SURAH MARYAM : AYAT 85-98

\"\"

SEMUA AKAN BERKUMPUL DI HADAPAN ALLAH, BAHAYA PERKATAAN KAFIR ALLAH ADA ANAK & ORANG MUKMIN DISAYANGI OLEH ALLAH SWT

Full video: https://youtu.be/ju7Dq319rgM

MUQADDIMAH :
1- Insya’ Allah ini adalah siri yang terakhir bagi surah Maryam yang mengandungi 98 ayat.
2- Perbincangan dalam siri yang lepas tentang kemulian bagi orang-orang yang beriman dan kehinaan bagi orang-orang kafir, maka di sini Allah s.w.t ceritakan bagaimana kebangkitan mereka ini.

AYAT 85- {(INGATLAH) HARI KAMI HIMPUNKAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA UNTUK MENGADAP (ALLAH) AR-RAHMAN, DENGAN BERPASUK-PASUKAN.} (MARYAM 19:85)
1. Allah s.w.t memberi gambaran tentang kedatangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa (muttaqin), yang disambut dengan penuh kemuliaan, ditempatkan di dalam syurga dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
2. Mereka dibangkitkan dari kubur dan dihimpunkan untuk menghadap Allah s.w.t, dikumpulkan secara berpasukan, diberi segala penghormatan ikut darjat keimanan dan amalan masing-masing. YA Allah jadikanlah kami daripada golongan ini.

AYAT 86- {DAN KAMI AKAN MENGHALAU ORANG-ORANG YANG BERSALAH KE NERAKA JAHANNAM, DALAM KEADAAN DAHAGA.} (MARYAM 19:86)
1. Manakala keadaan orang yang bersalah (mujrimin) adalah sebaliknya, mereka dihalau digempur ke dalam neraka Jahannam.
2. Mereka dalam keadaan dahaga kepanasan sebagai satu kehinaan bgi mereka, wal ‘iyazubillah.
3. Dua uslub gaya bahasa yang menakutkan, golongan pertama dikumpulkan (nahsyur- نحشر), manakala golongan kedua- dihalau, dihambat (nasuq- نسوق) menunjukkan perbezaan suasana dan keadaan mereka; penghormatan dan penghinaan.
4. Hadis Nabi s.a.w: Setiap kumpulan akan mengikut sembahannya masing-masing pada hari Kiamat kelak.
Dalilnya Firman Allah s.w.t: {Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka.} (Hud 11:98)

AYAT 87- {MEREKA TIDAK BERHAK MENDAPAT DAN MEMBERI SYAFAAT, KECUALI ORANG YANG TELAH MENGIKAT PERJANJIAN (DENGAN IMAN DAN AMAL YANG SOLEH) DI SISI ALLAH YANG MELIMPAH-LIMPAH RAHMAT-NYA!} (MARYAM 19:87)
1. Mereka tidak berhak menerima syafaat (bantuan/pertolongan) serta tidak layak juga memberi syafaat kepada orang lain.
2. Syafaat ini hanya akan diterima oleh mereka yang telah mengikat perjanjian di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya serta mereka dikenali oleh Rasulullah s.a.w.
Perjanjian itu ialah dengan iman dan amal yang soleh. Iaitu dengan
3. Hanya orang yang diizinkan oleh s.w.t sahaja layak memberi dan menerima syafaat. Antara cara mendapat syafaat yang mudah ialah dengan menjawab azan sebagaimana hadis Nabi s.a.w: “Sesiapa yang membaca ketika mendengar azan (selesai):
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ ، وَالصَّلاَةِ القَائِمَةِ ، آتِ مُحَمَّدًا الوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَه
(Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna ini dan solat yang didirikan; berilah Muhammad wasilah dan keutamaan dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan padanya), melainkan dia akan mendapatkan syafaatku pada hari kiamat,” (HR. Bukhari).

4. Hadis Nabi s.a.w: Orang yang dihalau dari kolam Nabi s.a.w, di mana mereka yang tidak berpegang dengan sunnah akan dihalau daripada menikmatinya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku akan mendahului kamu di al-Haudh. Diperlihatkan di hadapanku beberapa orang dalam kalangan kamu. Namun ketika aku hendak mengambil air untuk mereka, mereka dijauhkan daripadaku. Maka aku bertanya: “Wahai Tuhan, mereka itu umatku.”
Lalu dikatakan kepadaku: “Engkau tidak mengetahui apakah yang mereka lakukan selepas engkau (wafat).” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain menyebut: “Wahai Tuhanku mereka adalah pengikutku.” Lalu dikatakan, “Engkau sebenarnya tidak mengetahui rekaan bidaah yang mereka lakukan sesudahmu.” Kemudian Rasulullah bersabda: “Celaka! Celaka bagi orang yang mengganti ajaranku sesudahku.”

AYAT 88- {DAN MEREKA YANG KAFIR BERKATA: \”(ALLAH) AR-RAHMAN, MEMPUNYAI ANAK.\”} (MARYAM 19:88)
1. Allah s.w.t menceritkan pula tentang golongan nasara yang mendakwa bahawa Allah mempunyai anak!!

AYAT 89- {DEMI SESUNGGUHNYA, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU PERKARA YANG BESAR SALAHNYA!} (MARYAM 19:89)
1. Allah s.w.t dengan jelas mengatakan: {Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!}
2. Maka jangan kita main-main menyokong atau suka dengan perbuatan mereka ini.

AYAT 90- {LANGIT NYARIS-NYARIS PECAH DISEBABKAN (ANGGAPAN MEREKA) YANG DEMIKIAN, DAN BUMI PULA NYARIS-NYARIS TERBELAH, SERTA GUNUNG-GANANG PUN NYARIS-NYARIS RUNTUH RANAP,} (MARYAM 19:90)
1. Betapa buruknya perbuatan mereka itu sehinggakan:
i- langit yang amat besar dan teguh itu nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
ii- dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah,
iii- serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.

AYAT 91- {KERANA MEREKA MENDAKWA MENGATAKAN: (ALLAH) AR-RAHMAN MEMPUNYAI ANAK.} (MARYAM 19:91)
1. Semua itu kerana betapa besarnya salah dan ngerinya dakwaan dusta terhadap Allah s.w.t itu. Satu jenayah yang amat berat, sehinggakan seluruh alam semesta turut terkesan dan gementar marah.
2. Iaitu kerana mereka mendakwa Allah s.w.t mempunyai anak!

AYAT 92- {PADAHAL TIADALAH LAYAK BAGI (ALLAH) AR-RAHMAN, BAHAWA IA MEMPUNYAI ANAK.} (MARYAM 19:92)
1. Ini adalah satu sifat yang tidak selayaknya bagi Allah s.w.t Yang Maha Pencipta. Ia adalah sifat manusia yang lemah, perlukan teman dan anak cucu.
2. Maka kita perlu hati-hati kerana krismas itu adalah perayaan agama, bukan tradisi. Mereka percaya itu adalah hari kelahiran Isa anak tuhan, satu kesyirikan bagi kita muslim.
3. Maka jangan sekali-kali zahirkan kegembiraan dan penerimaan kita, ucapan yang tidak perlu, kerana ia terlibat dengan agama dan akidah kita sebagai seorang Islam.
4. Kecuali mereka yang masih ada keluarga bukan Islam seperti ibu-bapa yang perlu dihormati, jika tidak ingat atau ucap mungkin akan memutuskan hubungan dan seumpamanya. Jika tiada keperluan maka jangan sekali-kali!!

AYAT 93- {TIDAK ADA SESIAPAPUN DI LANGIT DAN DI BUMI MELAINKAN IA AKAN DATANG KEPADA (ALLAH) AR-RAHMAN, SEBAGAI HAMBA.} (MARYAM 19:93)
1. Allah s.w.t memberi peringatan sekali kepada kita, sesiapapun di langit dan di bumi adalah hamba kepada Allah ar-Rahman.
2. Hamba itu ada 2 kategori:
i- Hamba secara umum samada dia penduduk langit, bumi atau lautan, semua mereka adalah hamba Allah s.w.t, samada mereka suka atau tidak, mengaku atau tidak, kafir atau mukmin, baik atau jahat.
ii- Hamba yang khas, yang memang dengan ikhlas beriman dan mengakui, yang menurut perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya, taat dan patuh kepada Allah dan diredhai-Nya.

AYAT 94- {DEMI SESUNGGUHNYA! ALLAH TELAH MENGIRA MEREKA (DENGAN PENGETAHUANNYA) SERTA MENGHITUNG MEREKA SATU PERSATU.} (MARYAM 19:94)
1. Tidak ada yang tersembunyi daripada ilmu Allah s.w.t.
2. Allah mengetahui semua bilangan hamba dan makhluk-Nya yang berada di mana saja, Allah juga dapat menghitung mereka satu persatu, di bumi, langit dan lautan.

AYAT 95- {DAN MEREKA MASING-MASING AKAN DATANG MENGADAPNYA PADA HARI KIAMAT DENGAN SEORANG DIRI.} (MARYAM 19:95)
1. Semua makhluk ini yang berada di laut dan bumi adalah di bawah tadbir dan susunan Allah s.w.t, orang mukmin atau kafir, pada hari Kiamat kelak masing-masing akan datang mengadap-Nya dengan seorang diri.
2. Maka tidak sepatutnya mereka ini ingkar dan mendustakan Allah s.w.t sama sekali.
hadis golongan yang mencera Allah dengan mendakwa-Nya ada anak.
3. “Tidak ada sesuatu pun yang lebih sabar dari bentuk disakiti yang ia dengar selain Allah. Mereka menyatakan bahwa Allah memiliki anak. Meski demikian, Allah masih memaafkan mereka dan tetap memberikan mereka rezeki.” [HR Bukhari & Muslim].
4. Perkataan “Allah itu ada anak” adalah mungkar. Maka tidak patut sekali seorang muslim mengucapkan selamat Krismas, kerana maksud hari Krismas itu adalah memperingati kelahiran Isa sebagai anak Tuhan?!

AYAT 96- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, ALLAH YANG MELIMPAH-LIMPAH RAHMATNYA AKAN MENANAMKAN BAGI MEREKA DALAM HATI ORANG RAMAI PERASAAN KASIH SAYANG.} (MARYAM 19:96)
1. Sesiapa yang memenuhi dua syarat ini, iaitu beriman dan beramal soleh, akn disayangi dan dirahmati Allah s.w.t.
2. Allah s.w.t juga akan menanamkan dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang bagi mereka di dunia ini. Tetapi tidak semestinya orang yang ramai pengikut dan peminat seperti pengikut ajaran sesat dan artis/penyanyi yang kufur itu, yang mempunyai jutaan peminat, sama sekali tidak termasuk dalam golongan ini, kerana mereka tidak memenuhi 2 syarat ini.
3. Inilah parameter (miqyas) Syariah, bukan semata-mata duniawi.
4. Hadis Allah panggil Jibril dan menyebut tentang hamba-Nya yang terpuji.

AYAT 97- {MAKA SESUNGGUHNYA KAMI MEMUDAHKAN TURUNNYA AL-QURAN INI DENGAN BAHASAMU (WAHAI MUHAMMAD), IALAH SUPAYA ENGKAU MEMBERI KHABAR GEMBIRA DENGANNYA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA, DAN SUPAYA ENGKAU MEMBERI AMARAN DENGANNYA KEPADA KAUM YANG DEGIL DALAM KEKUFURANNYA. (MARYAM 19:97)
1. Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab supaya Rasulullah s.a.w dapat membacanya dengan mudah dan menyampaikan berita gembira untuk yang brtaqwa dan ancaman peringatan untuk kaumnya yang degil dan kufur.
2. Dengan ini juga dapat difahami bahawa alim ulama\’ yang memahami baasa Arab dan bahasa-bahasa asing lain, hendaklah menngambil peranan menterjemahnya kepada pelbagai bahasa lain agar dapat disebarkan dan difahami oleh seluruh manusia lain.
3. Alhamdulillah sebahagaian tugas ini sudah dipenuhi oleh Kerajaan Arab Saudi yang menubuhkan kilang percetakan dan pusat terjemahan yang terbesar di dunia iaitu Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah.
4. Di kompleks ini mereka mencetak mushaf-mushaf al-Quran, al-Quran terjemahan, al-Quran braille, buku-buku yang berkaitan dan juga cd kaset berunsur ilmiah. Sehingga tahun 2019, mereka berjaya mencetak sebanyak 300 juta naskhah semuanya untuk dimanfaatkan oleh umat Islam seluruhnya. جزاهم الله خيرا

AYAT 98- {DAN AMATLAH BANYAKNYA KAUM-KAUM KAFIR YANG KAMI TELAH BINASAKAN SEBELUM MEREKA; ENGKAU TIDAK MENYEDARI ATAUPUN MENDENGAR SUARA YANG SAYUP BAGI SESEORANGPUN DARI ORANG-ORANG YANG TELAH DIBINASAKAN ITU. (MARYAM 19:98)
1. Allah s.w.t menutup surah Maryam ini dengan memberi peringatan dan pengajaran sekali lagi kepada kaum yang kufur ini akan betapa banyaknya kaum-kaum kafir yang telah dibinasakan sebelum mereka.

BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
1. Syarat qabul amal (diterima) dan disayangi oleh Allah s.w.t dan orang di dunia ini ialah beriman dan beramal soleh.
2, Allah s.w.t beri peringatan bahawa dunia ini akan binasa dan betapa ramai umat terdaاulu yang telah dibinasakan juga.
3. Alhamdulillah tamatlah surah Maryam yang penuh dengan pengajaran dan peringatan ini.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs