendapat azab neraka yang tiada bandingan buruk dan seksanya.

AYAT 88- {ADAPUN ORANG YANG BERIMAN SERTA BERAMAL SOLEH, MAKA BAGINYA BALASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA; DAN KAMI AKAN PERINTAHKAN KEPADANYA PERINTAH-PERINTAH KAMI YANG TIDAK MEMBERATI\”.} (AL-KAHFI 18:88)
1. Manakala bagi orang yang beriman (selepas kekufuran) dan beramal soleh, maka pastilah balasan yang sebaik-baiknya juga bagi mereka, iaitu syurga di akhirat .
2. Mereka juga akan didik dan diajar dengan cara yang baik, di atas dunia ini.
3. Begitulah pemimpin Islam yang mahukan kebaikan kepada rakyatnya walaupun nampak ganas dan tegas, mereka mempunyai ihsan yang tinggi, untuk menyampaikan Islam.

AYAT 89- {KEMUDIAN IA BERPATAH BALIK MENURUT JALAN YANG LAIN.} (AL-KAHFI 18:89).
1. Lalu dia berpatah balik semula perjalanannya tadi, dari tempat jatuh mataharai (barat) undur kembali semula ke timur.

AYAT 90- {SEHINGGA APABILA IA SAMPAI DI DAERAH MATAHARI TERBIT, IA MENDAPATINYA TERBIT KEPADA SUATU KAUM YANG KAMI TIDAK MENJADIKAN BAGI MEREKA SEBARANG PERLINDUNGAN DARIPADANYA.} (AL-KAHFI 18:90)
1. Dia kemudian sampai ke timur, sebuah negeri tempat matahari naik, dia dapati penduduknya masih hidup secara liar dan tidak bertamadun.
2. Tiada bangunan atau bukit yang dapat melindungi mereka daripada panas matahari, tiada bayang untuk berteduh dan berlindung, mereka hanya duduk di dalam gua
3. Bahkan ada ulama\’ kata pakaian pun tiada, tidak berbaju dan tiada perlindungan.

AYAT 91- {DEMIKIANLAH HALNYA; DAN SESUNGGUHNYA KAMI MENGETAHUI SECARA MELIPUTI AKAN SEGALA YANG ADA PADANYA.} (AL-KAHFI 18:91)
1. Demikianlah Zulqarnain, berlaku adil dan berdakwah secara baik kepada mereka yang di timur itu, sebagaimana yang dia lakukan kepada penduduk barat yang bertamadun tadi. Begitulah pemimpin yang baik dan adil, tidak pilih bulu di kalangan rakyatnya.
2. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui segala apa perbuatan yang dilakukan oleh Zulqarnain, selepas diberikan kepadanya segala kekuasaan dan alat kemudahan. Semuanya di bawah kuasa Allah s.w.t.

PENGAJARAN DAN FAEDAH:
1. Ayat ini, kisah Zulqarnain ini adalah tentang kisah seorang pemerintah yang berkuasa, berani, gagah perkasa, tetapi dalam masa yang sama muslim, mukmin yang soleh, serta telus dan adil dalam pemerintahannya.
2. Inilah kombinasi sifat yang kita mahu daripada seorang pemimpin.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs