SURAH ASY-SYU\’ARA\’ : AYAT 90-104

\"\"

BEBERAPA SIFAT KEADAAN HARI QIAMAT, PAHALA DAN DOSA AKAN DIBALAS & PENYESALAN MUSYRIKIN INGIN CARI KAWAN YANG BAIK.

Full video : https://youtu.be/8JG-Hn5BCps

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas kita telah belajar tentang doa-doa Nabi Ibrahim dalam surah ini juga himpunan doa Nabi Ibrahim dalam al-Quran seluruhnya.
  2. Inilah yang sebaiknya berdoa dengan kalamullah itu sendiri untuk memohon apa yang kita hajati, kemudian dengan kalam Rasulullah s.a.w.
  3. Juga beberapa adab berdoa supaya mustajab moga Allah s.w.t kabulkanya untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.
  4. Dengan ayat 104 hari ini, akan berakhirlah kisah tentang nabi Ibrahim a.s dalam surah ini.
  5. Dalam siri lepas dinyatakan bahawa hanya mereka yang dibangkitkan dengan hati yang selamat sejahtera akan selamat pada hari Kiamat kelak.
  6. Kemudian akan diceritakan tentang keadaan hari Kiamat serta syurga dan neraka, pembalasan segala dosa dan pahala, serta .penyesalan terlambat kaum musyrikin.

AYAT 90- {\”DAN (PADA HARI ITU) DIDEKATKAN SYURGA BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA,} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:90)

  1. Ini adalah beberapa motivasi dan khabar gembira yang dijanjikan untuk orang mukmin yang baik amalannya.
  2. Pada hari itu didekatkan syurga untuk mereka lihat, yakni sudah nampak walaupun belum dapat masuk lagi kerana belum selesai urusan.
  3. Inilah sebagaimana yang kita doakan selalu: Ya Allah ya Tuhanku kami memohon kepada-Mu Syurga dan semua yang dapat mendekatkan kepadanya.
  4. Beberapa ayat lain tentang ini: {Dan apabila Syurga didekatkan;} at-Takwir: 13.

AYAT 91- {\”DAN DIPERLIHATKAN NERAKA JELAS NYATA KEPADA ORANG-ORANG YANG SESAT;} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:91)

  1. Begitu juga keadaan neraka, yang juga diperlihatkan dengan jelas kepada bakal penghuninya. Wal \’iyazu billah.
  2. Ayat ini menunjukkan rahmat Allah s.w.t, syurga ditunjukkan dengan dekat, tetapi neraka walaupun nampak tetapi jauh.
  3. Ini adalah sifat pertama iaitu gambaran tentang syurga dan neraka,

AYAT 92- {\”SERTA DIKATAKAN KEPADA MEREKA: ` MANA DIA BENDA-BENDA YANG KAMU SEMBAH DAHULU } (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:92)

  1. Maka pada hari itu dikatakan kepada mereka sebagai satu soalan untuk mencela, penghinaan dan untuk menambahkah lagi penyesalan mereka; Mana dia benda-benda yang kamu sembah dan puja di atas dunia dahulu?
  2. Ini adalah sifat yang kedua iaitu soalan celaan terhadap mereka agar mencari sembahan mereka dulu.

AYAT 93- {SELAIN DARI ALLAH? DAPATKAH MEREKA MENOLONG KAMU ATAU MENOLONG DIRINYA SENDIRI ?} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:93)

  1. Iaitu yang kamu sembah selain dari Allah s.w.t? Segala sembahan sesat mereka, berhala dan semuanya yang mereka sembah dulu.
  2. Semua itu tidak dapat menolong mereka dari azab, tidak dapat memberikan manfaat kepada sedikit pun dan tidak dapat menolak bahaya yang menimpa mereka dan dirinya sendiri.

AYAT 94- {\”LALU MEREKA DIHUMBANKAN KE DALAM NERAKA DENGAN TERTIARAP, JATUH BANGUN BERULANG-ULANG, – MEREKA DAN ORANG-ORANG YANG SESAT BERSAMA,} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:94)

  1. Lalu mereka dicampakkan ke dalam neraka dalam keadaan tertiarap, tonggang-terbalik, jatuh, bangun kemudian jatuh bergelimpangan kembali, yakni menggambarkan betapa dahsyat dan hinanya siksaan yang dikenakan. Ya Allah betapa azabnya azab-Mu, kami berlindung darinya.
  2. Mereka semua dan orang-orang yang sama sesat dengan mereka dicampakkan bersama,
  3. Firman Allah s.w.t: { Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya.} (Al-Anbiyaa\’ 21:98)
  4. Semua ini adalah berhala dan batu kayu yang disembah, manakala yang disembah tanpa redha dan izin mereka seperti malaikat, nabi Isa, Uzair dan seumpamanya tidak akan dipersalahkan dan tidak masuk neraka.

AYAT 95- {\”TERMASUK JUGA BALA TENTERA IBLIS SEMUANYA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:95)

  1. Termasuk juga tentera iblis. Iaitu semua dari kalangan pengikut ajaran sesat, pengikut, penyokong & pelaku perbuatan maksiat akan dikira tentera iblis.

AYAT 96- {\”MEREKA BERKATA, SAMBIL BERTENGKAR SESAMA SENDIRI DALAM NERAKA:} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:96)

  1. Sifat yang ketiga ini menggambarkan penyesalan ahli neraka. Tetapi tiada guna lagi.
  2. Mereka bertengkar sambil saling tuduh-menuduh dan saling salah-menyalahkan.

AYAT 97- {\”DEMI ALLAH! SESUNGGUHNYA KAMI (SEMASA DI DUNIA DAHULU) ADALAH DI DALAM KESESATAN YANG JELAS NYATA,} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:97)

  1. Ketika ini mereka sudah sedar dan mengaku dengan bersungguh bahawa semasa di dunia dulu mereka berada dalam kesesatan yang nyata dan jelas.
  2. Yang kafir tahu dia sesat, sesal kerana tidak beriman, yang Islam menyesal juga kerana tak perbanyakkan ibadat semasa hidup dulu.

AYAT 98- {KERANA KAMI MENYAMAKAN KAMU DENGAN TUHAN SEKELIAN ALAM;} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:98)

  1. Ini semua kerana perbuatan syirik mereka menyamakan makhluk dengan Allah s.w.t Tuhan sekelian alam. Menyamakan dari segi cinta, puja, mulia lalu menyembahnya.
  2. Dalam segi Tuhan yang mencipta (rububiyyah), mereka mengetahui bahawa Allah adalah Rabbul \’alamin (Pencipta, Penguasa, Pengatur seluruh alam), tetapi dalam ibadah (uluhiyyah) mereka menyembah kepada selain-Nya.
  3. Inilah yang kita takuti juga pada hari ini, takut terperangkap dalam syirik kerana mencintai makhluk lebih daripada Allah s.w.t.

AYAT 99- {DAN TIADALAH YANG MENYESATKAN KAMI MELAINKAN GOLONGAN YANG BERDOSA.} إِلَّا الْمُجْرِمُونَ (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:99)

  1. Siapakah golongan yang berdosa (mujirimin) yang disebut di sini, dikatakan syaitan atau datuk nenek yang mereka ikuti amalan sesatnya.
  2. Dalam ayat lain Allah s.w.t sebut Taghut – semua yang menyesatkan manusia itu, samada syaitan jin dan manusia atau undang-undang bukan ikut Syariah Allah swt. Maksud taghut dan mujrimin itu luas, semua yang menyesatkan manusia.
  3. Firman Allah s.w.t: {Dan mereka berkata lagi: \”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.} (Al-Ahzaab 33:67)

AYAT 100- {DENGAN SEBAB ITU, TIADALAH KAMI BEROLEH SESIAPAPUN YANG MEMBERI PERTOLONGAN,} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:100)

  1. Pada hari itu baru mereka sedar dan akui tiada siapa lagi yang boleh membantu mereka. Inilah siri penyesalan yang tiada guna lgi!!!!

AYAT 101- {\”DAN TIADALAH JUGA SAHABAT KARIB YANG BERTIMBANG RASA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:101)

  1. Mereka juga tiada keluarga dan kawan baik yang dapat membantu memberi syafaat kepada mereka. Jika adapun tidak layak juga untuk memberi pertolongan.
  2. Kerana itu kata ulama\’ kita hendaklah banyak bersahabat dengan orang soleh, dengan orang baik-baik yang dapat memberi pertolongan kepada kita di akhirat nanti.
  3. Sahabat yang ahli syurga akan mencari sahabatnya yang biasa mereka jumpa di tempat baik (contoh seperti sesama Jemaah masjid, kelas agama dan lain-lain.) semasa di dunia dulu. Bahkan Allah s.w.t akan izinkan mereka untuk pergi carinya di dalam neraka.
  4. Kata al-Hasan al-Basri – \”Perbanyakkanlah sahabat yang beriman, yang soleh dan baik-baik kerana pada suatu masa nanti Allah s.w.t akan izinkan mereka untuk memberi pertolongan dan syafaaat kepada ahli keluarga dan sahabat mereka.\”
  5. Sahabat yang baik ini juga akan memberi kita manfaat di dunia lagi, jika kita tersalah atau tersilap buat keburukan insya\’ Allah dia akan tegur dan ingatkan kita.
  6. Jaga mulut jangan celupar, pesan suruh orang baik cari kita di neraka nanti! Itu ayat negatif nanti menjadi seperti doa untuk tunggu di neraka, na\’uzubillah!

AYAT 102- {\”MAKA ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAMI DAPAT KE DUNIA SEKALI LAGI, SUPAYA KAMI MENJADI DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.\”} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:102)

  1. Mereka juga berharap dan berangan untuk kembali hidup di dunia semula, untuk menjadi orang beriman!!!
  2. Manakala orang yang sudah beriman pula berharap untuk kembali hidup untuk membuat amal soleh sebanyak mungkin!!
  3. Malangnya kedua angan-angan ini hanya tinggal angan yang penuh penyesalan dan kerugian.

AYAT 103- {SESUNGGUHNYA PADA PERISTIWA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT SATU TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEESAAN ALLAH DAN KEKUASAANNYA); DAN DALAM PADA ITU, KEBANYAKAN MEREKA TIDAK JUGA MAHU BERIMAN.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:103)

  1. Sesungguhnya dalam kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya, dan keadaan orang-orang kafir di akhirat itu benar-benar terdapat suatu tanda yang jelas dan nyata yang membukitkan keEsaan Allah dan kekuasaan-Nya.
  2. Tetapi malangnya kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman walaupun sudah disampaikan kepada mereka ayat/tanda keterangan yang jelas lagi nyata ini!
  3. Ayat ini menunjukkan kepada semua, keadaan kaum nabi Ibrahim dan kaum nabi Muhammad s.a.w serta kaum nabi-nabi lain sebelum ini, tetap ramai yang ingkar dan kufur walaupun telah diberi tanda dan keterangan yang jelas lagi nyata. Begitu juga keadaan kita manusia pada hari ini.

Ayat 104- {Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.} (Asy-Syu\’araa\’ 26:104)

  1. Setiap episod kisah nabi-nabi dalam surah ini ditutup dengan ayat ini.
  2. Dia-lah sahaja Yang Maha Kuasa, untuk menurunkan tindakan dan hukuman azab yang segera ke atas mereka.
  3. Tetapi Dia juga Yang lagi Maha mengasihani untuk menangguhkan azab itu kepada suatu tempoh yang dikehendaki-Nya, maka orang kafir juga mendapat tempias.
  4. Maka kita pun berusahalah berubah ke arah kebaikan dan lebih baik, yang sudah melalui umur yang panjang fikirkanlah jika Allah s.w.t matikan kita ketika masih dalam kejahilan dan maksiat?
  5. Maka marilah kita bertaubat dan mengalirkan air mata keinsafan kerana takut kepada Allah s.w.t, menyesal kesalahan yang telah lalu.
  6. Dari Ibnu Abbas r.a, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, \”Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah.\” [HR at-Tirmizi].

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Apabila Allah sebut s.w.t tentang syurga dalam Ayat 90 { وَأُزْلِفَتِ } dekatkan – dan tentang neraka dalam Ayat 91 { وَبُرِّزَتِ } nampakkan – Allah bezakan sifatnya. Ini menunjukkan rahmat Allah s.w.t mendahului azabnya.
  2. Apabila ditanya kepada mereka di mana sembahan-sembahan kamu? {ayat 92}, ulama\’ kata menunjukkan azab itu ada dua keadaan:
    i- Azab Badani; dari sudut fizikal
    ii- Azab Qalbi; dari sudut mental/perasaan, kata-kata yang menyentap dan menghina.
  3. Allah s.w.t kata semua berhala sembahan akan dicampak ke dalam neraka. Tetapi ulama\’ kata KECUALI Malaikat dan lain-lain sembahan seperti Nabi Isa dan Uzair yang dianiaya, bukan mereka yang suruh dan izin.
  4. Kenapa sembahan dan berhala juga akan dicampakkan ke dalam neraka, sedangkan mereka tidak berakal seperti batu dan berhala itu? Semua ini untuk menambahkan azab dan kehinaan kepada penyembahnya, tiada lansung manfaat.
  5. Siapakah tentera iblis? Semua yang ikut iblis, berjalan bawa ajaran sesat dan mahu menyesatkan orang, mereka-reka ibadat yang tiada dalam sunnah, golongan yang berniat nak rosakkan hubungan sesama orang Islam, semua pengikut hawa nafsu yang mengempen, bawa dan ajak orang buat maksiat itulah tentera iblis. Berlawanan dengan tentera Allah, orang yang mengajak manusia kembali kepada al-Quran dan sunnah.
    Sabda Rasulullah s.a.w \”Bahawa seseorang itu akan dibangkitakan di akhirat bersama orang yang disayangi/diikutinya\”.
  6. Keadaan mereka berbalah dalam neraka itu dalil menunjukkan mereka menyesal sangat-sangat. Ayat 96.
  7. Imam as-Suyuti berkata ada dalam surah ini yang membantah pegangan 3 kumpulan ajaran sesat ini, yakni menolak fahaman mereka:
    i- Golongan Musyabbihah, iaitu golongan yang menyamakan berhala dengan tuhan, yang menyamakan makhluk dengan Tuhan. Satu lagi golongan mujassimah, yang mengatakan Tuhan berjisim seperti makhluk. Ayat 98.
    ii- golongan jabariyyah dan Qadariyyah yang berkata semua berlaku dengan taqdir dan ketentuan Allah s.w.t, manusia tiada usaha dan pilihan seumpama robot. Dalilnya firman Allah s.w.t dalam ayat 99.
    iii- golongan murji\’ah – yang mengatakan sesiapa yang telah beriman tidak akan memberi mudharat lagi segala perbuatan maksiat dan buruknya. Dalilnya ayat 100.
  8. Ayat 100 sebagai dalil bahawa ada syafaat di akhirat kelak. Allah s.w.t menjadikan orang pertama yang memberi syafaat di akhirat ialah Rasulullah s.a.w, kemudian orang-orang yang soleh seperti ibu bapa, anak dan beberapa orang yang diizinkan oleh Allah s.w.t. tetapi syafat al-Kubra ialah milik Rasulullah s.a.w.
  9. Ayat 102- Dalil kepada penyesalan itu berlaku di akhirat, tetapi tiada guna lagi. Jika nak menyesal, sesallah semasa di dunia.
  10. Ini penyesalan orang kafir yang masuk neraka kerana kekufuran, nak beriman jika hidup semula. Manakala orang beriman yang masuk neraka dengan sebab dosa pula, nak kembali untuk buat amal ibadat yang lebih banyak!
    *Maka janganlah kita termasuk dalam golongan yang terlewat menyesal ini.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs